Jump to content
electroboy

Cadangan Terbuka Pada Admin Dan Puteranian

Recommended Posts

kalo newbies/orang mesia yang malu/malas untuk bace peraturan/stickies thread, maka tu dah cukup bagus untuk ako. forum ni tak perlu rakyat mesia nak nak dapat orang bazir mase untuk tolong secara free2, tapi tak reti nak tolong explain ke, bagi details ke. pastu pos skali terus blah, time kaseh pon takde. kalo ako admin sampai 3 kali ako ban die laugh.gif ramai pakar kat sini, dan pakar tak sepatutnye bazir mase nak tunggu 2 3 hari untuk penanya online dan explain camner windows die leh kluar kaler biru.

Quoted: http://forum.putera.com/tanya/index.php?show...ndpost&p=203720

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada en shanai dan semua puteranian:

Saya tak tahu sama ada cadangan yang bakal sebutkan ini sudah dilaksanakan belum. Tetapi rasanya belum.

Mukadimah: Saya rasa semua maklum dan perasan, kebanyakan ahli putera.com, terutamanya yang masih baru masih keliru (atau tidak maklum) akan cara berforum dengan betul. Seperti contoh, kebanyakan masih gagal untuk menggunakan bantuan carian/search yang disediakan sebelum membuka topik baru yang pernah dibincangkan sebelum ini; ada juga yang bertanyakan sesuatu masalah tetapi tidak mengemukakan soalan dengan jelas dan disertakan maklumat lengkap (spt contoh spesifikasi PC utk masalah hardware dan kod pengaturcaraan utk masalah syntax error). Melalui perbincangan individu sesama mereka yg suka melakukan perkara-perkara yang saya sebutkan di atas, didapati kebnayakannya masih tidak biasa dan baru nak berjinak-jinak dalam bidang forum.

Cadangan untuk admin: Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, maka saya mencadangkan:

1. Para ahli yang baru berdaftar diberi panduan am menggunakan forum: Panduan ini boleh diberi secara automatik selepas sesuatu ahli yang beru daftar telah mengesahkan/verify pendaftaran mereka. Di dalam panduan am itu boleh disertakan panduan am menggunakan forum secara ringkas tetapi padat. Boleh diletakkan subject sebagai PENTING: Baca ini terlebih dahulu sebelum mulai berforum dsb.

2. Panduan yang sama juga boleh diposkan pada semua ahli yang telah berdaftar, ini kerana didapati masih ada juga ahli berdaftar yang masih kabur dengan cara penggunaan forum, seperti mencelah sesuatu perbincangan dengan post yang tidak relevan dan tidak berkaitan, seperti membawa topik lain ke perbincagan yang tidak berkaitan (secara berlebihan,tp yg selingan sedikit rasanya boleh dimaafkan) mengepos gambar2 tidak berkaitan dan mengganggu perbincangan dan sebagainya.

Cadangan untuk puteranians:Sekiranya kita melakukan perbincangan yang tidak berkaitan, misalnya perlu menggunakan perkataan 'javascript' di topik yang tidak relevan seperti di topik sembang, maka harap dpt mengubah ejaan seperti 'javasekerip'. Ini kerana ia boleh mengganggu search engine yang akan memasukkan juga perbincangan sembang anda sebagai 'search result' utk keyword 'javascript' dan menambahkan jumlah 'search result'. Ini adalah salah satu punca yang didapati pengguna malas menggunakan search - sebab terlalu banyak search result yang tidak relevan.

Sekian cadangan saya, diharap mendapat perhatian admin dan puteranians lain. Anda boleh mengepos maklum balas anda, dan pastikan ia perbincangan bersih dan secara baik, sekian terima kasih.

Kalau ada salah silap harap dapat tunjukkan. smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Alhamdulillah, satu cadangan yang baik utk kepentingan semua, aku pun turut sama berkongsi pendapat dengan electroboy...

Share this post


Link to post
Share on other sites

tapi fungsi earch tuh boleh ke dicekapkan lagi!??? sebab kalau taip cam php error resultnya akan kuar apa yg ada php dan apa yg ada error ini menyebabkan pelbagai result dikeluarkan dan memang tidak ade kena-mengena dengan apa yg dihajati

ataupun aku yg tak reti guna? php+error?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ini adalah salah satu punca yang didapati pengguna malas menggunakan search - sebab terlalu banyak search result yang tidak relevan.

andaian, bukan fakta.

Share this post


Link to post
Share on other sites

andaian, bukan fakta.

No, ini adalah keputusan hasil perbincangan bebas aku dgn beberapa warga putera lain di luar sana, especially newbies. majoriti yang memberi pendapat sedemikian. (as a matter of fact, aku pun berpendapat sedemikian, sebab banyak sgt 'hijack' berlaku di putera ni) aku hanya jadi org tengah menyampaikan apa yg aku dpt dan seterusnya mengemukakan cadangan pada admin. Sekian harap maklum. pecah kaca pecah gelas, habis baca toksah balas rolleyes.gif

tapi fungsi earch tuh boleh ke dicekapkan lagi!??? sebab kalau taip cam php error resultnya akan kuar apa yg ada php dan apa yg ada error ini menyebabkan pelbagai result dikeluarkan dan memang tidak ade kena-mengena dengan apa yg dihajati

ataupun aku yg tak reti guna? php+error?

Edited by electroboy

Share this post


Link to post
Share on other sites

setahu dan sepaham ako SEMUA ipb atau phpbb atau whatever forum merangkap cms malas untuk reengineer searching algo die. lagi2 putera, nak buat custom skin pon idak (not a bad thing), nikan nak ubah searching system.

also, sesiapa yang takat boh search keyword "javascript" atau "hijackthis" atau "ntfs" tak layak untuk gune forum ni. kalo ko nak carik alamat orang takkan ko cakap name jalan die je kot. mesti tanye semua mende yang berkaitan, daripada mula2 satu keyword pastu guna lebih dari satu, so jawapan makin tepat.

kalo semua orang kene accomodate "kepandaian" user yang tak reti search, then why not kita hampar tikar merah je terus kat diorang rolleyes.gif

anyway, ade data tak untuk bancian yang ko dah buat tu? nak gak ako tengok, keyword ape yang die search, ape yang die mintak, etc

Edited by C-Fu

Share this post


Link to post
Share on other sites

waaa.. pandainya, terima kasih C-Fu atas tunjuk ajar, nanti aku bagitau diorang smile.gif . Tp siapa sebenarnya admin di sini ni...? huh.gif

p/s: sigh...nampaknya ada gak budak sekolah yg masih tak faham apa motif aku bagi cadangan di sini. rolleyes.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

nak mengelak dari topik search kejap...

yang mana problem da solve tu, kenapa masih tak diarkibkan sahaja?? rasanya boleh dimanfaatkan tempat tu. sape sape yang berkeupayaan untuk delete mana mana post yang merapu², tukar tajuk thread bagi nampak lebih releven dan arkibkan satu tempat boleh la buat mcm tu. memang la banyak thread kene manage, tapi takkan takde satu thread pon (kecuali Pengaturcaraan) yang buat??

sekadar pertanyaan dan pandangan :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

apa yg ko merepek ni ? host file apa?

ni tips menggunakan forum

Aku dah baca.. sangat menarik. good job izwan. smile.gif

Masalahnya sekarang para ahli.. terutamanya yg baru... rasanya takkan baca benda2 gitu..walau dipinkan di atas sekali pun, aku rasa jarang diorg nak baca.

kalau kita tgk pun ramai yang terus masuk buka thread gitu je.. pastu soalan tak lengkap. Sebab tu kalau boleh aku nak cadangkan agar diberi penerangan 'Panduan menggunakan forum' dlm bentuk auto e-mail secara ringkas tapi padat....sebaik diorang sahkan pendaftaran. smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rasa jarang diorg nak baca.

diorang punye masalah, bukan masalah forumner lain.

waaa.. pandainya, terima kasih C-Fu atas tunjuk ajar, nanti aku bagitau diorang smile.gif . Tp siapa sebenarnya admin di sini ni...? huh.gif

takyah la buat sarcasm, kang kalo ako buat komen sarcastic kate bahasa ako celupar lak.

ako ade handle banyak website ngan forum, memang ako tau sangat ape yang orang boleh/nak ubah dan apa yang orang takleh/susah/malas nak ubah. and takde orang yang nak beli2 ipb pastu pegi susah ubah kod die. might as well buat from scratch.

yang mana problem da solve tu, kenapa masih tak diarkibkan sahaja??

pasal moderator sini malas. lagi2 pemantau tu.

Edited by C-Fu

Share this post


Link to post
Share on other sites

diorang punye masalah, bukan masalah forumner lain.

Memang bukan masalah orang lain kecuali admin... sebab nanti bersepah space dengan thread2 redundant dan tak berguna.

takyah la buat sarcasm, kang kalo ako buat komen sarcastic kate bahasa ako celupar lak.

ako ade handle banyak website ngan forum, memang ako tau sangat ape yang orang boleh/nak ubah dan apa yang orang takleh/susah/malas nak ubah. and takde orang yang nak beli2 ipb pastu pegi susah ubah kod die. might as well buat from scratch.

Aku pun bayar gak IPB dgn duit poket aku. So takkan la aku suggest benda2 yg IPB takleh buat. bukannya tak leh buat pun hantar semua e-mail pada user. Unless la ko tak baca manual IPB tu abis2an.. as a matter of fact aku pun tak baca.. aku godek2 try and error sampai jumpa.

Aku tak nafikan kebolehan ko handle forum2 dan website2 lain diluar, tp kena ingat putera.com ni bukannya sama dgn forum2 lain yg ko handle, aku tak tahu apa yg ko handle.. tp kalau sememangnya sama (yakni berkaitan IT).. aku rasa suasana harmonisnya adalah tidak sama seperti putera.com (tgk attitude ko pun dah tahu)... so jangan samakan forum ko (dan aku) buat dgn putera.com ni... and thus aku pun tak yah la sebut pasal portfolio2 aku di forum2 dan website2 lain di sini.

Satu lagi, aku sengaja bagi post dgn nada sarcastic pada ko, sebab mmg sifat semulajadi ko pun tak segan silu nak bagi post sarcastic pada berapa ramai dah user lain.. so fair play. Apsal nak terasa pulak? Oh.. lupa.. adakah baru ko tahu macam mana rasanya org lain bila kena sarcasm... lebih2 lagi seperti yg ko buat di forum putera.com ni. Aku pernah baca artikel dari professional yg mengatakan org jenis nerd (define:nerd) cam ko ni mmg susah nak faham tingkah laku dan adab susila manusia setempat (Alasannya adalah sebab terlalu bersosial di internet, tp aku tak tau la ini applied pada ko atau tidak, ni tekaan buta tuli aku je terhadap ko)

Aku tak pernah nak cari gaduh dengan ko C-FU dan sesiapapun di forum ni.. regardless la apa attitude diorang, sama ada aku suka atau tidak, itu semua masalah peribadi yang boleh ditolak ke tepi. Tapi minta maaf, malangnya ko adalah ahli yang tidak mempunyai consideration langsung terhadap tatasusila dan adab rakyat malaysia turun temurun yang diamalkan oleh ahli2 lain di sini. Lebih-lebih lagi dengan post ko di sini

Aku sememangnya respect dgn ilmu teknikal yang ko ada pada usia muda ko. As a matter of fact, ko pun dah banyak sangat tolong aku.. aku ucap terima kasih bebanyak pada ko untuk itu. Tp janganlah mengharapkan yang aku akan terus berdiam diri dan follow je style ko sedangkan ko sendiri tak reti nak follow style (pendapat peribadiku, majoriti) org lain. Aku tahu taip pepanjang sebegini sia-sia saja.. pastu nanti ko akan counter balik pepanjang dan habis masa begitu saja. Baik aku study ilmu2 lain yg banyak di luar sana.

So apa2 yg ko balas lepas ini berkaitan post aku yang ini di topik ini maybe aku ignore saja, because time is a luxury that I don't have.... so aku hanya nak bagi satu saja conclusion... sometimes you have to be cruel to be kind... jika ko pegang pada prinsip ini dalam berforum.. just want you to know that the same goes to me, but so far it is only applied to you, C-FU.

Sekian, minta maaf dan harap faham. smile.gif

Edited by electroboy

Share this post


Link to post
Share on other sites

Hmmmm... sudahlah, aku nak bagi cadangan pada admin utk settle masalah.. bertambah plak masalah jadinya. Siap libatkan en shanai plak ko ni C-Fu, apa la, respek la sikit org yg lebih tua dari kita...

To C-Fu, aku sekali lagi minta maaf kalau ada (memang ada) kata2 aku di atas atau dimana2 tempat lain yang menyinggung perasaan ko... dan seperti aku cakap sebelum ni, ko pun dah banyak bagi pandangan dan nasihat, especially bab komentar pada portfolio terbaru aku. So terima kasihlah bebanyak apa yg ko bantu selama ini.

Aku sound ko sarcastically di atas pun sebab aku fikir ia perlu. Bukan aku sengaja suka2 nak kutuk nama ko ke apa2... but a man gotta do what a man gotta do..dah cara ko pun 'lepas mulut' terhadap org lain... so aku pun takkan segan silu utk 'lepas mulut' gak pada ko (walhal selama setahun aku join putera ni memang aku dah habis jaga mulut dah terhadap ko).

Tetapi walau apapun aku tetap dengan pendirian aku, yakni pandangan aku terhadap diri ko tetap tidak berubah. tp aku anggap itu adalah masalah peribadi yg aku boleh tolak ke tepi, dah asam garam hidup berkomuniti.

Akhir kata, walaupun pendirian aku tetap kurang bersetuju.. tetapi aku ucapkan good luck dalam cita-cita ko nak jadi moderator di forum ni.... dan semoga ko berjaya dipilih menjadi seorang moderator dan menjalankan tanggungjawab dengan lebih cekap berbanding dgn moderator2 lain yg ko sering dakwa 'bute'. Good luck wink.gif

Edited by electroboy

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya cuma ada keazaman untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia maju ke hadapan, maju dalam teknologi dan maju dalam sahsiah peribadi. Itu sahaja.

Saya tidak punya banyak masa untuk membina sebuah website canggih dengan semua ciri-ciri yang dikehendaki walaupun mungkin saya mampu, kerana saya juga ada komitmen lain.

Apa yang elok dan berguna untuk semua, insya-allah saya laksanakan. Setiap idea anda dihargai dan diambil kira. Setiap komen juga diambil kira.

Mustahil untuk accomodate semua orang. Some people just have to adjust their self to the system, not otherwise.

Everyone make a mistake. And sometime mistakes. Tapi haruskah kita menghukum dia sedangkan dia seorang yang jahil dan tidak tahu apa-apa.

Baliklah kepada asal, tujuan putera.com diwujudkan ialah untuk membantu dan untuk mendidik. User yang datang sini adalah user yang nak belajar, nak cari ilmu. Ramai yang first timers.

Kita yang lama adalah tuan rumah, takkan kita nak biadap dengan tetamu, walaupun dia hanya peminta sedekah.

Jika website ini sebuah rumah, ya saya adalah pembinanya dan anda semua adalah tetamu yang diundang. Tapi jika kita sudah lama duduk di rumah ini, tentulah kitapun dah jadi tuan rumah, dan orang yang baru datang itu pula tetamu kita. Jadi, tolonglah saya mempelawa mereka ke rumah saya, dan janganlah pula menghalau mereka pergi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Encik admin sidai kain atas kepala tak ghasa hangat ka??  biggrin.gif

hehhee...en admin selalu demam sbb tengok post hangat sbb tu sidai kain tu...huu aku ucapkan syabas kpd en admin yg susah payah bukak putera.com.net.my ni.aku slalu tengok di forum2 lain dlm atau luar negara,member2 lama cool jer layan user baru yg buat silap.takde la macam FRU....hehehehhhh...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Luahan dan isi hati admin tu baik kita semua renungkan bersama, 15 baris ayat tu sebenarnya dah cukup utk mengungkapkan 1001 makna.

Jadi baik kita semua berubah demi masa depan putera.com. Sebelum tuan empunya rumah hilang sabar dengan perangai kita, mari kita sama-sama ubah sikap kita.

p/s: kain atas kepala tu saja ja dia buat cover elak embun, tapi kalau kena kibaih ngan Rita abih semua tanggai.hehehee

Share this post


Link to post
Share on other sites

Mustahil untuk accomodate semua orang. Some people just have to adjust their self to the system, not otherwise.

yupp.. nih ayat aku paling sokong user posted image

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih, semoga Tuhan memberkati usaha kita semua.

p/s Tuala atas kepala? Itu ala-ala ubi wan keladi dalam Perang Bintang: Harapan Baru

Share this post


Link to post
Share on other sites

tapi aku masih mengharap option search boleh di cekapkan lagi... sebab aku selalu guna... tetapi resultnya nak kena search manual balik ... wink.gif

*aku harap ini komen membina!

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...