Jump to content
Sign in to follow this  
azuan

Perhatian: Kepada Pengguna Baru

Recommended Posts

assalamualaikum dan salam sejahtera.

sejak kebelakangan ini, pengguna yang baru mendaftar di putera.com kerap menggunakan ruangan "BANTUAN FORUM" untuk bertanyakan soalan samada berupa peribadi, soalan permasalahan, dan tidak kurang juga yang bertanyakan soalan TUGASAN. perlu diingatkan semula, bahagian "BANTUAN FORUM" adalah khas untuk pengguna yang memerlukan bantuan tentang penggunaan FORUM sahaja. contoh, anda tidak tahu bagaimana nak mulakan topik, maka disinilah tempatnya, anda tidak tahu bagaimana untuk balas topik orang lain, disinilah tempatnya untuk bertanya. "maksud perkataan disini" itu adalah di ruangan/forum "BANTUAN FORUM" ini.

ataupun anda gagal untuk mendapatkan pengesahan keahlian, mungkin sebab email ada masalah, atau forum ini ada masalah dalam menghantar email, maka di sini jugalah tempatnya. ataupun apa apa sahaja tetapi berkaitan dengan masalah ketika menggunakan forum, maka disinilah juga tempatnya.

jika anda gagal untuk mendapat pengesahan keahlian, dan tidak dapat log masuk untuk mulakan soalan, jangan jadikan tempat ini untuk bertanyakan soalan anda dengan menggunakan username "guest" anda yang buruk itu. tapi anda perlu tanya "mengapa katanama saya tidak sah lagi?". itu sebenarnya bentuk soalan yang anda perlu tanya disini.

jadi janganlah anda terkejut atau bebuat terkejut jika soalan yang anda karang di ruangan "BANTUAN FORUM" ini hilang selepas beberapa jam, atau beberapa hari, atau beberapa minggu, kerana anda salah tempat.

tidak tahu jika di bahagian mana anda perlu bertanya? contoh anda ada soalan berkenaan "pinggan mangkuk" tetapi anda tidak pasti samada dia perlu di bahagian perkakasan, atau di bahagian rangkaian, atau di bahagian sembang, atau di bahagian aktiviti, maka di sini jugalah anda perlu bertanya soalan itu.

senang cerita, "BANTUAN FORUM" untuk bertanyakan soalan yang berkaitan dengan penggunaan forum.

sekian terima kasih

Share this post


Link to post
Share on other sites

TAMBAHAN: memandangkan ada ramai user yang statusnya masih lagi "validating" yang bertanyakan soalan mengapa saya tak boleh post pada topik sekian sekian

1. sila pastikan anda periksa email anda untuk mendapatkan pengesahan. ada link yang akan dihantar untuk anda melengkapkan proses pendaftaran. jika tidak, username/password anda tidak akan dapat digunakan untuk tujuan "reply" "new topic" dan sebagainya

2. sila pastikan alamat email anda wujud. jika anda memberi alamat email yang palsu, ataupun tersalah eja, email pengesahan tersebut tidak akan sampai.

selagi anda tidak click pada URL pengesahan yang dihantar kepada email, selagi tu anda tidak akan dapat login ke forum putera dengan username yang anda daftar.

sila rujuk kepada topik ini: http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=1178 untuk keterangan lanjut

sekian harap maklum

Edited by azuan

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...