Jump to content
fazrin2211

Variable Bit Rate(vbr)

Recommended Posts

variable bit rate (VBR) sesetengah converter mp3, ada pilihan untuk letakkan VBR.

saya nak tanya, apa fungsi VBR? kalau dengar mp3 guna mp3 drive.. lagu mp3 yang tiada VBR, skrin akan paparkan 128bit, 64bit dan lain2. tetapi bila mp3 ada VBR, dia akan paparkan VBR je.

Semestinya VBR ada kena mengena dengan kualiti bunyi, tetapi apa kelebihan dan fungsinya?

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok dalam mana-mana compression scheme samada audio mahu pun video bitrate memainkan peranan penting dalam menentukan quality sesuatu audio / video. Bebagai teknik digunakan untuk memastikan quality audio/video dapat diterima oleh pendengar / penglihatan mata mnusia biasa. Dalam kes mp3.. kebiasaannya bitrate yang selalu digunkan adalah di antara 128 - 192 ..etc. Lebih tinggi bitrate lebih baik quality audio. Ok tujuan utama compression adalah untuk memperkecilkan saiz sesuatu file tanpa banyak menjejaskan quality asal.

CBR - constant bitrate - bermaksud bitrate yang digunakan adalah sama dari mula hingga akhir tak kira samada sebahagian dari file tersbut memerlukanjumlah bitrate lebih rendah atau lebih tinggi dari itu. Ok dalam kes ini katakan mp3 disetkan pada 128..mungkin ada sesuatu bahagian audio tersebut hnya memerlukan bitrate lebih rendah dari itu tetapi encoder menencode pada bitrate lebih dari itu. Begitu juga mungkin sestengah bahagian pda audio ia memerlukan lebih tinggi nilai bitrate tetapi encoder tetapi mengencode pada kadar 128 ..jadi saiz sesuatu file tidak dioptimizekan...

VBR adalah Via bit rate - yang mana jika sesuatu bahagian hanya memerluka bitrate yang rendah encoder akan menurunkan bitrate pada bahagian itu begitu juga jika sebahagian memerlukan bitrate yang tinggi encoder akan meninggikan bitrate pada bahagian tersebut. Kadar tinggi rendah bergantung pada bagaimana complexnya sesuatu pattern bunyi dalam audio tersebut. So kat sini saiz fail dapat dioptimizekan dan sestengah kes qaulity lebih baik sebab jika sesutu bahagian audio memelukan bitrate yang lebih tinggi maka encoder akan mengencode pada satu bitrate yang optimum

advantage CBR....

-most player boleh main

- kita boleh expect saiz file

disadvantage CBR

saiz file tak dioptimize.

quality audio mungkin tak optimum kerana encoder hanya encode pada bitrate tetap tetapi sepatunya lebih tinggi.

Advantage VBR

saiz dapat dioptimize tanpa menjejaskan quality- contoh mungkin saiz lebih kecil dari CBR tapi kualiti sama atau lebih baik.

quality mungkin lebih baik kerana bahagian audio dincode pada birate yang sesuai

Disadvantage VBR

Banyak player tak boleh play..but most modern player boleh main

susah nak expect saiz file kerana bitrate berbeza dari satu bahagian ke bhagian yang lain pada file audio tersebut....

rujukan;

http://www.nathansheldon.com/xp-80/what_is_VBR.html

Share this post


Link to post
Share on other sites

terima kasih, sekarang aku baru faham. tq k. boleh la lock topic ni ok. terima kasih sekali lagi sahabat

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...