Jump to content

Ramzi Bin Bakri

Members
  • Content Count

    279
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Ramzi Bin Bakri


  1. Aku sedang settingkan zavio surveilance software dalam notebook acer aspire one. tapi masalahnya bila installation complete dan aku cuba runkan, kluar error : software corrupt dan minta install semula.

    Aku install 6 kali dah. tapi prblm tak setel. netbook ni asalnya guna win 7 starter, aku dah tukar pakai win 7 professional. tp tetap prblm. Aku dah try kat pc desktop guna win 7 professional, sekali install...terus running. takder masalah.

    walau aku dah download software dari laman web zavio sendiri, tetap prblm. Bos aku pun guna netbook acer aspire one, tapi running ok jer. bila aku try dgn 2 pc desktop yg lain, semua run ok.

    Erorr yg kluar mcm ni "Missing or corrupted resource file. Please re-install the system to solve this problem."

    Kalau korang nak try carik solution, korang download surveilance software ni kat laman web zavio. taip jer zavio dlm google. korang try install dan run. password dgn username adalah admin. kalau korang jumpa jawapannya, sharelah kat sini.

    Makasih.

  2. [quote name='abgngah' timestamp='1296398495' post='1060757']
    mobo kong la tu...cheak ram berapa gb yg tinggal..
    [/quote]
    aku cx kat bios...ram mcm biasa.
    asalnya mobo ni ada pakai graphic card... then aku dah tanggalkan. tp result masih sama.
    Semua hardware aku dah try swap dgn hardware yg aku ambil dari pc lain spt harddisk, ram, batery cmos, dvdrom (aku tanggalkan) grphic card (aku tanggalkan)...tp masalah tetap timbul. satu jer yg aku belum cuba...tukar processor.

    may be next week aku try cari processor ni. sebab proc yg dia pakai socket 775 model lama...susah nak cari kat kedai.
    kalau nak tukar mainboard baru...nampak gayanya sama mcm beli pc baru.
    sebab...skrg ni susah nak cari mobo yg support harddisk dan dvd rom ide, ram ddr2 pun susah nak dapat. sbbnya skrg ni mobo yg support kedua harware ni dah hampir pupus.
    yg ada hanya mobo support ram ddr3, harddisk dan dvdrom sata.

    may be kena tukar mobo ataupun tukar semua device dgn yg baru. tinggal casing cpu jer.
    by the way...kalau ada sesapa yg penah hadapi masalah yg sama dan dapat selesaikan... sharelah kat sini.
    terimas.

  3. Aku dah try masukkan topic ni ke "CPU, Motherboard & Memory" tp tak tau apa masalahnya aku tak boleh start new topic or reply kepada mana2 topic dlm thread tu. Jadi aku letak kat sini je lah.

    Masalah PC ni adalah: hanya dapat guna lepas 24jam shutdown.
    Kalau nak guna jugak... memang tak boleh. Kalau tekan button start, semua running. Fan, Harddisk, DVD rom.
    Tapi takder display. Bunyi beep pun takder. Tak keluar Bios pun.

    Aku dah tukar RAM beberapa kali dgn pc aku yg lagi satu. (PC yg satu lagi OK) dan dah try smua slot. Dah gosok ram dgn pemadam.
    Aku dah try tukar monitor..crt ke LCD. Masih sama..takder display.
    Aku dah cabut dan pasang balik Processor,(retighten cpu fan + heatsink)
    dah cabut dan pasang balik bateri (reset cmos),
    dah cuba running pc tanpa harddisk dan DVD Rom (elakkan hardware conflict or incompatible),
    dah cuba pasang mainboard tanpa casing (untuk detect overheat or short circuit),
    dah try disconnect power cord dan tekan button start 1minit(utk discharged)
    aku dah reformat (elakkan serangan virus) - ambik masa 3hari. sebab setiap kali restart...kena tunggu esok harinya pulak utk sambung.

    semua yg aku buat kat atas gagal. keesokkan harinya, semua akan ok semula.
    kalau processor rosak...why lepas 24jam, akan ok?
    Aku dah try carik tpt yg overheat kat mainboard...takder pulak area panas.
    Aku dah tak tau nak buat apa. Googling pun masih tak bertemu jawapnya.
    Harap ada yg membantu.

  4. [quote name='rarahim' timestamp='1293767582' post='1058220']
    Salam mrRemz, kau operate area mana? kalau senang jom pekena kopi, aku nak sembang pasal bisnes ni. tk.
    [/quote]
    aku area bandar kuching, kat sarawak.
    ko ada supply komponen pc utk freelance ker?

    then sesapa yg penah buat freelance repair pc dan penah dapatkan lesen perniagaan, harap dapat share pengalaman kat sini.
    soklan aku,
    1. perlukah perniagaan ni ber rumah kedai/shoplot?
    2. kalau dah daftar org LHDN pegi cx tak bangunan kedai?
    3. Kalau LHDN cx takder kedai spt yg didaftarkan di alamat tersebut...agak2 kena tarik balik tak lesen? Betulkah diaorg akan cx?

    Makasih.

  5. Driver Toshiba Satellite L100 - Minta sound + wifi driver utk win7

    Aku dah menggoogle byk kali. tp byk resources yg menipu. scam. link ada...tapi bila click minta credit card no.
    ada link lain pulak...tapi bila click, dia bagi driver utk win xp dgn win vista.
    bila ke laman official toshiba asia pulak, hanya ada driver utk win xp.

    so sesapa yg running win 7 ultimate version 32bit dlm toshiba satellite L100, minta share driver.
    driver yg aku perlukan adalah sound driver + wifi driver.

    Terimas.

  6. thankz 4 da reply... but belum ada yang menjawap soklan aku lagi.
    Aku nak tau... betul ke lepas daftar syarikat enterprise orang LHDN akan datang untuk cx shop house kita?.
    Then satu lagi betul ke mesti ada shop lot baru diluluskan lesen?

    Sebab masa daftar perniagaan, kena isi alamat perniagaan.
    Kalau guna alamat rumah, then diaorang datang check seminggu lepas register... agak2 kena tarik balik tak lesen tu?

    Aku memanglah buat repair pc utk customer perseorangan tapi ada masanya aku dapat kontrak dari syarikat2 area bandar tpt aku.
    Kengkadang sekali service utk syarikat ni... income boleh cecah RM500 sehari...
    untuk dapatkan projek yg mcm tu aku kena pinjam lesen syarikat komputer tpt lama aku keje. yg tak bestnya kena share profit.
    tu yang aku nak dapatkan lesen sendiri.

    makasih.

  7. Nyaris2 aku nak buka thread baru ttg bisnes komputer kat rumah ni. usha2..terjumpa pulak.

    Aku pun sorang freelance yg dapat income cecah rm1k sebulan dari kerja2 part time repair & supply barangan komputer ni.
    Aku sbnrnya keja ngan govt. Last year aku dah apply kat LHDN utk dptkan lesen. smua borang dah lengkap.

    tp plan aku tergendala bila pegawai kat situ cakap lepas dapat lesen, dlm 2, 3 hari diaorang akan dtg utk cx bangunan kedai.
    tak boleh guna rumah ke? kalau tak der shop house x dpt ke buat bisnes ni?

    pada yg dah otai, minta nasihat korang smua. aku dah hampir setahun pendam minat nak buka bisnes sendiri. thankz.

  8. aku pun dah dapat. tp ko kena replykan dulu dan ikut instruction dlm voucher tu. Lepas ko register, org google akan call untuk verification (ambik masa). Pastu ko nyer web or blog yg ikut program adwords akan kluar kat mana2 web lain sama mcm adsense yg kluar kat blog ko. Gunakanlah voucher tu dgn sebaiknya dgn memastikan blog ko yg terbaik utk menyertainya, rugi kalau ko gunakan untuk kempen blog yang tak berapa kompetetif.

  9. OK aku dah baca TOS Adsense, mmg boleh asal syaratnya iklan2 tersebut tak dicombinekan dgn adsense nye iklan. Tapi aku rasa ini akan effectkan ROI. Tapi yg jadi prblm nya, blog aku ni guna niche yg memerlukan aku letak produk.

    Aku jugak ada baca yg sorg account holder hanya boleh buat satu akaun kecuali atas kebenaran bertulis dr google sendiri. Maksudnya kalau dua akaun akan kena ban. Yg ni saja aku highlightkan utk adsense newbies.

  10. Memandangkan lebih ramai otai kat cni, so aku pun ader soklan.
    Kalau dlm blogspot aku ada iklan adsense, pastu aku masukkan nuffnang & affiliate program yang berkaitan dengan niche blog aku boleh tak?
    Kena ban tak kalau letak affilliate program utk jual produk sedangkan blog tu juga ada iklan adsense?

  11. Aku dah hampir 2 tahun buat adsense. Income so far, oklah sikit. Tapi aku nak tau ttg AFD ni. Boleh terangkan tak?

    1.Apa yang perlu ada.(selain akaun gmail ngan adsense) - perlu beli hosting ke or perlu beli domain je ke.
    2.Macam mana ia berfungsi.
    3.Adakah incomenya lebih bagus dari Adsense fo content?

  12. [quote name='benchoz' date='23 June 2010 - 05:05 AM' timestamp='1277240719' post='1038430']
    Assalamualaikum,

    Pertama sekali cara ini telah diuji oleh saya pada 15 buah PC dan 10 buah laptop. Semua masih ok sampai sekarang. Tapi sila maklum bahawa tutorial ini adalah atas risiko sendiri. Segala kerosakan pada PC atau Laptop anda bukan tanggungan saya. Silakn bertanya untuk sebarang masalah. Credit to GOOGLE.com.



    Barang-barang yang diperlukan ([b]wajib[/b]) :-

    1. Pendrive 4GB atau lebih
    2. Windows Vista atau Windows 7 installation CD.
    3. Operating system anda sekarang adalah Windows Vista atau Windows 7 (windows XP tak boleh)
    4. Sila download dan install MAGIC ISO (boleh download di sini [url="http://www.magiciso.com/download.htm"]Di sini[/url] selepas itu install Magic Disk untuk memudahkan anda.
    3. Mata dan pemahaman yang cukup jelas dan baik untuk mengikuti tutorial ini langkah demi langkah.
    4. Keberanian dan minat untuk mencuba.

    Saya menggunakan contoh Windows Vista dan operating system saya adalah Windows 7.


    Langkah 1 :

    1. Buat satu folder kosong dan namakan folder tersebut WV.
    2. Masukkan CD Windows Vista atau Windows 7 ke dalam DVD drive anda, kemudian buka Magic Iso dan buat satu iso menggunakan Magic Iso. ( magic iso, kemudian plih tools -> make iso from CD/DVD-ROM )
    3. Ikut arahan di dalam Magic Iso dan savekan image file (iso) tersebut dalam WV.
    4. Cucuk Pendrive anda ke dalam usb port dan sila pastikan pendrive tersebut tidak mempunyai apa-apa file


    Langkah 2 :

    1. Buka CMD ( ikon START -> cmd -> dan tekan ctrl+shift+enter )
    dan dipaparan cmd anda akan bertulis begini ( C:\windows\system32> )
    2. Taip [b]DISKPART[/b]
    3. Kemudian taip [b]LIST DISK[/b]
    4. Dan pada [b]LIST DISK[/b] saya menunjukkan bahawa pendrive saya pada [b]"DISK 1"[/b] dan jikalau "DISK 2" adalah pendrive anda, maka gunakanlah DISK 2.
    5. Ikut langkah ini: ( taip dalam CMD )

    [b]SELECT DISK 1[/b]

    [b]CLEAN[/b]

    [b]CREATE PARTITION PRIMARY[/b]

    [b]SELECT PARTITION 1[/b]

    [b]ACTIVE[/b]

    [b]FORMAT FS=NTFS[/b]

    (Process memformat mungkin mengambil masa 5-10 minit)

    [b]ASSIGN[/b]

    [b]EXIT[/b]

    6. Jangan tutup CMD anda lagi, hanya [b]minimize[/b] kan sahaja.


    Langkah 3 :

    1. Buka Magic Disk dan mountkan iso image yang terletak di dalam folder VW ke dalam [b]virtual DVD-ROM[/b]
    2. Kemudian lihat drive letter virtual DVD-ROM anda dan USB drive anda. [b]Contoh DVD-ROM saya adalah "H" dan USB drive saya adalah "K"[/b]

    Langkah 4 :

    1. Maximizekan CMD tadi dan taip ( [b]H: CD BOOT[/b] ) tanpa kurungan dimana "H" itu adalah virtual DVD-ROM anda.
    2. Taip [b]CD BOOT[/b] dan sepatutnya akan keluar begini ( H:\boot> )
    3. Kemudian taip [b]BOOTSECT.EXE /NT60 K:[/b] ( ingat "K" disitu adalah drive letter usb anda )
    4. Selepas itu anda akan melihat paparan seperti ini :
    K : <\\?\Volume{82fac533-db6c-11dd-bfd2-0019d1a19c48}>
    Successfully update NTFS filesystem bootcode.
    Bootcode was successfully updated on all targeted volumes.

    5. Tutup CMD anda


    Langkah 5 :

    1. Anda buka kembali CMD anda ( start -> CMD -> ctrl+shift+enter )
    2. Taip [b]H:[/b]
    3. Taip [b]xcopy H:\*.* /s/e/f K:\[/b] ( ingat "h" adalah driver letter virtual DVD-ROM dan "K" adalah drive letter usb/pendrive anda )
    4. Tunggu sehingga copy selesai dan siap!



    Perkara lain :

    1. Untuk menggunakan pendrive/USB sebagai medium menggantikan CD/DVD drive untuk meng install Windows anda harus pastikan bahawa Desktop/Laptop itu mempunyai pilihan untuk BOOT daripada USB.
    2. Untuk mengetahui drive letter CD/DVD drive dan pendrive/USB drive anda adalah dengan menekan icon COMPUTER di screen anda.

    p.s : gambar akan diupload atas permintaan.
    p.s.s : tutorial ini adalah hak cipta dan sila creditkan tutorial ini ke laman [url="http://forum.putera.com/tanya/"]Putera.com[/url]


    ©Benchoz Gila
    [/quote]

    masa aku taipkan BOOTSECT.EXE /NT60 I: keluar "Could not map drive to the associated volume devices objects: Acess is denied.

    aku dah cuba tukar permission, tp bila klik apply...keluar pop up cakap Acess denied.

  13. [quote name='akuccputsedut' date='30 August 2010 - 12:38 AM' timestamp='1283099906' post='1046470']
    hahahhahaha.. bagus nasihat mrremz... kalau sesiapa rajin minta laa ikut saranan mrremz..
    [/quote]

    aku sekadar berkongsi ilmu.

    satu lagi tips yg aku nak kongsi ngan smua. Korang tau tak mcm mana nak menaikkan PR dgn sangat berkesan tp takder modal kecuali usaha.
    cara yg aku buat ialah dgn menyertai forum yg berkaitan ngan keyword blog aku. Lepas tu jadi ahli.
    then secara automatik korang boleh letak signature korang kat forum tu. then sendiri klik lah link dari forum tu. jgn guna line ip sendiri...gunakan kat cyber.
    he he he. Kalau ada lappy, korang gunakan wireless free yg ada kat mana2. paling bagus kalau korang sertai sekurang2nya 5 forum yg berkaitan keyword korang. Pilih forum yg PR 5 teratas. Ingat!!! klik link ke blog korang jer, bukan klik iklan kat blog. Ini akan menaikkan PR korang.

    Kalau ada otai lain yg nak kongsi... aku harap2lah sesangat.

  14. ye pay per click...tp bukan kita yg klik iklan kat blog sendiri.

    Aku ada satu blog yg PR1. Ramai visitor sebab containnya yg menarik. Tp jarang ader klik. Kekadang sebulan langsung takder klik. Sebabnya, artikel yg ada kat blog tu kurang berkeyword. Biasalah, kalau keyword byk, nampak mcm tak menarik blog tu. Disebabkan keyword tak dpt dikesan oleh google spider, so iklan yg kluar pun tak der kaitan ngan blog. Tulah sebab page review tinggi tapi CTR kosong.

    Jadi cara ko selesaikan masalah ni, Ko cari satu keyword yg mahal yg ada kaitan ngan blog ko yg review tinggi tadi. Bina blog dgn keyword tu. Bubuh sebanyak mungkin keyword dlm artikel tu.(biasanya article yg mcm ni kurang menarik dibaca - ni akan galakan diorg klik sebab agak boring baca artikel yg byk kali ulang keyword). Balik ke blog ko yg review tinggi tadi... letakkan link ke ko punya blog baru .better pakai imej berteks utk redirectkan visitor ke blog yg kaya ngan keyword tadi. Cara ni agak berkesan bagi aku. Ko trylah...ko nyer PR utk blog baru pun akan cepat naik.

  15. Terangkan dgn lebih lanjut dan saya mungkin menjadi customer terawal anda.

    1. Berapa peratuskah kenaikan CTR dan bagaimana saya tahu bhw visitor yg anda bawa adalah unique visitor?

    2. Bagaimana anda dpt kawal trafik drpd melebihi LOGIK yg dapat dikesan oleh google sbg melanggar adsense rule?

    3. Ada sebarang perjanjian pampasan sekiranya akaun saya kena whole life banned dari google?

  16. [quote name='firedauz' date='13 August 2010 - 10:14 PM' timestamp='1281708887' post='1044785']
    salam..

    aku nak tanya perkara serius ni... ni adalah jalan yg aku pikir nak ambik...

    pada pendapat korang,... ape hukum kalo aku cilok article di ezine ke atau mana2 lama web ...pastu aku rewriter guna articel rewritter... aku rewritte dalam 70 unique dari yg asal....

    camne.... ok tak arr

    aku rasa ok kot.. guna software sama gak la macam rewritte pakai otak
    [/quote]
    Cilok article dari ezine? Aku nak share sikit experienced yg aku ada. Sebenarnya ada banyak niche yg baik utk google adsense. Dan aku pasti kita tak menguasai segala niche. Maksudnya, kita tidak perlu jadi pakar dlm smua perkara utk menulis 100 blog dari pebagai topik. Salah satu blog yg aku ada telah jana pendapatan yg alhamdullilah, boleh aku banggakan. Sedangkan aku tak pakar sangat pun ttg niche yg aku gunakan tersebut. May be aku boleh cakap penguasaan aku juz 10% ttg topik tu. Aku guna cara yg ko cakap. Cari artikel dari byk source. Combinekan idea penting dr smua source tu. Lepas tu rewritekan. Yg bezanya aku tak pakai software utk rewrite. Hukumnya tak salah asal ko tak 100% copy source tu tanpa authorized dr publisher asal.

    Haramkah kalau anda menyebarkan ilmu yg anda baca dari buku dengan cara anda sendiri?

  17. ha a, plz jgn menukar topik adsense ke topik lain pulak.

    Aku juz nak share ngan newbies adsense. Langkah2 nak setai dan bergiat dlm adsense:

    Pertama ko register dulu ngan google adsense.
    Kedua buat blog. Kalau nak free...guna blogspot hosting. (Newbies digalakkan pakai yang ni)
    Ketiga selalu updatekan isi blog.
    Keempat...promotekan blog korang tak kesah samaada melalui email, facebook, forum (macam kat putera ni) - tp pastikan korang promote kat forum yg berkaitan dgn isi blog.
    Kelima, kalau pendapatan korang dah cecah USD100, dapatkan verification dari google. Pastu cashkan kat Western Union branch.

    Nak tau lebih lanjut...korang tanya je kat sini. Sebab aku nak kumpul semua adsense blog publisher kat sini.
    Makasih.

  18. buka kat my computer,10 saat pertama aku masukkan bluecube tu,dia keluar icon blue cube...
    lepas tu dia tukar jadi icon cdrom...then icon tu hilang sekejap. kendian timbul pulak icon pendrive.
    tapi bila klik kat properties utk cx kandungannya:
    used sapce =0 unused space =0. mcm tu lah setiap kali aku plug out dan plug in balik.
    tapi bila aku try bluecube tu kat lappy customer yang lain... ok jer.
    aku dah 3 kali reformat lappy tu gara2 nak pasang bluecube ni.
    usb port ni kalau pasang pendrive o.k jer. aku dah try ketiga2 usb port yg ada kat lappy ni.
    smua akan keluar usb device not recognize selepas 10 saat. (bluecube jer bermasalah / pendrive O.K)
    FYI sebelum ni lappy ni penah guna blue cube dan running o.k

    or ada yang aku terlepas pandang?

    makasih.

  19. Dari penerangan ni aku agak confuse, kenapa perlu ada TM modem IP? sebab Dlink Router ni adalah juga modem.
    Agak2 maksud en HDesk ni adakah kekalkan sambungan modem TM lepas tu cable ethernetnya masuk ke port no.1 router Dlink tu?
    Sebab FYI, Dlink tu sendiri ada port RJ11 dan tujuan aku pakai DLink router ni adalah utk wireless.
    [img]http://i681.photobucket.com/albums/vv177/mrRemz/dlink.jpg[/img]

    1. Make sure 2 device ni ip managementnya TIDAK berada dalam segmen yang sama .. contoh


    TM modem IP = 192.168.1.1 atau 192.168.1.254

    DLink Router IP = 192.168.1.1

    *** Kalau sama, tukarkan salah satu device diatas ip management ke segment yg lain contohnya 192.168.2.1 / 255.255.255.0
    *** Manage device ni berasingan , dah siap baru connect cable each other.

    2. Make Sure TM modem wan selection = Bridge

    soklan: macam mana nak tukar setting ni? aku try cari manual ni kat google tapi takder yang pakai firmware SEA 1.00 dan nilah masalah sebenar aku, aku pernah setting router tapi bukan yang pakai firmware ni. Kat mana letaknya WAN setting dlm firmware SEA 1.0?
    Makasih.
×
×
  • Create New...