Jump to content
theriddler

Streamyx

Recommended Posts

Assalammualaikum ... kawan2

Ni soalan pertama sejak aku join forum ni(baru join semalam). Aku pakai streamyx, modem aztech dsl turbo 900,winxp. Masalah aku bila nak connect aku dapat error 678. Perkara ni belaku dari hari khamis hingga sekarang. Sebelum ni ada jugak masalah ni tapi dapat diselesaikan. Kalau dapat connect pun adalah 10 minit lepas tu terus dc. Aku dah contact customer service, macam2 dia org suruh aku dah try tapi tak solve jugak. Aku ada baca kat internet ttg error ni... tapi tak juga solve problem aku.

Disini aku nak tanya pada otai2 yg terer pasal perkara ni. Adakah masalah ni disebabkan line dari remote(tmnet), modem atau network card aku. Modem aku ni lampu kat adsl(link) asyik berkelip saja. Menurut streamyx customer service, mungkin line phone rumah aku problem. Sapa kat sini area serdang, korang ada masalah spt aku tak. tension aku dibuatnya.

Segala pertolongan amatlah saya hargai.

Share this post


Link to post
Share on other sites

streamyx mmg down dari 0500 - 1308 ogos 8 2004..

dari berita yg aku terima (unconfirm), server streamyx kena attack dengan worm.

sekarang dah OK...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau line lampu kat dsl tu blink tu maksudnya sememangnya modem ko takde link la tuh.. sebab tu la streamyx ko dc!! aku tak tau la waktu down tuh..cam yang putera tu kate...so camne dengan sekarang?? masih selalu dc ker?? kalau selalu tu maksud nya line ko tak stabil la.. so try call helpline balik untuk betulkan line yg tak stabil tuh.. huhuh.. kalau buleh suruh diroang tukar la line copper ko dari umah kk ke RDSLAM!! kalau kawasan perumahan ko sememangnya dah berabad, sure la kabel dah korok kat situ..so tukar!! huhu.. kalau buleh ler!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih kepada semua yg membantu. Malam semalam aku dah cuba balik, nampaknya macam dah ok walaupun dc 2 kali. Aku belum inform balik helpline kerana nak pastikan connection aku betul2 ok. Tunggu sampai dia org call aku.

Memang betul TMNET ada buat penyelenggaraan dekat Brickfields. Impaknya pada ip 219.95.* , 219.92.* (yg aku ingat). Tapi yg peliknya kenapa pihak helpline mereka tak tau pasal ni. Pelik bin Ajaib. Berita ni pun aku dapat dari website TMNUT malam semalam.

Oklah kawan2...... terima kasih sekali lagi

Share this post


Link to post
Share on other sites

heuhue.. orang helpline tu hanya dalam bantuan pelanggan dalam nak buat aduan dan teknikal streamyx jerk, kalau teknikal luaran dan penyelenggaraan bukan diorang yang buat dan kebanyakan semua tak nak amik tau pun.. ehaks. so lepas aduan tu dibuat baru la diserahkan pada bahagian teknikal yang berkenaan!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

pendek kata org2 kat helpline tu cuma tau ambik report, then cakap tunggu dalam 3 hari bekerja. apa kata tuka je nama tu... daripada pakai nama helpline, pakai je complaint line. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

ermm, bercakap tentang problem streamyx ni, aku rasa berbesar hati nak berkongsi pengalaman aku baru-baru ni...

kisahnya bermula pada bulan 11/2003, di mana masa tu TMNUT tengah buat promosi upgrade free.. so aku pom apply la, then bila bil bulan 12 sampai, kat bil tu dia state aku kena bayar Rm 77 + RM 176, sedangkan pada waktu tu kan free jek.. then bila aku gi Kedai Telekom, mamat kat kaunter tu kata abaikan, sebab TMNUT ada problem billing, mmg betol pom, sebab masa tu berderet orang duk komplen.. kira dia buat repot la dlam sistem dia tu.. itu yg aku nampak..

then benda yg sama berlaku kat aku sampai la bulan 4 baru ni, derang tak upgrade pom line aku, tapi bil yg datang tu still macam dulu, RM 77 + 176, utk pengetahuan korang, aku pakai 2 line, satu utk tel/faks, dan satu lagi khas utk streamyx tersayang. so bil multimedia tu mmg tak campur la ngan bil telefon tu.. so bila jadi gitu, aku pegi balik Kedai Telekom, kansel upgrade, dan buat report lagi.. utk pengetahuan korang jugak, start dari bulan 12 sampai ke sekarang, bbulan mesti aku buat repot bil aku silap, dan setiap kali aku buat repot, staff kat kaunter tu akan taip repot dia dlam system dia..

dan baru ni, akhir bulan baru ni, bill aku dah ok dah, dia cuma ada Rm 77, tapi state kat situ aku still hutang derang RM 6++, bila aku cakap kat kedai Telekom tu, dia kata orang TMNUT mmg amik masa buat keje.. so aku abaikan, dan upgrade line aku ke 512kbps...

dan bebaru ni, pagi Ahad, aku tak leh nak connect ke internet, memula aku ingatkan pc aku, lepas gode2 lebih kurang, tak jadi jugak, then aku call la dia nyer HOTLINE tu, 1-300-88-9515, tanya apa pasai aku tak leh connect, then dia check, dia kata akaun aku tak aktif, temporarily suspended, kena bar! so dia suh consult ngan orang bahagian Bil la plak, aku pom dial la 1-300-88-1515, aku citer dari awal sampai akhir, dia kata report aku tak der dlam sistem.. aku terus naik angin, aku tertinggi la suara aku tu, then dia kata, " Orang Kedai Telekom la ni buat keje, dah ada banyak kes dah gini, derang tak submit repot"... then, aku gi kedai Telekom..

bila aku jumpa staff kaunter tu, aku citer apa hal yg jadi, dan dia cek dari awal, dah mmg sah aku tak salah, semua bil aku bayar, bil telepom pom dah bayar, tarak hutang apa-apa, dan dia kata, "sistem TMNUT ni mmg lambat sket update".. aku rasa macam nak memaki jek, tapi aku tahan-tahan, dia call Kuala Terengganu, then KL, yg bahagian KL jawab tak leh nak onlinekan pasai Ahad cuti, so kena tunggu esok..

So aku pom tunggu esok, then esok pkol 12 tengahhari tadak lagi, aku gi lagi Kedai Telekom, tanya punya tanya, mamat semalam tu mc.. then aku balik opis, call la dia nyer HOTLINE lagi, mati2 dia kata aku tak bayar, dah puas citer dah.. dia kata tak leh nak buat apa gak.. then sampai la Selasa.. pkol 11 tadak lagi, still tak leh nak connect, aku call lagi Kedai Telekom tu, dia kata dah boleh online dah, then aku anta staff aku gi sana, push derang lagi, dia kata dlam pkol 4 dpat, dah masuk 4.30 ptg tak dapat lagi, aku call lagi, derang cakap yg TMNUT KL tak setel lagi.. sakitnya hati aku, Tuhan jek la yg tau...

Then hari ni, Rabu, dlam pkol 11 pagi, baru la bole connect, syukur Alhamdulillah, tapi dlam masa 3 hari tu, rugi tok sah cakap la..

Aku rasa sangat-sangat terkilan dengan derang ni, disebabkan derang yg budus, aku jadi mangsa. Aku tak paham sangat dengan salasilah TMNUT keparat ni, tapi bukan ke TMNUT dengan Telekom pakai sistem yg sama, kenapa dan bagaimana data tu tak masuk dlam sistem tu? aku amat-amat hairan la, sistem cap ayam ke derang pakai? dan aku bbtol sakit hati dengan TMNUT moron ni...

dan kepada sesapa yg tahu law, dlam kes aku ni, bole ke aku saman derang? kalau bole saman, jom la kita buat pakatan, kita saman dlam setengah juta ke, suku juta ke, nnti kita bahagi la duit tu..

ermm, ini la benda yg aku nak kongsi dengan korang semua...harap-harap dapat mengambil iktibar daripada kes aku ni..

apa pom, TMNUT ur the most stupid company i ever deal with, but u the only choice i have, then u the most nonsense company in this whole planet! sak! fakap! toron! moron! dan yg sewaktu dengannya..

Sekian, harap membantu!

laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

dulu masa aku mula2 pakai streamyx pun setiap bulan kena buat repot. mana tak nya... dekat nak hujung bulan, mesti line x stabil. kekadang tu sampai 2 kali dalam sebulan aku kena. kalo nasib bagus, komplen pagi, petang setel. kalo kurang sikit bagusnya, komplen ari ni, esok or lusa baru setel. tapi yang buat aku ngamuk besau ari tu, lebeh seminggu dah x ok jugak. pagi tu ( aku ingat lagi, ari sabtu ) aku call helpline tu, aku beri la nombor repot dan tanya apa perkembangan. dia cakap nombor repot aku xder dalam sistem.

kan pelek tu? aku cakap, dr minggu lepas lagi aku dah repot... lepas 3 ari xde perkembangan aku call tiap2 ari. then dia cakap dia buat repot baru. lepas satu jam, aku call lagi, dia cakap pulak kena tunggu pihak kat kch bukak repot. masa tu, aku sabar lagi... sejam lepas tu lagi, aku call lagi tanya perkembangan... dia kata belum ada respon dr pihak kat kch. aku mintak la direct contact number dr kat kch, dia kata xleh beri... then aku tunggikan suara kata kat dia... aku tak kira... aku nak perkara ni setel ari nie jugak. then dia cakap tengoklah apa yg boleh dia buat.. dia letak repot aku dalam urgent attention.

tak lama lepas tu...ada la pulak pihak kat kch nie call henset aku... dia kata tengah tunggu kontraktor datang, sebab ari tu ari sabtu, org tak banyak keja. sejam lepas tu pulak... aku call dia lagi, tanya apa cerita... dia cakap diorang tgh ambik tunggu barang pulak... coz aku komplen tiap bulan... dan tiap bulan jugak la dia kata port problem, kene reset. maybe nak tuka port tu kot? tak tau la... then aku tunggu je lagi.... dekat nak lunch, diorang call lagi... kata office hour dah nak abis, so kena tunggu next working day. masa tu aku terus naik angin... mana taknya, ari tu ari sabtu, aku komplen dr minggu sebelum tu.... berapa lama dah tunggu... isnin & selasa lepas tu pulak cuti umum ( aku dah x ingat cuti apa ). aku herdik kat dia... kalo benda nie tak setel ari nie... aku nak buat komplen kat Persatuan Pengguna dan Jabatan Pengaduan Awam. dia kata kalo nak komplen kat mana pun... komplen lah.... aku terus hempas gagang tepon tu.

then... tak sampai 2 jam... line streamyx aku terus ok... x berkelip2 lagi.... dan sampai sekarang aku x payah nak buat komplen lagi... rasanya ada la dah 4 bulan aman sentosa dengan streamyx terchinta ( mana ada broadband lain kat kch nie!).

aku rasa la kan... kalo kita nak komplen kat diorang tu.. kena tunjuk pandai ckit kot.... walopun kita sebenarnya kita x tau apa2. sebab diorang ingat bila kita diam & dengar je apa dia kata... diorang mesti piker yang kita nie lansung x tau tentang hak pengguna... kalo boleh saman, aku pun nak... boleh gak upgrade pc ke tahap dewa naga. huehehheuheeee

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa pom, TMNUT ur the most stupid company i ever deal with, but u the only choice i have, then u the most nonsense company in this whole planet! sak! fakap! toron! moron! dan yg sewaktu dengannya..

toron pun ada. apsal tak masukkan duron sekali?

ohkohkohkohkohkhkohkohkoh laugh.gif

bagi aku mudah je, benda benda macamni dia 'conflict' sebab 1 benda diseliakan oleh 2 jenis orang yang berlainan. tu la jadinya

Share this post


Link to post
Share on other sites

itu la yg mamat kaunter kat Kedai Telekom tu cakap kat aku, Kedai Telekom lain, TMNUT lain, CNO lain, yg tukang jawab panggilan tu just amik sub dengan TMNUT, so sebab tu jadi macam tu!

Apapom, aku cukup respek kat staff Kedai Telekom ni sorang! yg lain totally hopeless! take everything for granted! tapi dia ni lain sket.. Thanks Mr. Rudi! tongue.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Nampaknya line rumah aku dah stabil walau ada sekali dua dia dc. Oklah tak seperti minggu lepas, sakit jiwa dibuatnya. Kepada kawan2, saya ucapkan terima kasih kerana sudi memberi feedback atas maslah saya ni. smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

ok la tuh dari member aku yang takde penyelesaian.. eahaks..

budak tu tinggak kat jalan sentul, kg ape tah.. so die aply streamyx.. memula tak dpt sebab line situ semua fiber, pizzabox tade lagi..so akhirnya dpt la masuk!!

dah masuk plak lain masalah pulak.. asik dc je memanjang.. sejam bleh.. lepastu 3 jam takleh.. pastu bleh lagi.. pastu dc lagi.. semua tu sebab link takde..

so dah beberapa bulan camtu jerk.. die buat report laa.. sehari lepas tu ok.. tapi tak sampai sehari pakai.. line streamyx masalah lagi.. so komplen balik.., lepas komplen sehari lepas tu ok balik.. camtu la seterusnya... sampaikan die dah tak tahan asik kat phone jerk.. die terus jumpe ngan pegawai telekom laa... streamyx laa.. and so on.. semua jejanji nak setel masalah.. tak jugak masalah tu setel.. huhuhu.. sampaikan ade salah sorang manager dah fedup agaknya jumpe member aku ni..die suruh member aku terminate akaun je terus kalau masalah tak setel.. ade ke patut..ehaks..tu baru fedup die.. bukan custumer!!! huhuhu...

so sampai skang ni masalah member aku dah lebih nak 6bulan tak sesetel link problem tu.. yang die hangin tu dah le masalah tak selesai.. tapi bil bebulan same jerk... huhuhu..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...