Jump to content

Hanz9

Learning
  • Content Count

    2
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

0 Normal

About Hanz9

  • Rank
    Ahli Baru

Previous Fields

  • Nama lain
    -
  1. Panduan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27   Satu peperiksaan online untuk jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 akan di adakan pada 15 April 2015.   Semakan calon peperiksaan online Penolong Pegawai Penerangan S27 boeh dilakukan melalui Laman Rasmi SPA.   Adakah anda terplih?   Jika ya,tahniah di ucapkan!   Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27.   Tahun ini merupakan pertama kali peperiksaan untuk jawatan Penolong Pegawai Penerangan dilakukan secara online oleh pihak SPA. Sebelum ini ia dilakukan secara bertulis.   Sistem peperiksaan online memberi peluang kepada pihak SPA untuk menambah kuota calon yng  boleh mengambil peperiksaan pada satu-satu masa.   Ini kerana apabila peperiksaan dilakukan secara online maka kekangan tempat untuk mengumpulkan calon untuk menjawap peperiksaan tidak akan berlaku. Ini secara tidak langsung menyebabkan persaingan untuk merebut jawatan ini menjadi semakin sengit.   Jika anda benar-benar ingin mendapatkan jawatan ini, strategi dan persediaan untuk menjawab peperiksaan perlu dilakukan dengan lebih mantap berbanding calon-calon peperiksaan online Penolong Pegawai Penerangan yang lain.   BERITA BAIK UNTUK ANDA! (Sekiranya anda calon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan)   Pihak Infokerjaya Plt sedang dalam proses menyiapkan rujukan penuh  peperiksaan online Penolong Pegawai Penerangan.   Sekiranya anda mahukannya, mohon kerjasama anda mendaftar sebagai Sahabat Kerjaya TKK. KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR.   Pihak kami akan maklumkan kepada apabila apabila Rujukan mula di buka jualan nanti.   Kami juga akan berikan PREVIEW COPY PERCUMA kepada anda yang mendaftar. :)   KLIK SINI UNTUK MENDAFTAR!  
  2. Tips menghadapi temuduga separa perubatan   Bagi anda yang baru pertama kali dipanggil ke sesi temuduga terutamanya temuduga untuk kemasukan latihan Separa Perubatan, pasti andatertanya-tanya bagaimanakah perjalanan temuduga tersebut.   Sebagai langkah persediaan, kami akan kongsikan tips menghadapi temuduga Separa Perubatan untuk anda.   Ianya ditulis berdasarkan pengalaman sebenar calon-calon yang pernah hadir temuduga Separa Perubatan baru-baru ini.   Perlu anda ingat bahasa tips menghadapi temuduga Separa Perubatan ini hanya boleh dijadikan panduan asas sahaja.   Maklumat sebenar bergantung kepada panel yang bakal menyoal aanda.   Oleh itu jadikan maklumat ini sebagai asas persediaan temuduga SeparaPerubatan yang bakal anda hadapi.   1. Masuk kedalam bilik temuduga dengan meminta izin dari panel penemuduga.   Usah  masuk tanpa meminta izin atau mengetuk pintu dahulu.   Ini adalah cerminan disiplin anda yang perlukan izin dari mereka yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi dari anda.   2. Selepas diizinkan masuk, hulurkan resume dan dokumen yang berkaitan dengan keduabelah tangan.   Usah beri sebelah tangan kerana anda kelihatan seperti tidak bersungguh-sungguh untuk ditemuduga.   3.Jalan mengundur ke arah kerusi dan minta izin sebelum duduk.   Usah duduk sebelum di izinkan.   Duduk dalam keadaan menegak sambil menghadap panel.   Jangan silang kaki kerana akan kelihatans eperti tidak sopan.   4. Perkenalkan diri dan latar belakang akademik.   Gunakan bahasa yang mudah difahami.   Cakap dengan lantang dan bertenaga.   5. Mengapa anda pilih bidang Separa Perubatan?    Jawapan yang diperlukan ialah bergantung pada bidang latihan yang anda pilih.   Rujuk laman ini untuk mendapatkan contoh pilihan jawapan.   6. Anda akan disoal mengenai beberapa istilah yang berkaitan dengan Separa Perubatan contohnya body mechanism.     Pilih satu tajuk  yang mudah di huraikan seperti blood clotting atau digestive system.   Maklumat ini anda boleh cari di internet.   7. Anda akan diberikan beraneka jenis soalan termasuk soalan yang melibatkan situasi sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia.   Contohnya, anda mempunyai masalah di rumah, dengan keluarga, suami atau anak-anak kemudian di tempat kerja berhadapan pula dengan pelbagai ragam pesakit, bagaimana anda menjalankan tugas bila menghadapi situasi berkenaan?   8. Soalan-soalan yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti nama Menteri Kesihatan dan nama-nama individu yang berada dalam organisasi tersebut.   9. Semasa menjawab soalan, elakkan daripada memberikan respon seperti tidak tahu, kurang pasti atau rasa-rasanya.   Berikan jawapan sebaik yang boleh. Rujuk kepada fakta yang sahih.   10. Percakapan anda mestilah selari dengan gerakant angan.   Usah bergerak secara berlebih-lebihan.   Ingat bahawa tindak-tanduk anda sedang dinilai.   Kesimpulannya,   Hadir ke temuduga Separa Perubatan adalah satu kejayaan kerana anda telah berjaya melepasi tapisan di peringkat awal.    Oleh itu anda perlu menghargai sesi temuduga tersebut dengan membuat persediaan awal.   Untuk melengkapkan persediaan temuduga Separa Perubatan anda, rujuk MAKLUMAT INI supaya anda tidak terkapai-kapai semasa menjawab sealan temuduga nanti.
×
×
  • Create New...