Jump to content
Sign in to follow this  
civ3

PERATURAN dan PANDUAN

Recommended Posts

Assamualaikum dan salam sejahtera.

Forum Muzik, Movie & Majalah ini merupakan antara forum yang “hangat” di putera.com. Oleh itu garis panduan untuk forum Muzik, Movie & Majalah telah dibuat dan diharapkan para pengguna forum ini dapat mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

1. Pengguna dilarang sama sekali SPAM dengan posting yang tidak mendatangkan faedah seperti smile, betul tu dan sebagainya. Jika masih membuat posting yang berbentuk SPAM, maka posting tersebut akan dipadamkan.

2. Pengguna haruslah menjaga tutur kata semasa berforum. Sebarang tutur kata yang tidak sesuai akan diedit atau posting nya akan dipadamkan.

3. Pengguna seharusnya mengguna fungsi search sebelum membuka sesuatu topik. Ini adalah untuk mengelakkan topik yang sama dibuka berulang kali.

4. Pengguna dilarang keras posting gambar² yang tidak senonoh dan berbaur lucah.

5. Pengguna dilarang membuka thread yang menyentuh tentang sensitiviti kaum & agama.

6. Sebarang benda² illegal tidak dibenarkan dibincangkan secara umum. Jika thread berkaitan illegal ini dibuka maka thread² ini akan dikunci / dipadamkan oleh moderator / supervisor / admin. Sila gunakan PM jika mahu bincang tentang benda illegal ini.

Garis panduan akan diubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

Sekian, terima kasih.

Edited by civ3

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mengenai Tag SPOILER

Tag spoiler berfungsi dengan baik dlm versi IPB yg terbaru utk PUTERA.com. Spoiler tag sangat penting... serius!! mmg penting... lebih2 lagi untuk ruangan forum ini "Muzik, Movie & Majalah". Ia berfungsi utk mengelakkan si pembaca yg belum pernah tengok plot jalan cerita filem, drama, animasi, buku atau sebarang bentuk media massa. Sebab... tidak semua orang suka atau ingin tahu terlebih dahulu sekiranya blom menonton atau membacanya.

Oleh itu... silalah guna code tag SPOILER seperti di bawah :

Tag spoiler --> [spoiler]...[/spoiler]
Contohnya :
Superman adalah makhluk dari [spoiler]planet Krypton[/spoiler] mcm Super Saiya.
Dia juga bla~ bla~ bla...
Superman adalah makhluk dari
planet Krypton
mcm Super Saiya. Dia juga bla~ bla~ bla...
Kalo korang rasa nak letak code tu leceh dan menyampah... bleh la tukarkan warna muka taip tu sama dgn warna background utk forum ni... dan juga... maklumkan kpd si pembaca "highlight" dulu teks tu. Warna yg dicadangkan bernombor #F5F8FD sama spt bg utk skin ini... ...ataupun ikut sukati korang apa2 warna pun yg sesuai.
highlight teks :
Ahli sukan makan [color="#F5F8FD"]nasi kaler hitam[/color] bersama atuknya di pondok
highlight teks : Ahli sukan makan nasi kaler hitam bersama atuknya di pondok yang ada dekat dusun durian datuknya itu kat kampung cik Laa-tipah Tertipu. ----- Sekian... Terima Kasih kerana sudi membaca. Copy & Paste kiriman pautan (link) ini sebagai rujukan :
http://forum.putera.com/tanya/index.php?s=&showtopic=22008&view=findpost&p=414660

Edited by Iruga Nii-San

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mengenai IMEJ dan GAMBAR

Kalo dulu... PUTERA.com tidak ada fungsi mengecilkan gambar bezar bagak sampai pecah skin IPB ni... kadang2 nak loading page pun lambat nak mampos (lebih2 lagi pengguna talian internet 56K). Sejak IPB tukar versi baru... gambar yg besar akan dikecilkan secara automatik. Bagaimanapun itu bukan bermaksud korang bleh buat2 dek je. Kalo 1 gamba... bleh di terima... kalo 5 pula? Banyak cantek muka korang! Tidak semua orang suka nak tunggu gambar abis load sampaikan hilang mood nak tunggu lagi.

f_reducethii_8f9bm_9c5c57f.jpg

^ Contoh auto-resize IPB utk putera.com...

...loading gambar tetap lambat cam siput... aku piki lagi lambat barangkali.

Oleh itu... aku ter"SANGAT" menggalakkan korang guna perkhidmatan hosting gambar percuma misalnya IMAGESHACK.us seperti yg aku post gambar di bawah ni :

poc2jq0.th.jpg

^ Saiz asal... 900pxl X 1332pxl...

...sila klik gambar utk paparan sebenar.

Sekiranya anda inginkan akaun utk simpan gambar untuk dikirimkan di sini... aku cadangkan korang guna beberapa laman web yg pernah aku gunakan seperti pautan di bawah ni :

IMAGESHACK http://www.imageshack.us (...ada fungsi resize dan thumbnail)

PICCODLE http://www.picoodle.com (...ada fungsi resize dan thumbnail)

PHOTOBUCKET http://photobucket.com (BEST giler beb! baca tutorial tu gak!) --> Thumbnail Tutorial

Photobucket IMG clickable thumbnails for message boards - The HTML is automatically generated to publish your selected images and allow them to be clickable links that go to your Photobucket album. This is good for most message board systems which may not allow for regular HTML.

recommendthumbdh7.jpg

Imageshack Code - Please use clickable thumbnail codes for

forum and website.

recommendthumb2ox5.jpg

-----

Sekian... Terima Kasih kerana sudi membaca. ;)

Copy & Paste kiriman pautan (link) ini sebagai rujukan :

http://forum.putera.com/tanya/index.php?s=&showtopic=22008&view=findpost&p=414661

Edited by iruganiisan

Share this post


Link to post
Share on other sites

NO DIRECT LINK ILLEGAL DOWNLOAD!!

Movie and TV... etc.

Jangan letak atau sebarkan pautan muat turun terus yakni... Direct Linking sebarang fail muat turun secara haram... tak kisahlah apa-apa pun media cetak dan juga hiburan terutama FILEM Antarabangsa atau senang ckp produk org2 Amerika Syarikat. Dalam forum PUTERA.com sudah dimaklumkan berulang-kali bahawa sebarang link muat turun (download) secara tidak sah... org putih ckp, illegal download... adalah tidak dibenarkan sama sekali berada di sini dan YA! Termasuklah juga di forum Muzik Movie & Majalah ini.

mppawarningfa0.jpg

Direct-Link fail dari website yg sediakan servis simpan dan hantar fail (storage file) secara percuma seperti Megaupload, Rapidshare, Sendit, Gigashare dan yg seangkatan dgnnya... juga NO! ...dilarang sama sekali... kerana perbuatan sebegitu akan melabelkan PUTERA.com ini sbg pusat mendownload benda2 haram walapun korang sendri sukarela tolong upload-kan...

...KECUALI, post link terus ke alamat laman web yg menyediakan (provide) fail muat turun yg dikatakan haram tu... (illegal la... illegal la) adalah dibolehkan tetapi tidak digalakkan...

...dan KECUALI streaming video...

...dan juga KECUALI, media/fail itu adalah karya/harta persendirian korang sendiri atau dengan persetujuan si tuan punya hak milik karya yg telah memberikan korang kuasa utk tujuan muat turun secara umum.

Sekiranya... nak juga fail download tersebut... sila lakukan urusniaga korang melalui PM (Private Message).

Bagaimana dgn MP3?

Soalan yg bagus... jawapannya... masih diperingkat pemerhatian. Tapi... *ahem* ^_^ kalau boleh... harap cuba-cubalah kurangkan skit... uhuk~ uhuk~ :blush: yg pastinya... masalah isu muat turun haram filem Hollywood, siri TV dan apa2 pun dari U.S sangat kritikal dan diambil berat buat masa ni.

Akhir kata... pihak PUTERA.com tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi krn perbuatan anda sendiri sekiranya dicekup pihak berkuasa... dgn erti kata lain... berani buat, berani tanggung. Sekian~ harap korang yg budiman dan prihatin akan sentiasa peka tentang isu ini.

Edited by iruganiisan

Share this post


Link to post
Share on other sites

KEMPEN MEMBANTERAS GEJALA SPAM ROSAK AKHLAK

SpamBot Forum atau SpamHuman~

Baru-baru ini, kubu pertahanan PUTERA.com telah dibolosi dgn sewenang-wenangnya oleh sekumpulan A.I (Artificial Intelligence) dan orang perseorang yg tidak bertanggungjawab. Situasi sedemikian itu juga telah mengakibatkan sedikit huru-hara kpd rakan2 komuniti yg lain. Oleh itu, pihak pengurusan PUTERA.com akan cuba sedaya upaya dan sebaik mungkin utk mengatasi masalah tersebut demi keamanan dan keharmonian forum ini.

Sekiranya perbuatan tidak sihat itu terjadi dlm ruangan forum ini, kami, pihak pengurusan PUTERA.com tersangat berbesar hati jika korang bleh sama2 membantu kami utk mengurangkan risiko yg mungkin akan menyusahkan rakan2 kita yg lain... dgn cara :

01. - Menghantar aduan melalui fungsi butang "Report" atau PM (tolong jgn salahguna).

02. - Memaklumkan kpd rakan lain utk tidak melayari laman web persetan tu~

03. - Nasihatkan rakan lain supaya hantar kiriman relevan spt yg ditetapkan dlm peraturan am.

04. - Tidak join beramai-ramai reply post dlm topik bercirikan spam... cukuplah seorg je yg post.

Dengan kerjasama dan perhatian yg korang berikan itu, kami percaya yg korang adalah masyarakat terPALING prihatin kat dlm dunia ni. Harap korang bleh kekalkan reputasi yg baik itu pada masa depan kelak supaya generasi akan datang sentiasa akan menghormati korang sbg user paling prihatin dan berdedikasi di ruang siber ini.

Sekian, jutaan terima kasih. ;)Don't cry for me Argentina~

"Kempen Ke Arah Forum Paling Ceria di PUTERA.com"

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kandungan kiriman dalam TOPIK ini :

No. 1 -> Peraturan & Panduan WAJIB BACA!!

No. 2 -> Mengenai Tag SPOILER

No. 3 -> Mengenai IMEJ dan GAMBAR

No. 4 -> No Direct Link ILLEGAL DOWNLOAD!!

No. 5 -> Kempen Membanteras Gejala Spam Rosak Akhlak

*Sila baca kiriman pertama terlebih dahulu... sekiranya terlupa baca

NOTA :

Peraturan dan panduan di dalam topik ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seperti posting-posting yang telah dinyatakan diatas oleh Moderator berkaitan, segala direct link seperti Megaupload, Rapidshare, Sendit, Gigashare dan yg seangkatan dgnnya walaupun di'SPOILER'kan, di'QUOTE'kan, di'CODE'kan atau dalam erti kata lain dipamerkan dan boleh dilihat oleh ahli-ahli atau orang luar TETAP TIDAK DIBENARKAN.. Jika anda ingin meneruskannya juga, gunalah Private Message (PM) yang telah disediakan.. Jika anda masih tidak memberi kerjasama walaupun teguran telah diberikan berkali, pihak Moderator akan mengambil tindakan sewajarnya..

Kami juga ingin meminta bantuan ahli-ahli putera yang lain jika anda semua nampak dan lihat sebarang kesalahan yang dinyatakan diatas telah dilakukan oleh ahli-ahli putera, harap beri teguran atau tekan sahaja butang report. Ini kerana Moderator/Supervisor/Admin tidak berada 24 jam untuk monitor segala perkara yang berlaku di dalam Putera ini. Harap dapat memberi kerjasama untuk kesejahteraan kita bersama.



Wassalam... Edited by Datuk_Seri

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...