Jump to content

alfarabi2020

Learning
  • Content Count

    19
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by alfarabi2020


  1. Assalamualaikum....


    Aku lepas SPM 1998 , terus jer kerja kat kedai makan mak aku, umur aku sekarang 29 tahun, terus terang cakap aku tiada impian, tiada perasaan nak khawin, cuma buat kerja apa yang disuruh sehinggalah dua minggu lalu aku dapat seru kot, mmmmm
    aku nak ambik diploma Kulinari kat UiTM intake Disember, rasanya permohonan Julai 2010 ni....kot!

    Jadi soalan aku, adakah kuputusan ini tak okey?, kerana umur aku dah 29 tahun kalau aku grad umur dah capai 33@34, adakah aku sudah terlewat untuk belajar?
    Orang tak pelik ker kalau orang tua cam saya belajar memasak?
    Boleh ker belajar tanpa ambik pinjaman maksud aku mahal ker untuk belajar ni?
    Betul ker orang kata kalau takder 20ribu, tak boleh hidup campur rumah sewa, makan minum dan sebagainya?
    Memang semua orang kena duduk luar ker lepas setahun kat asrama.
    Maaf lah tanya banyak sangat tapi benda yang saya tanya ni kebanyakanya saya dengar dari orang bersembang kat kedai!

  2. Assalammualaikum....

    Saya nak tanya ....

    Masalah saya adalah semasa saya buka youtube dia akan buffering dan biler saya tukar nak tengok video lain, jadi bandwidth tadi masih tidak turun menyebabkan video yang saya nak tengok akan jadi perlahan buffering nya!

    Saya telah cuba window XP dan window 7, serta google chrome dan mozzila kedua2 mengalami masalah yang sama...

    Jadi nak tanya ada sapa2 mengalami masalah sama ngan saya?

    Dan ada sesiapa mempunyai penyelesaiannya?

    Diskusi ini juga boleh di lihat di link ini

    http://support.mozilla.com/tiki-view_forum_thread.php?locale=en-US&comments_parentId=369682&forumId=1

    http://www.google.com/support/forum/p/Chrome/thread?tid=794aeb71360d56c1&hl=en

    selain saya di luar negara ada juga mengalami masalah seperti saya cuma penyelesaian dia masih belum jelas!

  3. @kae boleh tanya perasaan awak biler lihat MACbook, yang sebenarnya saya curious sebab kalau tengok drama orang putih, drama jepun dan kadang2 drama melayu kat astro pun ramai yang pakai MACbook, dan saya nampak biler pegi kopitiam dia agak menyerlah sedikit, kalau kereta kan dia macam Mitsubishi EVO 10 parking kat sebelah proton saga!

    Jadi KAE saya nak tanya perasaan awak biler tengok MACbook? Adakah dia sejenis lappy seperti VAIO yang jual nama saja tapi dalam dia hampeh atau dia sebuah lappy yang cool!


    Untuk maklumat lanjut boleh pegi ker http://www.apple.com/macbookpro/

    15" Height:
    0.95 inch (2.41 cm)
    Width:
    14.35 inches (36.4 cm)
    Depth:
    9.82 inches (24.9 cm)
    Weight:
    5.6 pounds (2.54 kg)1

    AirPort Extreme Wi-Fi wireless networking2 (based on IEEE 802.11n specification); IEEE 802.11a/b/g compatible

    Bluetooth 2.1 + EDR (Enhanced Data Rate) wireless technology
    10/100/1000BASE-T Gigabit Ethernet (RJ-45 connector)
    15.4-inch (diagonal) LED-backlit glossy widescreen display with support for millions of colors
    Supported resolutions: 1440 by 900 (native), 1280 by 800, 1152 by 720, 1024 by 640, and 800 by 500 pixels at 16:10 aspect ratio; 1024 by 768, 800 by 600, and 640 by 480 pixels at 4:3 aspect ratio; 1024 by 768, 800 by 600, and 640 by 480 pixels at 4:3 aspect ratio stretched; 720 by 480 pixels at 3:2 aspect ratio; 720 by 480 pixels at 3:2 aspect ratio stretched
    Optional 15.4-inch (diagonal) LED-backlit widescreen display with 1680 by 1050 pixels (glossy or antiglare)


    NVIDIA GeForce GT 330M graphics processor with 256MB of GDDR3 memory on 2.4GHz and 2.53GHz configurations; or 512MB of GDDR3 memory on 2.66GHz configuration
    Intel HD Graphics with 256MB of DDR3 SDRAM shared with main memory5
    Automatic graphics switching
    Dual display and video mirroring: Simultaneously supports full native resolution on the built-in display and up to 2560 by 1600 pixels on an external display, both at millions of colors
    iSight camera
    Mini DisplayPort

    2.4GHz or 2.53GHz Intel Core i5 processor with 3MB shared L3 cache; or 2.66GHz Intel Core i7 processor with 4MB shared L3 cache
    4GB (two 2GB SO-DIMMs) of 1066MHz DDR3 memory; two SO-DIMM slots support up to 8GB

    320GB or 500GB 5400-rpm Serial ATA hard drive; optional 500GB 7200-rpm hard drive, or 128GB, 256GB, or 512GB solid-state drive6
    8x slot-loading SuperDrive (DVD±R DL/DVD±RW/CD-RW)
    Maximum write: 8x DVD-R, DVD+R; 4x DVD-R DL (double layer), DVD+R DL (double layer), DVD-RW, DVD+RW; 24x CD-R; 10x CD-RW
    Maximum read: 8x DVD-R, DVD+R, DVD-ROM; 6x DVD-ROM (double layer DVD-9), DVD-R DL (double layer), DVD+R DL (double layer), DVD-RW, DVD+RW; 24x CD

    UP to 8hour-9hour Built-in 77.5-watt-hour lithium-polymer battery
    85W MagSafe Power Adapter with cable management system
    MagSafe power port

    HARGA $1799, SOALAN SAYA adalah ADAKAH lappy MACbook AKAN JADI cam APPLE ipHONE dimana bila sampai Malaysia kena ada contract dengan syarikat maxis, dan dengan harga $1799 berapa rasanya dalam RINGGIT Malaysia?

  4. Assalammualaikum....

    Yang sebenarnya saya langgan streamyx 1mb, jadi kalau saya nak tengok klip video melalui megavideo atau youtube saya akan buffering dalam 160kb/s selalunya macam tu lah, lepas tu nak di jadikan cerita, adik saya baru ada laptop dan dia suka guna internet untuk download dan mentorrent secara wireless. Semenjak dia guna internet semasa saya guna internet pada masa yang sama, jadi saya akan dapat buffering hanya dalam 35kb/s sahaja dan untuk tengok satu klip memang slow. Di sebabkan saya bayar kos internet jadi saya rasa sedikit tidak adil sebab dia dapat download melebihi saya kadang2 dia dapat 120kb/s.
    Jadi saya nak control bandwidth dia bagi slow sikit! Boleh sesiapa tolong bantu saya atau ada tak software yang boleh control bandwidth!

    Terima kasih bagi mereka yang membantu saya!

  5. Yang sebenar saya tak berani nak bagi pendapat tapi buat masa ni saya suka Asus A52JR

    Harga RM2900...

    Walaupun harga mahal daripada acer tapi saya suka Asus kadang2 kepercayaan pada jenama mmengatasi perasaan ingin jimat pada sesebuah lappy!

    Spek Asus A52JR


    - Intel® Core™ i5-430M Processor (3M Cache, 2.26 GHz)
    - 15.6" HD (1366x768) LED backlit Display
    - ATI Mobility™ Radeon® HD 5470 1G DDR3 VRAM
    - 2GB DDR3 1066 MHz SDRAM, 2 x SODIMM socket for expansion up to 8GB SDRAM
    - 500GB Hard Disk Drive
    - DVD Super Multi
    - Microsoft Windows 7 Home Premium

    Tapi untuk Lappy yang bentuk luaran dia cantik saya pilih Toshiba Qosmio!

    Saya tak paham mengapa kebanyakan semua lappy pros i7 mesti ada blueray kecewa betul! blueray sahaja harga dekat RM1ribu! Dengar kata Dell online boleh tukar ikut sedap kita nak, best jugak diaorang ni!

  6. Kat Lowyatt jugak ada mangsa yang mengalami masalah yang sama kalau nak tahu lebih lanjut sila ke link ni http://forum.lowyat.net/topic/1335147 tapi dalam bahasa Inggeris, saya rasa ACER 4740G mengalami masalah yang serius, kalau ramai yang buat aduan mung mesin ditarik balik, tapi tak tahu apa akan jadi pda mereka yang dah beli!
    Di link LOWYAT pun ramai yang mengalami masalah FREEZE atau hang malah kepanasan yang melampau!

  7. assalamualaikum

    nak tanya pro kat sini

    Biler saya conect broadband maxis lepas tu tengok live video seperti youtube ia akan hang, malah masa saya menaip ia juga hang, apa patut saya buat, laptop ni baru beli 2 sebuln lepas, patut saya format balik laptop saya atau patut saya hantar ke pusat service atau saya boleh buat sendiri melalui ajaran dari pro kat putera ini!

    Spec untuk laptop saya

    Processor i5
    HDD 500gig
    WIndow 7

  8. Saya ada sedikit perasaan pelik mengenai ASUS A52JR, mengapa dalam web asus dan beberapa web lain spesifikasi A52JR pros i5, grafik card 1 gig tapi bila pegi ke beberapa kedai komputer mereka hanya ada pros i3, grafik card 512mb. Siap ada kedai check list diaorang dan ada yang call main branch juga tiada yang pros i5, grafik card 1g. Saya tak paham mengapa jadi cam tu. Acer juga sama aspire 5740G (6979) dalam kebanyakan web cakap pros i5, grafik card 1gig tapi biler tengok kat kedai pros i5, grafik card 512mb.

  9. dell vostro 3700 - nak tanya kalau beli secara online, dia hantar kat rumah tak? Yang sebenarnya saya tak pernah beli barang melalui online pun dalam hidup saya, saya baru ada paypal tu pun bulan lepas, masa tu giler game online jadi nak beli item tu yang ada paypal secara tak sengaja. Saya dah buka web dell malaysia tapi biler buka web tu saya mula rasa sesat blur sekejap tak tahu nak bayar macam maner pakai bayar guna bank online ker, debit card ker, paypal ker, lepas tu kalau bayar dia hantar ke rumah ker. Tapi yang best pasal web dia, kita boleh customize laptop yang nak di beli, jadi saya try tukar hard disk dari 300Gb kepada 500Gb jatuh harga RM2900 lepas tolak diskaun! Tapi saya rasa saya masih buta IT! Kalau nak pergi ke lowyat memang jauh giler dari Kelantan. Silap2 sampai KL sesat lagi giler jadinya jadinya. Kalau suruh kedai Komputer belikan untuk kita boleh ker macam tu ker tak boleh.

  10. memalukan jika Home user sampai RM150, kat Thailand baru bulan lepas syarikat Maxnet lancar package 4Mb 590bath @ RM59. Giler kalau paksa orang untuk guna laju kena bayar mahal, patutnya dah tiba masa turunkan harga, ni kalau orang German tahu kata internet kita mahal mahu dia ketawakan kita. Kompom lepas aku upload reply aku ni mesti ada backup TM kata "....hanya dia orang jer tahu apa yang mereka buat, awak tahu tulis jer bukan tahu apa2 pun pasal internet....". Aku paling menyapah orang macam ni! Dah nampak perbezaan antara negara kita ngan negara jiran takkan lah tak nampak apa2. Dan mesti yang menjawab lepas ni kata ".....lain kali belajarlah pandai2 dapat gaji besar tak payah rasa susah nak bayar internet yang lagi laju...." Aku jugak menyampah dengan orang yang macam ni, macam lah orang yang bergaji besar tu penduduk majority negara ni.

    Apa-apa pun aku berharap harga jangan melampau! Penduduk kat Malaysia bukan suka merungut sangat pun tapi bila perasaan di TINDAS tu pendam lama2 meletup jugak satu hari nanti!

  11. Streamyx ni memang mahal kalau banding dengan Penangfon ni. Package 2Mbps RM60/sebln. Tapi ada kat penang je :( . bestlah org sana. kenapa dia tak buat seluruh malaysia ye.

    http://www.penangfon.com/index.html

    aku baru tahu kat penang ada perkhidmatan internet yang best dari TM, aku sekarang ni 1mb RM77, kat penang 2mb RM60 best nyer, best nyer! tak der saper2 ahli koporat dari penang tu nak buat francais kat KB tak? habis kontrak ngan TM kompom aku daftar yang ni! Tu pun kalau benar2 ada kat tempat aku ni lah! Apa pun aku menantikan yang mana2 pun boleh asalkan lebih best dari TM kompom aku pilih, yang macam kat penang pun okey yang Internet Kabel ELektrik TNB pun boleh asalkan lebih best dari yang aku ada sekarang ni.


  12. Kalau kerajaan bagi alasan tak nak bagi lesen kepada TNB takut syarikat lain gulung tikar, kenapa kerajaan tak bagi arahan kpd TNB bagi sewa kabel elektrik mereka kepada syarikat2 yang seperti TM, CElcom, Maxis, dan beberapa syarikat lain untuk beri perkhidmatan internet kabel elektrik. Dan sedikit percent keuntungan bagi kat TNB. Jadi tak der yang jadi pihak monopoli benda ni. Dan kita sebagai pelanggan boleh pilih pakej yang sesuai ngan kita setelah syarikat2 ni bersaing antara satu sama lain.

    Atau kerajaan tak der kuasa nak suruh mereka buat cengini, bukan ker kerajaan adalah orang yang paling berkuasa kat negara ni. Apa yang ditakutkan sangat. Takkan nak tengok negara lain buat dulu baru kita buat. Kalau kita buat dulu paling kurang negara lain boleh bagi upah kat negara kita sediakan perkhidmatan ni kat negara dia.


  13. aku pernah baca pasal internet melalui kabel elektrik di mana kelajuan adalah melebihi 20 kali ganda dari kelajuan yang boleh dihasilkan oleh kabel telefon. seingat aku akhbar yang aku baca tu adalah berita harian 4 tahun lalu di mana dalam akhbar tu ada cerita pasal salah satu state kat U.S telah menggunakan internet melalui kabel elektrik sepenuhnya kat sana, ini bermakna dah lebih 4 tahun benda ni wujud, aku rasa hari ni sistem internet melalui kabel elektrik dah stabil di negara2 yang menggunakan kabel elektrik.

    Aku sokong sepenuhnya kalau TNB nak sediakan perkhimatan internet melalui kabel elektrik. Apa kata kita pakat2 hantar short notice kat web TNB kata kita menyokong sepenuhnya internet kabel elektrik. tapi aku tak tahu link maner patut aku buka untuk tulis short notice tu he.he..he sorry !!! :lol: :lol:


  14. INTERNET NEGARA KITA MAHAL anda tak rasa ker bahawa kat Malaysia internet dia mahal, jika dibandingkan dengan Thailand negara yang tidak sekaya negara kita mampu menawarkan internet kepada pelanggan mereka dengan harga yang lebih murah dari negara kita. kalau korang nak tahu harga untuk internet kelajuan 2mb hanya 590bath atau lebih kurang RM59 jer sebulan. Di mana syarikat yang di kenali sebagai MaxNEt adalah syarikat yang menawarkan harga ini di negara Thailand. Aku jeles giler tengok harga yang begitu murah gitu.

    AKu rasa di sebabkan TM tak der pesaing tu yang dia suka2 hati dia jer letak harga yang melampau.

    Ada sapa2 tahu tak harga internet yang di tawarkan oleh negara Indonesia dan negara Singapura berapa sebulan?

×
×
  • Create New...