Jump to content

eddyra

Members
  • Content Count

    83
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

0 Normal

About eddyra

  • Rank
    Ahli
  1. Salam semua pengunjung tanya putera, Sebelum aku menulis masalah aku ni, aku dah search semua topic streamyx di board ni, namun aku rasa tiada jawapan untuk masalah aku ni. Begini, Aku baru je sebulan install streamyx kat rumah aku dan di bawah ini spec untuk streamyx dan PC aku :- Package : 1MB Modem : ZTE831 Jarak : >5km (6 km rasanya dari interchange) Masalah pertama aku ialah :- 1. Masa mula-mula install test speed aku hanya sekitar 425KBps setelah di test menggunakan beberapa tester spt Xpedometer, mytest, speedometer etc dan speed result test hampir sama. Aku tak puas hati aku call 1-300 bertanyakan hal ini, katanya TMNET tak set pada 1MB tapi pada 512KBps. Hampeh sungguh bila fikirkan aku akan bayar bill RM88 sedangkan package yang aku terima hanyalah 512KBps. Then beberapa hari kemudian aku test lagi sebagaimana disuruh. OK lah sudah ada peningkatan sikit setakat 550KBps. Aku masih tidak puas hati, sebab customer service tu kata aku sepatutnya dapat at least 750-800KBps. Aku report lagi pada 1-300. Budak practical yang jawab panggilan aku suruh buat itu buat ini. Cehh.. macam hafal script!! Apa yang dia suruh aku buat sudah lama aku buat. Siap dengan DNS setting, ON OFF modem, direct cable modem to socket .. malahan semua itu aku sudah cuba. Hari-hari aku scan spyware dan virus.. tak juga OK malahan kadangkala lagi teruk sehingga sekitar 200KBps.. Cakap lah apa sahaja caranya, aku buat. Sehinggalah semalam seorang technical staff TMNET datang kerumah aku, dan mendapati package yang streamyx inject cuma 720KBps!! Bukan 1MB seperti yang aku subscribe!! ZTE831 (modem management) indicate aku punya speed pun 720KBps!! Yang menghairankan aku bila guna laptop dia utk test, bacaan sekitar 20% lebih tinggi dari menggunakan PC aku, maksudnya di sini 20% speed telah LOSS apabila menggunakan PC aku.. hairan juga. Kemudian staff TMNET cuba pulak guna laptop dia direct kat socket telephone (Aku sebelum ni guna 25" panjang extension wire dari socket hingga ke bilik computer aku) Fuhh!! Bacaan pada ZTE831 modem management menunjukkan MAKSIMUM 1024KBps!!! dan speed sekitar 820KBps.. itu sudah cukup laju bagi aku, alhamdulillah. Tapi bila test guna PC aku cuma sekitar 750KBps.. So fahamlah aku kenapa speed pada PC aku jadi slow, bermakna lebih kurang 300KBps LOSS di sepanjang 25" extension wire tersebut. Bayangkanlah.... So staff TMNET tu suruh aku tukar wire 25" cap ayam itu kepada wire original untuk telephone, aku buat dan pasang 2 socket pada kedua hujung wire tersebut, kiranya untuk prevent LOSSES.. namun tidak juga berjaya untuk dapatkan speed 750KBps. Yang dapat sekitar 450KBPs .. lagi teruk. Soalan aku : 1- Apakah PC aku terdapat spyware yang menjadikan internet connection aku begitu slow? Atau apa-apa internet programme yang menjadikan PC aku slow? 2- Extension wire menghilangkan 300KBps speed aku, ada cara wiring yang sesuai tak? Ada cadangan. Masalah kedua aku ialah : Setiap jam 7.00 ptg hingga jam 10.30 malam, aku boleh connect streamyx TETAPI signal DSL blinking dan selalu terputus. Langsung tak boleh browse. Kejadian ini berlaku hampir setiap hari kebelakangan ini, tapi sekitar masa itu sahaja, dan semalam pukul 2.30 pagi berlaku lagi.. memang bengang lah bila tidak boleh LANGSUNG browse internet. Bila aku tanya jiran-jiran terdekat, dia orang kata OK dan dia orang punya streamyx tdk ada apa-apa masalah sekitar masa tu. Apa masalah sebenarnya? Letih dah aku ni nak call 1-300 tu. TQ semua.
×
×
  • Create New...