Jump to content

Ramzi Bin Bakri

Members
  • Content Count

    279
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by Ramzi Bin Bakri


  1. Kalau nak senang, bro cuba klik kat website aku kat signature tu. Bro cuba klik kat mana2 link dalam tu. Bila ke page yang lain, iklan banner yang besar tu tak di display. Tapi bila klik halaman utama, iklan tu kluar balik. Aku nak kan semua link yang di klik akan paparkan iklan tersebut. Website ni asalnya blog. Jadi aku cuma guna template blogger yang ada jquery. Kalau nak edit page, memang tak boleh...sebab page yang lain hanya boleh buat post dan tak der page frame sendiri. Ada ke apa2 kod yang aku boleh masukkan dalam frame mainpage tu supaya slideshow tu di paparkan pada page lain? Maksudnya enable jquery slideshow on the top of all post.

  2. Aku sampaikan benda ni kepada kawan2 kat forum hanya nak minta pendapat. Just kalau korang satu hari nanti terjadi perkara seperti apa yang aku lalui, aku nak korang diamkan je perkara seperti yang di katakan oleh en power root ni. "sebab benda macam tu tak pelik sangat". Kalau setakat korang meremang tengok benda tu depan mata, tak der yg peliknya. Kalau terkejut sampai terkoma, itu mungkin pelik. Tapi jangan kongsikan sebab akan menimbulkan "fitnah" walaupun pada pendapat korang benda tu mungkin akan bawa kebaikan pada orang lain. Sebab tak semua orang berfikir seperti cara kita berfikir. Cas negatif selalu membentuk pandangan orang kita. Makasih.

  3. [quote name='akuccputsedut' timestamp='1330482723' post='1079736']
    insyaAllah takde apa laa.... benda camtu bukan nya iblis syaitan atau sebagai nya.. mungkin kebetulan jer... kain tuh dok situ dalam bentuk mencuriga kan... kebetulan jer tuh.... takde benda arr.... jangan laa nak taksub sangat.... relax2 ja sudah...
    [/quote]aku tengah heran, kat mana statement yg cakap aku taksub? Aku buat mcm biasa je, tak der aku sembah, memuja or sediakan jamuan untuk benda tu. Yang aku buat sekarang, selang seli solat di kedua-dua bilik. Percaya pada kewujudan jin yang sememangnya dah termaktub dalam al-quran aku rasa bukan taksub. Aku rasa statement ko ni dah salah lah.

  4. Makasih le para sahabat, dengan komen korang semua. Aku sebenarnya risaukan keselamatan orang rumah aku yang sedang pregnant. Dulu aku duduk rumah ni sorang-sorang, tapi alhamdullilah tak der apa yang pelik sehinggalah peristiwa tu berlaku. Aku yakin tak der apa yang perlu ditakutkan di dunia ni jika dibandingkan ketakutan pada azab neraka. Cuma aku nak tau sekiranya korang ada apa-apa nak di kongsikan. Aku betul-betul terkejut dengan peristiwa tu dan aku juga masih teringat-ingat sampai hari ni. Aku pasti semua yang berlaku ada rahsia di sebaliknya. Wallahualam.

  5. Sebenarnya web site aku tu asalnya guna blogger. So semua page yang aku bina tu asalnya adalah posting-posting. Jadi masalahnya sekarang hanya home page je ada slideshow, bila klik ke link lain, hanya posting di paparkan tanpa slideshow. Aku sebenarnya tak buat code jquery tu. Just guna template jquery sahaja. Adakah yang [url="http://forum.putera.com/tanya/index.php/user/41196-ahaksz28/"]ahaksz28[/url] maksudkan dengan memasukkan code jquery ke semua posting? boleh ke?

  6. Minta maaf out of topic sikit. Aku guna blogger template yg slideshow jquery ready. Tapi yg jadi masalah aku skrg ni, slideshow ni hanya di paparkan pada main page. Mcm mana nak enablekan supaya slideshow tu di paparkan di semua post aku? Kalau korang nak tengok blog aku untuk memudahkan korang faham, try klik kat signature aku. Bila aku klik link yang lain selain home, slideshow tidak dipaparkan. Minta maaf yer sebab web aku ni tak secanggih web orang lain dan stiil under construction. Tq.

  7. Aslkm semua,
    Korang pastinya pernah tengok berita ttg sejadah duduk tahiyat yang berlaku dalam tahun ni dan tahun-tahun yang lepas. Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah apa yang benar-benar terjadi kat rumah aku sendiri ptg semalam. Aku nak minta pendapat dan nasihat sahabat-sahabat semua.

    Semalam selepas menonton tv, aku nak menunaikan solat asar. Baru jer lepas azan asar sekitar 5 min, aku masuk ke bilik untuk mengambil baju. Tetiba je aku tergamam semasa masuk ke dalam bilik bila terlihat kain pelikat aku dalam bentuk yang amat mengejutkan di atas lantai bilik. Sama seperti kain sejadah yang pernah aku lihat dalam tv beberapa bulan yang lalu. Duduk tahiyat dengan menghadap kiblat. Ia sangat jelas tidak seperti kain pelikat yang di letakkan di atas lantai kerana ia tegak setinggi satu kaki. Aku terus berlari ke ruang tamu. Isteri aku terlihat aku dan bertanya kenapa muka aku pucat, tapi aku bagitau tiada apa-apa. Ini adalah di sebabkan isteri aku sedang mengandung 5 bulan. Aku tak mahu dia terkejut. Selepas aku menyuruh isteri dan anak aku keluar rumah seketika, aku memberanikan diri untuk masuk ke bilik tersebut dengan membawa bantal sofa, lalu dengan laungan Allahhuakbar aku terus baling bantal tersebut ke arah kain pelikat aku yang sedang dalam bentuk seseorang sedang duduk tahiyat. Setelah 10 min berlalu, barulah aku dapat menceritakannya kepada isteri ku.

    Untuk pengetahuan semua, hanya aku, isteri dan anakku yang baru berusia 2 tahun mendiami rumah kami. Hanya ada dua pintu di rumah ini, satu di ruang tamu tempat kami menonton tv dan satu lagi di dapur. Pintu dapur sentiasa berkunci dengan selak dari dalam. Kemudian aku mula terfikir mengapa mesti kain pelikat aku yang menjadi demikian dan bukan kain sejadah? Ini adalah kerana dua helai sejadah di rumah aku di sidai di bilik tidur kami di ampaian tuala. Manakala kain pelikat aku dan pakaian kami yang lain di letakkan oleh isteri aku di lantai dalam bilik kerana tidak sempat melipat pakaian tersebut. Bilik di mana kejadian tersebut berlaku juga adalah bilik kosong dan jarang kami gunakan. Kerana kami hanya menggunakan bilik tidur utama. Bilik tersebut hanya di gunakan untuk menyimpan ampaian baju dan karpet. Bilik tersebut juga sering dalam keadaan bersih. Aku juga menyesal kerana tidak mengambil gambar dengan hp aku. Tapi mungkin kerana aku terlalu terkejut dan bimbang isteri aku lemah semangat, jadi hanya membaling dengan bantal sofa sahaja yang aku mampu fikirkan pada masa tersebut.

    Sekiranya ada diantara sahabat yang mempunyai pengalaman tentang perkara seperti ini, sila kongsikan dengan aku. Apa yang aku lakukan semalam selepas kejadian tersebut hanyalah melaungkan adzan dan menunaikan solat marghrib di bilik tersebut. Selain itu isteri aku juga membacakan surah yassin semalam. Terima kasih

  8. Kepada newbies yang nak try adsense menggunakan blogger, aku rasa korang kena banyak bersabar sebab syarat untuk diapprovekan akaun mmg sangat ketat berbanding masa aku mula-mula bergiat dalam adsense tahun 2005 dulu. Tapi aku nak kongsikan juga kat sini...kalau korang nak blog korang diterima untuk adsense, daftarkan dgn adsense setelah blog anda berusia sekurang-kurangnya 2 minggu. sepanjang dua minggu tu, korang mesti aktif updatekan posting terbaru. kalau boleh satu hari satu post. cuba dapatkan sekurang-kurangnya 10 backlink dan 10 komen untuk blog anda. pastikan back link tersebut daripada laman web yang berkaitan. kalau tak berkaitan, kemungkinan tak di approvekan amat tinggi.

  9. [quote name='hafizamrepair' timestamp='1313136015' post='1071092']
    Salam, aku dah email patch Driver Genius Pro.Check email.Buat macam post-post mula-mula yang aku bagitahu.Any update refer kat sini. :3:
    [/quote]
    OK. smua masalah setel xcept dia punya bluetooth. tp tuan nya bg tau mmg bluetooth tu rosak.
    Software web cam, aku usha dia punya product review. dah jumpa Arcsoft camera software. Aku d/load dr Cnet. Thank's a lot.

  10. [quote name='hafizamrepair' timestamp='1313077021' post='1071048']
    Ada 1 cari lagi cara boleh guna, kau kena ambil detail product Id device tu.Cara dia ikut macam blog ni ajar[url="http://perkampunganit.blogspot.com/2011/06/tips-download-driver-komputer-laptop.html"]My link[/url] . :lol:

    Lepas dah dapat product Id tu.Copy dan paste kat website Devid.info[url="http://www.devid.info/"]My link[/url] ni.Website ni akan cari hardware driver yang kau takda tu.

    Tapi yang paling senang bagi aku guna Software Driver Genius Pro tu. :lol:
    [/quote]

    Ok bro, pblm utk wireless setel. Aku masuk web devid info.
    but mcm mana nak cari webcamnya pulak? Apa software dia guna ye?

  11. [quote name='hafizamrepair' timestamp='1313037872' post='1071034']
    Bro cuba cerita macamana kau install Software tu.Kau ikut step yang aku bagi tak. :unsure: .Lepas kau install kena copy paste .exe file(yang godam) kat program file tu baru boleh masuk activation code tu.Cuba kau check betul-betul step kau.ok.reply kat sini any upde ok.
    [/quote]
    Install mcm biasa, tp dia direct install. Terus online. Tak sempat copy pastekan. OK satu lagi mana nak dpt .exe file(yang godam)sbb aku dpt fail tu dr web lain. Link yg ko bg tu, mcm tak dpt download.

  12. Aku try Install Driver Genius Pro, tp invalid registration code.
    Install dah siap software ni, tp minta license kod activation - kod ko bg smua x dpt guna.

    Yg ada tanda ! dlm device manager: Other Devices - Network Controller dan Unknown Device.

  13. Aslkm en.zubair90, aku rasa ko punya penerangan yg first sekali tu dah sbbkan org sangka ko nyer biz ni scam.
    Itulah pentingnya 1st impression. Kalau ko nak advertise program cenggini, kena direct to the point. Tak perlu ayat2:

    Anda Tidak Perlu Berjumpa Sesiapa.
    Anda Tidak Perlu Pergi Ke Mana-Mana. Biarkan Sistem Bekerja Membantu Anda.
    Anda Akan Sentiasa Dimaklumkan oleh Sistem Hebat Ini melalui Email.
    Hanya secara online dirumah sahaja.

    Cara yg aku cadangkan, ko cari data2 bekenaan org yg dah berjaya dlm biz ni,
    masukkan dlm satu blog, then buat satu web yg reviewkan ttg biz tu. Pastu ko buat link. Mcm tu jer.
    Tp jgn bg data2 mengarut, sbb warga Putera ni byk Otai yg sgt fasih ttg SCAM.

  14. Ni notebook customer (Joybook Lite U1O5i - sumbangan kerajaan Malaysia). Aku dah formatkan.
    Walau dah install driver yg aku download dr Benq website, masih tak leh wireless dgn bluetooth.
    Aku dah rujuk manual ( press fn +f2 and move wifi button at notebook side).
    Driver2 lain yg didownload, takder masalah. OR mmg notebook ni takder wifi dgn bluetooth.
    (maksud aku, maybe termasuk kes yg selected model yg takde wifi ngan bluetooth)
    Lagi satu, Minta tolong pd sesaper yg ade software@driver webcam utk notebook ni, share ngan aku.
    TQ.

  15. Malam tadi aku dah try guna win 7 Ultimate, tapi tetap keluar error yang sama. Resource untuk install aku ambik dari vendor yang pasang cctv ni. Satu je yang aku muyskil, sebab netbook bos aku acer aspire one yg biasa. tapi yang aku nak installkan ni acer aspire one happy. ada perbezaan ke spec dua netbook ni. tapi biasanya latest version adalah lebih baik. kalau ader taiko yg penah try guna cctv zavio f321a ni sharelah info kat sini.
×
×
  • Create New...