Jump to content

Roy Azloy

Members
  • Content Count

    532
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Roy Azloy


  1. [quote name='nakal' timestamp='1309176772' post='1070806']
    hai kawan2 nak tanya pendapat sikit

    lama tak masuk sibuk sikit tengah exam akhir. plan nak upgrade sikit sistem yang ada nak tukar 3 barang dibawah jer. nak main game study dah abis leh tumpu game dah.

    phenom II x 4 840 3.2ghz = rm290
    gigabyte M68MT-S2P = rm195
    Kingston ddr3 4gb ram =rm100
    HD4650 1gb ddr2 128bit (sedia ada dlm pc lama)
    500gb hardisk (sedia ada)

    lain2 guna barang yang sedia ada kat pc lama bujet ngam2 jer rm600 huhu

    agak spec tu untuk game dan internet serta kerja office ok tak....

    p/s ram elok ambik 4gb sekeping atau 2gb x 2
    [/quote]

    ok ja bro ram 4gb tu, tapi pastikan windows pakai 64 bit

  2. [quote name='Hackezkk' timestamp='1308541033' post='1070455']
    Aku gune Active Boot CD mmg laju..nak restore balik,amik masa 5-10 minit je..sesuai untuk orang yang kerja kedai computer, model notebook sama,stakat nak install software+windows,kejap je siap..yg penting 1 pc tu kena setel betul2,setting cun2,software sume install, then clone..

    1 lagi cara guna Hiren boot cd..guna norton ghost..
    [/quote]

    Ni cara nak boot Active Boot CD guna pendrive rujuk blog sy [url="http://royazloy.blogspot.com/2011/06/tutorial-active-boot-disk-suite-using.html"]Tutorial Active Boot Disk Suite using pendrive[/url]

  3. try rujuk [url="http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/89485-masalah-laptop-factory-defect-yang-di-ketahuai-atau-problem-yang-akan-timbul/"]Database mengenali kerosakkan untuk semua BRAND dan MODEL Laptop[/url]

    List model Laptop ada masalah GPU overheat(BLANKSCREEN)
    1.Compaq Presario v3000 nvidia Gpu
    2.Acer Aspire 4520 nvidia Gpu
    3.Compaq Presario F700 nvidia Gpu
    4.Hp Pavillion Tx1000 Nvidia Gpu
    5.Hp Pavillion tx2500 Ati Gpu
    6. Hp pavillion Dv2500 Nvidia Gpu
    7.Hp Pavillion 6000 Nvidia gpu
    [color="#0000FF"]8.Compaq Presario Cq40 Ati Gpu[/color]
    9.Dell Inspiron 1420 Nvidia Gpu

    Cara nak tau laptop korang akan jadi masalah ini adalah seperti berikut, tanda-tandanya:
    1.Wifi adapater tak detect
    2.Laptop hang
    3.Laptop susah nak hidup(on banyak kali baru boleh)
    4.Laptop suka restart (walaupun habuk kat heatsink dalam laptop dah cuci)
    5.Semua usb port Laptop tak berfungsi
    6.Lcd screen Laptop berbayang
    7.Blankscreen

    Penyelesaian masalah.
    1.Reflow, tukar GPU,tukar motherboard Baru

    sumber : abg Hafizamrepair

  4. [quote name='Angah Putra' timestamp='1308852533' post='1070681']
    Salam semua..aku nk mntak tlog skit..key aku ade Pc so biler PC nie mmg xder wireless..aku bercadang nk masukan PCI wireless kt PC nie bertujuan connect internet ngan lan game..persoalannyer..aper pc-card wireless yg sesuai n kire ok la...harap dapat bg pndapat
    [/quote]

    xnak pakai usb? try cari TP-Link xpun brand lain kat Lowyat dlm harga RM30 ja,

  5. [color="#0000FF"]
    BELUM masanya untuk memasang angan-angan ke Sukan Olimpik 2012.

    Itu kata jurulatih skuad muda kebangsaan, Ong Kim Swee yang mahu anak buahnya fokus mencari kemenangan ke atas Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, sebelum mengimpikan kejayaan lebih besar.
    “Biar pemain melepasi halangan satu persatu dulu, dan selepas layak ke peringkat kelayakan kumpulan, barulah kita boleh letakkan sasaran itu,” kata Kim Swee pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.

    Skuad kendalian Kim Swee di landasan terbaik untuk mengulangi kejayaan skuad Olimpik 1980 yang layak ke temasya sukan terbesar dunia itu, selepas mengatasi Pakistan dengan agregat 2-0 pada pusingan pertama dan perlu merakam sekurang-kurangnya kemenangan 1-0 ke atas Lubnan malam ini untuk layak ke peringkat kumpulan.

    “Saya faham keghairahan peminat bola sepak tempatan yang dahagakan kejayaan selepas kita menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010,” kata Kim Swee. “Ini bermakna rakyat Malaysia kembali menaruh keyakinan terhadap kemampuan skuad kebangsaan.

    “Namun kita perlu realistik dan memberi ruang kepada pemain untuk menggilap keyakinan dan kematangan dalam permainan mereka menerusi siri perlawanan antarabangsa seperti ini. Saya harap sokongan ini berterusan.”

    Malaysia perlu menang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk layak ke pusingan seterusnya selepas seri tanpa jaringan di Beirut, Ahad lalu dan Kim Swee yakin, anak buahnya yang cemerlang mengekang Lubnan di Beirut, mampu merakam kemenangan apabila berdepan lawan yang lebih berpengalaman di peringkat antarabangsa itu.
    Kelebihan gelanggang sendiri, katanya, menjadi azimat penting buat skuad Olimpik dan dia berharap peminat tempatan membanjiri Stadium Nasional untuk membakar semangat wira muda negara. [/color]

  6. bada masih baru di pasaran xnak sebut ke hukhuk,

    ni abg lanoz share bukak thread [url="http://forum.putera.com/tanya/index.php/topic/88884-best-applications-games-for-android-phone/"]Best Applications & Games For Android Phone[/url]

  7. [quote name='uzma' timestamp='1308720649' post='1070569']
    Kalau kita cerita tentang makanan seimbang, mesti terlintas tentang piramid makanan. tetapi sejauh mana kita dapat mengetahui makanan seimbang yg kita makan dapat badan kita serap nutrisi dari makanan itu? Sebenarnya makanan yg lengkap bernutrisi mestilah terdiri daripada 46 jenis khasiat. Jika salah satunye tiada maka rantai nutrisi ini tidak lengkap@ makanan yg kita katakan berkhasiat sebenarnya tidak cukup nutrisinya.
    [/quote]

    bagus topik ni, Sy nak tambah maklumat utk mereka yg ingin menambahkan berat badan makan protein dgn banyak, kalu boleh makan dada ayam setiap hari.....

  8. [color="#0000FF"]Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengarahkan pihak-pihak yang berkaitan supaya bersedia dengan "benteng dan perisai" bagi menghadapi ancaman pihak tertentu yang mahu menyerang laman web Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai ini.

    Beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Cybersecurity supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman tersebut.

    "Kita tidak takut untuk menghadapinya (ancaman itu) kerana kita telah bersedia. Saya meminta SKMM tidak mengambil ringan tentang perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada konvensyen CommunicAsia 2011 di Marina Bay Sands Convention Center di Singapura.

    Dengan "lapisan dan perisai" yang telah diwujudkan oleh pakar-pakar teknikal kerajaan, adalah tidak mudah untuk menembusi laman-laman web kerajaan walaupun ada di antaranya menjadi mangsa kepada pengodam itu.

    Ditanya sama ada beliau melihat serangan pengodam terhadap laman-laman web milik kerajaan Malaysia itu mempunyai agenda tertentu, Rais mengesyaki ia mempunyai tujuan tertentu dan tidak hanya "main-main."

    Serangan pengodam yang sehingga kini telah menjejaskan kira-kira 200 laman web di Malaysia, katanya, bertujuan jahat dan tidak berperikemanusiaan tetapi kerajaan tidak gentar untuk menghadapinya.

    "Saya ada syak-wasangka ini bukan setakat main-main. Ini ada tujuan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej sesuatu pihak, berkemungkinan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang lain," katanya.
    [/color]

  9. [color="#0000FF"](pentium d
    dell owf810

    bro,
    256 bit gc brand intel bleh ke)
    [/color]
    Uit, gc brand intel mane der, nvidia kot salah faham ni.... xkisah la brand nvidia atau ati dua2 bleh, setakat ni ak pakai 128 bit xda sbrg prob

    processor pentium d tu patut tukar amik core to duo ok skit, tapi ko pki dell kene tanya expert kalo nk tukar chipset,

  10. [quote name='muhian' timestamp='1308635115' post='1070506']
    guna cpu apa?
    motherboard?
    grafik kad memang perlu tukar.

    bleh bagi detail price tapi bajet berapa?..kang bagi yg mahal2 ko tak mampu.
    [/quote]

    256 bit dh ok la tu harga range Rm600, ak pki 128 bit lepas ja wat men pes 2011, ram 1g minimum la tu, game pes ni xperlu high end sgt

  11. [quote name='hampeh' timestamp='1308650922' post='1070522']
    Kalau amik diploma boleh sambung ke ijazah dan kalau dah memang bersemangat untuk amik course yang minat, bagus tu. Tapi kos yang mula2 tak berminat mungkin akan timbul minat semasa tengah belajar. Kita tunggu apa pendapat orang lain lak.
    [/quote]

    Semuanya bergantung kpd minat, minat akan menentukan kejayaan seseorang, Dr Mahathir pernah brkata kpd sekumpulan reporter apabila diajukan soalan mengapa beliau tidak mengantuk ketika mnghadiri sesuatu majlis jawapannya kerana beliau minat apa yg dilakukan...kalau cik syasya minat amik diploma teruskan, sy pun pernah dibuang uni psl sy x minat nak amik course trsebut hukhuk,

  12. [quote name='hafiz-hariz' timestamp='1308439491' post='1070392']
    assalammulaikum n salam sejahtera

    saye orang baru dalam forum nie
    name diberi hafiz hariz
    tujuan: untuk blajaq computer

    klu ade salah n silap saye
    silah btol2 kan ek :blush:
    [/quote]

    walaikumsalam cik hafiz2 bley la blaja komputer gan otai kiter en amin hukhuk...

    p/s : en amin g mana tu?

  13. [quote name='Tg Ahmed Daniel' timestamp='1308471273' post='1070411']
    ader tak psu yang jenis lain lagi.. aku cr dah x ader acbel tue..

    kalau hdd aku WD 500gb AV-GP Green mcm mane?
    [/quote]

    kalu kat lowyat ader ja acbel tu, WD 500gb AV-GP Green ni mesra alam performance dier x same cam warna len hakhak,

  14. [quote name='armmar' timestamp='1308369592' post='1070335']
    Kena gelak? sory la kalau x seswai org mcm saya nk bincang low end nye phone.. wsalam.
    [/quote]

    Rilek bro gurau2 maklum la Samsung baru ja mencipta platform bada, ak pon selesa guna phone low end ni cam c510 skrin dh retak x ganti g hukhuk,

  15. Sy nampak tujuan kerajaan menyekat benda ni cam sengaja mencari pasal, Nak block 10 sahaja padahal sumber yg ada x terkira banyaknya, ibarat yg sy dapat gambarkan, apa yang ada pada dunia internet ni sebuah dunia yang berlainan, ia dikuasai oleh mereka yg memiliki kemahiran utk memanipulasi bahan yg terkandung di dalamnya atau bahasa mudah penggodam dan orang yg tidak memiliki sebarang kemahiran dlm perkara ini akan dikuasai oleh mereka, jika anda hendak mengubah apa yang bertentangan maka anda perlu mengalahkan majoriti mereka itu sudah pasti,

  16. [color="#0000FF"]
    INI baru permulaannya, kata pakar yang biasa dengan kerja-kerja menggodam ini, dan lebih mengerunkan bila menurut analisis keselamatan, serangan terhadap 51 web kerajaan itu hanya strategi percubaan sebelum melancarkan 'perang sebenar' yang lebih serius tanpa memberi sebarang amaran awal pada masa depan.

    Jururunding Keselamatan di sebuah syarikat IT di ibu negara, Hazrul Hamzah, berkata kumpulan penggodam terbabit dipercayai ada muslihat tertentu kerana sanggup memaklumkan secara terbuka menerusi internet mengenai tarikh dan masa mereka akan melakukan serangan berkenaan.

    “Kumpulan penggodam terbabit pasti tahu bahawa pihak kerajaan sudah tentu akan mengambil segala langkah yang mampu untuk mematahkan serangan berkenaan, justeru, dipercayai mereka tidaklah sebodoh itu.

    “Serangan setakat ini dipercayai hanya untuk menguji serta menjadikan kerajaan leka seolah-olah sudah berjaya mematahkannya, sebelum mereka menggodam dan melakukan kerosakan yang jauh lebih serius tanpa amaran terlebih dulu pada suatu masa nanti.

    “Selain itu, kumpulan penggodam terbabit juga sudah berjaya mendapat publisiti meluas yang dikehendaki untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa mereka membantah tindakan kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

    “Mereka jelas berpegang teguh kepada prinsip kebebasan mendapatkan maklumat,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan oleh Berita Harian.[/color]

  17. [quote name='AzamT'loh ;-)' timestamp='1308183837' post='1070234']
    Kalau cmtu saya ambik Phenom 955BE la.

    Aku dah try disable realtime protection antivirus, tk rasa apa2 perubahan pun.
    [/quote]

    Ram dh besor aper salahnya amik Phenom 955BE, try tgk startup, disable aper yg x perlu bg mengurangkn process yg running kt windows,
×
×
  • Create New...