Jump to content
unexistance

Guide Nak Buat Software Sendiri

Recommended Posts

salam...

Nak sangat tau cara2 buat software yg btul, kire2 nye mcm mn nk design dgn btul, cmne nk coding dgn btul etc

ada guideline x? sebab tgk web pon, die bg contoh bt software yg functional tp x extensible / reusable

(xkisah la language ape pon)

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau nak buat software dgn cara yb terbaik...guna la teknik2 dalam software engineering..lagipun software engineering mmg direka untuk memberikan teknik yg terbaik dalam software development....

tapi tak guna teknik2 yg disyorkan pun tak pe..boleh developt teknik sendiri....

Share this post


Link to post
Share on other sites

ada x sape2 kat cni yg da biasa buat software development,

kalo bleh buat la satu tutorial/case-study step by step dari design sampai implementation/deployment :P

xpon link ke

TQ

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku programmer cabuk je, tak pandai sgt pasal software engineering, tapi tahu la sikit-sikit.

Nak tahu cara software development kena terlibat dlm tu sendiri. Kalau takat baca je mmg serius tak akan faham. Dan ia datang dgn pengalaman, makin lama kita buat programming, makin nampak cara yg betul.

Software development ni secara ringkasnya, ada 3 bahagian penting.

1) Analysis

2) Design

3) Implementation

Analysis ialah peringkat dimana kita memahami masalah. Kat sini, perkara paling penting yg kita cuba capai ialah utk dptkan user requirement yg betul, dan memodelkan. Model boleh dibuat mcm2 cara, antaranya buat flowchart, tulis script (mcm script drama), bahagikan dlm use case dsb.

Kedua design, ialah rekabentuk system. Setelah kita fahami masalah, kita susunkan penyelesaian dlm bentuk transaction, module2, object2, function2 dan sebagainya.

Dan seterusnya implementation dimana proses coding dilakukan.

Ada byk cara org susun proses2 ni. Waterfall (cara kuno), susun ikut urutan. Tapi cara yg lebih popular sekarang jenis spiral atau iteratif, dia akan pusing. Analysis, design, implement, lepas tu analysis lagi, design lagi.. bergantung jugak pada cara.

Kalau kita tengok, coding ni part paling last sekali. Part paling penting sebenarnya ialah part yg awal iaitu Analysis dan Design. Part ni MESTI betul, kalau tak bawah terus kantoi la. Walaupun maybe boleh jalan code tu, tapi ingat, software sifatnya tak berhenti bila dia siap dicoding. Lepas tu mesti ada fasa maintainance, lepas tu upgrade dsb. Jadi software mesti adaptable to change, dan untuk adaptable to changes, design kena fleksible. Design yg baik datang dari fasa analysis dan design yg bagus.

Sebab tu kalau korang nak terlibat dlm s/ware development, jgn target jadi coder yg power je. Tapi target jadi analyst dan architect. Kalau coding, takat lepas SPM pastu belajar ikut buku pun boleh (bukan nak rendah2 sapa yg takat SPM ok). Tapi part analysis dan design perlu masa yg lama nak mahir, dan kalau ada ilmu teori dari Universiti (subject2 s/ware engineering dan s/ware analysis and design) tu mmg sgt membantu.

Ok, kalau nak jadi developer yg efficient, baca buku2 ni:

Pragmatic Programmer: From Journeyman to Master

Joel On Software

Coder to Developer (aku tak baca lagi, tapi org kata bagus)

Just my humble opinion.

Oh, lagi satu, blog ni: http://ryzam.blogspot.com ada cerita sikit pasal DDD - domain driven design dan TDD - test driven design.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ooo....leh la belajo ngan korang,aku pun minat gak nak buat s/w tapi x tahu

Aku ada buat beberapa software free (taktau le.. layak ke tak dipanggil software).

Worblesoft

Perkara paling asas untuk buat software nie aku rasa ialah 'objektiviti' yang meliputi kegunaannya. Kalo kita buat software tapi takde orang nak guna, tak guna gak kan.

Share this post


Link to post
Share on other sites

fuyo hebat tu... banyak lak masa... he...he..

5 star untuk game

4 star utk aplikasi

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku ada buat beberapa software free (taktau le.. layak ke tak dipanggil software).

Worblesoft

Perkara paling asas untuk buat software nie aku rasa ialah 'objektiviti' yang meliputi kegunaannya. Kalo kita buat software tapi takde orang nak guna, tak guna gak kan.

Tahniah encik LanoG..Aku sangat suka dengan idea dan cara ko describe tujuan dan maklumat pasal program ko tulis tu..Lagi satu, aku nk puji sebab ko guna bahasa M'sia dlm program tu..Rata2 antara kita sekarang klu buat program tak mahu tulis dalam Malay..Semua nk English..Aku bukan tak suka tapi kalau untuk kegunaan tempatan, bukan ke lebih elok guna Malay jer kan..kan? Baru la betul2 buatan anak tempatan :P

p/s: aku cadangkan supaya dibuatkan section untuk forum member's contributions untuk programming..Aku tengok forum MSFN dan neowin dah lama buat benda mcm ni..Jadi, kenapa kita tak buat?

Edited by aMer

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih amd_aft kerana bagi rating kat program2 tuh. Tak sangka pulak ada bintang... hehehe. :D Aku punya masa tak le banyak, sekadar buat sebagai hobby je. Lagipun programming nie macam main bolasepak, kalo tak main lama2, skill nanti tumpul pulak. :lol:

Aku setuju sekali dengan cadangan En. aMer pasal section untuk contribution tuh... B)

Pada pendapat aku la, sebab software dibuat dalam English kerana pasaran pada hari ini yang global dan biasanya kat negara2 yang speaking English pasaran lebih luas (USA secara specificnya). Namun begitu, ada usaha2 murni yang telah dibuat oleh anak2 tempatan demi memartabatkan bahasa Melayu dengan menyediakan program2 yang berbahasa Melayu nie misalnya penterjemah bahasa dan sebagainya. Kalau pihak yang bertanggungjawab (kerajaan dengan kementerian yang terlibat) mempromosikan benda2 macam nie, sudah pasti rakyat Malaysia amnya, dan pengaturcara secara khususnya akan menggiatkan lagi usaha membina perisian berbahasa Malaysia. ;)

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape kate bro LanoG buat tutorial skit, start dr design software (yg kat website tuh) smp le sedia utk d dload..

cdgn je :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape kate bro LanoG buat tutorial skit, start dr design software (yg kat website tuh) smp le sedia utk d dload..

cdgn je :lol:

Hmmm.... aku ada terpikir jugak nak buat, tengok le kalo ada masa mengizinkan, Insyaallah. Apa pun ada blog yang aku dedikasikan untuk methodolgi pembinaan permainan dan program2 lain (dalam bahasa English). Since aku buat benda nie sebagai hobby, jadi aku updatekan le... kalau ada kesempatan. Selain tu, aku baru selesai siapkan e-Book (250 mukasurat) berkenaan pengaturcaraan nie sebagai hobi (bahasa Malaysia). :P

Tidak kira apa bahasa pengaturcaraan yang anda gunakan, MINAT adalah benda pertama paling penting.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...