Jump to content

Razif Jemaat

Members
  • Content Count

    77
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Razif Jemaat


  1. Maaf tumpang. Agak lawak bila ada yang berkata "Dah tau rokok tu haram, kenapa tak diharamkan" dan pelbagai komen lagi. Sedangkan sumber yang ada tidak dirujuk terlebih dahulu. Di sini saya sertakan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, sebagai melengkapkan senarai fatwa dari Ayoi_1 di muka pertama.

    "Keputusan:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan."

    "Decision:

    The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful."

    Hujah lengkap:

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

    ***************

    Lagi... (Repost: Seperti yang dipost oleh Ayoi_1). Untuk makluman, di Selangor, hukum rokok HARAM telah diwartakan.

    Oleh: Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

    Status Penwartaan:
    Diwartakan
    Nombor Rujukan:
    JAI.Sel 8014/7 Jilid IV;P.U.Se
    Akta/Enakmen:
    Sel. P.U. 51.


    Keputusan:

    (1) Merokok adalah haram

    (2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok.

    (3) Bagi maksud fatwa ini , ' rokok ' ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-merokok

    Wallahualam...

  2. Assalamualaikum.

    Pertama sekali saya dah cari dalam bahagian ini, rasanya tiada lagi topik tentang isu ini. Jadi saya teruskan post topik baru.

    Di sini saya ingin berkongsi satu masalah yang telah berlaku dalam beberapa PC di tempat saya bekerja. Beberapa PC tidak dapat mengakses "Share Drive" dalam LAN. Setelah mencari punca masalah, saya dapati bahawa PC ini telah 'duplicate' Microsoft 6to4 adapter setiap kali ia 'boot'.

    Untuk melihat samaada anda menghadapi masalah ini, pergi ke Device Manager > View > Show Hidden Devices, Kemudian, semak di bahagian Network Adapters, samaada terdapat banyak Microsoft 6to4 adapter dalam list tersebut.

    Jika banyak, sila lakukan seperti berikut:

    1. Muatturun dan install Patch KB980486 dalam PC anda (jika PC anda tidak mempunyai masalah ini, boleh juga install untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku.
    Link -> [url="http://support.microsoft.com/kb/980486"][color="#0000FF"]KB980486[/color][/url]

    *Langkah 1 adalah untuk menghalang adapter tersebut dari terus bertambah.

    2. Muatturun aplikasi "DevCon" dan kemudian 'extract'kan.
    Link -> [url="http://support.microsoft.com/kb/311272"][color="#0000FF"]DevCon[/color][/url]

    3. Runkan aplikasi DevCon.exe menggunakan Command Prompt dari lokasi DevCon disimpan, berasaskan sistem yang anda gunakan (Win 7 32/ 64).
    Command: devcon remove *6to4MP*

    *Langkah 2 & 3 untuk membuang "Microsoft 6to4" adapter sedia ada dalam PC anda.

    Saya tidak pasti sejauh mana kesan masalah ini terhadap PC anda semua. Harap2 perkongsian ini berguna kepada semua. Jika ada sebarang maklumbalas atau perkongsian tentang masalah ini, amat dialu2kan.

  3. Hari ini, tanggal 1 Jun 2010, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mencapai umur 52 tahun.

    Sepanjang tempoh tersebut, banyak sumbangan yang telah dicurahkan bermula dari insurgensi pertama, insurgensi kedua, khidmat kemanusiaan, misi PBB ke Kemboja, Somalia, Bosnia dan yang terbaru ke Lubnan. TUDM juga turut membantu dalam misi penerbangan ihsan untuk rakyat Malaysia yang amat memerlukan. Hari ini, TUDM dilengkapi dengan pesawat seperti SU-30MKM, MIG-29N, F/A18D Hornet, Hawk, C-130 dan kelengkapan seperti Starburst Anti Aircraft. TUDM turut mempunyai rejimen elit digelar Pasukan Khas Udara (Paskau) yang bertanggungjawab menjalankan tugasan2 subversif dan pertahanan kritikal kepada TUDM.

    Saya berharap agar semua anggota dan pegawai TUDM dapat terus berjuang dengan ikhlas demi mempertahankan tanah air. Kembalilah ke darat!

    [img]http://4.bp.blogspot.com/_0GQUt16TOQE/SdncmYM3ePI/AAAAAAAAAJA/RC4n1TLJSuc/s400/mig-29n_tdum_01_800.jpg[/img]

    SELAMAT MENYAMBUT HUT TUDM KE 52!

    Kredit kepada http://militaryofmalaysia.blogspot.com.

  4. Sori usop. Bz skit.

    Ko nak apply? Tak payah la. Bikin tension jek. Yang ko pon bijak, naper tanya kat public domain ni? :)) Nanti kang takde sapa nak apply.

    Off record. Sesiapa yang nak tau lanjut pasal job ni, termasuk pasal environment dan semua yg berlaku di sini, PM aku.

  5. [quote]MiG-29N akan terus digunakan: Ahmad Zahid

    KUANTAN: Pesawat pejuang MiG-29N akan terus digunakan dan tidak akan dilupuskan untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. [/quote]
    [url="http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20100223131912/Article/"]Berita Harian[/url]

    Akhirnya kembali aktif MIG-29N. Morale para juruterbang MIG pastinya meningkat semula dengan berita ini. Harap2 kerajaan meluluskan cadangan penaiktarafan MIG 29N, agar sistem dalam MIG dapat digunakan dengan lebih berkesan dan mampu menampung keperluan kritikal TUDM.

    Harap2 dengan gabungan Su-30MKM, MIG, F/A-18D dan Hawk(sebagai pesawat tempur ringan) membolehkan ATM dan TUDM memaksimumkan kekuatan pertahanan udara, yang turut dilengkapi dengan barisan artileri pertahanan udara dan peluru berpandu jarak dekat oleh TD.

    GEMPUR WIRA!

  6. [b]Company: [/b]

    Independent Approach Sdn Bhd

    [b]Positions/Role: [/b]

    IT Support Engineer [CLOSED]
    - To support company’s internal Windows & Linux servers including Active Directory, Sharepoint and Microsoft Exchange.
    - To support internal end users on basic Windows PC troubleshooting.
    - To support several internal company’s applications such as simple Door Access System.
    - To collaborate with programmer on company's web applications.
    - To support other IT related tasking.

    [b]Requirements:[/b]

    - Candidates must possess Diploma/Bachelor’s Degree of Information Technology/ Computer Science or equivalent with 1-2 years experience.
    - Have some experience in Windows Server, Active Directory or Microsoft Exchange preferred. But, candidate that independent and quick learner is also encouraged to apply.
    - Have basic Linux knowledge is an advantage.
    - Ability to work independently to manage own time, setting priorities, planning and organizing work.
    - Required Language: Bahasa Melayu and English

    [b]Job Location:[/b] Damansara Perdana

    [b]Salary Range:[/b] RM1800 - RM2300

    Interested candidates are required to send their resumes (including expected salary) to [email protected].

    -----------------------------------------------------------------------------------------------

    Untuk kerja di atas, terus terang aku cakap, sesiapa nak memohon, kena aware beberapa perkara:

    1. Perlu menjalankan tugasan IT secara bersendirian.
    2. Staff tak ramai, jadi sesiapa yang boleh bekerja dalam suasana macam tu, dialu2kan untuk memohon.
    3. Tak banyak travel, cuma kadang kala (jarang sangat2) akan travel ke Labuan, untuk selesaikan masalah di cawangan Labuan.
    4. Waktu bekerja, 9 pagi hingga 5.30 petang. Kalau takde apa2 hal, selalunya balik on time.

    Kalau ada pertanyaan, boleh tanya di sini. :) Terima kasih.

  7. Name of Company:

    INDEPENDENT APPROACH SDN BHD

    Role:

    SENIOR ACCOUNT CLERK

    Requirements:

    1. Minimum LCCI.
    2. Able to handle FULL SET OF ACCOUNT
    3. Familiar with UBS accounting software is added advantage.
    4. PC Literate.
    5. 1-2 years working experience in any related field.

    Contact Person:

    Job location is in Damansara Perdana. Interested candidates can send their full resume including current and expected salary to

    [email protected]

    OR contact Sue Aziz at 03-77275112 (Office)

    Please don't reply here as I just upload this info on behalf of other people. Please e-mail the contact person for any enquiries.

    Thank you.

  8. Aku nak cakap sikit pasal isu kapal selam tak boleh menyelam. Sebab byk sgt komen2 sumbang yang aku baca.

    Untuk pengetahuan korang, Scorpene yang telah kita terima masih dalam warranty period lagi. Dan masih dalam percubaan, belum bertaraf operasi lagi. Jadi, kesilapan yang berlaku adalah kesilapan pihak pengeluar. Kenapa banyak suara2 sumbang yang menyalahkan TLDM? Adakah mereka bercakap berdasarkan fakta atau bercakap ikut sedap mulut je?

    Segala masalah yang dihadapi akan dirujuk kepada pihak pengeluar. Kita baru pertama kali mengoperasikan submarine, jadi, banyak perkara kita perlu teliti. Tapi, mengapa mudah sangat orang2 kita merendah2kan kemampuan angkatan bersenjata kita sendiri?

    Cukup2 lah. Jom la kita sama2 menyokong angkatan tentera kita sendiri. ATM telah bersikap terbuka dengan mendedahkan masalah2 dalaman kepada media. Ada negara jiran kita yang langsung yang bersikap media blackout jika berlaku isu dalam angkatan tentera mereka. Jadi, pendedahan dalam media yg kita lakukan patut dilihat pada aspek yang positif.

    :) Harap kita semua bersikap realistik dan sentiasa membuka peluang untuk penambahbaikan dalam angkatan tentera kita.

  9. Salam semua.

    Nak tanya anda semua sikit. Software apa yang sesuai untuk buat online class? Boleh diakses oleh ramai org dalam sesuatu masa. Dalam masa yang sama, orang boleh tengok desktop kita, sbb pelajaran diajar melalui desktop cikgu tersebut. Saya ada pakai Teamviewer Remote Desktop software, tapi tak sesuai untuk pengguna yang ramai.

  10. Kepada peminat Upin & Ipin, mari kita sama2 menyokong industri animasi Malaysia dengan membeli VCD, DVD dan pelbagai barangan original menarik. Harga berpatutan. VCD - RM15, DVD RM18.

    Layari Les'Copaque Official Merchandise

    P/S: Saya tiada kaitan secara langsung dengan syarikat ini. Cuma ingin menyokong animator2 Malaysia yang berbakat agar dapat menaikkan nama kita dalam industri animasi.


  11. Salam bro. Ko tinggal kat mana? Ada satu company kat Shah Alam boleh modified laptop ko, customized laptop ko kalu ada apa2 masalah. Mungkin ko boleh mintak diaorg tgk samaada sesuai atau tidak semua perkakasan yang ada dlm laptop ko. Atau sesuai tak untuk tambah internal cooler kat pc ko. PM aku.


  12. order makanan.. leh diketegori lam tcp konsep ker?? bukan using web based ke tu? or application base.

    buat ler yang simple tapi tak logic... firewall hehe.. senang.. ada gui.... senang score. .. org kagumi.... wat firewalll... huhu....

    nak rujukan gi cari kat www.sourceforge.net

    tq :ph34r:

    Bos, ada contoh firewall dlm JAVA ke? Ada link tak?


  13. Pada pendapat aku...

    Ko dah ada diploma dari institusi teknikal. Jadi, bagi menjadikan pengetahuan kau lebih meluas, ko sambung la ke mana2 IPTA. Dengan kemahiran teknikal yang kau ada, digandingkan dengan pengetahuan ilmiah, aktiviti2 universiti dan kursus2 pendek yg selalu ditawarkan ms ijazah, peluang untuk menjadi insan yang lebih cemerlang akan menjadi lebih terbuka. Apa2 pon, terpulang la kat diri kau, kalu nak masuk IPTA, buat persediaan secukupnya terutama dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam universiti nanti.


  14. Salam, menyampuk kejap. Dalam isu yang korang bincangkan, dalam zaman sekarang ni semuanya bergantung pada individu tu sendiri. Penilaian luaran terhadap seseorang sering membuatkan kita memberikan tafsiran yang salah. Kepada yang bertudung, tingkah laku mereka lebih mendapat perhatian jika mereka tersilap langkah. Itu yang menjadikan keadaan lebih kritikal. Kita kadangkala berat sebelah dalam menilai seseorang, hanya berdasarkan pemikiran kita yang terhad.

    Hanya sekadar pendapat...


  15. Untuk pengetahuan umum, secara kasar berdasarkan kenyataan VC

    Pelajar UiTM sekarang adalah 119,000. Tak termasuk pelajar kolej bersekutu.

    10% dari 119,000 adalah 11,900 orang.

    Satu bilangan yang amat ramai. Bayangkan betapa banyak tempat yang terpaksa kita korbankan atas nama persaingan? Adakah pasti dengan membuka 10% itu akan ada persaingan ataupun menambahkan lagi masalah yang ada? Bagi aku, ini bukan isu politik, tapi ini adalah isu ketuanan Melayu.

    Tentang MRSM dan matrikulasi dulu, orang mmg ramai yang membantah, tapi keadaan ketika itu membataskan berita tersebar kerana ketika itu media tak boleh cakap lepas. Tp hakikatnya, masa isu MRSM dan matriks dulu pon ramai yang membantah walaupun tanpa highlight dari media.

    Apa2 pon, UiTM adalah hak kita dan bagi aku, bkn pelajar UiTM sahaja yang harus bertanggungjawab mempertahankan UiTM, tetapi setiap orang Melayu yang sayangkan bangsa.

    Petikan dari lagu UiTM Di Hatiku

    "

    Watikah yang kumiliku akan ku semat di hati

    Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti

    Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara

    Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua

    UiTM Usaha Taqwa Mulia (ITM Usaha Jaya MARA - ITM Version)

    "

    Kita dah berikrar untuk mempertahankan dan membela negara yang tercinta ini dan kita harus tunaikannya.

×
×
  • Create New...