Jump to content
heaven x

My Team Vs Malaysia Team

Recommended Posts

tak hangat ...moh la kita hangatkan....tang msia u20 menang ngan freekick..tu memang hebat..tahniah msia...kkorang memang tak layak kalo nak lawan ngan pasukan pro lain..ye la..lawan myteam yang sopan nak maspos tu pun msi leh dapat freekick...pelik sungguh...apa aku nak kata kat sini adalah mungkinkah pasukan msia ni kalo lawan brazil ke france ke anything...diorang akan dapat sampai 50 freekick kalo kene ngan body contact ...kalo camtu la taktik kotornya sudah tentu msia menang kan?tu pun bergabtung pada referee juga...kene pakai ref yang lawan myteam jer leh dapat freekick....tak faul kata faul...myteam sepatutnya dapat penalti ref HARAMKAN..kalo msia tentu JADI HALAL.

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak hangat ...moh la kita hangatkan....tang msia u20 menang ngan freekick..tu memang hebat..tahniah msia...kkorang memang tak layak kalo nak lawan ngan pasukan pro lain..ye la..lawan myteam yang sopan nak maspos tu pun msi leh dapat freekick...pelik sungguh...apa aku nak kata kat sini adalah mungkinkah pasukan msia ni kalo lawan brazil ke france ke anything...diorang akan dapat sampai 50 freekick kalo kene ngan body contact ...kalo camtu la taktik kotornya sudah tentu msia menang kan?tu pun bergabtung pada referee juga...kene pakai ref yang lawan myteam jer leh dapat freekick....tak faul kata faul...myteam sepatutnya dapat penalti ref HARAMKAN..kalo msia tentu JADI HALAL.

:lol: wahh dahsyat ko punye bubuh.ngeri aku dengor. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kehkehkeh.. Malaysia kalah dengan Singapore dalam perlawanan persahabatan kat Stadium Paroi, Negeri Sembilan tadi.. Kalah penalti 7-8..

2 pemain Malaysia menunjukkan tahap profesional mereka dengan merembat tinggi sepakan penalti melepasi tiang gol..

2 pemain jer yang aku rasa ok.. gol keeper azizul dengan sorang pemain left midfielder..

Ball posession Malaysia 60% Singapore 40% ..

Aiii.. camner nak sokong pasukan Malaysia dengan performance macam nie?? Dengan still teragak2 tak tau nak pass kat siapa.. Tak tau nak buat keputusan biler depan gol.. Tiada persefahaman.. Gopoh depan gol.. <_<

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ni isi surat khabar Utusan Malaysia ari nie:

Pemain NS dapat durian runtuh

SEREMBAN - Para pemain pasukan bola sepak Negeri Sembilan Naza yang baru dinobat sebagai juara Liga Super 2006 boleh tersenyum lega apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan memberikan imbuhan kepada mereka masing-masing antara RM1,000 hingga RM21,000.

Presiden PBNS yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi setiap perlawanan dalam Liga Super yang disertai, pemain akan menerima elaun RM1,000.

“Ini bermakna jika pemain berkenaan beraksi dalam kesemua 21 perlawanan dalam Liga Super bermakna dia layak menikmati elaun bermain sebanyak RM21,000.

“Imbuhan durian runtuh kerana menjuarai Liga Super memang ada, kita akan turut beri sebagai menghargai jasa dan sumbangan para pemain dan pasukan...yang itu saya akan umum kemudian,'' katanya dalam ucapan sempena majlis pengundian perlawanan Piala Malaysia di sini semalam.

Hadir sama ialah Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad dan Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Dalam pada itu, Mohamad dalam ucapannya turut meminta FAM supaya memberi perhatian serius tindakan pasukan bola sepak tertentu yang

‘kaya' menawarkan gaji terlalu tinggi kepada pemain untuk memancing mereka supaya beraksi dengan pasukan berkenaan.

Beliau berpendapat, tindakan itu tidak akan membantu imej bola sepak negara tetapi sebenarnya secara tidak langsung akan merosakkan terus pasukan-pasukan kerdil lain yang tidak mempunyai kantung besar.

“Ia dikhuatiri akan merosakkan semangat perlawanan, sepatutnya ia (gaji) perlu konsisten dengan tahap kualiti permainan pemain itu.

“Jangan pula ada sesetengah pemain dapat gaji bulanan RM15,000 tetapi sepak bola dengan kepala lutut bukan dengan kaki.

“Saya harap FAM pandang perkara ini dengan serius kerana dibimbangi mutu bola sepak negara akan terus merudum kerana memiliki barisan pemain materialistik dan mata duitan yang tidak mementingkan kualiti permainan,'' katanya.

Mohamad juga berkata, sekiranya perkara itu dibiarkan berterusan kebarangkalian pasukan miskin untuk mengundurkan diri daripada pertandingan anjuran FAM adalah tinggi kerana tidak mempunyai kemampuan kewangan bagi memenuhi tuntutan para pemain.

Tambah beliau, pasukan kaya pula tidak boleh mendabik dada kerana kononnya berjaya merebut barisan pemain 'hebat' yang dibayar gaji tinggi.

“Mereka boleh jadi terbengkalai kerana telah mengeluarkan belanja besar tetapi para pemainnya pula gagal menunjukkan kualiti permainan yang sepatutnya.

“Akhir sekali pasukan itu akan merudum kerana mempunyai pemain tidak ikhlas yang hanya mementingkan bayaran tinggi semata-mata,'' katanya.

Dalam perkembangan sama, Raja Ahmad Zainuddin dalam sidang akhbar selepas majlis pengundian itu menyambut baik saranan Mohamad itu.

Katanya, sebagai pemain professional, mereka perlu tahu membalas budi pasukan yang telah mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan khidmat dan aksi mereka.

“Mereka perlu beri aksi terbaik pada setiap masa kerana sekiranya pasukan merudum bukan skuad yang diwakilinya sahaja akan rugi tetapi dia akan turut merasa tempiasnya,'' katanya.

Renung2kanlah keadaan sebenar bola sepak Malaysia..

Share this post


Link to post
Share on other sites

halamak.. ni kes pasukan miskin nak menakut-nakutkan orang ni... :) tengok chelsea la.. kalo tak terel, takdenya pasukan kaya tu nak membeli pemain...

Share this post


Link to post
Share on other sites

saper plak taja si NS nie......huhuhhhuuuuuuuuuuuuuu

Share this post


Link to post
Share on other sites

2 pemain Malaysia menunjukkan tahap profesional mereka dengan merembat tinggi sepakan penalti melepasi tiang gol..

<_<

bkn,3 org kot...hardi jaafar,kaironnisam,norfarhan.....

safee sali plk mensiasiakan pluang utk jd penjaring terpantas kt mesia ni....rugi2

Share this post


Link to post
Share on other sites

saper plak taja si NS nie......huhuhhhuuuuuuuuuuuuuu

Batista, ko tak bangge ke, terengganu dapat pingat emas kat sukma hari tu.menang dgn penalti jugok tu. :lol: aku pun bangge gok sikit.menang kat tempat org tu.

Share this post


Link to post
Share on other sites

x kemana la bola sepak malaysia ni...buang masa je.

pelik gak kat mesia byk gak akademi bola sepak cam brazilian academy, arsenal academy dll...tp xleh ke nak lahirkan player cam player arsenal ngn brazil...ni yg aku tgk ,main bola mesti x reti nak passing...diorg ni xbljr passing ke...xkirela nanthakumar ke,rosdi talib ke,norhafiz zamani ke, semua cam hampeh.

Share this post


Link to post
Share on other sites

bukannye ko tak tahu tahap m'sia mcm mane.jurulatih kite bukanye hebat mcm diorang.kalu nok import bukanye murah.lagi satu ialah perkakasan latihan.mane ade yg sempurne mcm diorang.padang pun mcm sheby cakap, buruk. :lol: tulah diantare jurang yg buleh membezakan tahap kebolehan mereke.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apapun myteam dah menyemarakkan lagi suasana bola sepak msia yg memang hambar...buat incik matlazim,kalo nak nak diambilkira pasal politik,di mana-mana pun ada politik...dlm FAM tu sendiri pun ada politik..at least KJ mampu buat rakyat Msia duduk depan tv tengok org bola sepak Msia..kalo tak sebelum myteam nih..brapa banyak je rakyat Malaysia yg betul2 tengok pasukan Msia main bola..banyak yg suka tengok EPL ke...pendek kata apa2 yg bukan dalam Msia la..buat manusia2 dlm FAM tu....kurangkan bercakap dan berpolitik..kalo x mampu nak uruskan FAM tu,bagi la org sukan yg menguruskannya supaya kualiti pasukan kebangsaan dapat ditingkatkan...jangan asyik huhahuha...tapi habuk pun tarak...

Share this post


Link to post
Share on other sites

bagi la org sukan yg menguruskannya supaya kualiti pasukan kebangsaan dapat ditingkatkan

kalu bagi org sukan nk mengurus mmg boleh tapi kerja mengurus ni perlukan fulus,sbb tula org politik terlibat sbb mereka byk fulus utk sumbangkan kpd team mesia.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalu bagi org sukan nk mengurus mmg boleh tapi kerja mengurus ni perlukan fulus,sbb tula org politik terlibat sbb mereka byk fulus utk sumbangkan kpd team mesia.....

Betul juga kata-katamu tapi kalau peruntukkan fulus > hebat daripada kualiti permainan.. emm susah la tue..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Betul juga kata-katamu tapi kalau peruntukkan fulus > hebat daripada kualiti permainan.. emm susah la tue..

FAM banyak ape fulus diorang.memgajikan pemain2 m'sia yg hampeh tu.lawan singapura pun kalah.membazirkan duit kerajaan m'sia je.bagi diorang, gaji doh dapat power, buat ape nok buat latihan banyak2.ade perlawanan, main je.gitulah keadaan pemain bola kat m'sia.kalu tak ade sorang pun berani pecahkan tempurong ni.mcm tu jelah tahap bola kat m'sia.sedih betul. :(

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalah sebab pemain botak tue (tak tau nama dier dan taknak amik tau) miss 2x tendang.. apo la.. tapi aku menyampah gak tgk golkeeper Singapore tue senyum2 nampak gigi .. tendang kat muka tue biar dier tau skit.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku ni fanatik bola ..lagi kalo liga m aku minat..tapi kalo msia aku sokong pon diorang kalah...

tang team spore tu aku selalu layan diarang punya liga...tak heran la kalo team spore leh kalahkan msia...kalau spore leh kalah ngan msia..tu tentulah buat macam taktik kotor cam laean myteam...tapi taktik kotor msia tak jalan..hehehehe....spore team its much better than msia team..tu untuk sekarang la...ape boleh buat spore team memang main lebih bagus sdari msia team...kalo korang rajin turun spore try tengok diorang main...nanti korang tau la..taktik kotok memang diorang tak buat..msia jer pandai..tu la dapat 127 fifa ranking..taik betui..

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahahahah yg penting skuad u-20 dh layak piala asia yahuuuuu.....

aku harap myteam dpt masuk liga mesia....xpun liga milo ker piala presiden ker....

Share this post


Link to post
Share on other sites

ape cerite dgn my team sekarang.balik kampung tanam jagung doh ke?kesian diorang tu.sayang kalu biarkan mcm tu, diorang tu memang berbakat besar.patut pihak FAM buat ape yg patut, supaye diorang boleh teruskan cite2 diorang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

hahahahah yg penting skuad u-20 dh layak piala asia yahuuuuu.....

aku harap myteam dpt masuk liga mesia....xpun liga milo ker piala presiden ker....

aku rasa mreka masuk liga susu kot...... :)

tapi aku menyampah gak tgk golkeeper Singapore tue senyum2 nampak gigi .. tendang kat muka tue biar dier tau skit.

aku rasa die guna ilmu hitam kot,tu yg tersengih2 cm kambing,pastu slm dgn pemain2 mesia.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ade khabar angin mengatakan myteam ni akan masuk LIGA M..tak tau la betul ke dak..

kalo ngan cara ni bleh boost jualan tiket kat stadium tak mustahil

Share this post


Link to post
Share on other sites

ade khabar angin mengatakan myteam ni akan masuk LIGA M..tak tau la betul ke dak..

biar betoi ko ni.angin mane bagi tau ko.angin kuskus ke. :lol: harap2 dapatlah diorang masuk.kalu tak hampalah peminat diorang mcm ko ni. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites

minat aku pade myteam ni tak lapuk lagi...tapi kalau lama sangat myteam ni dipendam kang basi plak..dah aku tak minat..hehehehe

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...