Jump to content

saberry

Members
  • Content Count

    324
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by saberry


  1. Made in China, tp gambar ok w'pun tak de DIS function, Tak penah guna, duk dalam kotak je, menang dari bidding, ingat nak bagi hadiah kat anak sedara as beginner camcorder, tapi bapak dia dah beli 2nd vivitar, so aku nak jual la yang ni, masih dalam kotak, bkan macam baru, memang baru pun. Gambar seperti kat bawah:







    Yang bagusnya pasal digital camcorder ni ia multifungsi:

    1. Bleh wat rakam video. 640 x 480
    2. Bleh wat ambik gambar 12MP
    3. Bleh wat MP3 player, earfon ada disediakan
    4. Bleh jadi media player, sambung kat TV/Radio, bleh tengok movie, video dan boleh dengar MP3
    5. Bleh wat sound recorder
    6. Bleh view image kat TV atau PC, kabel USB dan AV semua complete dia bagi.


    Barang yang korang dapat dalam kotak:

    1. Digital Camcorder
    2. Battery
    3. Charger
    4. USB Cable
    5. AV Cable
    6. CD Driver
    7. English and Chinese Manual


    Harga saya letak RM200.

    Nak beli, cuti tahun baru ni saya ada kat Universiti Malaysia Kelantan Pengkalan Chepa, lepas tu saya ada kat Putrajaya. Datang self collect.

    Pepelah bleh call saya 0163850451, sms kalau ada credit saya reply, kalo tak de paham2 je la.

  2. Salam saya nak jual kamera saya model Fujifilm Finepix Z20fd 10MP masih baru dan masih dalam warranty. Nak jual sebab dah ada kamera lain, org bagi hadiah, tak sampai hati nak jual so yang ni terpaksa la jual. Gambar macam kat bawah...



    Perasan tak tarikh pada gambar tahun 2005? ni gambar ambik semalam, cuma malas nak setting tarikh kamera so jadi la tahun 2005.

    Kamera masih cantik dan tak de calar pun, saya cakap awal2 saya bagi Kamera + Lithium Ion battery + Charger + USB cable + Software/Driver CD + Manuals. XD card saya tak bagi sebab nak guna tapi memory dalam kamera ni pun dah ada kut2 nak test.

    Harga saya letak RM300.

    Nak beli, cuti tahun baru ni saya ada kat Universiti Malaysia Kelantan Pengkalan Chepa, lepas tu saya ada kat Putrajaya. Datang self collect.

    Pepelah bleh call saya 0163850451, sms kalau ada credit saya reply, kalo tak de paham2 je la.

  3. kebiasaan kita berbelanja kat malaysia ni....main beli je......x pikir pasal maintance ngan rosak atau sparepart....aku kaalu pengeluar lain release kereta elektrik aku yakin sangat.....tapi kalau dalam peringkat awal ngan memanjang produk ada msalah macam proton......(V6 2 tahun sekali kean tukar geaerbox vetul ke?) pastu ko ssellengara yg tinggi ...kira jimat ke? bagi aku jimat kereta elektrik ni kejap je.......itu pun x banyak mana.....

    kerajaan sepatutnya memebperbaiki mutu jalan kita@penagngkutan kita......aku ada beberapa customer aku ulang alik ke singapore......customar aku kata kat singapre kalau nak memiliki sebijik kereta kena ada `surat`...kena bayar dalam 30k duit singapore....mean kat sana orang yg bebetul kaya sahaja boleh pakai kereta....thjen kat sana walaupun parking kat rumah sendiri kena bayar tau........(nih bagi siapa duduk kat apartment)......

    pastu plak system pengangkutan macam bus ngan MRT dia semua [email protected] kita dari sini nak ke KL mesti naik kereta kan(pasal bus kekadang ada kekadnag xde) tapi kat sana (singapore) sentiasa ada bus menunggu.....banyak yg bisnes kat singapore tuh xde kereta pasal diorang x memerlukan kereta langsuig......pasal pengangkutan awam boleh digunakan dan cepat.....

    famili aku je dah ada 5 biji kereta.....jiran kanan aku ada 3 biji kereta......jiran kiri aku ada 2 biji kereta......jiran depan aku ada 1.........aku tgk kat malaysia ni 1 orang satu biji kereta.....bapak kaya hehe :D

    melampau lak kayanya, 1 org 1 kereta, kalo 1 keluarga 1 kereta bleh tahan gak, nak wat camne, nak gi beli sok kabar kat kedai kopi yg jalan kaki 5 minit pun pakai keta, bukan kata org lain, tu bapak aku sendirik...

    ni yg kadang2 aku pikir ada part yg pak lah cakap tu bleh pakai (kalo dia tak nampak sangat memperkayakan menahantu dia) cam "Ubah cara hidup" tp part "Rakyat kena paham" tu aku tak berapa nak setuju.... he he he

    Memang cara hidup rakyat Malaysia banyak "makan minyak", try tgk jepun, selamba je pakai kot, neck tie tp naik beskal, kalo kat Malaysia, kompom org panggil "orang gila", jadi bahan ketawa......


  4. banyak kena pikir lerrr, kecuali kalo btol kerajaan nak wat, diorang kena campur tangan 100% dalam mengawal segala benda berkaitan ngan keta letrik ni, jgn berat sebelah ala ke anak mnantu lak...

    spare parts, kos letrik, harge keta tu sendiri, faktor keselamatan dan sebagainya dan stu lagi, kalaula keta ni berjaya membantu rakyat jimat petrol dan ia mula jadi rebutan, ramai 'makhluk' akan ambil kesempatan, mula la nak naikkan harga segala benda yg berkaitan ngan keta letrik ni, kecuali kalau kerajaan kontrol 100%...


  5. Rentetan kenaikan harga minyak di Malaysia:

    Harga minyak dunia naik - Harga minyak Malaysia naik - Harga barang dan makanan turut sama naik atas alasan kenaikan harga minyak - Penstrukturan subsidi agar subsidi negara hanya diberi kepada rakyat Malaysia sahaja dan lebih adil untuk mereka perpendapatan rendah - Harga minyak di Malaysia melambung naik - Harga barang dan makanan turut sama naik pun atas alasan kenaikan harga minyak - beban yg ditanggung oleh rakyat bertambah berlipat kali ganda w'pun diberi rebet, bukan boleh membantu semua rakyat

    dulu sekali berbelanja barang dapur saya habis dalam RM70 -Rm80 skrg RM100 - RM120 sebab yg diberi oleh tuan kedai: "Harga minyak naik skrg dik, semua barang nak bawak sana sini pakai minyak...."

    Kalau ada satu keluarga rakyat Malaysia ni hny ada basikal atau motor 'komunis'* berpendapatan rendah, maybe dalam RM 500 atau RM 600 sebulan dan turut sama "menikmati" kenaikan harga barang dan makanan akibat dari kenaikan harga minyak dek kerana harga minyak dunia naik dan subsidi ditarik semula oleh kerajaan, adakah alasan kerajaan dalam penstrukturan harga minyak iaitu "lebih adil untuk mereka berpendapatan rendah" relevan?

    Mengambil daripada percakapan speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia: "Kita ni belajar sampai 20 tahun..."

    Gabungkan dengan apa aku pikir "...takkan tak boleh nak pikir apa2 cara yg lebih relevan nak kurangkan beban rakyat?"

    Jadi: "Kita(merujuk kepada semua ahli dewan) ni belajar sampai 20 tahun, takkan tak boleh nak pikir apa2 cara yg lebih relevan nak kurangkan beban rakyat?"

    Dan dalam ramai2 manusia bijak pandai dalam Malaysia ni yg jadi menteri, timbalan menteri, adun atau apa2 je jwtn, kenapa DSAI sorang jer yg AT LEAST CUBA PIKIR beberapa cara nak kurangkan harga minyak? Sebab dia pembangkan? Ke dia belajar lebih 20thn?

    * = motor buruk yg tak de roadtax, nak hidupkan balik kena banyak baiki dan kita tak mampu baiki dan kompom tak akan dapat rebet, dlm kampung aku dulu ramai org kurang berkemampuan memiliki motor ni, tu pun warisan pusaka turun temurun...


  6. aku tak pasti ni lawak ke tak, yg pasti baru hari ini ianya terungkai dan pada aku ia adalah lawak...

    beberapa hari lepas, anak sedara yg mak aku jaga (mak bapak dia bertugas jauh, balik seminggu sekali je) cakap ngan mak aku dia nak bukak TV, time tu jam lebih kurang pukul 2 petang cam ni la skripnya yg diubahsuai sbb skrip asal dalam loghat Kelantan:

    Bihah: Tok cik! Bihah nak tgk TV boleh?

    Mak aku: Boleh, tp nak tgk cerita apa, pukul 5 nanti baru ada SpongeBob, ni baru pukul dua...

    Bihah: Bihah nak tgk cerita BLUE..

    Mak aku: APAAAA!!!!!!!! Cerita BLUE, sapa pasang cerita tu?

    Bihah: Abang!!

    Mak aku: Astargfirullahalladzim!!!

    So mak aku pun terus menyoal siasat aku, ada ke aku penah layan citer BLUE a.k.a lucah kat TV sampai budak tu tau cakap cam tu...

    Mak aku: Mu ado tgk cerita tak senonoh depan Bihah ke? Dia cakap nak tgk cerita blue yg mu pasang kat mak tadi...

    Aku: Bilanya?!!!

    Mak aku: Tadi dia cakap nak tgk cerita blue yang mu pasang...

    Aku: Mak, saya ni selama duk ngan mak penah ke mak nampak saya tgk cerita2 camtu? Kat komputer pun penah ke mak nampak?

    Mak aku: Habis takkan budak boleh tau plak pasal crita blue...

    Aku: Bihah, bila abg pasang cerita blue ni ha??? Jgn2 abah awak yg pasang awak cakap saya...

    Bihah: Taklah! Kang abang pasang haritu...

    Aku: Demi Allah mak, tak penah saya pasang crita2 tak senonoh cam tu, apatah lagi depan dia, kan ke mak selalu ada kat umah, penah nmpak ke saya pasang cerita camtu?

    Mak aku: Kalo betol, tak pe la, aku tkut ko tu duk pasang cerita2 tak senonoh, bila budak nmpk tu yg dia nak tgk lagi...

    Aku: Tak pe la, nanti abah dia balik ujung minggu ni saya try tny kut2 dia ada layan menda2 tu, kut2 Bihah ternampak..

    So kes pending jap, tak tau lagi apa penyeselaiannya hinggalah hari ni, lepas je solat Zohor, aku berehat kat ruang tamu dan kebetulan anak sedara aku tgh tgk TV dan dia pun bersuara...

    Bihah: Abang, ni la cerita BLUE tu, cerita ni la yg abang pasang haritu... ingat tak..

    Aku: Ceh cerita ni rupanya, hampehhhhhhhhh!!!!!!

    Rupa-rupanya ia adalah rancangan TV kanak-kanak yg disiarkan di TV9.... Rujuk spoiler...

    Spoiler :
    cast.jpg

    ianya dialih bahasa ke Bahasa Melayu, tp si pengacara rancangan ni memanggil anjingnya "Blue" so anak sedara aku paham ia sebagai "Cerita Blue"..

    - Case Closed -


  7. ni perubahan yg aku nmpk trhdp Negeri yg ditadbir oleh pembangkang a.k.a BR, time BN memerintah, jarang2 dgr isu, tp time BR memerinth, slalu je kuar isu itu ini w'pun tak smpai stahun memerintah, teruk sngat ke cra BR memerintah?

    ambik contoh cam kat Kelantan, PAS memerintah bertahun2 dah, okay je, bnyk menuju ke arah menubuhkan Negeri Islam..... dan yee aku tau, ramai gak cakap, "Alah, nak bina negeri Islam sngt, tp bla..bla..bla..hujah!" atau pun "Islam la konon, tp....bla ...bla ...bla ...hujah!", ni la pemikiran mereka yg tak pernah nak menuju ke arah kebaikan, apa salah yg baik kita ambik teladan, yg buruk kita jadikan sempadan, saling menerima dan menolak keburukan, bukan asyik nak memburuk2kan mana2 pihak, asal apa yg PAS buat, "Eleh!! Islam kunun..bla ...bla ...bla", asal apa yg BN buat "Kafirrrr!!!!.."

    Mana2 parti yg memerintah negeri ada kebaikan dn keburukannya, beza bnyk ngan skit atau tak de langsung, tp kalau ada perkara yg baik, kenapa kita nak kondem, cam kita cakap "Eleh!! PAS suruh pompuan pakai tudung, tp rmai gak kena rogol, sumbang mahram, zina bla bla bla..." subjek rogol, sumbang mahram, zina, khalwat tu lain, yg positifnya pakai tudung tu kita ambik contoh, amalknya....


  8. Boleh caya ker? Tengok-tengok tarik balik pengakuan mcm Bala...HAHAHAHA

    Hishamudin muda sangat... Ong Kah Ting laa Timbalan parti komponen dia juga....HEHEHEHE

    Baik ko tarik pengakuan kalau tak ko dan keluarga ko tak selamat... Lepas tu cabut hilang kemana...takutlaa tu...nyawa terancam...HAHAHAHAHA.. Putar belit...

    tu suara ramai la bro, berdasarkan org2 yg aku jumpa, kalo cakap pasal isu Pak Lah serah kuasa kat Najib, itu pandangan kebanyakan rakyat biasa ni, sbb kita tak tau 'kebenaran' yg sebenar, dari apa yg kita dengar, kita baca dan kita lihat dari dlm media massa terkini, itu kesimpulan ringkas yg kita buat...........

    P/S: Bala(nama) memang cari Bala(masalah) la tu.......


  9. apa2 hal pun, apa yg aku dengar dari mulut ke mulut, ramai yg tak selesa kalau Najib jadi PM sbb reputasi buruk, nape dlm bnyk2 menteri dia paling banyak dikaitkan ngan kes itu kes ini? kalau dikata sebab dia pegang TPM skrg, nape zmn Pak Lah jd TPM dulu tak penah dgr mcam2 psal Pak Lah? itu persoalan yg rakyat2 persoalkan skrg... Aku tak kisah sapa jadi PM, asal dia bleh memerintah dengan baik dan rakyat boleh hidup aman dan selesa, itu dah cukup, kalau betul pun Najib ada reputasi buruk atau perangan buruk, harap dia berubah bla jadi PM nanti....


  10. RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK FOMCA kerana pantas melayan setiap aduan yang dimajukan. Tidak semena-mena, sejurus aku majukan aduan kepada pihak fomca, tak sampai 6 jam, wang aku dah dimasukkan ke dalam akaun, malah pihak Public Bank turut menghantar e-mail acknowledgement berkenaan wang yg dah dideposit kan.

    FOMCA rulezzz!!!!! Sesiapa ada problem ngan memana agensi, sila buat aduan kepada FOMCA kerana mereka akan melayan aduan anda pada hari yang sama.

    TERIMA KASIH FOMCA!!! :D


  11. Tak tau la camne ngan Public Bank nih, masuk jer bank terpampang cakap menang anugerah "Best Retail Bank" tp kualiti perkhidmatan cam apa ntah, kalao kira semua cek aku termasuk bulan lepas punya, kalau diorang wat ilang gak, mau dekat RM1000 duit aku depa wat 'memain'....

    pepehal pun aku nak tngu dan lihat dulu, kalau yg cek aku bulan lepas pun diorang wat ilang gak, tunggu je la, BNM, FOMCA dan kuasa media akan aku gunakan....

    bulan ni kering aku dibuatnya, semua bill biasa aku bayar pakai side income aku (cek tu la..) tp terpaksa guna duit income... this month, aku dah tak nak pakai service diorang lagi dah, dulu aku guna Maybank, tp Maybank charge mahal, so aku tukar Public Bank, tak sangka lak diorang nyer service low class gini...


  12. Aku copy n paste jer karangan aku ni, nak share tentang PUBLIC BANK YANG DAH CUKUP POPULAR DENGAN KECUAIAN DAN KUALITI PERKHIDMATAN YANG TERUK.

    Pada 18/5/08, aku deposit foreign cek ke dalam akaun Wadiah Public Bank, biasanya ia ambik masa dalam 4 minggu je untuk clearance process, tp kali ni dah dekat 5 minggu, duit aku masih blom masuk, so aku gi ke Public Bank terdekat di Kota Bharu tny pasal status cek tu, ada problem ke, diorng jawab HQ diorang kat KL yg handle, diorang tak tau apa2, tp pihak PB KB akan contact KL tny status cek tu...

    Dek kerana tak puas hati, kluar je pintu bank, aku terus call PB HQ kat KL, panggilan aku tak berjawab, so aku balik rumah surf laman web dia http://www.pbebank.com/ dan isi contact form, tny pasal status cek aku, aku sertakan no cek dsb untuk ruj... dan hasilnya hingga skrg pihak PB KL pun tak balas pertanyaan aku...

    Dah masuk minggu ke-6, aku check balance masih lagi tak masuk, so aku pegi lagi PB KB, diorang ckap, HQ PB belum antar follow up berkenaan enquiry aku minggu lepas. Keesokan harinya, pihak Public Bank KB call dan cakap cek aku 'LOST IN TRANSIT SEMASA PROSES CLEARENCE DI PIHAK PUBLIC BANK' dan tanpa memohon maaf, mereka suruh aku PERGI SIGN DECLARATION PASAL KEHILANGAN CEK, kenapa aku kena gi sign sedangkan pihak PUBLIC BANK YG HILANGKAN CEK AKU.

    Aku try tny ex-lecturer aku yg ajar pasal Islamic Banking, dia tak pasti declaration tu untuk apa, tp policy kehilangan cek sepatutnya macam ni:

    "In the event of cheque is lost in transit or in the clearing process or at the paying bank’s branch, bank shall immediately bring to the notice of the account holder so that drawer can be informed for the stop payment of the cheques and also take care that any cheques issued by him are not dishonored, due to non credit of the amount of lost cheques. The bank would advise to the drawee bank all particulars of lost cheque for exercising caution and provide all assistance to the customer in obtaining a duplicate cheque from the drawer of the cheque."

    Jelas kat situ bank sepatutnya kena inform segera pemilik akaun jika berlaku kehilangan cek, bukan macam nak sorok kecuaian, org tnya tak jawab, ambik masa sampai 6 minggu baru nak bgtau, tu pun sebab aku ulang-alik pegi tanya, kalau aku senyap, maka cek aku pun senyap terus la jawabnya. Maka misi Public Bank untuk menyembunyikan kesilapan/kecuaian BERJAYA!..

    Sampai ke hari ni aku tak pergi sign declaration tu, aku tunggu sampai dapat penjelasan yg jelas apa tujuan declaration tu, pihak Public Bank asyik call suruh aku pegi sign, tp aku tak nak, was-was, biar aku puas hati dulu baru aku gi sign dan atas nasihat dan cadangan beberapa rakan terdekat dan rakan berforum, aku dapat beberapa option di mana harus aku majukan aduan iaitu:

    • Report Bank Negara
    • Report FOMCA
    • Kalau berlarutan, leh masuk paper, guna kuasa media

    So itulah antara option yg ada, kalau perkara2 camni berlaku kat sesapa, leh wat rujukan..

    Aku harap Public Bank Berhad dapat perbaiki kualiti perkhidmatan perbankan, manusia memang tak sempurna, begitu juga staff Public Bank, tapi sekurang-kurangnya cubalah kurangkan kecuaian, tingkatkan kualiti perkhidmatan dan jangan ambil mudah dalam menguruskan wang yang diamanahkan oleh pelanggan sebab tiap perkhidmatan yang pelanggan guna bukannya percuma.


  13. Berdasarkan experience aku, kalo nak interview pakaian kemas untuk first impression tu memang wajib dah, second ko kena tau pasal kompeni tmpat ko nak kejer tu, selidik company background, sapa penaung dia(kalau kompeni pro), perkhidmatan atau produk yg dikeluarkan kompeni, tp tak semestinya ko kena tau semua tu, at least ko kena tunjukkan pada kompeni yg ko dah try cari info pasal kompeni tuh, biar nampak ko ada kesungguhan dan minat untk kerja ngan kompeni tu, kalo tak jumpa pun pepandai la cakap "sya memohon maaf, saya dah cari maklumat berkenaan syarikat ni tp tak jumpa.."

    pstu try cari pasal deskripsi kerja atau skim jawatan, baca fahami dan ingat...

    pstu soklan lazim "expected salary" ko kena cari maklumat agak2 berapa gaji yg patut ko terima, bukan shj secara umum tp kena nilaikan diri ko jugak cam skill dan experience, pastu biar kompeni yg tentukan, cam aku dulu time interview, aku expect gaji dalam 700, tp last dpt 900 dlm 6 bulan tmph percubaan...

    selebihnya cara ko berkomunikasi, jgn banyak "aaa...aaa...aaa...", karang elok2 karangan "tentang diri saya" sbb biasanya itu soklan first akan ditnya = "Ceritakan latarbelakang tentang diri anda.." lebih kurang gitu la soklannya..

    ni plak antara pantang larang

    - jgn tnya berapa gaji

    - jgn buruk-burukkan majikan lama

    - jgn buat lawak w'pun interviewer wat lawak, layan agak2 je, asal interviewer brasa senang ngan ko

    ada lg, aku dah lupa dah...ni semua aku tau time keje praktikal bahagian Sumber Manusia sepital dulu...

    pepehal.. good luck!


  14. Sebelum ni, aku clearance semua cek online income aku ngan Maybank, tp sbb bank charge mahal sangat aku bertukar kepada Public Bank, at least for 4 atau 5 kali clearance aku puas hati, tp kali ni aku tak puas hati sebb cek aku tak clearance lagi, bila tny Public Bank branch cakap KL yg handle, diorng dah antar follow up, tp tak reply lg, dah dekat 6 minggu pihak Public Bank branch call cakap menurut pihak HQ Public Bank, cek aku "lost in transit" ,dalam erti kata lain hilang ketika proses clearance dalam jagaan mereka, cheque lost in Public Bank clearing process.

    Aku tnya kenapa dia tak cakap awal2, bleh aku inform Adbrite dan pihak Adbrite bleh combine total dan bayar bulan depan, ni tak, aku gi tnya branch Public Bank, dia cakap itu semua KL yg handle, aku antar e-mail kat KL, tak reply, call CC suh gi branch terdekat, last2 dapat call cakap cek aku "lost in transit" dan suh aku pegi sign declaration.

    So aku nak tny buat sesapa tau pasal problem gini, apa prosedur sebenar kalau kes camni berlaku, cheque lost in Public Bank clearing. Tak pe ke aku gi sign declaration tu? Selain dari contact pihak yg keluarkan cek, apa lg kena buat?


  15. Pg td check referral ad rmai visitor dr forum veoh.com so ak pn bkk la cek sana...rupa2nya ada orang post link ke artikel ak dalam jomphp...mamat ni bkk topic pasal cara bypass veoh.com dalam forum rasmi veoh...dah tu siap link ke blog aku lagi...apa la cerdik sangat dia ni aaaaa....

    Mamat tu orang malaysia, dah ada orang report kat blog jomphp...selanjutnya korang boleh baca kat blog Jomphp

    http://jomphp.blogspot.com/2008/06/bypass-veoh.html

    Sooner or later mesti veoh.com akan block access dengan menggunakan trick2 yg sekarang terbukti jadi..

    Setengah orang report dah xleh guna dah url ni:

    http://ll-appserver.veoh.com

    Ak boleh access lagi skarang..tapi xtau smpai bila...mesti orang veoh sndiri dah tau trick ni..

    ni lah masalahnya, dah susah org lain gak pasni, ada2 benda tu leh share, ada bnda tak, tak tau berapa lama lagi leh access veoh, arap2 ada trick baru pasni...


  16. any comment, pick up your phone, dial 100, FOC

    pastu tny soklan cam dalam script, suh kita try test ping, itu ini bla bla bla...maleh dah den, kadang2 kita dilayan cam kita sorang je ada problem ni, tp bila aku tny member even internet kat umah aku pun lembab gile, so dari wat sakit ati, baik kita doakan ada alternatif yg lebih baik dan berbaloi suatu hari nanti, time tu kalao streamyx tak jg kualiti servis, bangkurap la jawabnya....


  17. Kenapa?..sebelum ni paling kurang pon 300++ kbps...berapa speed yg stabil untuk pakej ni...sapa2 yang pakai pakej ni.. crita r ckit.. :)

    Rasa macam guna dial up plak :angry: ...^%*#$

    apa yg ptut aku buat..call 100?

    any suggestion! :(

    ko dok area mana ni, cam kat kb skrg streamyx tgh jam, teruk, slow giler, subs company aku tak leh wat kejer ari ni sbb servis internet slow amat, access laman web Malaysia boleh le skit2, nak cari info international, hampeh cam kura kura, yahoo pun lembab, google pun lembab.... tak tau apasal, ari khamis keje halfday, sabtu ni tak tau la camne, tension wat keje kalau streamyx lembab... jadi mangsa penindasan tak terbela la, servis teruk, kompeni punya produktiviti menurun, tp bill tetap kena bayar penuh, tak dak adjustment... hampeh......


  18. paling teruk bila ORANG YANG PROMOTE luxor cari student, cam kat kampus aku, ramai jadi mangsa, ada yg sampai tak abis blaja, tension main menda ni, dri pakai TZM nak men luxor, pakai kapcai, yg pompuan lak ada motor, gi kuliah jalan kaki, nak main luxor punya pasal, ORANG YANG PROMOTE tu pulak, cam biasa la, dtg ngan perdana, waja, tak kurang gak yg dtg ngan moto beso, bwk gambar2 yg menunjukkan mereka, keluarga dan memeber mereka dah kaya, kaya sekalipun kalau ia hasil dari penindasan agak2 berkat tak? memang kompeni luxor tak salah, orang2 luxor tu salah, sistem yg dia buat cam nak tindas org, kalau pihak pengurusan tertinggi luxor tau pasal sistem mereka yg boleh menindas org, apa salahnya tukar sistem yg lain...

    lecturer aku penah nak suruh member dia seorang reporter TV3 wat liputan pasal luxor ni, tp bila disiasat balik mereka ni syarikat yg sah, cuma bergantung pada kita je lah naik turunnya luxor ni, kalau semua pakat boikot, nayala pulak kat org yg ada kat level bawah skrg ni, mereka la yg jadi mangsa penindasan tuh.

×
×
  • Create New...