Jump to content

azuan

Supervisor
  • Content Count

    2137
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by azuan


  1. kalau iyepun serabut, takpayah la guna caps lock pada keseluruhan post no #16 tu untuk menggambarkan "kemarahan" ko. taip jela guna huruf kecil, boleh kan? diorang bagi pendapat masing-masing, kalau bunyi dia agak mengarut sekalipun, reply jela guna huruf kecik.

    memandangkan nak install windows pun tak dapat, jadi % masalah tu kat hardware la tu.
    ram yang "rosak" biasanya BIOS masih boleh baca jumlah dia, cuma dia "failed to register". dah "kira" memory tu masa POST?. dah disable "quick power on self test"?

  2. aku rasa ko ni cepat sangat melatah ni. kenapa aku kata ko cepat melatah? tengok balik baris perkataan ko yang ni:
    QUOTE
    Apa kes plak? Aku cuma bg salutant mcm thanks, dll utk member yg bg pendapat atau tolong pasal pc aku meragam jer... Itu pun salah ker ? Kalu ikut budaya org melayu, bila org hulurkan bantuan kena le ucapkan time kasih.. Takkan itupun nak kena warning gak... Pelik bin ajaib btul...


    jadi sebelum ko terlalu jaaaaaaaaaaaaaaaaaauh sangat pikir yang bukan-bukan, eloklah tengok topik ni:
    http://forum.putera.com/tanya/t27048.html

    kalau merujuk kepada topik ko yang ni: http://forum.putera.com/tanya/index.php?show...c=74211&hl=
    takda langsung sesiapa yang "member amaran" kepada ko. kalau ko maksudkan ada Warn: 0% kat profile ko, baca balik topik kat atas tu. kat situ panjang lebar diterangkan pasal warning bar merit system.

    akhir kata, harapnya anda dapatlah bertenang, tarik nafas dalam-dalam, dan bertanya tanpa mengeluarkan "kesimpulan" terlebih dahulu. budaya melayu memang ucap terima kasih bila hulurkan bantuan, tapi jangan ikut budaya yang melatah tak tentu pasal bila kita sebenarnya tak paham pasal "warning level" tu.

  3. aku tak reti nak banding-banding ni. pasal setiap telco ada kelebihan dan kekurangan. terus terang aku kata, celcom memang teruk dari segi customer service, billing system dibandingkan dengan digi dan maxis. aku merujuk kepada onlineservice dia. maxis & digi sediakan softcopy bill dalam bentuk pdf. celcom sediakan dalam bentuk html sahaja. maxis & digi sediakan kemudahan detailed unbilled transaction, sedangkan celcom bagi summary je. kalau ikutkan kat topik ni, kemain panas sungguh si pemula topik, tapi yang aku nampak, kenapa pengguna kat malaysia ni tak reti baca dulu term & condition, rules & regulations? memana sektor korporat konglomerat keparat akan guna strategi pusing-pusing merry-go-round untuk buat promosi. penat KPDNHEP buat iklan suruh pengguna jadi bijak, tapi ramai jugak yang terperangkap. soal limit 40jam/bulan 2000sms/bulan tu memang dari mula-mula promosi dulu diorang dah tulis kat mukasurat belakang borang, kat website dia pun ada. cuma silap pempromosi dia yang berpakaian kolar tak reti butang sampai atas tu yang cakap "free call & sms" tanpa menyatakan had dia. itu kelemahan "antaramuka pengguna dia", tapi terus terang aku katakan, pakej dia agak menarik berbanding maxis & digi, dan diulang sekali lagi, aku baca semua T&C setiap telco sebelum aku nak subsribe pakej ni. jadi takdala aku terperangkap dengan perkataan "FREE" tu.

    bila dah kena tegur dengan MCMC, akhirnya dia ubah balik iklan dia kat TV & radio, suratkhabar dan dari mulut promoter dia. sebabtu ada MCMC, dan diulang sekali lagi ayat KPDNHEP, pengguna perlu bijak. bukan takda tribunal pengguna, badan itu dan ini yang melindungi pengguna, tapi itulah dia pengguna kita, malas membaca, malas mengkaji sebelum membeli dan mengguna. bila dah terkena dan diperguna, baru nak bising.

    aku dah guna pakej ni lebih dari 6 bulan, setakat ni takda caj pepelik, dan diorang sekat panggilan keluar andaikata melebihi had kredit macam biasa. dan sistem sekatan panggilan keluar tu bukannya tepat. kalau ko bubuh 100, kekadang dia baru sampai 98.90 dia dah sekat. kekadang terlajak sampai 130 pasal sistem takkan terus potong kalau talian sedang digunakan masa tu. dan aku juga ada talian digi. sebelum ni aku guna maxis selama hampir 9 tahun, dan akhirnya aku tamatkan sebab takda benda yang menarik untuk aku terus sambung & guna talian tu. dan digi ada kelebihan & kekurangan, sama dengan celcom. bukan aku kata maxis tu tak bagus sampai aku terminate, tapi sebab aku dah bosan. pendek kata, tak suka, terminate, jangan bising-bising. kita bukannya takda pilihan lain pun.

    akhir kata, jadilah pengguna bijak. tak perlu pandai baca bahasa inggeris, pasal T&C dia ada ditulis dalam bahas melayu, cina dan india. cukup sekadar paham, dan rajinkan bertanya dengan orang yang dah mengguna. masalah pengguna malaysia ni, diorang terburu-buru, cepat sangat buntang mata bila tengok "promosi". jadi kepada yang terlalu ekstrim sangat sampai terbawak-bawak "POLITIKING", "PERKAUMAN" tu, permintaan aku, tolong edit balik posting anda. posting anda tu bukan anda sorang sahaja yang baca dalamni.

  4. aku tak reti nak banding-banding ni. pasal setiap telco ada kelebihan dan kekurangan. terus terang aku kata, celcom memang teruk dari segi customer service, billing system dibandingkan dengan digi dan maxis. aku merujuk kepada onlineservice dia. maxis & digi sediakan softcopy bill dalam bentuk pdf. celcom sediakan dalam bentuk html sahaja. maxis & digi sediakan kemudahan detailed unbilled transaction, sedangkan celcom bagi summary je. kalau ikutkan kat topik ni: http://forum.putera.com/tanya/index.php?show...=69126&st=0

    kemain panas sungguh si pemula topik, tapi yang aku nampak, kenapa pengguna kat malaysia ni tak reti baca dulu term & condition, rules & regulations? memana sektor korporat konglomerat keparat akan guna strategi pusing-pusing merry-go-round untuk buat promosi. penat KPDNHEP buat iklan suruh pengguna jadi bijak, tapi ramai jugak yang terperangkap. soal limit 40jam/bulan 2000sms/bulan tu memang dari mula-mula promosi dulu diorang dah tulis kat mukasurat belakang borang, kat website dia pun ada. cuma silap pempromosi dia yang berpakaian kolar tak reti butang sampai atas tu yang cakap "free call & sms" tanpa menyatakan had dia.

    bila dah kena tegur dengan MCMC, akhirnya dia ubah balik iklan dia kat TV & radio, suratkhabar dan dari mulut promoter dia. sebabtu ada MCMC, dan diulang sekali lagi ayat KPDNHEP, pengguna perlu bijak. bukan takda tribunal pengguna, badan itu dan ini yang melindungi pengguna, tapi itulah dia pengguna kita, malas membaca, malas mengkaji sebelum membeli dan mengguna. bila dah terkena dan diperguna, baru nak bising.

  5. QUOTE (fotosintesis @ Dec 10 2008, 12:56 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    skang ni pelan 1+5 x unlimited lg dah cume 40jam free n 2000sms sebulan untuk setiap supp. kalau lebih kene bayar. huhuhu tp kalau kita kira yg 40 jm 15sem per min kira untung lg. kalau penuh 5 supp total 200jam n main line 40jam jd 240 jam. berbaloi lg le bg aku.


    "sekarang ni" yang ko nampak tu pasal dia dah reveal TOS dia. sebenarnya benda tu memang dari awal dulu masa produk ni muncul memang dah ada dah, semenjak dari iklan pertama dia muncul kat tv yang free free blablabla tu, memang ada limit 40jam dan 2000 tu. cuma dia tak cerita secara terus terang. sekarang baru dia cerita terus terang kat kat iklan dia pasal dah kena "teguran" dari MCMC. bertuah la dia nak bagi free selama-lamanya takda had. zaman TM fixedline dulu-dulu pun pernah bagi caj 13sen untuk setiap panggilan tempatan, lepastu dia kekal macamtu. ko bergayut sampai 24jam pun dia caj 13sen je. lepastu dia revise balik pasal "line busy manjang" laugh.gif

    jadi kat malaysia ni tolong jangan buntang sangat mata bila iklan sebut "percuma". sila baca term & condition dia sampai habis. masa aku isi borang CEP ni dulu pun aku baca TOS dia sampai promoter tu letih menunggu aku. lepastu aku cakap "hah! kata free, tapi kenapa ada limit ni?". waktu tu kat iklan tv ke suratkhabar ke takda cerita yang "free" dia tu terbatas kepada beberapa jam. tapi kat TOS memang ada tulis, dengan tulisan yang agak kecik laugh.gif

  6. haziqnet, sebenarnya cara ko tu dah sah dah ikut rukun nikah. ada akad, ada nikah, ada mas kawin semua tu. nak menjamu orang makan tu ikut kemampuan. nabi tak ajar umat dia suruh berhutang dengan bank untuk berkahwin, malah bersanding tu pun bukan budaya Islam, tapi jadi budaya turun temurun melayu yang diambil dari *****(aku taknak taip pasal sensitif menyentuh agama lain, jadi cari sendiri)

    aku pun kalau boleh nak bernikah ikut kemampuan je. memang la bagus buat majlis tu untuk menjamu/bersedekah kepada tetamu. tengok niat ko jugak, kalau ko nak menunjuk, dah jatuh riak, dah jadi lain. jadi nikahlah ikut kemampuan. bagi aku tak salah beli harta seperti kereta, moto, rumah dengan cara berhutang. tapi kalau nak mendirikan rumah tangga pun nak kena berhutang, rasa pelik jugak, ko menikah tapi dibebani hutang.

  7. banyak sangat melalut dalam topik ni dah. yang nak cerita pasal "kehebatan" diri sendiri pun ada.

    dalam hal ni aku cukup tak paham, kenapa ramai orang SUKA SANGAT buat private album dalam friendster? apa ingat secure sangat ke private album tu? soal login pastu lupa logout tu takpayah cerita la bersepah. sudahnya orang pegi pc ko, taip www.friendster.com dan terus masuk ke akaun tu.

    satu lagi private album tak sepanjang masa private. ada ketikanya dimana scripting friendster buat hal, private tu tetiba jadi public. sepanjang aku berfriendster sejak 5-6 tahun lepas, aku dah jumpa kejadian macamni dekat nak 10 kali. kebanyakan dari yang berada dalam friendlist aku yang ada private album, taknak share dengan aku, alih alih tiba tiba satu hari tu aku boleh bukak album dia, bukan sebab dia bagi akses, tapi sebab scripting php pada friendster tu ada bug.

    kesimpulannya, kalau nak bubuh gambar bogel, separa bogel (sekolah agama konon, tapi simpan gambar bukak aurat kat internet, tak kira la private album pun, tapi pegi simpan dalamtu buat apa?) sekalipun, jangan bubuh dalam "private album" friendster. tapi simpan la dalam pc sendiri ke apa ke. kalau kemaruk sangat nak share gambar tertentu dengan kengkawan, boleh guna foto album yang secure kat internet. ada berlambak internet photo album.

    kepada tuan punya topik, nasihatkan kawan awak tu supaya tukar email & password, dan ajar dia supaya tak click "save password" apabila login, dan juga ajar dia clear cache & cookies pada browser kalau pakai public computer. soal gambar dia yang dah dilihat oleh orang lain, di copy oleh orang lain, suruh dia nangis jela, pasal takda cara untuk ko kutip balik dari orang yang dah tengok tu.

    dah habis perbincangan pasal topik ni, kepada tuan punya topik, tolong close. jangan biarkan topik anda meleret-leret.

    sekian

  8. remote desktop memang akan menyebabkan pc yang remote tu dalam keadaan pada login screen dia balik. dah memang macamtu konsep dia. kalau ko taknak macamtu, guna pcanywhere, ataupun vnc. atau apa2 jela 3rd party software lain.

    kalau ko risau dia bukak website / benda yang bukan2, mengintip dia bukan cara yang praktikal, pasal boleh ke ko spy dia sepanjang masa? nak cara yang berkesan, belajar camana nak guna blocking software/firewall atau apa2 perisian yang berkaitan dengan cara menyekat akses kepada "benda-benda yang tak sihat untuk bebudak bawah umur".

  9. hokhoohkohkohkoh. "Sani Ekspres - Ticketing System" ye. ada jugak website camni rupanya.

    aku boleh masuk ikut url yang ko bagi tu, dan sila tengok bahawa PORT dia adalah 90, bukannya standard http port iaitu 80. kalau ko taip url macam biasa, dia akan connect default port, 80. yang website tu dia guna port 90.

    jadi sila check samada modem ko, firewall ko block akses keluar ke port 90 ke tak? kalau ko online kat pejabat, kebanyakan firewall sekat penggunaan port yang pelik2. kalau ko guna line sendiri kat rumah, check balik modem ko kot ada firewall yang sekat port tu.

  10. QUOTE (Juanâ„¢ @ Nov 12 2008, 10:25 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    x pun hdd ngko condition dah x best..ada bad sector..sbb bila defrag kena kat area tu mesti 'hang'

    ya itula yang terjadi kat aku ni. ada 1 file yang bermastautin pada bad sector, bila time defrag je bila dia baca kat file tu untuk dialihkan, terus hang. punca bad sector? pasal tnb punya hal la, kejap2 ada gangguan bekalan kuasa, pc pun reset sendiri.


    QUOTE (K.I.T.T @ Nov 14 2008, 12:20 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    Teori aku:::
    HDD kerjanya store data.menyimpan rekod kita.pastu cara dia bekerja melalui gerakan pada platter kan? ada bende pusing kat situ kan? so masa dia kerja dia pusing.lagi banyak kerja maka dia pusing.aku ada buat pemerhatian.

    MAXTOR is the cheap HDD in the pricelist
    SEAGATE the price range between rm 15 more than MAXTOR right?

    so ramai ingat actually bende ni mana2 boleh beli actually masa teori defrag ni muncul dulu pc tgh mahal.HDD dulu kan mahal2.itu pasal ikut logik komputer dulu2 defrag ok kan? pastu plak hdd sekarang ni spinup time dia 7200RPM .tu dah panas dah tu.bila ko defrag actually hdd ko mati lagi cepat.(MAXTOR atau WESTERN D)bende dalam hdd tu pusing lagi kerap.itu yang jadik macam tu.aku berani jamin la.pc ko akan mengalami kehilangan data yang maksimum.

    masing2 mempunyai teori, bagus tu boleh mewujudkan 1 inovasi. albert einstein dulu pun masa cipta rumus E=mc² dulu pun kena kutuk jugak laugh.gif . cuma jangan la membuat 1 teori keatas sesuatu benda yang dah wujud berzaman lamanya, dan ianya bercanggah dengan teori fizik yang sedia ada pada perkakas tu. maksud aku, selalu defrag menyebabkan hdd cepat rosak tu adalah satu teori yang lemah. hdd kurang bekerja kalau file dalam hdd tersusun rapi, kalau bersepah yang menyebabkan hdd bekerja keras. samala macam ko mengindeks buku kat perpustakaan, kalau ko letak buku fizik kat rak kimia, pulak tu label dia patut A, ko letak kat K, tak ke pening nak pegi mencarinya?

  11. QUOTE (jerenk @ Nov 24 2008, 12:06 AM) <{POST_SNAPBACK}>
    Aku Nk Tuka Executive 50 ====> Executive 20...
    Xder hal kan..?


    benda pertama yang ko kena buat:

    1. baca dulu "term & condition" sebelum ko subscribe sesuatu
    lepastu pahamkan, jangan main subscribe je.

    executive 20 adalah berdasarkan "sewa bulanan" + bil terperinci..
    executibe 50 adalah berdasarkan commitment fees, dalam bahasa lain, bayaran minimum sebulan adalah RM50 + bil terperinci.

    jadi kalau sebulan ko guna tak sampai RM30, katakan dalam RM25 je boleh la ko amik pelan executive 20, pasal 20 +3 + 25 = 48 sedangkan kalau executive 50 ko tetap kena bayar RM53.

    tapi kalau penggunaan sebulan lebih daripada RM30, senang cerita RM40 ke RM50 ke berbaloi la amik celcom executive 50 tu.

  12. apsal banyak sangat sifir pelik2 dalamni? 40jam tu per party/subscriber

    1 -> 2 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    1 -> 3 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    1 -> 4 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    1 -> 5 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo

    2 -> 1 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    2 -> 3 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    2 -> 4 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    2 -> 5 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo

    3 -> 1 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    3 -> 2 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    3 -> 4 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    3 -> 5 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo

    4 -> 1 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    4 -> 2 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    4 -> 3 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    4 -> 5 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo

    5 -> 1 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    5 -> 2 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    5 -> 3 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo
    5 -> 4 = 40jam/mo, 2000sms(160 char based)/mo

    jadi 40 jam masa panggilan sebulan tu PER SUBSCRIBER. line 1 ke 2 = 40 jam. line 2 ke 1 = 40 jam. jadi kalau nak bercinta, setiap sorang ada 80 minit je sehari, bersamaan dengan 1 jam 20 minit. lepas ko dah cakap i love u, u love me, suruh dia call balik dalam hari yang sama, dan ko akan berborak lagi sampai 1 jam 20 minit pada hari yang sama, kalau setiap hari ko nak berborak la. sms pulak 66.67 kali hantar sehari untuk setiap orang, maknanya line 1 ke 2 - 66.67 kali hantar (nak senangkan sifir, 66 kali la, dengan maksimum 160 characters). jadi sapa yang suka hantar sms panjang lebar tu, kira balik berapa page ko dah hantar sekali shoot tu, kalau 320 char, maknanya 2.

    sebelum celcom tukar plan 1+5 tu, sebenarnya kat website dan borang permohonan dia dah ada dah "hidden TnC" dia. kebanyakan pelanggan malas membaca, main isi borang dan main sign je. bila tengok iklan je terus terbeliak mata, sedangkan kat website dia dah tulis pasal term & condition dia dari zaman 1+3 lagi.

  13. QUOTE (semak @ Nov 1 2008, 10:48 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    korang cam kelentong je....


    betul tu aku setuju, cerita takda bahan bukti semua boleh menaip kan kan.. hokhkhokohkohkhokhok laugh.gif

    1. http://www.azuan.biz.tm/uptime.aspx <- boleh click sini check berapa hari dah pc aku tak shutdown/restart. web script ni baca secara terus uptime pc aku, tiada sebarang pengubahsuaian maklumat, pemberian maklumat palsu dilakukan oleh skrip ni. sekarang ni UPS aku dah buat hal, jadi jangan expect untuk tengok rekod yang agak lama la

    2. http://picture.azuan.biz.tm/uptime-yang-agak-lama.jpg <- bukti bergambar, uptime yang agak lama juga. tupun terpaksa restart, pasal maklumla pc aku ni bercampur aduk, bukan "server based" semata-mata. pc aku adalah windows server 2003 yang telah di"workstation"kan. boleh tengok video/movie, main game, melayari internet secara "workstation" dan sebagainya. pendek kata dia adalah server OS yang telah diubahsuai menjadi workstation, terutama tang graphic card hardware acceleration tu, supaya dia boleh memainkan movie/video dengan jayanya laugh.gif aku gunakan guide dari website tu untuk transform win2k3 ni untuk support workstation style, dalam masa yang sama masih mempunyai ciri-ciri server application seperti IIS yang support multiple websites, unlimited connection dan sebagainya.

    sekian berita.

  14. fuh... gilala kaya2 betul budak2 kat sini. mesti beli perfume pakai duit biasiswa kan kan? aaaaaaaaaaaaaaaaaaah ah ah ahahaha lariii..


    ops sebelum aku lari, aku pakai perfume murah RM19.00 beli kat ebay je. biasanya pakai bedak carrie je. maklumla, peluh pun bau wangi, dan ada pewangi semulajadi, buat apa nak tutup dengan perfume, lebih lagi perfume yang mahal mahal kan?

  15. bila ko pakai aircon, kuasa enjin digunakan sikit untuk pusing compressor air-con tu, jadi memang aku setuju dengan teori tu. aku pegi balik seremban-KL ikut lebuhraya guna proton "kereta kebal", tak guna aircon, dengan harga minyak masa tu RM2.70 seliter. aku cuma guna dalam RM35 je. bila guna aircon, dekat nak RM45. kesimpulannya aku menjimatkan minyak dekat nak RM10 untuk perjalanan pegi balik sejauh lebih kurang 150km. banyak jugak tu. 10/2.70 = 3.70 liter penggunaan minyak untuk aircon sahaja untuk 150km.

×
×
  • Create New...