Salam diberi..
Wahai otai-otai sekalian. Sila jawab soalan ini. Siapa mampu memberi jawapan yang baik, saya akan sediakan sesuatu untuk mereka... hehe
Nak tanya :
Ada tak mana software yang mana kita bleh berbual dengan komputer terus. Tidak perlu sambung internet dah, cme buka software tu, kita bleh sembang macam-macam dengan komputer/laptop?
Sebab dulu, ada la tengok orang, dia sembang dengan komputer terus.... Rupa-rupanya komputer ni pandai juga perkena ke tuannya sendiri. Tetapi, apa yang best nya, penguasaan Bahasa Inggeris meningkat. Tapi sayang, dia yang mengguna software tu, komputer nya dah rosak dan tidak ingat, apakah nama software nya?
Huhu, mintak bantuan...