BraDeRz 0 Report post Posted January 22, 2006 PENGKOMPUTERAN boleh pakai atau Wearable Computer merupakan teknologi terkini hasil dari implementasi teknologi komputer tanpa wayar yang disokong oleh kecanggihan penemuan dalam teknologi `pengkomputeran tersebar luas' (ubiquitous computing).Pengkomputeran boleh pakai berfungsi sebagai sebahagian daripada pemakai dan komputer yang dipasang padanya akan sentiasa `ON' atau bersedia digunakan pada bila-bila masa.Pengkomputeran boleh pakai tidak menghalang pengguna daripada melaksanakan kerja lain dan pada masa yang sama fungsi pengkomputeran sedang berjalan.Ini berbeza dengan penggunaan realiti maya atau sebarang aplikasi lain, yang memerlukan pengguna menumpukan sepenuh perhatian kepada aplikasi apabila melakukan transaksi.Pengguna juga mempunyai hak mengawasi sistem, contohnya menghalang sistem daripada menghantar maklumat tertentu kepada alatan lain.Sesetengah sistem pula akan berinteraksi dengan persekitaran seperti melalui perubahan suhu dan cahaya.Kini, para penyelidik bidang pengkomputeran melebarkan sayap untuk menerobosi industri pakaian.Fungsi-fungsi pengkomputeran digabungkan dalam pakaian bagi menghasilkan pakaian pintar yang menerapkan atribut pengkomputeran boleh pakai yang tertentu.Profesor George Stylios yang bertugas di School of Textiles and Design, Heriot-Watt University menjangkakan bahawa dalam 20 ke 30 tahun akan datang, peralatan elektronik seperti telefon, komputer dan televisyen akan menjadi sebahagian daripada pakaian harian.Di Amerika, Massachusetts Institute of Technology merupakan salah satu institusi yang aktif mengkaji pengkomputeran boleh pakai.Penghasilan pakaian pintar selain sebahagian besarnya amat menghiburkan adalah juga memberikan sumbangan kepada bidang-bidang seperti perubatan, dan ketenteraan.Salah satu contoh pakaian pintar adalah, jaket pengesan (sensing jacket) yang dibangunkan oleh Philips.Penciptaan pakaian tersebut menitikberatkan keselamatan si pemakai termasuk bahan yang digunakan, berat dan reka bentuknya.Walaupun jaket ini mempunyai beberapa alat pengesan, tetapi ia lebih kepada penyesuaian tekstil dengan wayar-wayarnya dibuat secara pintalan mengikut gentian beraliran dalam pakaian.Pembangun membentuk aplikasi-aplikasi tertentu membolehkan jaket pengesan ini digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada alat pemprosesan lain seperti komputer riba dan komputer boleh pakai.Kajian Philips bersama dengan Levi-Strauss (syarikat jean yang terkenal) telah memperkenalkan konsep pakaian berbentuk industri, yang mana satu reka bentuk jaket sukan yang mempunyai fungsi-fungsi pemain MP3, set kepala (headset), telefon bimbit dengan pengawalan suara dan rangkaian peribadi setempat.Georgia Institute of Technology merupakan satu institusi pengajian yang telah membangunkan sehelai kemeja yang dilengkapi alat pengesan yang boleh digunakan dalam pertempuran untuk mengukur kecederaan seseorang askar.Sistemnya berkebolehan untuk mengesan suhu sesuatu benda atau senjata dalam suhu badan seseorang (kecederaan yang diakibatkan peluru dalam badan).Kemeja ini mempunyai jaringan optik dan gentian pengaliran yang dicantumkan dalam struktur tenunan sesuatu tekstil.Melalui ini suatu arah aliran akan terputus apabila satu tembakan peluru menembusi kemeja itu.Kini, Syarikat Electro Textiles sedang membangunkan sehelai lagi pakaian pintar.Pengkomputeran boleh pakai bukan sahaja dihasilkan dalam bentuk tekstil, tetapi juga melibatkan material lain seperti fiber dan logam yang dijadikan aksesori seperti jam, pin tali leher, subang, rantai dan kepala tali pinggang.Penghasilan teknologi-teknologi ini mempelbagaikan lagi alatan pengkomputeran dalam usaha mempermudahkan pergerakan pengguna.Di Malaysia pada masa ini teknologi Bluetooth yang sudah lama menular ke seluruh negara adalah satu gambaran bagaimana teknologi boleh pakai beroperasi.*Penulis ialah pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat, Universiti Utara Malaysia. Quote Share this post Link to post Share on other sites
BraDeRz 0 Report post Posted January 22, 2006 bende nie masih dlm kajian..nie kire teknologi baru yg dlm usaha nak mengagabungkankan peranti2(devices) yg selalu diguna oleh manusia dan 'memasangnya' kat pakaian kite.lepas ni tak payah la usung laptop/pda sana sini sbb melalui teknologi ni device2 yg masih dlm kajian ni akan dah disiap pasang dari rumah kat pakaian lagi awal2...yg paling best, akan ada(masih prototaip/kajian) cermin mata yg mcm ada dlm movie Mission Imposible tu yg leh view data! bende tu kan dibangunkan mungkin sebagai pda masa depan!! mase tu pda skang leh campak ke sungai jek....... Quote Share this post Link to post Share on other sites
kembara 2 Report post Posted January 27, 2006 bagi aku buat masa sekarang-10 tahun lagi pun benda ni tak praktikal utk org awam. Quote Share this post Link to post Share on other sites