Jump to content
Sign in to follow this  
hairulfadly

Pengkomputeran Pervasif

Recommended Posts

MIMOS Berhad (MIMOS) baru-baru ini mengumumkan empat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terkini berasaskan keupayaan sistem teknologi maklumat (ICT) sebagai kemudahan kepada pengguna daripada pelbagai peringkat sasaran.

R&D tersebut yang dinamakan Pengkomputeran Pervasif (Pervasive Computing) terdiri daripada empat kategori iaitu Kejuruteraan Bahasa, teknologi maklumat berasaskan telekomunikasi (Pengkomputeran mudah alih), teknologi e-pembelajaran dan Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software) atau OSS.

Naib Presiden Bahagian Pengkomputeran Pervasif MIMOS, Raja Noor Ainin Raja Zainal Abidin berkata, R&D yang dijalankan itu adalah hasil kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan, universiti dan industri.

``Tujuan utama R&D dalam bidang Pengkomputeran Pervasif ini adalah untuk menggalakkan masyarakat terutamanya mereka yang di luar bandar memperkasakan keadaan sosioekonomi dan kehidupan mereka melalui penggunaan teknologi maklumat,'' katanya ketika memperkenalkan bidang penyelidikan itu di MIMOS Berhad, dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah penyelidik bagi setiap bahagian iaitu Norlidza Mohd. Yassin, Kow Weng Onn, Afrezal Tahrin dan Rohani Ismail.

Menurut Raja Noor Ainin, di bawah R&D Kejuruteraan Bahasa, MIMOS telah berjaya membangunkan dua penyelidikan iaitu membangunkan laman web alih bahasa (MLT) daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu serta perisian antara muka pengucapan dalam Bahasa Melayu (Fasih).

Kedua-dua penyelidikan itu tambah beliau, dibangunkan bertujuan mendekatkan jurang digital di kalangan pengguna komputer di negara ini yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeris memandangkan kebanyakan laman web dibangunkan dengan bahasa tersebut.

MLT Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu katanya, merupakan penyelidikan yang memakan masa kira-kira 10 tahun dengan keupayaannya menterjemah laman web, ayat dan perkataan Bahasa Inggeris mencapai sehingga 60 peratus keberkesanan.

``Fasih pula dibangunkan dalam bentuk perisian yang mana komputer boleh membacakan sebarang ayat dalam Bahasa Melayu sama ada secara baku atau sebaliknya dan ia amat sesuai untuk tujuan pembelajaran kepada golongan cacat penglihatan,'' katanya.

Raja Noor Ainin menambah, di bawah R&D Pengkomputeran Mudah Alih (Mobile Computing) pula, MIMOS dengan kerjasama Jabatan Pertanian telah membangunkan satu direktori berpusat sebagai kemudahan dari segi maklumat dan pemasaran kepada petani-petani di negara ini.

Laman web yang dinamakan AgriBazaar itu katanya, dilancarkan pada bulan Jun tahun lalu dan sehingga kini ia telah berjaya menarik lebih 500 orang individu dan syarikat yang terlibat dalam sektor pertanian untuk berurus niaga secara atas talian.

AgriBazaar juga tambahnya, dibangunkan dengan tujuh direktori utama sebagai kemudahan kepada pengguna mengatur strategi perniagaan mereka secara online iaitu e-BuySell, e-Stok, e-Logistik, e-Plan, e-Make, e-Support dan e-Payment.

Rangkaian perniagaan

``Melalui laman web AgriBazaar ini juga, petani di negara ini dapat memperluaskan rangkaian perniagaan mereka memandangkan ia turut dilayari oleh pengguna dari luar negara termasuk dari China, Kanada dan Thailand,'' katanya.

Raja Noor Ainin menambah, di bawah R&D teknologi e-pembelajaran pula, MIMOS memberikan tumpuan terhadap dua penyelidikan iaitu membangunkan laman web Malaysia Grid for Learning (MyGfL) dan Titian Digital.

Katanya, melalui kedua-dua direktori itu, pengguna boleh mendapatkan pelbagai jenis maklumat dalam pelbagai bidang seperti kesihatan, pendidikan dan ekonomi dan ia dirangkaikan dengan laman web berkaitan termasuk Pusat Sains Negara, Perpustakaan Negara dan KEMAS.

Sementara itu tambah beliau, R&D OSS pula memberikan tumpuan terhadap pembangunan perisian untuk aplikasi Open Office yang ditingkatkan kelebihannya untuk kegunaan komuniti luar bandar yang lebih selesa menggunakan Bahasa Melayu.

``Antara penambahbaikan tersebut ialah aplikasi pembetulan ejaan dan tatakata dalam Bahasa Melayu,'' katanya.

Menurutnya lagi, MIMOS juga bertindak sebagai pusat kerjasama penyelidikan dan pertukaran maklumat dengan pelbagai pihak dari seluruh dunia dalam menjalankan penyelidikan yang serupa.

Penyelidikan yang dibangunkan itu boleh dicapai secara percuma dan antaranya melalui laman web www.terjemah.net.my, www.agriba azar.com.my, www.mygfl.net.my dan www. titian-digital.net.my.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...