Jump to content

kamibundle

Learning
  • Content Count

    3
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

0 Normal

About kamibundle

  • Rank
    Ahli Baru
  1. # Barang Bundle # Dalam bahasa mudah nye, barang yg sudah dipakai. Bagus atau tidak sesuatu barang tu, bergantung pada nasib anda, dan juga penelitian anda terhadap sesuatu barang yg ingin anda beli. Saya sendiri, sejak mengenali dunia BUNDLE, pemikiran saya semakin terbuka. Jika dulu, selalu mengeluh.. Bundle punya barang tak selesa, merungut itu ini.. Tapi sejak melibatkan diri SECARA TIDAK SENGAJA, dalam bisnes bundle ni, mata ni makin terbuka. Beli kasut bundle pertama dalam hidup ni, macam2 yang bleh diperkatakan. Best, Selesa, Murah, Tahan Lama.. (bergantung pada penggunaan & jenis / ragam kaki) Sekarang ini pun, saya ada 2 pasang kasut bundle yg digunakan utk urusan seharian. Masih ada 4 psg lagi yg sudah saya packing sebaik mungkin untuk diguna setelah kasut sedia ada ini tidak boleh digunakan lagi. Lagipun, saya sudah yakin dengan kualiti nya. Saiz kaki pula besar.. bukan senang nak dapat! Akhir kata, saya sarankan pada yg baru nk cuba2 brg bundle ni, kalau boleh ikutlah step yg saya amalkan. 1) SELESA - barang cantik / smart pun tak guna kalau rasa tak best bila pakai. 2) RUPA / KEADAAN BARANG - kalau harga barang tu murah sekalipun, perhalusi ketahanan barang tersebut. *Kalau hati memang jenis redha sekiranya barang tu baru sekali dua guna pun boleh hancur, silakan. 3) HARGA - Langkah terakhir sekali, persetujuan harga. Biasanya barang bundle ni boleh tawar-menawar. Tapi ada juga sesetengah penjual matikan harga. Jika anda mampu, dan rasa berbaloi dengan harga yg ditawarkan, bolehlah muktamadkan pembelian. Kerana pada akhirnya, ia adalah WANG anda. Hanya anda yg layak membelanjakan nya. :)
×
×
  • Create New...