Jump to content
Shanai

Pemilihan Moderator

Recommended Posts

Moderator PUTERA.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya sudah setahun lebih kita mula melantik para moderator untuk membantu melancarkan perjalanan forum Tanya@Putera.

Dalam tempoh tersebut, para moderator telah banyak meringankan tugas-tugas pengendalian. Untuk itu saya ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada mereka. Tanya@Putera mungkin tidak semeriah hari ini jika tidak kerana usaha moderator yang bertugas secara sukarela.

Saya sedar mungkin ada sedikit sebanyak ketidakpuasan hati berlaku, namun saya percaya itu tidak akan melemahkan semangat kita untuk terus menimba ilmu pengetahuan dalam bidang ICT.

Memang sudah menjadi adat manusia, adik beradik kalau dah ramai dalam satu keluarga, memang bermacam-maam ragam. Ada yang ketawa kat sana, ada yang menjerit kat sini, ada yang bergaduh kat situ, dan bermacam-macam lagi. Tapi percayalah, air yang dicincang takkan putus. Saya anggap kita semua sebagai adik beradik dalam satu keluarga maya yang besar.

Selari dengan usaha kita semua untuk terus meningkat maju, saya ingin membuka peluang kepada rakan-rakan semua untuk mencadangkan pelantikan moderator untuk semua kategori forum. Cadangan adalah dibuka untuk:

  • mengekalkan moderators yang sedia ada
  • mencadangkan moderator baru
  • mencadangkan tambahan moderator
  • cadangan-cadangan lain yang berkaitan

Saya berharap anda semua akan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.

Sekian terima kasih.

Shanai,

Admin PUTERA.com

Share this post


Link to post
Share on other sites

Semua moderator sekarang rasanya patut dikekalkan. Dan saya rasa tambah moderator lebih dari seorang pada sesuatu topik pun ok juga... boleh buat syif smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya sokong juga kalau di adakan backup staff/moderator dan juga tambahan pemantau. Dan juga diharap ader tambahan ruangan/sub-forum seperti untuk overclocker dan juga folding. smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

ha, akhirnya admin dah buka pintu untuk moderator baru. ayuh! calonkan diri anda, terutama kepada yang hebat menghentam mod tempohari. serlahkan bakat anda dengan mencalonkan diri anda.

aku sebagai pemantau akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih, dan aku sendiri berbesar hati jika status pemantau aku boleh ditukarkan kepada pemantau yang baru. semoga putera.com akan datang lebih teratur dengan adanya lebih ramai moderator baru, terutama yang peka dengan isi kandungan forum seharian.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Sokong!!!

Nak petik sikit kata² Admin smile.gif

Memang sudah menjadi adat manusia, adik beradik kalau dah ramai dalam satu keluarga, memang bermacam-maam ragam. Ada yang ketawa kat sana, ada yang menjerit kat sini, ada yang bergaduh kat situ, dan bermacam-macam lagi.

So, mana ada salah silap tu, sama² la kita bermaafan, buang yang keruh ambil yang jernih, biar putera nih jadi cth kat forum² lain nanti atas kerana keakraban, keharmonian dan tatasusila puteranians yg bagus!

Aku pun turut harap tanya@putera ni akan terus maju mendokong cita² bangsa dan negara, cewahh.. pandai² pulak..... laugh.gif

Okey team, lets hav a good time in putera wink.gif

Tata......

----------------------------------------

Share this post


Link to post
Share on other sites

... saya rasa tambah moderator lebih dari seorang pada sesuatu topik pun ok juga... boleh buat syif smile.gif

Bukanya satu-satu topik sahaja, malah satu subforum! Memang tidak terdaya kalau hanya seorang jaga satu forum am yang terbahagi kepada beberapa subforum tajuk (seperti tugas Moderator Jr Anarchy99), nanti dilabel pula sebagai 'tidak buat kerja', tapi mereka pun patut faham juga bahawa moderator bukannya sentiasa 24 jam dalam Tanya@Putera.

Saya juga turut mencadangkan supaya setiap forum am perlu ada moderator bagi setiap sub-forum (kalau ada 4 sub-forum, maka 4 moderator akan jaga forum am itu sendiri), kalau nak bergandakan lagi bilangan moderator, lagi bagus smile.gif tapi perkara ini memerlukan kredibiliti seseorang ahli yang setara dengan moderator yang ada sekarang dan juga keserasian ahli dengan sesuatu sub-forum, ditambah pula dengan jangka masa bagi ahli itu dalam Tanya@Putera.

Hanya sekadar cadangan. Tapi kalau boleh dipertikaikan lagi, silakan, saya sedia mendengar pandangan anda semua!!

OK, minta diri dulu, selamat maju jaya smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya mencalonkan diri saya untuk menjadi moderator di bahagian sudut pelajar. diharap tuan dapat mempertimbangkan cadangan ini. terima kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya mencalonkan diri saya untuk menjadi moderator di bahagian sudut pelajar. diharap tuan dapat mempertimbangkan cadangan ini. terima kasih.

Admin, berdasarkan pemerhatian saya pada post2 civ3 di putera.com, saya sokong dan mencadangkan civ3 jadi moderator di sudut pelajar.

Edited by electroboy

Share this post


Link to post
Share on other sites

saya rasa lebih baik ntuk membuka satu sub-forum khas Overclocking memandangkan kat putera.com nih ramai jugak otai2 yg penuh ilmu di dada pasal benda nih.....smile.gif

dan satu lagi dengan adanya sub-forum khas kita tak perlu lagi kesana-kemari untuk membincangkan tajuk2 yg berkaitan mcm contoh VGA di forum eksesori, CPU, Motherboard, system, benchmark pula di sub-forum yg lain...ni kira dapat manfaat jugak la....smile.gif

tidak kira apa sahaja berkaitan overclcoking eg: memory, VGA, CPU, cooler, rangking, benchmark dan sewaktu denganya di khaskan kepada satu sub-forum...untuk memudahkan rujukan...dan menyenangkan forummer menyumbang dan mencari maklumat....di harap dapat dipertimbangkan oleh En. Shanai......

ps: sapa sokong angkat tangan....laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

sesiapa pun boleh jadi moderator asalkan boleh menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab....

Share this post


Link to post
Share on other sites

yupp.. aku sokong supaya ada ruangan khas utk OC'er supaya kita yg rata2 org melayu kat sini boleh jadik se"advance" yg boleh.

wohooo!!

Share this post


Link to post
Share on other sites

yupp.. aku sokong supaya ada ruangan khas utk OC'er supaya kita yg rata2 org melayu kat sini boleh jadik se"advance" yg boleh.

wohooo!!

zahid fan? wahahhahaha

hurm aritu ada membe bukak thread cadangan psl menda ni.. maybe admin x perasan.. cuba korang up skit ekekeke

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku cadangkan forum perkakasan diperkemaskan

-tambahan forum untuk overclocking - untuk geng2 overclock bincang

-satu untuk perkakasan - untuk membincangkan tentang semua jenis perkakasan komputer

apa sebenarnya kegunaan sub forum wireless di bawah pengaturcaraan?

terima kasih

Share this post


Link to post
Share on other sites

buat la memana yang patut ... asalkan semua baik baik belake hendaknye...

Share this post


Link to post
Share on other sites

yupp.. aku sokong supaya ada ruangan khas utk OC'er supaya kita yg rata2 org melayu kat sini boleh jadik se"advance" yg boleh.

yap... saya rasa pun mcmtu jugak.....sbbnya kat putera nih rata2 forumer adalah melayu...so kita boleh berbincang menyumbang dan mencari ilmu sesama kita....smile.gif

untuk mempertingkatkan lagi tahap kefahaman dan kepakaran kita dlm dunia ICT yg penuh mencabar nih...smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

satu sahaja yang ingin saya cadangkan,

tentang pengunaan bahasa.jikalau salah eja boleh lah di pertimbangkan tapi jika terlebih eja ( lucah dan kasar ) tolong remove dari forum.

biarlah nampak putera dot com ini cantik dan ahlinya beretika,barulah cun

Share this post


Link to post
Share on other sites

moderator yg ada skrg ni semua dah ok,bagus 2 belaka tapi ada la soarang tu dia bukan moderator teruk sikit perangai dia

Share this post


Link to post
Share on other sites

moderator yg ada skrg ni semua dah ok,bagus 2 belaka tapi ada la soarang tu dia bukan moderator teruk sikit perangai dia

aku cadangkanko amik alih tempat dia.. aku rasa dia setuju sgt2 tuuuu laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

moderator yg ada skrg ni semua dah ok,bagus 2 belaka tapi ada la soarang tu dia bukan moderator teruk sikit perangai dia

Susah nak faham karenah seribu satu macam forumer; jenis sensitif, jenis keras, jenis manja, jenis mengampu, macam²lah... kita bukannya ahli nujum yang mampu menilai bagaimana karakter forumer (biasanya ahli baru) yang join Tanya@Putera berdasarkan nama sahaja, tapi akan dinilai apabila sudah lama bersama dengan ahli² Putera.com.

.....sbbnya kat putera nih rata2 forumer adalah melayu...so kita boleh berbincang menyumbang dan mencari ilmu sesama kita....

Ada forumer bukan Melayu yang join kat sini (Putera.com) sepanjang pengalaman saya bersama Tanya@Putera. Tapi memang biasalah; kena pujuk rayu baru boleh buka pekung di dada, jenis berahsialah orang mcm ni, heh smile.gif Tapi apa nak dikatakan di sini ialah Tanya@Putera adalah forum bebas (independent forum); tiada syarat kaum atau budaya atau agama skalipun, asalkan ada ilmu yang mahu dikongsi bersama, tahu berinteraksi dengan ahli² lain, jaga etika semasa melayari (surfing) Putera.com.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko kena pahamkan sikit ayat dia. "ada la soarang tu dia bukan moderator teruk sikit perangai dia". dia ni unik sikit. tapi bukan operating system UNIX.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaah ah ah ahahahaha™ dia suka berpuisi. dia merujuk kepada non-moderator yang berjumlah ribuan pengguna biasa.

--- sila jangan lari tajuk, cerita pasal purata pengunjung la, pecahan bangsa la apa la itu la ini la. sila cerita berkenaan tajuk. sekali lagi aku nak tekankan, sapa yang rasa dia boleh menjadi seorang moderator (terutama yang kuat kondem tempohari) sila calonkan diri anda. kalau malu-malu nak post dalamni, boleh pm admin secara peribadi.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Admin, saya nak bagi bebebrapa pencalonan. Berdasarkan pemerhatian saya di beberapa topik di putera.com ini (yg saya selalu lawati), dari segi post yang dihantar, etika berkomunikasi dan pengetahuan/kemahiran dalam bidang2 berkaitan, saya ingin mencalonkan beberapa individu yang boleh menjadi moderator bagi membantu moderator2 yg sedia ada di topik2 berikut:

Windows:

alternator, psychoX, dzulcarnine

Perkakasan:

smile4me, hoodlums, lanuncyber, techno_fanatics, scorps, ongbok, aMd_sCooTeRisT

Pengatucaraan:

ancient one, 1khz, F A, DarkWan

Perisian/Multimedia:

shah animator, tasek16, kembara, gcloud, hoyoyo8,joehari, fidzane

Perisian/ Utitliti dan sekuriti:

alternator, joetbg_x, F A, dzulcarnine

Sudut Pelajar:

civ3

yang ni saja setakat ini terpacul di kepala saya. ada apa2 cadangan lain saya akan tambah kemudian.

EDIT:

sistem operasi/ linux & *nix/ Windows:

sharuzzaman

bro sharuzzaman ni mmg dikenali di jabatan computer & communication engineering UPM bukan saja sebab ilmu yg tinggi dlm operating system...tp sifat beliau yg baik hati dan suka membantu warga warga UPM dan putera.com kalau ada masalah. walaupun aku tak berapa cakap dgn bro ni sbb masing2 busy, tp aku mmg kenal bro ni dah boleh dipertanggungjawab dlm moderating putera.com

Edited by electroboy

Share this post


Link to post
Share on other sites
Guest
This topic is now closed to further replies.

×
×
  • Create New...