Asalamualaikum,
Kepada semua warga PDC yang dihormati, tak kira yang baru atau yang lama, yang muda atau yang veteran.
Terlebih dahulu saya memohon maaf jika apa yang saya katakan ini akan atau ada yang menyentuh hati rakan2 semua.
Saya ingin menegur sedikit kepada rakan2 putera, terutama kepada rakan2 yang baru,
1) sekiranya anda ada membuka sesuatu topik untuk bertanyakan sesuatu perkara dan perkara itu dapat diselesaikan oleh anda sendiri, saya berharap sangat agar soalan yang pertama anda post itu[b] jangan di "edit"[/b] ataupun[b] dipadam[/b].
2) Menulis kembali apakah cara penyelesaian yang anda telah buat sehingga masalah yang anda hadapi itu diselesaikan,
Saya berharap sangat mendapat kerjasama anda semua, kerana setiap masalah yang anda hadapi dan cara mengatasinya boleh dikongsi bersama dengan rakan rakan yang lain. Itulah sebenarnya tujuan forum PDC ini, bukan hanya bertanyakan soalan dan hanya kita2 saja yang dapat tetapi apa yang kita dapat dan kita ada, adalah terlebih baik kita kongsikan bersama.
Saya buka topik ini kerana telah terdapat beberapa kes (topik) yang telah di edit semula oleh pembuka topik, jadi bila kawan2 yang lain ingin menjawab atau merujuk kembali, topik asal tersebut dah diubah.
Jadi kepada semua ahli2 PDC sila ambil perhatian.
Harap mendapat keperihatinan anda semua.
Sekian, terima kasih,