Jump to content

cyberfly

Members
  • Content Count

    873
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by cyberfly


  1. aku rasa satu malaysia...tapi slow biler ko nak access web luar negara...kalo ko access yg dalam malaysia nyer no hal la..cam putera ke...lowyat ke...laju cam biasa.

    a'a.aku pn rasa camtu gak..

    putera ngan lowyat laju je...

    aku ok jer kat sini

    just firefox jer yg bagi masalh

    lain2 okey

    download still at 175kbps average

    hm..best la ko..aku dah menderita..nak update blog pn tak semangat :P


  2. 2 3 hari ni speed streamyx kat rumah aku slow gile..

    kalau nak login gmail tu cnfirm tak lepas..hotmail pn sama..imageshack.us nyawa2 ikan..

    google.com pn lama gile boleh load..search google pn lebih 4 minit..kalah dial-up..speed download turun tapi blh lagi area 100kb/s

    so aku nak tau adakah area aku saja yg kena atau ganguan se Malaysia?


  3. Pergh.. nama je ahli rajin.wakaka. buat lawak lak. kan aku kasi ayat power lak kat ko kan.. Nanti kena warning lak. apa2 pun thanks kerana up thread ni..

    Putera Rock. :angry:

    Nasib baik PUTERA ni bukan aku punya..Kalau aku punya , aku dah letak pangkat kat ko ni,Ahli terlalu rajin dan baik hati. Wakaka.

    :rolleyes:

    biasa la Ahli Rajin pn kdg2 tak rajin jgk dan spam jgk :P


  4. Cadangkan kesesuaian GC dgn Monitor/Resolusi/Setting dengan jenis2 GC sama ada Low end,Mid Range,High End.......

    Contoh seperti 8600GT sesuai utk monitor 17" max 1280 x 1024 utk medium ke high setting on average game.....!!!!

    Dan seterusnya

    Dengan ini lebih mudah utk newbie merujukk...

    Cdangaan jerk :lol:

    akan ditambah selepas panduan mengikut peringkat harga :)

    anyway kalau kedai kat lowyat,kedai mana yg ada jual byk jenis gc dan harga murah?


  5. Galaxy dan Palit merupakan GC yg x berapa lasak.....kalau digunakan terus menerus 12 jam sehari.....atau x off langsung....less than 1 year mesti ada masalah.....

    Xpert pun sama gak.......brand x sesuai utk pakai lasak2....mudah rosak......

    kalau nak beli GC beli yg bebetul dah lama dalam market(kompeni yg buat tuh)......pastu tgk produk2 lain macam mobo ke PSU ke coooler ke........diorang ada reputation.......barang x mudah rosak...... :)

    Aku selalu baca discussion kat Putera.com & LYN.jrg lak jumpa / dengar kes2 camtu kat certain brand ni.kalau nak kata rosak.brand-brand lain pun ada jgk yg rosak :P.

    so aku tak bleh generalisation.

    patut tambah yg ni lagi dari segi:

    1) Budget (paling penting :D)

    2) Usage (video editing?? gaming??)

    3) PSU yg digunakan (utk mid & high end card)

    4) processor (mid dan juga high)

    hehe...yg tu mmg akan tambah..untuk part 2..tak larat nak tulis semalam :P

    hm : Rasanya kena ubah tajuk for Panduan Membeli Grafik Kad untuk Newbie..dan bajet tu setakat 500 jer sbb kalau yg lebih,cnfirm org tu dah biasa dgn hardware dan boleh berdikari sendiri :P


  6. Panduan berdasarkan harga terkini.(pricelist dari PCZone)

    No mewakili rangking perfomance/value grafik kad tersebut.

    Harga dari rm100-rm150

    ATI x1550 - 4

    ATI HD3450 - 1

    ATI x1050 - 5

    ATI 2400pro - 3

    Nvidia 7200gs - 5

    Nvidia 8400gs - 2

    Harga dari rm150-rm200

    Nvidia 8400gs - 3

    ATI HD3450 - 2

    Nvidia 7300gt 128ddr3 - 1

    Harga dari rm200-rm250

    Nvidia 8500gt 256mb ddr3 - 1

    ATI HD2600pro 256mb ddr2 - 2

    Harga dari rm250-rm300

    Nvidia 8600gt 256mb ddr3 - 2

    ATI HD3650 256mb ddr3 - 1

    ATI HD2600xt 256mb ddr3 - 3

    ATI HD3650 512mb ddr2 - 4

    Nvidia 8600gt 512mb ddr2 - 5

    Harga dari rm300-rm350

    Tiada.

    Harga dari rm350-rm400

    Nvidia 8800gs - 1

    Harga dari rm400-rm450

    Nvidia 9600gso / Nvidia 8800gs - 1

    ATI HD3850 256mb ddr3 - 2

    ATI 2900gt 256mb ddr3 - 3

    Harga dari rm450-rm500

    ATI 2900pro 512mb ddr3 - 4

    ATI HD3850 512mb ddr3 - 3

    Nvidia 8800gt 256mb ddr3 - 2

    Nvidia 9600gt 512mb ddr3 - 1

    Harga dari rm500-rm550

    ATI HD3870 512mb ddr4 (normal version) - 1

    Nvidia 9600gt 512mb ddr3 (normal version) - 2

    Harga dari rm550-rm600

    ATI HD3870 512mb ddr4 (overclock version)- 2

    Nvidia 9600gt 512mb ddr3 (overclock version) - 1

    Yang GC harga lebih mahal dari 600 tu,bukannya standard korang baca panduan nih :P

    semua dah otai-otai dah.


  7. Sekiranya anda bercadang untuk membeli grafik kad, banyak perkara yang perlu anda tahu supaya wang yang anda laburkan sepadan dengan barang yang anda dapat.Oleh itu saya tulis panduan ini untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli grafik kad dengan betul, walaupan anda baru berjinak-jinak dengan hardware komputer!

    FAQ ( Frequently Ask Question aka Soalan yg selalu ditanya)

    1.Komputer saya guna grafik kad AGP.boleh ke nak beli/guna grafik kad Pci-e?

    Jawapan : Tak boleh.Grafik kad AGP untuk slot AGP sahaja dan Grafik kad Pci-e untuk slot Pci-e sahaja.

    2.Komputer saya tiada slot Grafik Kad.boleh ke nak guna Grafik Kad?

    Jawapan : Tak boleh.Kalau tiada slot, grafik kad tidak dapat dipasang..Anda perlu tukar motherboard baru yg mempunyai slot Pci-e/AGP untuk menggunakan grafik kad.

    3.Komputer saya guna ram ddr.Boleh ke nak guna grafik kad ddr2 atau ddr3?

    Jawapan : Boleh.Ram komputer tiada kaitan dengan ram grafik kad.Ram grafik kad sebenarnya dikenali dengan nama gddr2 dan gddr3.g membawa maksud grafik.

    4.Kenapa grafik kad yg mempunyai ram 256mb gddr3 lebih mahal dari grafik kad yg mempunyai ram 512mb gddr2?(model yg sama)

    harga_thumb.jpg

    Jawapan : Walaupun jumlah ramnya lebih rendah (256mb gddr3), tetapi grafik kad ini jauh lebih laju berbanding model yg sama yg mempunyai ram 512mb gddr2.Oleh itu seboleh-bolehnya cuba elakkan dari membeli grafik kad yg mengunakan ram gddr2 kecuali bajet anda betul2 terhad.

    5.Yang mana patut saya beli.Normal Edition (biasa) atau Overclock Edition (OC)?Apakah kelebihan Overclock Edition berbanding Normal Edition?

    Jawapan : Terpulang kepada bajet anda.Selalunya harga Overclock Edition adalah lebih mahal berbanding normal edition.Kelebihan Overclock Edition adalah Overclock Edition sedikit lebih pantas berbanding normal edition.

    6.Apakah perbezaan antara brand-brand grafik kad seperti Asus,Palit,Galaxy,His,XFX,EVGA dll?

    Jawapan : Perbezaan utama adalah bundle lain yg disertakan skali seperti game original dan software.Selain itu,tempoh warranty yg panjang merupakan kelebihan sesetengah brand seperti Asus dan EVGA tetapi dengan harga yang lebih tinggi berbanding brand yang lain.Jika anda hanya mahukan grafik kad tanpa bundle dan warranty yang berlebihan, maka brand-brand seperti Galaxy dan Palit merupakan pilihan terbaik anda.

    7.Grafik kad yang mana lebih bagus?ATI atau Nvidia?

    Jawapan :Soalan ini terlalu umum...ATi dan Nvidia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing mengikut peringkat harga.Untuk huraian lebih lanjut, klik disini.

    8.Yang mana patut saya beli?Grafik kad yang mempunyai ram 256mb gddr3 atau 512mb gddr3 atau 256mb gddr2 atau 512mb gddr2 atau 1gb gddr2?

    Jawapan : Grafik kad yg mempunyai ram 512mb gddr3 paling laju diikuti dengan 256mb gddr3,1gb gddr2,512mb gddr2 dan 256mb gddr2.Sekiranya bajet anda hanya mengizinkan untuk membeli grafik kad yang mempunya memori gddr2 (gddr3 lebih mahal), maka cukuplah sekadar membeli yang mempunyai ram 256mb gddr2.Ini kerana ram yg lebih (gddr2 sahaja) tidak membawa sebarang penambahan kuasa pada grafik kad tersebut.

    9.Macamana saya nak tau graphic card itu merupakan Overclock Edition atau tidak?

    Jawapan : Cara yang paling senang untuk mengetahui grafik kad yang anda hendak beli merupakan Overclock Edition adalah melalui label pada kotak grafik kad tesebut seperti OC,Sonic,Extreme,XXX,SSC,Turbo,Superclocked,KO dan lain-lain.

    10.Boleh ke saya nak gunakan 2 keping grafik kad dalam satu komputer?

    Jawapan : Boleh.Tetapi motherboard anda mestilah support teknologi Crossfire (grafik kad ATI) atau teknologi SLI (grafik kad NVIDIA)

    crossfire_thumb.jpg

    Tips sebelum membeli grafik kad

    1.Sentiasa mengetahui harga terkini grafik kad yang anda mahu di pasaran.Senarai harga (price list) boleh didownload di SINI.

    2.Membaca review grafik kad tersebut sebelum membeli.Jika anda ingin membandingkan sesuatu grafik kad,anda boleh search di google.com dengan keyword seperti 8600gt VS HD3650

    3.Sekiranya pembacaan anda masih belum memuaskan hati anda,bolehlah bertanya di forum seperti Putera.com & Lowyat.net

    4.Untuk lebih yakin dengan pembelian anda, ajaklah kawan-kawan yang berpengalaman menemani anda.Ini kerana terdapat sesetengah pekedai suka mengambil kesempatan terhadap pembeli yg kurang berpengalaman dlm hardware komputer.

    Panduan ini akan ditambah dari semasa ke semasa supaya lebih lengkap.Sebarang cadangan membina amat dialu-alukan ;)

    Rujukan asal : http://jomphp.blogspot.com/2008/05/panduan...kad-part-1.html

    PhpMysqlTechBlog.1.gif

×
×
  • Create New...