Jump to content

OngBok_1

Members
  • Content Count

    729
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

2 Normal

About OngBok_1

  • Rank
    Ahli Rajin
  1. Assalamualaikum WBT... Berikut adalah peraturan yg perlu dipatuhi oleh semua ahli di sub-forum Ruangan Open Soure, sila ambil perhatian dan beri kerjasama yang sewajarnya. Bahasa - bahasa kesat, lucah dan kurang ajar adalah dilarang sama sekali - penggunaan 'bahasa sms' yg melampau tidak digalakkan berikutan kesukaran ahli lain untuk memahaminya - penggunaan 'caps lock' tanpa sebab juga tidak digalakkan. Hormat - jangan memperlekeh pendapat ahli lain walaupun anda tidak bersetuju mengenainya, sila berbincang dengan berhemah. - dilarang menghina, memfitnah, memaki dan mengapi-apikan ahli lain, elakkan sebarang perkara yang boleh mengundang pertengkaran - hargai dengan ucapan 'terima kasih' kepada ahli yg telah membantu anda Membalas & Membuka Topik - sila gunakan fungsi carian terlebih dahulu sebelum membuka topik - topik yg hendak dibuka mestilah berkaitan dengan Perisian Open Soure sahaja. - tajuk topik hendaklah jelas, elakkan meletak tajuk seperti 'tolong saya' 'macam mana ni?' dan lain-lain yang terlalu ringkas. - ahli tidak dibenarkan membalas topik dengan pos-pos yg tidak berfaedah seperti 'hahaha', 'betul tu' atau sekadar emoticon sahaja. - elakkan berbincang perkara-perkara luar dari topik. - 'double post' tanpa sebab yg munasabah atau sekadar untuk menarik perhatian ahli lain adalah tidak dibenarkan. - artikel yg panjang hendaklah dibuat secara berperenggan untuk memudahkan ianya dibaca Perkongsian Perisian - 'direct link' dalam mana-mana pos yang bertujuan berkongsi perisian yang tidak sah adalah tidak dibenarkan - ahli disaran menyertakan kredit utk mana-mana perisian yang dikongsi sebagai menghormati hak author/sumber - sila sertakan sedikit penerangan atau info mengenai perisian yg dikongsi. - dilarang meletak sebarang media berunsur lucah dan keganasan melampau yg boleh mengganggu ketenteraman mana-mana pihak media yg dimaksudkan adalah dalam bentuk audio, video, imej mahupun artikel - Tidak dibenarkan sama sekali berbincang berkenaan dengan h.a.c.k.i.n.g dan seumpamanya. Terima kasih di atas kerjasama anda **pihak admin berhak mengubah/menggubal mana-mana peraturan di atas dari semasa ke semasa mengikut keperluan. TERIMA KASIH
×
×
  • Create New...