Jump to content
Sign in to follow this  
owner_ze

Ic Design, Ic Fabrication, Ic Packaging

Recommended Posts

aku just nak memeriahkan sub-forum teknologi ni.

Kalo ada yg nak discuss terutama pasal IC fabrication & IC packaging, jom la kat thread ni. Mungkin ada yg dpt sedikit pengetahuan atau nak jadikan bidang ini sebagai kerjaya ke.

Bidang ni, sebenarnya negara kita agak ketinggalan. Bak kata Prof aku la, negara kita yg menceburi bidang ni lebih kurang hampir sama dengan Korea masih lagi tercari-cari haluan, malah Korea dilihat telah hampir taraf dengan peneraju bidang ni spt US dan Jepun. Lihatlah kepada Samsung yang semakin mengembangkan sayap dlm produk elektronik.

Dan mereka yang expert dlm bidang ni dikatakan menerima bayaran paling tinggi dalam bidang selevel dengannya. Sebagai contoh, jurutera bagi produk IC menerima gaji yang lebih mahal berbanding jurutera dalam bidang automotif.

Dalam bidang IC design, lagi la. Seorang prof berkata, kalo korang pergi mana2 kompeni atau universiti kat negara ni, alih2 korang akan jumpa kelompok yang sama.

So, kalo ada budak2 sekolah kat sini, ini peluang korang utk melanjutkan pelajaran dlm bidang ni, gaji pun mahal woo... smile.gif

Edited by owner_ze

Share this post


Link to post
Share on other sites

IC dengan flip-flop JK ker...hehehehe...

bukan stakat flip-flop JK jer...banyak lagi tu...yang tu baru asas utk mengenal jenis n fungsi IC jer....macam2 ada!!! laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kalo nak jd power bab ic design terutama digital, basic logic camni kena la power...huhu..aku bukan ic designer...so tak mahir sgt pasal ic design...

yg lebih susah sebenarnya adalah analog design....yg lagi mahal adalah RF design...mau buat duit juta-juta kalo dpt design ni...

kalo bidang IC fabrication plak, antara isu yang hot skrg adalah low-k fabrication.

Sekarang diorg nak kecilkan gate length tu mcm dah sampai kat penghujungnya...

skrng gate length kalo tak silap aku la, dah lebih kecil dari 90 nanometer...

so utk tingkatkan performance satu2 ic, diorng tengah main dgn materials...antara

materials yg best ialah low-k materials...namun banyak masalah gak ni...

masalah kat fabrication dgn packaging...dah brape kali IC devices with low-k materials structure telah di delaykan utk masuk production...sbb begitu bnyk masalah...

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak kata payah tak jugak...bidang ape pun kalo pegi detail sure payah...

kalo korang pernah masuk kilang ic packaging atau ic fabrication...ko tgk ramai yg bukan dr bangsa Melayu, even malaysian pun tak boleh wat ape-ape sbb teknologi org lain punya, patent sumer diorng punya...

kerajaan skrg pun dah tumpu ke bioteknologi...kadang2 ada jugak dengar keluhan dr lectrer tak dpt fund, sbb dasar dah nak gi pertanian atau bioteknologi...tak tau la RMK yg terbaru ni macamana...

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak pe. ko bagi la info lagi pasal benda nih. kat mana nak amik couse apa semua. nanti bleh la bagi input skit kat adik adik aku ..

aku pun kureng gak pasal nih..

Share this post


Link to post
Share on other sites

OK, kalo ada masa yg terluang, aku akan letakkan apa2 yg patut.

Tp aku ada jumpa kat laman web KUKUM, pada aku agak ringkas dan senang nak faham. KUKUM memang sedang ambil tenaga-tenaga pengajar yang baru2 sbb KUKUM ni dekat dgn Kulim High Tech..Kebanyakan company2 dlm industri semiconductor kat Malaysia ni ada kat sana. Yang terbaru Infenion nak buka kilang fabrikasi yg terbesar di Kulim High Tech...Kilang Silterra (fabrikasi jugak ni) pun besar gak seluas 2 padang bola...

Ni sinopsis sikit pasal bidang ni, dari laman web KUKUM...

Mengenali Mikroelektronik

"Mikroelektronik" merujuk kepada suatu bidang yang sentiasa berkembang dengan amat pesat sekali, suatu teknologi yang berkaitan dengan rekabentuk dan fabrikasi IC (Integrated Circuits) atau Litar Bersepadu.

IC, yang mana bahan asasnya adalah semikonduktor seperti silikon dan germanium, merupakan komponen utama semua peralatan elektrik dan elektronik masa kini, khasnya komputer dan peralatan-peralatan pintar. Walaupun keupayaannya besar, namun saiznya sangat kecil, yakni lebih kecil dari satu ruas jari manusia. Teknologi ini juga dirujuk sebagai 'finger-tip electronics'.

Justifikasi

Mikroelektronik merupakan suatu bidang utama dalam suasana industri di negara kita. Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar utama peranti-peranti semikonduktor.

Sejak sekian lama aktiviti pengeluaran adalah berfokus kepada pemasangan dan pengujian produk berasaskan 'wafer' dan 'die' yang semuanya telah difabrikasikan di negara-negara luar. Tenaga mahir di bidang pemasangan dan pengujian IC (Integrated Circuits) masih merupakan antara kepakaran utama bagi industri semikonduktor.

Dengan bermulanya era industri semikonduktor berteknologi tinggi di Malaysia, keperluan terhadap tenaga-tenaga pakar di bidang Elektronik dan Mikroelektronik semakin diperlukan. Selain itu, kemunculan industri semikonduktor secara 'fabless' turut mendesak kepada kebolehan merekabentuk sistem-sistem mikroelektronik.

Untuk mengatasi kekurangan ini, KUKUM, sebagai salah sebuah institut pengajian tinggi tempatan, menjalankan program-program Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik untuk memastikan Malaysia mampu berdaya saing dalam perkembangan industri ini, dan seterusnya dapat menarik lebih banyak pelaburan di bidang berteknologi tinggi ini.

Kepakaran & Kerjaya

Terdapat permintaan yang tinggi untuk Jurutera-jurutera Mikroelektronik dan Elektronik yang berkemahiran, samada di sektor swasta atau kerajaan, dalam pelbagai aspek sistem elektronik, khasnya dalam bidang-bidang Rekabentuk IC, Fabrikasi IC dan Pengujian IC. Prospek pekerjaan dan kerjaya para graduan setelah tamat kursus amatlah memberangsangkan.

Di antara bidang-bidang kepakaran Mikroelektronik dan Elektronik yang boleh para graduan ceburi sebagai bidang kerjaya adalah:

Rekabentuk Bentangan Terlanggan Penuh dan Terlanggan Separa bagi cip-cip digital, analog, isyarat gabungan dan RF-IC.

Rekabentuk Topeng.

Rekabentuk ASICs (Application Specific ICs) dan VLSI (Very Large Scale Integration).

Rekabentuk MEMS (Micro Electro-Mechanical Systems).

Rekabentuk Fotonik.

Rekabentuk berasaskan VHDL (Very High-Speed IC Hardware Description Language).

Alatan Prototaip-Pantas untuk Penghasilan IC.

Simulasi Proses dan Peranti.

Pembungkusan IC.

Pengujian IC.

'Reverse-Engineering on ICs'.

Para graduan akan berkeupayaan untuk berkhidmat:

Dalam sektor penyelidikan dan pembangunan di industri multinasional, industri tempatan, industri kecil, universiti-universiti dan badan-badan tempatan seperti di MIMOS dan SIRIM.

Dalam industri fabrikasi semikonduktor yang mana proses pembikinan produk memerlukan kepakaran 'Hands-On'.

Sebagai Jurutera Elektronik, Jurutera Rekabentuk IC, Jurutera FA (Factory Automation), Jurutera Proses, Jurutera Integrasi Proses, Jurutera Pengeluaran, Jurutera Pembangunan dan Penyelidikan (R&D), Eksekutif Pengurusan Kejuruteraan, Usahawan Teknikal dan sebagainya.

Di antara industri-industri yang berkaitan termasuklah:

Silterra Malaysia Sdn. Bhd.

1st Silicon (Malaysia) Sdn. Bhd.

SCG Industries Malaysia Sdn. Bhd.

Malaysia Microelectronic Solutions Sdn. Bhd.

Agilent Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.

Intel Penang Design Center dan Intel Malaysia Sdn. Bhd.

Altera (Malaysia) Sdn. Bhd.

AMD (Malaysia) Sdn. Bhd.

Wacker NSCE Sdn. Bhd.

Hamadatec Sdn. Bhd.

MIMOS Berhad

NEC Semiconductors (M) Sdn. Bhd.

KOMAG Sdn. Bhd.

AIC Semiconductors (M) Sdn. Bhd.

AIC Microelectronic (M) Sdn. Bhd.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku sambung sikit...

pengalaman aku tgk fresh engineer kat kilang2, kdg2 tu bukan background electronic engineering atau microelectronic eng, ada yg mechanical, budak yg ambil sains pun ramai terutama materials science...

Kalau dkt UKM, antara degree yg ditawarkan ialah microelectronic engineering...degree ni bagus kalo nak terus join dalam semiconductor industry...sbb subjek tahun akhir tu memang pasal ic fabrication, ic packaging...bila wat tesis tahun akhir, pilih la yg berkaitan dgn semiconductor industry...mintak buat simulation ke? Nak fabricate 1 IC tak bleh ar...itu 1 tesis phd tu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku sambung sikit...

pengalaman aku tgk fresh engineer kat kilang2, kdg2 tu bukan background electronic engineering atau microelectronic eng, ada yg mechanical, budak yg ambil sains pun ramai terutama materials science...

Kalau dkt UKM, antara degree yg ditawarkan ialah microelectronic engineering...degree ni bagus kalo nak terus join dalam semiconductor industry...sbb subjek tahun akhir tu memang pasal ic fabrication, ic packaging...bila wat tesis tahun akhir, pilih la yg berkaitan dgn semiconductor industry...mintak buat simulation ke? Nak fabricate 1 IC tak bleh ar...itu 1 tesis phd tu...

kat kukum student degree leh fabricate IC pasal kukum mmg sediakan fab utk student degree

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku tak penah masuk clean room sbb tempat aku blajo dulu mmg xde clean room...

jeles gak aku tgk KUKUM...

tapi xkesah la sbb aku lagi suka masuk dark room...hehe

kat clean room bole kentut dan korek idung tak? :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ko tak ambik ke wafer tu...jual pun cantik gak...aku tgk ramai jer engineer letak atas meja...ala-ala perhiasan...

wafer yg ok pun kdg tu ada die yg out...so dorng pangkah la die-die yg out ni...tp ada guna gak die tu,leh buat untuk testing solder ball ker...

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalo kat ic package, die yang dummy ialah die yg dr segi electrical nye dah out, ada bridge ball ke kat pad, ada criteria la sbb ape direject tu kan...tp dummy pun ada guna gak utk tujuan tertentu.

bile dorng dpt wafer, dorng bese akan tgk la wafer map tu, biasa yg tak elok dorng pangkah la. pastu wat wafer dicing...biasa yg pangkah tu kat wafer fab lagi, bila wafer dah siap tu diorng buat test electrical utk satu wafer tu kan...

dia punye process tu lebih kurang la, term-term yg digunakan mungkin berbeza dr 1 kilang ke 1 kilang atau teknologi ke 1 teknologi...

1 wafer ni harganya tak tau plak, mungkin berdasarkan produk, size wafer, jenis teknologi dll. tapi trend size wafer ni makin lama makin besar, so die yang boleh dimuatkan lebih byk, sbb die punya roadmap tu makin kecik utk bilangan transistor yg sama sbb gate length transistor makin mengecil.

Edited by owner_ze

Share this post


Link to post
Share on other sites

yup...aku rasa semua budak yg amik coz yg berkaitan elektronik akan belajar menda nie..dalam subjek VLSI desing..aku pun ada belajar jugak..tapi tak de la sampai packaging..but it is interesting subject..dan memula tu agak susah nak faham konsep dia..once dah faham..senang ajer...just 1010 on off on off..masuk part yg ada kapasitor tu yg tak tahan..nasib baik la aku belajar yg teknologi .25um kalau serkanag dah 45nm..mesti kena masuk element elektromacnatic sekali...maklum la wayer tu dekat sangat...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...