Kejadian angin sejuk yang melanda negara sampai turun suhu malam jadi sejuk cam air batu nie agaknya mungkin nak bagi gambaran yg dunia nie sedang ligat bergerak untuk menuju ke arah penamatnya.....
"Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. (Hajj:1)Ayat ini ditujukan kepada semua manusia, bahawa apabila hari kiamat sudah hampir tiba, ketika itu tidak ada lagi orang Islam atau manusia yang mengingati Allah swt. Dalam sebuah hadith ada disebut, apabila Allah hendak menamatkan perkhidmatan dunia (bumi) ini, semua orang Islam akan dimatikan. Allah swt menurunkan angin sepoi, apabila disedut sahaja oleh orang Islam, fungsi jantung mereka akan gagal menyebabkan mereka mati.
“Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu." - sedutan Nasyid Sedunia punya FB.