Jump to content
cikgureza

Graduan Melayu Bila Di Interview..

Recommended Posts

<_<

Baru-baru ni, aku telah meng interbiew lebih kurang 50 orang graduates yang ingin meminta kerja di syarikat aku.

Mereka ni grad dari pelabagai U dan dari pelbagai jenis tahap pembelajaran dari bidang berkaitan ICT.

Kisah yang aku nak ceritakan sila ambik iktibar dan tolong jgn amalkan bila nak mintak kerja...

Kisah selepas aku pergi iklankan jawatan kat JTR :

Aku dapat panggilan telefon dari bebudak ni dan di antara soalan atau jawapan mereka.

1) "Helo, saya nak apply jawatan sebagai Jr Programmer, Gaji berapa?"

2) "Saya nak apply jawatan yang nombor 1 tu"katanya. Dan saya tanya balik. "Apa nama jawatan yang awak nak apply tu?" saya tanya. Dan dia jawab, "Entah le, saya tak pergi JTR tadi, kawan saya yang bagi tahu ada kosong".

3)" Ni company melayu ke?"

4) "Apsal susah sgt requirement yang company Encik mintak? Tak leh kurang kan sikit ke?" (yang ni bila dia baca bab minimun requirement.)

5) " Kerja kat Ipoh je ke, atau kena transfer tempat lain?"

Yang ni pulak bila aku dah shortlisted dan panggil interview..

Generally,Bila aku tanya beberapa soalan, diorang akan jawab yang lebih kurang sama camni :

Soalan (s) : Dari scale 1 hingga 10 (10 yg terbaik), berapa yang awak letakkan skill dan knowledge awak?

Jawapan (j) : Lebih kurang..aaa...emmm... 4. Sebab saya lecturer saya tak ajar dulu.hee..hee..(dia gelak)

(Jenis yang bergantung pada buku, dan tak reti-reti nak tambah ilmu, sebab dia bukan minat sangat kerja yang dia nak mintak!)

s: Dah tu kalau lecturer awak tak ajar, ada tak awak cuba belajar sendiri?

j: Mana ada..lagipun saya tak berapa study on the practical side. Saya lebihkan study untuk exam je..

(jenis ni yang belajar untuk exam je..final year project upah orang buat)

s: Boleh tak awak buat satu code yang buat connection ngan database? Dengan mengunakan text editor?

j: Tak boleh lah..sebab saya dah lama tinggal bab ni dan dah lama tak pegang.

(dia dah lama tinggal bab tu, tapi nak apply kerja yang melibatkan bab tu..)

s: Dengan pengetahuan dan juga pengalaman asas awak yang (sikit sangat) camni, awak rasa boleh ke awak buat kerja yang saya nak bagi ni?

j: Boleh tapi makan masa sikit le, sebab saya nak kena belajar balik.

s:agak2 berapa lama masa yang awak ambik untuk belajar balik semua benda yang saya list out tadi.

j: Benda yang encik nak tu, dulu dah belajar dah, tapi saya dah lupa, jadi saya rasa untuk belajar balik semasa kerja ngan company encik, maybe ambik masa 6 ke 7 bulan.

s: Hm.. 6 ke 7 bulan ye..habis tu, masa tempoh tu, berapa gaji yang awak expect awak akan dapat?

j: Saya tak demand encik, sebab saya ni tak berapa cekap sangat dan jugak tak berapa tahu sangat pasal kerja ni,Jadi, encik bayar gaji saya dalam RM 1400 ke RM 1600 pun saya terima.

( Ada tak mana2 company yang nak bayar gaji sebanyak tu untuk staff yang belum tentu mendatangkan hasil? )

s: Memandangkan skill dan juga knowledge awak mengenai task yang awak kena buat ni agak rendah., boleh tak kalau syarikat kami berikan awak peluang untuk membuktikan kemampuan awak selama 3 bulan, tetapi gaji yang awak akan dapat tu rendah dari apa yang awak harapkan. Dan selepas 3 bulan, sekiranya awak perform, maka kami akan bagi gaji penuh dan dikira sebagi confirm.

j: Saya rasa tak boleh lah, sebab saya ni degree holder, walaupun saya tak tahu nak buat kerja2 tu semua, encik kena nilaikan degree yang saya ada..

(Hmm...no komen..)

Dan banyak lagi. Dan aku rasa tak perlu lah aku sambung kisah sedih anak bangsaku mintak kerja...

Cuma nasihat ihklas aku, dan sebagai mewakili industri yang ambik orang kerja.. tolong lah persiapkan diri dengan knowledge dan juga skill yang bersesuaian dgn kerja yang nak di mintak tu..(tak smestinya companies nak ambik orang yang pernah ada pengalaman 2 -3 tahun)

Dan sebagai ICT punya orang, korang tak boleh expect ilmu yang di ajar tu je sudah mencukupi untuk korang dapat kerja, sebab ada kawan aku yang cuma ada SPM tapi dia punya knowledge dan juga skill ICT ngalahkan software engineer.Ini semua sebab dia ambik inisiatif untuk belajar sendiri.

Kalau zaman 80 -an dulu maybe le boleh demand,lepas grad je dah ada kerja kerajaan, jadi pegawai...zaman ni? Ada degree pun kena kait sawit..

Kalau korang tanya soalan,"Melayu je ke camni? Cina tak de ke buat perangai ni?"rasa-rasa jawapan korang apa? Jawapan aku "Dont Know and dont care, sebab dia bukan sedara segamaku.."

Share this post

Link to post
Share on other sites

terima kasih cikgureza.. leh wat panduan nih.. <aku pon graduan menganggur/separa menganggur>

kalo leh sambung lagi bagus... hmm.. nasib le aku tak penah wat semua2 yang cikgu cakap tu KECUALI.. kecuali ada lagi yang cikgu blom bagitahu.. mana le tau yang itu yang aku wat.. hehehe :D peace...

Share this post

Link to post
Share on other sites

hm.. memang btul2 sedey...

hm, aku x de la pengalaman nak interview org yg blaja tinggi2 nih...

tp, kalo setakat soal siasat budak yg tgu result spm nak keje promoter ade la...

coz aku time cuti slalu jadi permanent promoter...

bile nak amik part time, kene la tanye sket2 kan...

tp, memang jawapan yg dpt pon, hampeh...

bile da keje lagi la...

mcm biskut... kejap ade, kejap x de... :)

Share this post

Link to post
Share on other sites

aku setuju bebudak IT kene ader attitude utk blaja sendiri jgn begantung pada yg diajar dlm kuliah aje....dgr citer skrg ni bebudk IT ramai unemployed maybe atas sbb2 yg tertera kat atas tue.. ;)

Share this post

Link to post
Share on other sites

Well aku ade member baru masuk tempat aku ... dia nih dah jauh merantau berkerja cuma baru - baru nih balik Malaysia bujang terlajak lagi . Banyak tempat dia interview , Dia ade cakap kat aku bangsa paling banyak songeh dan banyak tanya masa interview ialah bangsa Melayu tu sendiri . Dari apa yang cerita kat aku bila di interview dengan bangsa melayu nih kebiasannya diorang suka menunjuk - nunjuk kepandaian diorang .... but bila di inteview oleh Non bumi senang jer pulak straight foward jer ... well entahlah .. aku benci melayu macam nih mostly biler dengan non bumi diorang boleh give and take but biler dengan bangsa sendiri sorry ler boleh blah ... ini kot yang dikatakan Melayu mudah lupa . Semoga melayu macam nih cepat lingkup ... aku doakan .. :)Well ko leh tengok camna Cina tolong bangsa dia sendiri ,aku cukup jealous paling bangsat pun dia akan bagi title sebagai kerani cabuk .... tapi biler bab Melayu nak tolong melayu ini yang masaalah sikit banyak sangat Red tape nyer , birokrasi dan segala macam mak bapak punya kelayakan yang diperlukan . Emm ... kalau camni ler caranyer baik kerja dengan cina . Sapa lagi nak tolong Melayu kalau bukan Melayu tuh sendiri . :(

Share this post

Link to post
Share on other sites

nice one cikgureza. inilah dia kenyataan graduan bijak pandai kita zaman sekarang. perasan pandai pun ada.

takpayah pergi jauh2 la, tengok dalam forum nipun dah cukup. ada yang siap boleh soal majikan balik, dan yang paling ketara, semuanya mesti tanya "GAJI BERAPA". bila aku tegur, diorang kondem aku balik, cakap "hek eleh kereknya mamat ni soalan macamni pun nak soalkan". you know who you are...

ada satu lagi pulak, siap tanya CEO syarikat tu nama apa, blablabla, seolah olah dia nak cerita satu dunia yang dia familiar dengan syarikat tersebut. well, ko salah tempat. bukan kat forum ko nak cerita berdegar degar, tapi buktikan ko mampu bercakap tak gagap bila kena temuduga. tu baru betul. bila orang iklankan dalam forum, apa yang ko perlu buat, salin, ambil nota, hantar permohonan, resume, dan sediakan diri. ni tak, pergi tanya soalan soalan yang *BOOMBASTIK*. lain la kalau iklan tu tak jelas, dan ko tanya "alamatnya kat mana". tu betulla ni pegi tanya "gaji berapa?". nak tau gaji datang la dulu. baru nampak kesungguhan sikit.

jadi bak kata hamlaww, jadikan kata kata aku kat atas sebagai satu cara untuk aku sebagai melayu untuk menolong bangsa aku sendiri yang mengaku melayu.

Share this post

Link to post
Share on other sites

Aku masa interview budak, 2 org la.

Nak ambik sebagai System Admin.

Ok, la resume semua nampak brutal dan power.

Aku tak tanya banyak la.

Just kasi dua bijik server kat situ, minta dia setup linux (gui pun tak kisah), then setup webserver + database server.

Ada bonus point la kalau dapat buat security patching.

Dua dua tuh hangus, kantoi.

Last last ambik budak kelulusan diploma. (dua org tuh degree ICT). Diploma tuh siap buat cluster tuh antara dua server. Tiga jam interview tuh. Setting baik, aku pun cekup dia masuk :)

Jangan kongkong diri. Itu jek.

Share this post

Link to post
Share on other sites

a'kum kengkawan,

maaf mencelah sket.

aku tak nafikan mmg fresh graduate degree holder kurang sangat kemahiran dalam pratikal. Even, kalau suruh setup webserver, email server etc mmg tak tau lah jawapannye. tapi aku kalau tak tau mmg aku ckp tak tau, but!! i willing to learn. Mostly ape yg kite blajar semua teori saja. how to manage & configure mmg tak penah buat.

aku syukur dpt keje dalam bidang network. mmg aku cetek ilmu, mula2 masuk mmg tak tau ape2. nak configure switch, router, firewall, dll mmg tak tau lgsg. syukur sbb company aku bagi training skrang.

aku starting salary RM 1200 (degree), tu pun aku masih rasa malu sbb aku sebenarnye masih tak layak dapat duit tu. kalau nak bandingkan dgn knowledge aku mmg tak layak.

pesanan aku pada fresh graduate jgnlah terlalu demand. cermin diri sendiri. bila anda dah masuk kerja baru anda tau dimana taraf & tahap anda sebenarnye. Segulung ijazah tidak melambangkan ape2, jgn ingat ijazah dgn keputusan cpa 3.0> membolehkan anda demand tak tentu hala.

TQ..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Yup, setuju dengan chokie,

Mungkin cara interview saya tuh agak kasar sikit, tapi system admin ni kerja jaga server client. Maka, tak boleh la juga nak kasi pegang macam tuh sahaja.

Kalau Network admin mungkin agak loose sikit. Ikut position yang ditawarkan.

Cuak gak sebenarnya nak interview nanti :(

Share this post

Link to post
Share on other sites

Well aku ade member baru masuk tempat aku ... dia nih dah jauh merantau berkerja cuma baru - baru nih balik Malaysia bujang terlajak lagi . Banyak tempat dia interview , Dia ade cakap kat aku bangsa paling banyak songeh dan banyak tanya masa interview ialah bangsa Melayu tu sendiri . Dari apa yang cerita kat aku bila di interview dengan bangsa melayu nih kebiasannya diorang suka menunjuk - nunjuk kepandaian diorang .... but bila di inteview oleh Non bumi senang jer pulak straight foward jer ... well entahlah .. aku benci melayu macam nih mostly biler dengan non bumi diorang boleh give and take but biler dengan bangsa sendiri sorry ler boleh blah ... ini kot yang dikatakan Melayu mudah lupa . Semoga melayu macam nih cepat lingkup ... aku doakan .. :)Well ko leh tengok camna Cina tolong bangsa dia sendiri ,aku cukup jealous paling bangsat pun dia akan bagi title sebagai kerani cabuk .... tapi biler bab Melayu nak tolong melayu ini yang masaalah sikit banyak sangat Red tape nyer , birokrasi dan segala macam mak bapak punya kelayakan yang diperlukan . Emm ... kalau camni ler caranyer baik kerja dengan cina . Sapa lagi nak tolong Melayu kalau bukan Melayu tuh sendiri . :(

Encik Hamlaw mempunyai point yang bagus. Cuma kena tengok pada position yang nak mintak le..dan kena tengok tempat kerja le.. Macam kami di OSVP, memang ada banyak mission critical punya task..jadi takkan nak hentam kromo je amik orang kerja. Lagipun, prinsip saya ,kalau nak tolong bangsa sendiri, bukan nya tolong duduk dengan dia dalam dewan exam ,lepas tu tolong pegang pen dia,lepas tu, tolong jawab soalan exam dia. Sebab tu sampai skang ni, subsidi masih di perlukan oleh bangsa kita.

Dan bab sraight forward pada non-bumi tu, maybe dia pergi multi national punya company kot, yang tu tak di nafikan berlagak le kot..cuma saya rasa, kalau betul2 nak tolong melayu,jgn la buat job opening kat non bumi, buat je semua post tu untuk bumi..lagi adil kan? :P

NI nsebab nak tolong bangsa sendiri lah , yang saya raise topic ni...

Share this post

Link to post
Share on other sites

ramai mentaliti budak² zaman sekarang adalah: ada cert tinggi = kerja bagus / jadi boss = gaji besar

Share this post

Link to post
Share on other sites

a'kum kengkawan,

maaf mencelah sket.

aku tak nafikan mmg fresh graduate degree holder kurang sangat kemahiran dalam pratikal. Even, kalau suruh setup webserver, email server etc mmg tak tau lah jawapannye. tapi aku kalau tak tau mmg aku ckp tak tau, but!! i willing to learn. Mostly ape yg kite blajar semua teori saja. how to manage & configure mmg tak penah buat.

aku syukur dpt keje dalam bidang network. mmg aku cetek ilmu, mula2 masuk mmg tak tau ape2. nak configure switch, router, firewall, dll mmg tak tau lgsg. syukur sbb company aku bagi training skrang.

aku starting salary RM 1200 (degree), tu pun aku masih rasa malu sbb aku sebenarnye masih tak layak dapat duit tu. kalau nak bandingkan dgn knowledge aku mmg tak layak.

pesanan aku pada fresh graduate jgnlah terlalu demand. cermin diri sendiri. bila anda dah masuk kerja baru anda tau dimana taraf & tahap anda sebenarnye. Segulung ijazah tidak melambangkan ape2, jgn ingat ijazah dgn keputusan cpa 3.0> membolehkan anda demand tak tentu hala.

TQ..

Terima kasih sebab share pengalaman...

Yang ni budak kita selalu silap, sebab tak well prepared bila nak datang interview. Yang dia tau, kalau dia ada kertas (sijil,diploma,degree), dia yakin orang akan offer kerja.

Industri yang akan amik korang bekerja sememangnya berpengalaman dalam bidang yang nak dia amik korang kerja tu, jadi expectation diorang terhadap skill korang adalah bergantung kepada post yang diorang offer.

Bermakna, kalau dia nak cari programmer, kena lah siapkan diri sbelum dtg interview. Janganlah bagi alasan, saya dah lupa lah, lama tak buat lah dan sebagainya. Kenalah siapkan dengan jawapan yang menyakinkan. Tak bolehlah cakap lupa, sebab yang nak buat kerja tu korang sendiri..

Come on, nak dapat kerja macamana kalau korang sendiri dah buktikan terang-terang yang korang memamng takleh buat benda tu?

Lepas tu as an ICT punya orang..kena selalu alert updates untuk technology ni. Mcam cth di atas,sepaptutnya grads dah amik tau camna nak setup webserver,sebab benda tu, kalau ada opening untuk web programmer, dia mesti akan tanya pasal web server punya..

Pastu pulak, kena tanamkan azam le, bahawa, korang akan menambahkan skill atau setidak2nya knowledge mengenai technology berkaitan kerja yang korang aim.

Ni berbalik pada pengalaman aku dulu. Ada satu budak pompuan dari satu local U, dia amik degree masa tu. Jadi final year project dia, dia upah aku buat ( aku menyesal sebab buat dan tak buat dah.). Web based punya University Voting System (sistem undian). Jadi aku pun buat le, sebab dia bayor aku. Jadi bila tinggal dalam 10% lagi, aku pun bagitau dia, yang aku akan bagi diskaun kat dia kalau dia buat baki 10% tu, sebab aku nak dia paham camana sistem tu beroperasi dan modul2 yang dia perlu paham, bukan sebab apa, takut ada soalan dari accessor (penilai). Jadi dia bagi tau kat aku, yang dia kata dia akan bayar full, dan tak perlu diskaun, sebab dia kata, cukup lah kalau aku brief kat dia ttg sistem tu. Aku cakap kat dia lagi, kena le pahamkan sistem ni, at least bila dah abih blajar nanti, senang nak buat kerja yang melibatkan dengan sistem yang camni. Dan jawapan phatetic dia.."Saya tak minat, dan saya bukan nak kerja bahagian yang camni pun, saya nak kerja kerajaan.."

Peristiwa tu berlaku dalam tahun 2004, dan baru2 ni aku nampak dia keluar dari kilang Hovid (ho yan hor) kat jalan kuala kangsar, dan aku sure bahawa dia kerja kat sana, sebab dia pakai baju operator...

(well, at least dia tak pilih kerja dan dia memang dapat kerja yang tak melibatkan dengan programming pun..)

So, point aku di sini, adalah grads tak leh kata dia tak belajar teknologi tu, sedangkan dia nak mintak kerja bahgian tu. Dan korang tak leh expect benda ni akan di ajar masa kerja. Kalau korang ada pikiran camtu, maka korang telah rendahkan martabat kertas ang korang ada!

Perumpamaan dengan pelajaran yang di ajar di IPT adalah seperti, kata alim ulama, "semua jawapan ada dalam al-quran". Sebab kalau korang cari cara nak buat roti canai, takkan ada dalam al-quran, tetapi sebaliknya, al-quran menasihatkan untuk mendapatkan cara membuat roti tersebut dengan mencari orang yang mahir membuat roti canai. Macam tu jugak masa belajar kat IPT dulu, bukan semua jawapan dan teknologi ada kat sana, tapi korang kenalah berusaha mencari updates yang latest melalui lain2 sumber, selepas korang grad.

Kegagalan korang untuk memahami teknologi, bukanlah di sebabkan lecturer korang, tetapi di sebabkan oleh kurangnya usaha untuk korang memperbaharui ilmu dari lain2 sumber.

Ni muhasabah yang aku rasa kita sama2 (termasuk aku) kena buat :

1) Berapa kalikah dalam sehari korang membaca atau mempraktikan ilmu yang korang pernah belajar dulu?

2) Kalau takde, apakah alasan korang?

3)Berapa kali kah dalam sehari korang menyampaikan (ajar ) orang lain mengenai ilmu yang korang pernah belajar dulu?

4)Pernahkah korang, tanpa di suruh oleh sesiapa, menguji diri sendiri (contohnya ,programming), dengan sebab nak refresh (takut terlupa) otak korang?

Aku harap dalam thread ni, jgn lah ADA SESAPa YANG BAGI POSITIF IMPRESSION (PANDANGAN POSITIF) TERHADAP SIKAP2 KEBANYAKAN GRADUAN MELAYU KITA, (MACAM YANG AKU LIST OUT KAN KAT ATAS)...takut ada yang salah tafsir dan rasa benda yang aku list out tu tak kisah pun kalau di buat.

ni salah satu usaha kecil untuk membantu bangsa kita. Bukanya terus amik dia kerja sebab takut orang kata company melayu ni banyak red tape..

Share this post

Link to post
Share on other sites

Aku pun biasa interview bebudak Melayu or bukan melayu.....

Budak Melayu nie aku tgk very shy....kurang yakin, tak pi study "cara2 untuk menghadapi interview", tak practise......Tapi ada jugak yg betul2 bagus.

Bukan nak kata bukan melayu lebih bagus....tapi diorang pun ramai jugak yg tak bagus, tapi yg tak bagus tu kurang dari yg melayu.

Kepada yang nak pi interview tu buat lah latihan menjawab soalan....kalau rasa diri jenis bagus..pandai jawab tak jadi masalah, tapi yg tergugup tergagap tu buat lah PERSEDIAAN.

Cuba ler duduk depan cermin tanya soalan pasal diri, cita2, pasal kerja skrg, pasal company, kalau benda peribadi mcm nie pun cakap lintang pukang, mcm mana nak jawab soalan tricky sikit...

Itu jer....

Share this post

Link to post
Share on other sites

a'kum kengkawan,

maaf mencelah sket.

aku tak nafikan mmg fresh graduate degree holder kurang sangat kemahiran dalam pratikal. Even, kalau suruh setup webserver, email server etc mmg tak tau lah jawapannye. tapi aku kalau tak tau mmg aku ckp tak tau, but!! i willing to learn. Mostly ape yg kite blajar semua teori saja. how to manage & configure mmg tak penah buat.

aku syukur dpt keje dalam bidang network. mmg aku cetek ilmu, mula2 masuk mmg tak tau ape2. nak configure switch, router, firewall, dll mmg tak tau lgsg. syukur sbb company aku bagi training skrang.

aku starting salary RM 1200 (degree), tu pun aku masih rasa malu sbb aku sebenarnye masih tak layak dapat duit tu. kalau nak bandingkan dgn knowledge aku mmg tak layak.

pesanan aku pada fresh graduate jgnlah terlalu demand. cermin diri sendiri. bila anda dah masuk kerja baru anda tau dimana taraf & tahap anda sebenarnye. Segulung ijazah tidak melambangkan ape2, jgn ingat ijazah dgn keputusan cpa 3.0> membolehkan anda demand tak tentu hala.

TQ..

Perjalanan hidup aku beberapa tahun yg lalu pun macam ko gak, tunjukkan kerajinan dan usaha kat company , mungkin diaorang bagi training atau biaya kos pro certificate, sbb kalau degree ni pun practical dia kurang... mula dari susah dulu, bukan mula dari senang... gaji yg kecik accept jer, lama2 besarlah tu

Share this post

Link to post
Share on other sites

"Knowledge seekers" (KS) adalah satu gelaran yang aku bagi pada bebudak grads yang belajar ilmu atau skills yang tak di ajar semasa berada di IPT diorang..sebabnya, diorang ni umpama 'permata di limbahan' atau 'intan terpilih'.

KS ni yang aku tengok, (sebab aku dah interview dan test diorang), result exam tak berapa bagus sgt, maybe sebab matapelajaran theory ni tak berapa menarik hati diorang...

tapi bila aku suruh buat hands-on , mak aih..punya dahsyat, dan aku rasa jam-jam tu jugak nak amik kerja terus..

Cuma yang peliknya kat aku ni, KS ni tak berapa nak demand gaji, walaupun, kriteria yang di kehendaki tu 90% di penuhi oleh diorang. Manakala, bebudak yang tak seberapa ilmunya pulak...gaji yang diorang mintak ngalahkan programmer dari silicon valley.

KS ni pulak, yang aku tgk, sifat indipendent diorang cukup tinggi..maybe sebab diorang rasa susah nak dapat ilmu ni. Dan diorang memang minat dengan kerja yang diorang buat. Aku bayar gaji kerja 7 jam je sehari, diorang stayback sampai pukul 2~3 pagi..

Dan KS ni selalunya amat kreatif, maybe sebab diorang paham apa ilmu yang diorang belajar tu. Dan aku memang boleh harapkan pada KS-KS yan aku amik kerja skang ni..

KS juga mampu untuk gantikan kerja2 org lain, contohnya product presentation kat client.

Dan beberapa perkara yang lain ang akan aku sambung lagi kendian.

Share this post

Link to post
Share on other sites

itulah hakikatnya, sebabtu jangan terkejut kalau budak yang cuma ada SPM, tapi mahir gila bab network security (sebagai contoh), ataupun mahir gila dalam pengendalian pelbagai jenis sistem operasi. sebab? diorang minat pada benda tu. minat yang ada dan diorang baca baca baca dan diorang buat. dan sebabtu jangan terkejut kalau budak yang ada diploma dan ijazah dalam bidang berkaitan, tapi tak reti langsung install windows, apatah lagi kalau suruh install OS lain.

Sebab nilah, jgn terGEZUT kalau korang ada degree sekalipun, company zaman ni buleh offer gaji RM 600 ke RM 700 untuk buat kerja yang melibatkan iCT ni. Gaji tu macam gaji tahap sijil je kan? Tapi apa salahnya bayar camtu, kalau performance yang ada pun sama cam budak sijil MLVK..

Setuju tak wahai para graduan yang mencari kerja? Kalu tak setuju bagi sebab kenapa..

Share this post

Link to post
Share on other sites

emm..emm..emm...teruk btul cara diorang jawap soalan...mcm tak prepare langsung utk di interview..takde inisiatif langsung nak tunjuk diri tuh boleh improve dan layak diberi peluang utk di 'hired'. Semua jawapan pom negatif jerk bunyi..macam mana la org nak tolong... :ph34r:

Share this post

Link to post
Share on other sites

Haha.. seronok plak baca thread ni sejak semalam lagi.. ni undergrad baru nak celah.

Mostly apa yg dikatakan bro elders semua benar sebenar - benarnya... tengok kes di campus aku dah la.. skang bila time nak buat projek ilmiah.. baru semua carik kami sorang dua (out of 50) untuk minta tolong buat itu ini.. padahal kalau subjek networking + programming related semua score A, CGPA 3.5 ke atas belaka.. tapi bila nak buat benda as simple as setup localhost pun hancur... tu tak cakap lagi nak buat authentication system code from scratch... (even nak modify sistem yg dah sedia ada pun don't know how to start, where to start...)

IMHO, apa yg aku nampak diorang (tak semua, but mostly) cam nak 'asal siap projek and score A' sudah.. bila kami (yg ada la ilmu2 luar dewan kuliah) ni cuba explain (on system yg kami tolong setupkan).. pun diorang cam endah je.. kalau endah pun tanya balik kinda (pardon me) silly questions yg basic + simple dan sepatutnya boleh carik di internet (ada yg jawab balik 'camne nak carik di internet?' .. even ada yg buat request "ada masa free tak satu hari minggu ni? boleh ajar camne nak buat sistem/camne nak belajar bagi dapat pro cert/lain2" (perghh..., ingat effort satu hari ke? :P )

Taknak explore luar bilik kuliah tu lah masalahnya.. aku dah nampak kepincangan silibus di IPTA ni (yg exam-oriented) time aku 2nd year.. tu pun setelah elders lain banyak bagi guidance.. so aku dan beberapa members lain pun (boleh bilang dengan jari..) cuba buat effort sendiri.. (personally.. aku rasa P&P di kuliah pretty boring...).. internet ada.. e-book ada, carik kawan2 elders yg dah involved dlm industry.. aku akui pointer aku pun drop sedikit sebab aku lebih komited kat benda (ilmiah) luar kuliah.. tp aku tak kisah kalau kesudahan dia ialah aku boleh dapat pro cert.

Lecturer aku pun ada pernah cakap, dia pegi talk antara MNC company dgn IPT2 di malaysia ni... banyak company MNC kecewa dgn fresh grads mostly sama la apa yg dicakapkan bro semua di atas.. dan satu lagi ialah penguasaan dalam English.. tu pun banyak kena reject time interview sebab fail to perform in English.

p/s: apa yg bezanya ialah kes aku melibatkan kedua2 kaum melayu and chinese.. :P

Edited by electroboy

Share this post

Link to post
Share on other sites

"Knowledge seekers" .. ini yang aku tercarik carik selama nih..

bulan 5 nih datang plak bebudak buat praktikal kat tpt kerja aku.

mintak mintak la. bebudak lelaki.. huuuh...biar le pointer rendah pun tak pe . janji rajin, bleh buat kerja dan kreatif.

aku nak tambah skit la cikgureza...

even dalam masa praktikal pun . keadaan mcm tu .. macam tak tau apa apa..

mengikut pengalaman aku lah.. kalau budak lelaki nih, ada la yang jenis yang ko cakap tu (KS) . yang nih mmg best., bleh lepas jerk diaorg buat kerja.. just guide jerk..

bg aku la ..aku suka cara cikgureza interview budak , suruh buat terus server sebijik.. .

mungkin aku pun akan bg cadngan kat bos aku cam tu kut..

Share this post

Link to post
Share on other sites

it's a normal practise bile ko pegi interview kat MNC pastu bile diinterview oleh non bumi or foreigner,dorang akan tanye soklan senang2 pada bumi/melayu sbb dorang pandang rendah pada bangsa melayu,bukan sebab dorang tak banyak songeh,but basically dorang dah ada mindset untuk reject bangsa melayu yg apply keje kat situ,unless ko bebetui outstanding...baru dorang amikkkk,panggil org melayu untuk dtg interview is just a formality..bukan ade niat bebtui pun nak amik masuk

and lagi satu,memang betui la sapa yg nak tlg melayu kalau bukan melayu sendiri,tapi takkan la sampai nak amik bebudak yg tak reti pape, berkerja kat company ko?tak logik la..sbb kalau subordinate ko tak reti keje...it will reflect badly on you as a boss,baik amik bebudak yg betui2 reti keje regardless of race..

and by the way,ada sbb la nape aku tanye pasai boss kat itcapital tu..sbb aku nak ckp kat bebudak yg banyak tanye sgt pasai gaji,tempat kerja etc etc ..to just go for it,jgn banyak songeh..sbb boss die baik,ko akan dapat banyak peluang untuk training DELL servere tc,tu je..takde niat lain,just so sick and tired dengan bebudak yg too picky..bukannye nak tunjuk pandai sbb kenal boss die,dont jump to a conclusion and buat assumption sendiri, pastu close topic sebelum org lain leh explain...pandai2 la jaga privilege mod yg diberi, baru org respect..

thanks

:D:D

Share this post

Link to post
Share on other sites

and lagi satu,memang betui la sapa yg nak tlg melayu kalau bukan melayu sendiri,tapi takkan la sampai nak amik bebudak yg tak reti pape, berkerja kat company ko?tak logik la..sbb kalau subordinate ko tak reti keje...it will reflect badly on you as a boss,baik amik bebudak yg betui2 reti keje regardless of race..

thanks

:D:D

Well ni salah satu contoh baik ... ! mampus le melayu kat luar tuh ... well pernah deal dengan satu company yang well known gak .. dia boleh hantar budak yg fresh grad deal busines dengan boss aku untuk satu project . Memang kantoi habis ler budak cina tuh biler nak present dan explain product yg dia bawak tuh .. but after couple of month aku tengok budak cina nih ade improvement dari segi presentation of product , more than that dia boleh suggest dan bagi solution .. pulak tuh .. la ni dia dah dapat contract busines untuk company aku . Ko bayang camna boss dia tuh boleh pertaruhkan budak fresh nih pergi cari sales untuk company dia dan bawak balik contract untuk majikan dia .? well cerita nih jadi bahan bualan kat office aku for a while .. Aku tertanya - tanya Cuma Sanggupkah orang Melayu bimbing anak bangsa dia sendiri ?

Aku suka lagi tengok anak melayu rajin belajar dari yang tahu kerja but malas nak berlajar ..

im not saying memang patut amik bukan melayu dari melayu kalau dua2 equal dari segi ability,tapi kalau dah memang budak melayu takmo belajar and tak reti2 nak belajar kalau tak pandai tu, nak wat camne?

banyak kali tgk budak melayu kena interview,mintak gaji bukan2..selalunyer dari range 1800-2500,tapi bile tanye,sume tak reti..apa yg justify mintak gaji lebih2 padahal dorang tak reti pape?...pastu bile chinese dtg interview,die akan cakap die sanggup terime bape saje and kalau die tak dpt catch up,die akan resign..so nampak mcm gap budak grad melayu ngan bukan melayu banyak sgt,dari segi ability n confidence level...

bukan setakat budak grad je...kalau ko tgk melayu bile ada function or get together,dorang bukan nyer nak mix ngan client,sbb duk buat hal sendiri,tak reti nak mingle ngan client,pastu bile time amik seat suke duk belakang2,terikut2 zaman kat Univ kot :D

takat nie tak pernah lagi pilih non bumi over bumi, but it might just change if there is no improvement on the quality of malay grads,companies operates on profit,kalau staff incompetent camne nak wat profit?

but please bear in mind..bukan nyer sume non bumi kat luar sana tu power,banyak gak yg bodo..tapi masalahnyer bdk melayu jer ada rasa inferiority complex,rasa rendah diri la..padahal dorang tu bukan power sgt..just pandai cari peluang je :D

Share this post

Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...