Jump to content

Mat D0n

Members
  • Content Count

    150
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Mat D0n


  1. Semenjak empat bulan aku terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

    Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

    1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook. Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah. Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



    Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.




    Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

    Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

    Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


    2) Terlebih gambar
    Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



    Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



    Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



    Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.


    Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



    3) Penyamaran
    Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


    Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


    4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan. Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



    Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.


    Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

    5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
    Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.


    Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.


    Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

    a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

    b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

    c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


    6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



    Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.


    Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.




    KESIMPULAN

    Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
    Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

    Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

    Pesanam Ikhlas,
    [i]Ustaz D0n..[/i] :lol:

  2. 0rang kate susu ibu amat baik untuk ksihatan...btul ke?ada x susu ibu yg djual dlam bentuk tablet atau dlm k0tak?

    Aku x ingt dh rse susu ibu c0z aku isap time kcik2 dlu je...hua3.. :3:

  3. [quote name='Jedi' timestamp='1302501373' post='1066783']
    Don kekadang slow sikit.

    LOL!

    Jangan marah ya Don...thehehe...
    [/quote]

    Aku bkan pe..vide0 yg sblum ni x mnarik lgsung..x v0gue cam vide0 yg aku letak 2...laen kli klu nk letak vide0 spaya lebih v0gue&menarik perhatian, k0rang blajar gn aku k....hua3.. :3:

  4. Dengarlah wahai umat Islam....

    maharaja lawak...erm..byk ketawa mati hati..islam xpna melarang umatnya utk mlahirkn rsa gembira n kepuasan hati mreka dgn ketawa.. nmun sbagai agama syumul dgn pelbagai adab n disiplin,syariat ttp mmbataskan tahap ketawa yg dibenarkan..trlalu byk ketawa akn melalaikan mnusia kpd kematian...firman Allah “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” (Surah at-Taubah : Ayat 82).....Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik slalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan...jd leh fikir kn ape hukumnye klu tgok siaran sebegitu....n dlm islam jgk,islam xmlarang utk kite brseronok dgn mlawak n bergelak ketawa....cume brsederhana la dlm melawak...n org yg gelak2 tu pn,jgn la ketawa smpai xigt ape...n prkara yg dilawak tu bkn la prkara bohong semata2 nk buat org ketawa..

    . Nabi SAW bersabda:
    "Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia." (HR Ahmad dan ad-Darimi)..

    klu ia pn ade ssgth pndpt menyatakan xharam tp renung2 n fikir la,tgk maharaja lawak tu byk mndtgkn kburukn atau kebaikan pd kite,...wallahualam...


    Ingatan Ikhlas daripada,
    [i]Ustaz d0n[/i] :38:

  5. Tahniah kpd psukan Trengganu&T-team yg mnang ke atas lwan msing2 mlam ni....hehehe...Psukan bolasepak dri bumi trengganu mmg terbaek!.. :35:

    Wlaubgaimnapn,aku still simpati la kt psukn perak&selang0r...perak akhirnya rebah tersembam di bumi bawah bayu,...hak3..selang0r plak dibaham ank penyu di lman sndri..pr0pa je lbih,tp hampeh...hua3...

    Untuk k0rang smua,aku ade srangkap pantun....spesel punye..hehe

    Kelantan kembali menerajui takhta,
    Selangor merasa seminggu sajer,
    rekod Perak lebur akhirnya,
    Itulah cerita dlm Liga Super.

    sekian,terima kasih.... :73:

    [size="5"][b]PETEH GANU PETEH!!!
    [/b][/size]

  6. [quote name='akuccputsedut' timestamp='1302254829' post='1066644']
    ye rbetull... yang dah simpan dalam botol tuh.. takleh wat pe dah arr... kena ler.. bertaubat nasuha...
    [/quote]

    yg lelaki aku x pelik klu simpan dlam b0tol tp klu yg p0mpuan nk simpan cmne....hua3..

    geli betul aku gn g0longan cmni,lbih2 lg yg gay...yucksss...! :99:

    mmg patutlah Tuhan nak laknat g0longan2 ni....

  7. [quote name='Jedi' timestamp='1302215562' post='1066601']
    Abalon sedap woo...

    Mana sama ngan tiram.

    Tu pasal abalon mahal.

    Tahun 90an dulu Maggie ada kuar produk bihun.
    Perisa abalon paling sedap.

    Skang takde dah.
    [/quote]

    Abalon mmg la sdap tp ssah nk dpat kt ngara kita...klu k0 nk thu kebanyakan resepi yg menggunakn abalon kt ngara ni dgantikn dgan s0s tiram...laen kali,klu k0 mkan cm yee mee sizzling ke atau ape yg spatutnya mnggunakn s0s abalon kt mne2 rest0ran,try rse bt0l2 c0z kbnyaknnya di0rg ganti gn sos tiram...huhu..

  8. [quote name='Jedi' timestamp='1302194040' post='1066592']
    Bagus nie.

    Kat mana leh beli sos abalone?
    Apa2 produk yang berkaitan abalon?

    Yang murah2 la.
    [/quote]

    s0s abalone mmg susah nk dpat..klu kt tempat aku la,yg ade pn taukey aku tempah kt australia..Tp klu k0 rse ssah sgt nk cari atau gna s0s abalon,k0 bleh ganti sos 2 gn sos tiram..rsenye hampir sme je..

    klu segi harga aku x brani nk ckap kt Malaysia ni brape sbb aku biase pkai yg import pnye,tu pn taukey aku yg beli..klu nk mudah kerja baek pkai sos tiram je..kt giant pn ade...huhu

  9. [quote name='Roy Azloy' timestamp='1302189397' post='1066587']
    Ak paling benci 5S, dh bilik teknikal komputer bersepah adoi nak kemas mmg cam haram, ni dah start ni adoii
    [/quote]

    Ek,eleh..mcam2 alasan..klu pemalas tu pemalas la jgak.. :153: .hehe..aku suggest baek k0rang keje gn aku kt dapur..kite masak-memasak plak...hua3.

  10. TANDA HATI KITA MATI

    mnurut Syeikh Ibrahim Adham,antara sbab2 @tanda2 hati mati ialah:

    -Mngaku kenal Allah swt,ttpi x mnunaikan hak2Nya

    -Mngaku cinta Rasulullah saw,ttpi mngabaikan sunnah baginda

    -Mmbaca Al-Quran,ttpi x beramal dgn hukum2 d dlmnya

    -Mmakan NIkmat2 Allah swt,ttpi x mncyukuri atas pemberianNya

    -Mngaku syaitan 2 musuh,ttpi x berjuang mnentangnya

    -Mngaku adanya nkmat Syuga,ttpi x beramal utk mndptkannya

    -Mngaku adanya siksa neraka,ttpi x brusaha utk mnjauhinya

    -Mngaku kematian pesti tiba bg setiap jiwa,ttpi masih x bersedia untuknya

    -Mnyibukkan diri mmbuka keaiban orng lain,ttpi lupa akan keaiban diri sendiri

    -Mnghantar dan mnguburkan jenazah/mayit(mayat)saudara se-Islam,ttpi x mngambil pngajaran daripadanya

    hati mati kerana tidak berfungsi mngikut perintah Allah iaitu tidak mngambil iktibar dan pngajaran drpd didikan dan ujian Allah.Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati,ia bukan saja akan sakit dan buta,malah akan mati akhirnya.

    santapan rohani ialah zikrullah dan muhasabah diri.Oleh itu,jaga dan peliharalah hati dgn sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor,hitam,keras ,sakit,buta dan mati.Gilap dan bersihkannya dgn cara byak mningati Allah swt (berzikir)....^_^

  11. [quote name='Hijikata Toushiro' timestamp='1302093067' post='1066451']
    aiseh ko ni mcm duta Manchester city aje aku tengok,terlalu ambitious sgtlah,City belum betul2 mantap,even sekarang pun mereka baru mula nampak perubahan,dan ianya baru nampak pada musim ini,mereka perlukan masa llagi untuk betul2 nampak trademark mereka,pada aku masa ini mereka hanya baru dilembaran pertama perubahan skuad City.

    bukan aku tak minat City,malahan aku lagi suka Cit menewaskan Man Lu...tapi jauh lagi masanya...
    [/quote]

    ini bkan angan2 tp bkal jd kenyataan...huhu.wlaupn msih baru tp cara di0rg maen nmpak terbaek la w0kk...hehe

    tp mmandangkn man.city xde dlm saingan CL kali ni,s0,aku s0kong Real Madrid..

    Ayuh kita s0kong real madrid!!!..huhu.. :3:

  12. [quote name='Roy Azloy' timestamp='1302088990' post='1066445']
    [size="3"]Keputusan Liga Super 05/04/2012[/size]

    Felda United 1-1 Sabah
    Harimau Muda A 1-2 Selangor
    Kedah 1-2 Johor FC
    Negeri Sembilan 0-1 Kuala Lumpur
    T-Team 4-3 Kelantan
    Perak 2-1 Perlis

    Dgn ini Pasukan Red Giant berada teratas liga 20 mata setanding dgn Red Devil diekori pasukan perak jauh meninggalkan pasukan peteh yg mengumpul 12 mata setelah kekalahan mengejut pasukan kijang kpd anak penyu, :lol:
    [/quote]

    Kpala lutut k0 jauh,beza 5 mata je weyh slpas ganu berjya membedal pahang 2-1...hua3..

    aku x sbar nk tg0k anak penyu baham selang0r plak ari sabtu ti...ade live kt astro arena..tp pastikn anak2 anda tidak men0nton siaran tersbut c0z djangka selang0r akan lunyai dibaham T-team..terlalu ngeri untuk disaksikn 0leh kanak2..hahaha :153:

  13. kn aku ckap khabar angin je..apedaa..laen la klu aku kate kite k0npem berperg ta0n dpn..k0rang ni jgan la ckap pkai b0ntot...pham la statement aku 2 btul2 dlu..dh la kate tok guru aku sesat...t0k guru aku 2 kwan har0n din,tau x!

    die ckap mcam 2,bkan suh kite percya bulat2 tp suh kite sentiase bersedia untuk mengharungi ape pn yg akn berlaku kelak..Islam sdri pn ajar spaya kita bersiap sdia mengharungi cbaran akhir zman ti..x gitu?huhu.

    Aku tkut ti klu kite x brsedia,sape lg nk pertahankn ngara klu btul peperangn 2 berlku..jgan smua lari gi luar ngara sudah ler c0z nk elakkn drpd brperg mcm rakyat di bbrpa buah ngara Islam yg laen skrg..huhu.klu lari dari medan perang,d0sa besar 2 taw!h0h0h0... :140:
×
×
  • Create New...