Jump to content
'ra

Bahasa Aturcara Melayu?

Recommended Posts

Aku panggil benda ni sebagai amf (takde kena mengena ngan am32 dan juga benda alah yang lain). Layout kod kiter dalam amf simple jer (yang wajib ader) :
Suatu perkembangan yang cukup istimewa untuk perbincangan ini. Perisian kedua yang menyokong Bahasa Melayu untuk pengaturcaraan. Buat masa ini memang kuantiti amat diharapkan dan kemudiannya barulah kualiti. Akhirnya dapat juga kita lihat beberapa perkara yang dibincangkan sebelum ini telah di pindahkan kepada bentuk perisian. Usaha ini haruslah dihargai dengan sepatutnya dan sumber-sumber baru diharapkan akan menambahkan lagi sokongan.

;RUTIN <Nama> [__c | __win | __pascal], [Param1, Param2, ..., Paramn]
;<Pembolehubah_Setempat> (nama mesti didahului dengan titik ".")
Kenapakah perlu adanya __c, __win dan __pascal di dalam rutin assembly? Maaf jika soalan ini kelihatan bodoh. Tapi ia harus ditanyakan kerana saya tak pernah mengaturcara c/c++ ataupun pascal. Cuma ada sedikit memahami win32. Jadi saya tidak tahu apakah kesan atau keperluan ini membuat amf menggunakan kod pelaksanaan/execution yang berbeza mengikut rutin atau ianya hanya menyokong cara penggunaan dari bahasa-bahasa tersebut?
Aku sengaja biarkan fasm.exe dan amf.exe guna stdout yang sama for debugging purpose. Kalau aku rase keje ni berbaloi, lain kali aku akan buat yang lebih besh lagi, termasuklah modification kepada fasm compiler itu sendiri.
Amat menarik sekali jika semuanya dapat di-intergrasikan di dalam satu perisian utama. Diharapkan usaha ini akan diteruskan.
Dah tentu untuk menggunakan amf, korang kena tau asm dan juga Win32 programming. Namun demikian, kiter bleh permudahkan lagi tugas pengaturcaraan dengan macro yang lebih berkuasa, yang membolehkan kiter menulis kod seolah-olah dalam bentuk HLL. Contohnya :
ATURCARA "Contoh Konsol", APLIKASI
MOD KONSOL

!MULA

RUTIN Utama __c
MULA
    Konsol.ModPaparan Konsol.SkrinPenuh
    Aplikasi.Lengah 2
    Konsol.PadamSemua
    Aplikasi.Lengah 2
    Konsol.Tulis " >> Selamat Datang Ke Putera.com << \n"
    Aplikasi.Lengah 2
    Konsol.ModPaparan Konsol.SkrinBiasa
    Aplikasi.Lengah 2
    Konsol.PadamSemua
    Aplikasi.Keluar
TAMAT

!TAMAT

Ini kelihatan menarik juga kerana rujukkan kepada sesuatu "keyword" akan membantu pengaturcara memahami dari mana dan ke mana sesuatu proses itu bergerak. Ini membantu pengaturcara baru menulis kod sumber dengan lebih pantas kerana ia difahami dengan dan logiknya akan masuk di-akal. Pengaturcaraan adalah suatu proses kita menyalin kebijaksaan akal fikiran kita menyelesaikan masalah kepada suatu media yang boleh di ulang dan guna pakai oleh pengguna lain.
Due to the limitation of fasm's preprocessor, kiter takleh la code something like this :
    pMem = GlobalAlloc GPTR, 1024
tapi mungkin kiter bleh kod camni :
    set pMem, <GlobalAlloc, GPTR, 1024>
dan bagi aku ianya sama cantik ngan yang first tadi smile.gif.
Mungkin ia juga boleh diselesaikan dengan cara begini:
    isi pMem dari <GlobalAlloc, GPTR, 1024>

   ; isi fix mov
   ; dari fix ,

;- atau

    pMem dari <GlobalAlloc, GPTR, 1024>

   ; dari fix ,

Saya masih lagi ditahap merangkak didalam bab asm ni, diharapkan contoh saya ini tidak jauh tersasar dari skopnya Mengenai jenis data, saya rasa ia boleh di tambah lagi dengan lebih jelas:
byte - i8 , ix2
word - i16, ix4
dword - i32, ix8
fword - i48, ix12
qword - i64, ix16
dqword - i128, ix32
single precision fp (float) - p32, px8
double precision fp (double) - p64, px12
double extended precision fp - p80, px20
Dimana ix dan px mewakili hex sebagai tambahan kepada rujukkan yang sama.
The official reference should be inside M$ Platform SDK. Base Services->DLL, Processes, and Threads->Character-Mode Applications. Cuba jugak kat MSDN. Other tutorials taklaa penting sangat since most of them just elaborate aper yang ader kat PSDK (atau aper yang langsung takde kat PSDK - "undocumented" functions). Aku lebih suker bacer PSDK dan articles dari MSDN berbanding ngan tempat lain, walaupun kadangkala orang lain lebih betul dari orang M$ sendiri. Awak bleh tengok dalam fail Konsol.inc beberapa penggunaan console functions, tapi tu actually cuma sikit jer.
Saya baru saja mendengar untuk implement Win32 konsolterus dari DLL asas windows seperti KERNEL32, terdapat berbagai masalah keserasian pada versi windows. MS sendiri terpaksa menggunakan run-time yang dibuat berasingan untuk menyelesaikan masalah ini seperti penggunaa MSVCRT atau MSCRT.
Mengenai am32, actually takde la penting sangat buat masa sekarang, tapi just to share information : Biler kiter remove parameter dari stack lepas return from C function, jangan gunakan pop eax, sebab ia digunakan untuk return value, instead use pop ecx atau add esp, .... import table yang awak buat tu tak lengkap (but still valid and perfectly usable). Tertinggal original first thunk (exactly a same copy of first thunk), so sepatutnya import table yang perfect cam kat bawah :
section '.guna' import data readable writeable
dd jadual_msvcrt1,0,0,RVA pautan_msvcrt,RVA jadual_msvcrt2
dd 0,0,0,0,0  ;terminator
jadual_msvcrt1:
dd RVA msvcrt.system
dd RVA msvcrt.puts
dd RVA msvcrt.getchar
dd RVA msvcrt.exit
dd RVA msvcrt.sleep
dd 0
jadual_msvcrt2:
kon.guna dd RVA msvcrt.system
kon.cetak dd RVA msvcrt.puts
kon.nanti dd RVA msvcrt.getchar
kon.tamat dd RVA msvcrt.exit
kon.lewat dd RVA msvcrt.sleep
dd 0
.
.

Se-ingat saya pada masa tersebut, saya cuba meringkaskan panggilan DLL sesingkat yang boleh agar mudah dipelajari. Lapipun saya tidak lancar sepenuhnya didalam asm dan hanya mempelajari maklumat untuk keperluan pada masa tersebut sahaja. Saya rasa pada masa akan datang, keperluan penuh untuk spesifikasi fail PE perlu dibuat untuk mengelakkan sebarang kerumitan dikemudian hari. Lagipun ia sudah jadi satu habit bagi saya untuk meringkaskan sesuatu yang kompleks. Mungkin saya perlu menukar habit tersebut.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kenapakah perlu adanya __c, __win dan __pascal di dalam rutin assembly? Maaf jika soalan ini kelihatan bodoh. Tapi ia harus ditanyakan kerana saya tak pernah mengaturcara c/c++ ataupun pascal. Cuma ada sedikit memahami win32. Jadi saya tidak tahu apakah kesan atau keperluan ini membuat amf menggunakan kod pelaksanaan/execution yang berbeza mengikut rutin atau ianya hanya menyokong cara penggunaan dari bahasa-bahasa tersebut?

Aku implement makro RUTIN as part of a set of macros intended untuk memudahkan pengisytiharan fungsi dan untuk memanggil fungsi. Basically, kalau kiter declare suatu fungsi dengan macro RUTIN, kiter akan panggilnya dengan macro CALL. Di sini kiter tak perlu risau dengan konvensyen panggilan yang digunakan kerana makro CALL akan uruskannya. Thats why kiter perlu berikan konvensyen panggilan dalam pengisytiharan fungsi. No problem kalau kiter nak gunakan arahan asm call, tapi kiter perlu perhatikan camne nak pass parameter yang betul kepada fungsi tersebut. __c, __win, dan __pascal adalah nama untuk 3 jenis konvensyen panggilan yang biasa digunakan. Aku ader terangkan sikit pasal ni kat thread maner tah. Basically ia cuma untuk memastikan penghantaran/penerimaan parameter dan pembersihan stack yang betul. Kalau korang raser ianya menyusahkan, no problem, kiter just assume all functions use __win (stdcall) calling convention (but then aku kena ubah la dulu makro RUTIN).

   isi pMem dari <GlobalAlloc, GPTR, 1024>

 ; isi fix mov
 ; dari fix ,

;- atau

   pMem dari <GlobalAlloc, GPTR, 1024>

 ; dari fix ,

exactly camtu takleh kot, tapi takpe. Aku try.

Dimana ix dan px mewakili hex sebagai tambahan kepada rujukkan yang sama.

Aku buat camtu pasal aku nak i tu mewakili integer, dan p mewakili perpuluhan. Nombor selepasnya adalah saiz (dalam bit) untuk setiap jenis data type. Besides, lebih ringkas ditulis tanpa x smile.gif.

Saya baru saja mendengar untuk implement Win32 konsolterus dari DLL asas windows seperti KERNEL32, terdapat berbagai masalah keserasian pada versi windows. MS sendiri terpaksa menggunakan run-time yang dibuat berasingan untuk menyelesaikan masalah ini seperti penggunaa MSVCRT atau MSCRT.

Tu bergantung pada awak. Agaknya kiter bleh tulis am32 runtime library (aper singkatan kiter nak kasi??) yang baru, yang lebih compact, sesuai ngan am32 nanti. Kod pun kiter dah ader la kot (curik maner2 CRT library code yang sedia ader smile.gif).

Share this post


Link to post
Share on other sites

pada pandangan saya, idea ini sangat bagus. tetapi terdapat masalah dalam penguasaan bahasa pengaturcara assembly. tak semua dari kita menguasai bahasa assembly untuk membantu mengembangkan lagi projek ini.

kelihatan fasm versi melayu yang diperkenalkan oleh Ancient One boleh membantu projek ini, tetapi saya tak dapat mencubanya kerana fail amf.zip kosong apabila dibuka. kalau terdapat dokumentasi yang menyokong untuk mempelajarinya seperti tutorial and contoh2 win32asm amatlah membantu....

Share this post


Link to post
Share on other sites

sudah ada tetapi tidak dikormesialkan (internal use only).  apa yang dia orang buat adalah scripting engine dengan menggunakan bahasa simplified c++ & java. vm pula based on java vm machine.

KAt mana tu, sapa yg guna, ada url yg buleh share dak.

Aku pun minat gak buat compiler. Sapa2 yg ada team tu share la... Buleh aku contribute...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Akhirnya dapat juga download dan test amf yang Ancient One buat. Tertarik dengan fail contoh yang pertama, cth00.asm yang mana sintaksnya menjurus kepada orientasi objek:

fail: cth00.asm:

ATURCARA "cth00.asm", APLIKASI
MOD KONSOL

!MULA
.guna Konsol, Aplikasi
;serta "%amf%/Lib/Konsol.inc"
;serta "%amf%/Lib/Aplikasi.inc"

WarnaTeksAsal   i32 ?
WarnaKonsolAsal i32 ?
KursorAsal      s_MaklumatKursor
Teks_SelamatDatang TEKS "Selamat Datang Ke Putera.com\n"

RUTIN Utama __c
MULA
    Konsol.MintaMaklumatKursor KursorAsal
    Konsol.SembunyiKursor
    Konsol.MintaWarnaTeks WarnaTeksAsal
    Konsol.MintaWarnaKonsol WarnaKonsolAsal
    Konsol.UbahWarnaKonsol (Konsol.WarnaKonsol.Biru)
    Konsol.UbahWarnaTeks (Konsol.WarnaTeks.Merah+ \
                          Konsol.WarnaTeks.Hijau+ \
                          Konsol.WarnaTeks.Cerah)
    Konsol.PadamSemua
    Konsol.Tulis "Akan bertukar ke skrin penuh dalam 2 saat..\n"
    Aplikasi.Lengah 2
 ;Hanya untuk WINNT, win95 tiada dalam Kernel32
 ;Konsol.ModPaparan Konsol.SkrinPenuh
    Konsol.PadamSemua
    Konsol.Tulis "Dalam mod skrin penuh..\n"
    Aplikasi.Lengah 2
    Konsol.PadamSemua
    Konsol.Tulis Teks_SelamatDatang
    Konsol.UbahWarnaTeks (Konsol.WarnaTeks.Merah+ \
                          Konsol.WarnaTeks.Cerah)
    Konsol.Tulis Teks_SelamatDatang
    Konsol.UbahWarnaTeks (Konsol.WarnaTeks.Biru+ \
                          Konsol.WarnaTeks.Cerah)
    Konsol.Tulis Teks_SelamatDatang
    Konsol.UbahWarnaTeks (Konsol.WarnaTeks.Hijau+ \
                          Konsol.WarnaTeks.Cerah)
    Aplikasi.Lengah 2
    Konsol.UbahWarnaTeks (Konsol.WarnaTeks.Merah+ \
                          Konsol.WarnaTeks.Hijau+ \
                          Konsol.WarnaTeks.Cerah)
    Konsol.PadamSemua
    Konsol.Tulis "Akan bertukar ke skrin biasa dalam 2 saat..\n"
    Aplikasi.Lengah 2
    Konsol.PadamSemua
 ;Hanya untuk WINNT, win95 tiada dalam Kernel32
 ;Konsol.ModPaparan Konsol.SkrinBiasa
    Konsol.Tulis "Dalam mod skrin biasa..\n"
    Aplikasi.Lengah 2
    Konsol.Tulis "Menukar Tajuk Tetingkap Konsol...\n"
    Konsol.Tajuk "Ancient One [[email protected]]"
    Aplikasi.Lengah 2
    Konsol.PadamSemua
    Konsol.Tulis "Mengakhiri aturcara...\n"
    Aplikasi.Lengah 2
    Konsol.UbahWarnaKonsol [WarnaKonsolAsal]
    Konsol.UbahWarnaTeks [WarnaTeksAsal]
    Konsol.PadamSemua
    Konsol.TunjukKursor [KursorAsal.i32_Saiz]
    Aplikasi.Keluar
TAMAT

!TAMAT
oleh kerana saya mengguna Win95osr2, jadi saya batalkan dua baris arahan dari rutin Konsol.ModPaparan yang memanggil rujukkan API SetConsoleDispMode dari Kernel32.dll yang mana tiada di dalam versi Win95. baris tersebut ialah:
 ;Konsol.ModPaparan Konsol.SkrinPenuh
dan
 ;Konsol.ModPaparan Konsol.SkrinBiasa

Kepada Ancient One, bolehkah saya mengubah-suai kod sumber amf untuk mengembangkan keupayaannya atau hanya sebagai kajian menggunakan sintaks lain dan uploadkan semula ke Internet untuk di kongsi bersama dengan sesiapa yang berminat untuk menambah fungsi-fungsinya?

Pada pandangan saya, ia boleh diperkembangkan lagi dengan menambah rutin-rutin yang berasaskan WIN32API dan digunakan untuk menghasilkan perisian window yang ringkas dalam bahasa melayu seperti menambah kendalian grafik dengan GDI32, objeck GUI untuk windows dan OPENGL32.

Walaupun sintaks2nya panjang, tetapi ianya senang difahami jika kod sumber perisian pengguna hendak diubah-suai ataupun hendak mempelajari perjalanan aliran arahan-arahan di dalam sesuatu contoh kod sumber.

Edited by zydon

Share this post


Link to post
Share on other sites

KAt mana tu, sapa yg guna, ada url yg buleh share dak.

Aku pun minat gak buat compiler. Sapa2 yg ada team tu share la... Buleh aku contribute...

acik, saya rasa benda tu bukan percuma atau freeware. jadi takdalah dia nak sebut apa namanya ataupu kat mana nak download. cuba tengok perisian amf yang berasaskan fasm dari Ancient One, saya rasa ia boleh dipercanggihkan lagi seperti .NET/java compiler, tetapi tanpa .NET/java runtime. Itu dah kira canggih! biggrin.gif

Yang pentingnya, perisian yang dihasilkan boleh digunakan dalam semua versi windows. wink.gif

Edited by zydon

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku buat tu contoh jer.. tak serius, sebab setau aku si ra` ni yg serius.. kod tu sumer dah hilang dari hd aku.. cam yg aku cakap, kalau ader yg minat, bleh laa teruskan.. It's not a true oo based code, style jer nampak camtu.. bagi aku, asm lebih cantik ditulis dengan asm smile.gif. kalau zydon bleh extend package tu, extend jer.. buat cam harta sendiri. hehe..

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalau zydon bleh extend package tu, extend jer.. buat cam harta sendiri. hehe..

terima kasih Ancient One. Kalau setakat ubah sintaks tu boleh la sikit-sikit. masalahnya saya pun tak faham sangat bahasa assembly dan makro fasm ni. mungkin ambik masa lama sikit baru boleh buat perubahan yang ketara.

Ada sesiapa yang mempunyai links ke website untuk belajar assembly dalam bahasa melayu tak?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hi!

Agak-agak bilakah kita dapat melihat perisian pengaturcaraan buatan tempatan. Tidak kiralah dalam bahasa Inggeris ke, Melayu ke, ada tak di antara saudara/saudari yang lebih berpengetahuan dari saya ni, mampu membina satu compiler ataupun interpreter ringkas?

Melihatkan semakin banyak perisian yang penghasil perisian (compiler) kini dalam bentuk sumber terdedah (Open Source), tidak siapakah dari kita yang mempunyai keinginan untuk membina satu penghasil perisian yang berciri-ciri pemikiran tempatan (kita)?

Ataupun, membina satu penterjemah perisian seperti dari bahasa Basic ke Assembly yang menyokong pelantar/flatform 32bit?

Diharapkan, sudi-sudilah membincangkan hal ini. Saya mempunyai minat yang tinggi untuk menyertai sebarang projek yang mempunyai dasar open source untuk membina bahasa pengaturcaraan kita sendiri. Sekurang-kurangnya, sebagai penguji-gunanya (beta-tester).

Sekarang pun boleh tengok dan guna. Pegi ke www.mawarsoft.com/siliconetics kemudian download satu softwer bernama Siliconetics Click Author (Free). Ini adalah authoring tool (untuk pembangunan multimedia) dilengkapi skrip Click++ (object oriented) dan yang penting ini adalah buatan Malaysia. Cubalah, semua pasti teruja!

Edited by CFoo++

Share this post


Link to post
Share on other sites

:unsure: Aku heran la, nape thread ni tiba-tiba mati. Mane peginye sume forumer dulu tu. Yang aku tahu Ancient One dah pegi, tapi mane yang lain. Mane peginya 'Ra. Thread ni hidup bertahun-tahun, dengan semangat berkobar-kobar tapi tiba-tiba mati. Tak besh la macam ni.... Tak kan dah tak de lagi orang yang nak buat bahasa pengaturcaraan melayu, RAD melayu atau apa-apa sajelah yang membuktikan Melayu juga boleh. Kepada forumer2 yang aktif dalam thread ni sebelum ni, marilah kita teruskan perjuangan nie.. AM32 dah sampai mane sekarang? Thread ni mati sebelum aku sampai sini lagi (2005) tapi sayang le... tak kan mati gitu je...

Aku dulu pun termasuk kategori orang yang suke buat kompiler, game dan macam-macam dlm bahasa Melayu, tapi susah le, orang melayu tak respek, sebab tu aku tukar ClickAuthor dlm bahasa inggeris. Dulu ClickAuthor 100% melayu. Apa pun ia masih buatan Malaysia.

Sebenarnya aku nak tahu dan nak tengok perkembangan projek AM32. Mungkin aku boleh sumbang ape2 yang patut. Satu lagi projek yang akan rasa menarik iaitu MalayBasic. Rugi la kalau projek-projek begini berhenti separuh jalan. Aku tahu memang banyak cabaran yang perlu ditempuhi (macam pengalaman aku ngan ClickAuthor) tapi apa pun jangan putus asa...... Memang kadang-kadang kita rasakan terlalu banyak yang perlu dilakukan dan terlalu susah untuk menyaingi softwer2 lain yang telah stabil, tapi teruskanlah. Suatu hari semuanya akan menjadi mudah.... percayalah!

Edited by CFoo++

Share this post


Link to post
Share on other sites

ClickAuthor tu software pasal apa eek?

Share this post


Link to post
Share on other sites

ClickAuthor tu software pasal apa eek?

Aku dah install dan cuba ClickAuthor... cuma tak berapa reti nak pakai sebab takde documentation/ tutorial. Yang aku bleh ringkaskan ialah ianya sebuat software untuk membina Helpfile berdasarkan function yang ada. Walau bagaimana pun, en. C-Foo mengatakan dalam websitenya bahawa ianya ialah sebuah tool untuk membina multimedia software dan games. Mungkin en. C-Foo bleh elaborate dan explain selanjutnya apakah sebenarnya kegunaan ClickAuthor dan apakah perkembangan pembangunan nya... :ph34r:

Share this post


Link to post
Share on other sites

minta bantuan kepada en. CFoo++....

kat mana aku boleh dapatkan ClickAuthor..??? tak jumpa!!!

haritu tengok takde ruangan download...pelik!!!

bagi linknya.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Link ke download ClickAuthor:

http://mawarsoft.no-ip.info/Siliconetics/i...hp?src=Download

Mungkin confius sikit sebab compeni ni buat dua brand yang berasingan iaitu Mawarsoft dan Siliconetics. Mawarsoft adalah brand untuk produk-produk islamik dan kandungan multimedia (termasuk kandungan yang dibangunkan dengan ClickAuthor). Siliconetics adalah brand untuk "serious applications" seperti sistem perakaunan, pengurusan dan termasuk juga aplikasi-palikasi teras seperti ClickAuthor. Download bagi kedua-dua brand ini berada pada page yang berasingan.

PS:

Manual ClickAuthor akan dipublish (Pdf) dlm masa terdekat. Nanti aku akan citer lagi pasal ClickAuthor. Lagi satu, kandungan WEB dalam bahasa melayu adalah lebih detail dari bahasa Inggeris.

Edited by CFoo++

Share this post


Link to post
Share on other sites

orait...dah download & install

tak paham langsung!!! takde sebarang documentation.

Nanti citerlah lagi pasal software ni..adakah ianya seperti flash

Agak2 klau dah ada versi yg stabil harga dalam berapa ringgit yer??? :D

Share this post


Link to post
Share on other sites

OK, manual dalam bentuk PDF dan contoh kandungan yang dibangun menggunakan ClickAuthor sudah boleh di download sekarang! Pasal harga jgn pikir lagi. Target customer ialah sekolah2, untuk ahli-ahli putra yang berminat (untuk kegunaan sendiri), insya Allah boleh dpt "product key" free bila released nanti.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salam,

Maaf update topik lama...Ada berita baru! Malaybasic versi baru muncul! Bahasa pengatucaraan Melayu 2D game PC HTML

Malaybasic adalah pengkompil BASIC percuma yang menyediakan bahasa pengaturcaraan 2D BASIC untuk 'game maker' dan sebagai hobi. Ia dijalankan di komputer Windows dan boleh menghasilkan kod EXE atau dokumen HTML5. Menggunakan gaya bahasa pengaturcaraan seperti BASIC, Malaybasic dapat mewujudkan pelbagai jenis game 2D dengan masa pembangunan yang sedikit. Gaya bahasa Malaybasic diselaraskan berdasarkan Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu). Ia menampilkan konstruk klasik BASIC seperti 'IF' dan 'THEN', ia juga mempunyai pengaruh moden seperti 'fungsi' dan 'objek' seperti gaya bahasa pengaturcaraan C. Selain itu, banyak arahan Malaybasic mempunyai fungsi dalaman untuk membantu dalam merealisasikan reka bentuk 'game' anda dan pembangunan permainan video. Enjin Malaybasic 2D adalah berdasarkan operasi html code. Secara mendalam... HTML5 Canvas. Ini berpotensi untuk mengembangkan aplikasi ke platform lain seperti Android, Mac, Window8 dan lain-lain.

Malaybasic-Bahasa-Pengaturcaraan-Melayu.

 

 

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...