Jump to content
hairulfadly

Berhabisan Kerana Telefon Bimbit

Recommended Posts

Berhabisan kerana telefon bimbit

Dengan pelancaran telefon bimbit sistem 3G yang dikatakan serba canggih, maka Malaysia mengorak langkah lagi untuk menjadi sebuah negara dunia pertama atau menandingi tamadun Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

Oleh kerana 3G merupakan teknologi baru, elok rasanya kita merosoti kemudahan telefon bimbit ini sejak ia diperkenalkan kepada rakyat Malaysia. Satu yang nyata ialah syarikat-syarikat telefon seperti Maxis, Celcom dan DiGi telah mengaut keuntungan besar.

Juga yang ternyata ialah industri telefon bimbit sekarang mendukung beberapa sektor lain seperti sektor iklan, sektor media seperti TV, radio, akhbar dan sebagainya.

Tetapi yang aneh atau sedihnya, kajian yang dibuat baru-baru ini mendapati bahawa kebanyakan pengguna telefon bimbit adalah orang Melayu terutama golongan muda dan anak-anak.

Di samping itu kajian juga mendapati kadar pendapatan keluarga orang Melayu adalah jauh lebih rendah daripada kaum Cina dan berulang kali kajian juga mengesahkan kadar pengangguran Melayu juga paling tinggi.

Juga kita tahu bahawa Melayu juga paling tinggi dalam apa juga masalah sosio ekonomi di negara ini.

Jadi bagaimana pula orang Melayu yang serba kekurangan ini boleh punya wang untuk membeli telefon bimbit (yang canggih), membeli kad prabayar atau membayar bil panggilan tiap bulan.

Jawapannya mudah sahaja. Anak-anak muda ini sebenarnya bekerja di Tesco, Giant, Carrefour, McDonalds, KFC dan sebagainya. Ada duit atau tidak, golongan muda Melayu (yang selalunya ada teman lelaki dan perempuan) mesti punya telefon bimbit. Begitu juga yang menuntut di kolej-kolej dan universiti.

Telefon bimbit merupakan sesuatu yang mesti dipunyai, lebih-lebih lagi dengan iklan-iklan yang mewujudkan cara pemikiran di mana kalau tidak ada telefon bimbit, seseorang itu boleh dianggap cacat.

Sekarang kita kaji pula berjuta-juta ringgit hasil panggilan-panggilan telefon bimbit ini. Oleh kerana faktor sosio ekonomi, maka tujuan penggunaan orang Melayu bukanlah untuk panggilan perniagaan atau panggilan-panggilan bermanfaat.

Sebaliknya keuntungan besar syarikat-syarikat telefon bimbit adalah dikaut daripada panggilan-panggilan borak kosong, fitnah, penyebaran khabar angin, pergaduhan muda-mudi dalam bercinta dan sebagainya.

Sebenarnya cakap kosong merupakan satu industri besar sekarang. ``Caaaaakap banyak-banyak,'' kata satu iklan telefon.

Jangan lupa syarikat-syarikat TV juga mengaut untung besar daripada kuiz-kuiz SMS dan pengundian SMS untuk Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mentor dan entah apa-apa lagi. Semua rancangan ini tidak pernah menyatakan berapakah jumlah caj yang dipungut.

Perniagaan

Paling menyedihkan ialah hampir kesemua peniaga runcit telefon bimbit yang kelihatan di pusat-pusat beli-belah adalah kaum Cina. Mereka ini bukan pandai sangat berniaga, bahasa Inggeris pun berterabur.

Saya yakin anak-anak Melayu boleh berniaga telefon bimbit. Ini antara perniagaan paling mudah. Tidak payah ada latihan berminggu-minggu.

Masalahnya ialah siapa yang tolong mereka mendapatkan tapak niaga di pusat-pusat beli-belah ini dan siapa yang akan beri modal awal untuk mendapatkan sedikit bekalan dari Nokia, Samsung, Ericsson dan lain-lain.

Siapa yang sudah memonopoli rangkaian pengedaran seperti juga perniagaan komputer. Samalah dengan monopoli bagi produk-produk keluaran Nestle, Lever Brothers, Proctor & Gamble dan lain-lain.

Saya kira semua pihak dan agensi yang hendak membantu orang Melayu sentiasa tersesat dalam soal ini menyebabkan wang belanja orang Melayu sentiasa mengalir ke poket bukan Melayu.

Telefon bimbit berkamera dan 3G yang lebih canggih ini ada bahayanya. Sudah terjadi gambar gadis dimuatkan ke internet untuk tatapan seluruh dunia.

Kita tidak tahu kemungkinan lain yang boleh berlaku dan kebanyakannya melibatkan orang Melayu.

Oleh itu ada baiknya kerajaan melaksanakan undang-undang yang memerlukan tiap-tiap pemunya telefon 3G mesti mendapatkan lesen. Pelaksanaannya mungkin sulit tetapi keadaan serupa juga wujud bagi undang-undang lain tetapi itu soal lain.

Kita semua tahu tiap teknologi seperti serampang dua mata. Umpamanya teknologi enjin jet bukan sahaja boleh mempercepatkan perjalanan tetapi juga boleh dipasang kepada jet-jet pengebom untuk membunuh manusia dan memusnahkan alam semesta.

- BAKI AMINUDDIN, Ampang, Selangor.

Sumber : Utusan Malaysia 13 Julai 2005

Apa pendapat anda semua...

Share this post


Link to post
Share on other sites

pendapatan saya tidak menentu..oopsss...silap paham soklan...pendapat la bukan pendapatan...

pada pendapat saya..penulis esei sempena hari wilayah itu layak mendapat A+ laugh.gif YAAA-HAAA

Share this post


Link to post
Share on other sites

utusan hari ni yek? brader baki aminuddin slalu gak aku tengok hantar pendapat kat utusan nih. macm emo je... "Sebaliknya keuntungan besar syarikat-syarikat telefon bimbit adalah dikaut daripada panggilan-panggilan borak kosong, fitnah, penyebaran khabar angin, pergaduhan muda-mudi dalam bercinta dan sebagainya"<<yang ini betul ke? ada kajian/statistik yang menunjukkan orang melayu SELALU buat cenghini ke? main tangkap muat je kot.

"Paling menyedihkan ialah hampir kesemua peniaga runcit telefon bimbit yang kelihatan di pusat-pusat beli-belah adalah kaum Cina. Mereka ini bukan pandai sangat berniaga, bahasa Inggeris pun berterabur."

erm kalau tak pandai berniaga tak mungkin mereka bleh menguasai sektor ekonomi negara.... wink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku rase btul gak ckp baki aminuddin tu ...byk aku tengok kwn2 aku beli hp mahal2 sebab nak rekod bunyik la , amik gamba ntah ape2 , borak @ gado ngan awek kat telepon ..aku ade kwn aku sorang nih takde hp rilek jerk

pasal yang orang cina pandai meniaga tu pasal diorang berani amik cabaran .. bukan pasal diorang terer english ..sebab melayu ni takut nak meniaga sebab takut tak jadi @ rugi .

lagi satu pasal yang bagitau kabar angin memang btul pun ..try bace pancaindera mingguan malaysia , tiap minggu mesti ade gosip yang dapt dari sms la ,slalu nyer sms

la sebab ramai pkai hp dari pakai email kat malaysia nih...(aku rase la).

last skali kalo dpt duit ptptn tu takyah la beli hanset canggih manggih ...baik beli buku ke ,kertas soalan ke , jgn la bazir ...

MARI JGN MENGHABISKAN DUIT

Share this post


Link to post
Share on other sites

tang awek tu memang tul la. pasal aku tengok kebanyakan member aku yang jenis berawek ni kekadang top-up 5 ringgit tiap2 malam, kekadang RM10, pas tu citer problem sendiri kat aku, soklan yang kuar dari mulut dier ialah

"heran tul aku, apa bende yang aku beli har sampai tinggal RM20 dlm bank"

siap ada yang sorang tu dari klang mintak pinjam 1 mesej ntuk awek dier kat politeknik kuantan. gila ke mesej main pinjam2. siap kuar 1 jari dengan muka problemnyer tunjuk kat aku.

nak marah atau nak gelak? aku tak tau la....

nasib la aku takde awek. biar pun henset ku canggih (bukan 3G ye), kredit didalam masih banyak cuma datenyer aje dah expired.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aloh! nak buat camner.. dah perkhidmatan kene bayor...

tapi jangan over sangat..

Kang berapi poket!

Share this post


Link to post
Share on other sites

ukur baju badan sendiri...jgnla ikut perangai org kaya kalo diri x mampu tongue.gif kaya pun x elok membazirkan....lame2 kan bleh bankrupt kalo boros je bebelanje

Share this post


Link to post
Share on other sites

sambung dari locco....

jgn pulak kalau tgk orang pakai hp canggih kita pun nak jugak....

jgn tgk orang pakai hp besor kita pun nak jugak...

tgk dulu diri kita.. laayak tak beli mende cam tu...

sok menyesal dulu pendapatan nyesal kendian tak berguna.... biggrin.gif

p/s: aku dulu pergi mkn pizza... blanja member habis dlm 50 lebih... pastu baru nyesal, duit xbrapa ada, last²... dkt 2 minggu mkn maggi, ayah aku masuk duit hujung bulan... hu hu hu biggrin.gif seksa rasa.. badan lemah! tulah ikut nafsu sangat.... biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

dari petikan utusan malaysia 13 julai tu menyatakan perniagaan hp ni oleh kaum cina jer...jadi orang melayu skit jer la kan??tapi pengguna melayu banyak kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Aku setujuk kata Brade Hampeh Tuh...

pasal peniagaan H/p nie banyak gak cabaran dier.. lagi satuh banyak kena pikiq... pasal tempat yang trategik ke... pasal persaingan la...

takut takut tak larat nak tanggung beban sumer tuh....

Tapi kalu bab Pengguna H/p Banyak melayu.. tuh aku tak setujuk sgt...

sebab aku tengok, org ciner lagi la ramai yang guner h/p....

dan org melayu paling banyak tuko h/p...

so aku tak setujuk la kata² pengguna nyer rata²nya melayu...

Share this post


Link to post
Share on other sites

orang india pulak camner, orang asli tempat aku pun pakai h/p.

tengok kat tempat aku ni ramai gak yang pakai tapi dah takde rupe h/p dah.

sorang bengali dah bertapak lamanye kedai henset disini. aku tengok jalan jugak dier bisnes.

Share this post


Link to post
Share on other sites

laugh.gif heheh mesti bengali tuh otai dlm perniagaan hp nih....

cina mmg byk pkai hp tapi diorang tak membazir duit tuk bende ' pandai ' cam af3 ke , dan lain-lain ....hehehe kalo nak hp best sgt peluk laptop pkai tepon internet ...baru canggih .. ph34r.gif

Edited by hampeh

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku skang tadek hphone lagik.

hphone ibarat xberguna jer kpd aku.

harap kredit ja ada,tp date dh expired.cukup masa,aku kena top up utk elak hilang kredit aku.keke

watper la aku nk pakai hphone.nak dpt 1sms setiap minggu pun jarang keke.call?lg la tadek

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku skang tadek hphone lagik.

hphone ibarat xberguna jer kpd aku.

harap kredit ja ada,tp date dh expired.cukup masa,aku kena top up utk elak hilang kredit aku.keke

watper la aku nk pakai hphone.nak dpt 1sms setiap minggu pun jarang keke.call?lg la tadek

bleh jimat byk duit tuh smile.gif tp better pakai kot kalo2 ader emergency...aku plak ntah bape ratus sms sbln rolleyes.gif skrg nak cube kurangkan la laugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

pada pendapat aku hp merupakan 1 keperluan pd zaman sekarang ni...

tapi kita perlulah bijak dalam menggunakannya... bak kata member kita locco

ukur baju di badan sendiri dan gunalah mengikut keperluan...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku tengok tokei² cina yg kaya² banyak guna 3310 je..

sedangkan student² melayu kat IPTA/IPTS,

kebanyakannya, paling kurang pun 6600..

kalo guna 3310..malu!

sedangkan student lagik.

Edited by asrulfaizyhelmi

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku tengok tokei² cina yg kaya² banyak guna 3310 je..

sedangkan student² melayu kat IPTS/IPTS,

kebanyakannya, paling kurang pun 6600..

kalo guna 3310..malu!

sedangkan student lagik.

bab nie aku sokong.abeskan duit skolar beli handset mahal2....

Share this post


Link to post
Share on other sites

bab nie aku sokong.abeskan duit skolar beli handset mahal2....

org perak cakap...

biar papa asal bergaya..

pala hotak diorang.. pakai henset ngalahkan org yg dah keja...

ni suma pengaruh iklan ngan mmber la nie...

kalo mak bapak tukang cop duit... tak kesah laa.. peduli apa...

duit not merah buat cungkil gigi jerk... tongue.gif

lagi satu aku x puas ati tul iklan hotlink kat tv yg promote campus zone special rate tu..

korang prasan tak model 3R tu pkai henset model apa...

suma rege atas RM1k ...

so ini menggambarkan dunia sebenar student kat mesia aaa..??

huh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Apa keperluan HandPhone

1. Boleh dihubungi bila-bila masa dan dimana jua(jika belum expired air time dan

ada liputan).

2. Boleh dijadikan pejabat maya.Ia itu tiada pejabat tetap bagi yang berniaga

(tengok jenis perniagaan yang tak memerlukan ruang pejabat)

3. Bolih menghantar maklumat tek/gambar dengan cepat.

4. Digunakan sebaigai penghubung,internet/wap dan macam-macam benda yang

berguna dan merosakan jika disalahgunakan.

Kesimpulan bergantung kepada kemampuan kita nak beli jenis apa dan harga berapa.

Cuma yang saya respek ada seorang yang pernah menjadi Jutawan menggunakan telepoh murah yang pentingkatanya dapat dihubungi. So didapat mengetahui tender yang berharga ratusan atau juta ringgit dengan sebuah talipon murah. Yang penting benar-benarkah kita guna dan perlukan aplikasi yang terdapat pada telepon baru dan canggih.sama-sama kita fikirkan

Edited by SAM

Share this post


Link to post
Share on other sites

Pakau.. tak semua student ipt cam tu... sampai skang aku pakai 3315 je dah 4thn aku guna .. ramai gak member2 aku yg masih pakai 3315/10 walaupun kiteorg dpt biasiswa...n ade yg dah keja skang ni.. sebabnye bg kiteorg hp hanya utk telepon n sms je..masih ade lg student melayu yg tak kisah pun pakai 3315/10 je.. tak rase malu pun..

Share this post


Link to post
Share on other sites

pada pendapat aku..sebenarnya handphone ni hanya tuk boleh berhubung jer..mungkin muda mudi nie cam pelajar IPTA dah terpengaruh bahawa mereka boleh beli macam org yg dah keje..tapi mereka tidak mempunyai duit..dgn duit pinjaman tue lah mereka sebat beli handphone mahal2..

aku masih ingat lagi..budak blok aku dulu..first time kai line celcom..siap bergayut dgn awek dia tak ingat dunia..sebelum tido gayut..baru bangun gayut..last2..tak sampai semeter ke 2 dia clash..dan kena tendang..yg kesiannyer member aku..sebab dia dah daftar guna nama member aku..dia kena bayar hutang member aku tue RM5035.96..aku rasa student elekrik blok E dulu mesti ingat lagi hamba sorang ni kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...