Jump to content

frostmourne

Members
  • Content Count

    2968
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by frostmourne


  1. QUOTE (Ahmad2007 @ Dec 14 2008, 09:29 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    ooo.. sistem konventional tak adil.. MLM adil... maknenye MLM berbeza dengan sistem konventional la kan???, so, takleh la kite nak samakan MLM dengan sistem bisnes konventional kan??? ooo.. maknenye contoh2 yg diberikan sebelum2 ni seperti pemborong, peniaga, manager, supervisor dan sebagainya tu tak valid la yer?? sebab ia tak sama ngan MLM.. kan??? laugh.gif

    aku cakap pasal organisasi pekerjaan dan bkan bisnes konvensional. weh google la senang lawak la layan ko. malas la nak reply post ko sorang jer. buang masa.
    aku masuk putera carik info komputer, layan topik sembang ni pon saje2 je. huhuh. wassalam.
    rujuk post aku kat atas, aku ada kasi keyword utk ko search kat google.

    semangat tol ahmad ni tak sampai seminit orang reply, die dah post. huhuhuh bagus ada forumer semangat camni, tapi takkan stick satu topic je.

    wassalam. malas nak campur hal takde kene-mengena ngan hidup aku. tunggu orang yang ada kene-mengena reply. ko bincang la ngan diorang secara ilmiah ok.

  2. QUOTE (Ahmad2007 @ Dec 14 2008, 09:23 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    wah, ade contoh lagi... laugh.gif

    dalam organisasi kelab, adakah sejarah pengerusi kelab itu, mula jadi ahli2 biasa, berusaha (bukan berusaha cari ahli kelab kan??) dan jadi AJK, berusaha lagi dan jadi Pengerusi??? kalo ramai orang usaha nanti ramai la pengerusi yer??? rasenye kalo dah layak tu, trus jer jadi pengerusi atau AJK... tak perlu mula dari level bawah...


    oppss.. yer, setiap pengerusi bermula dari bawah. contoh kite tengok kat sekolah2. takkan ada kelab yang dipengerusikan oleh student form 1, tapi ahli2 bawahan adalah form 5. kesemuanya adalah senior yang akan jadi pengerusi dan jawatan penting. sebabnya adalah faktor pengalaman dan ilmu yang dikumpul..

    dan sesorang pengerusi tu jadi pengerusi adalah hasil sokongan org bawahan dan ahli2 kelab. kalau sesorang tu jadi pengerusi tanpa sokongan, alamatnya bungkus la sesebuah kelab tu.. kenapa perlu ramai pengerusi sedangkan dalam mana2 organisasi pengerusi dipilih berdasarkan suara bulat ahli2.. bkannyer berdasarkan usaha.

    lawak tol. tadi ko cakap nak berbincang secara ilmiah. so patuhi etika berforum secara ilmiah. sila gunakan satu sahaja simbol '?' kalau nak bertanya.
    persoalannya sekarang, ko tak paham piramid tu apa dan ko anggap apa yang ko paham tu adalah betul. so, dah 2,3 orang terangkan pasal piramid tu apa dan ko still dengan pendirian ko. so tak yah bincang lagi senang sebab ko dah set kan minda ko, ko adalah betul. so, no need bincang apa2 sebab perbincangan harus terbuka dan bersedia menerima pendapat dan bukan membalas pendapat dengan cara yang jelas menunjukkan ko rasa ko betul.

    huhuhu.. gunakan google la senang. search keyword ni : MLM vs Pyramid Scheme atau Multilevel Marketing vs Pyramid Scheme. silakan.
    kalau ko betul2 baca aku rasa ko akan ambik masa untuk faham setiap web hasil keyword yg aku kasi dan tak perlu reply post kat sini setiap selepas seminit org lain post. kan?

  3. aik 1 je ke? banyak aku kasi tu. nak jugak aku tengok pandangan dan pendapat bernas dari ko.

    ada kelayakan terus duduk atas walaupon takde pengalaman.. contoh fresh graduate.. tahu teori itupun cuma menghafal time final exam, tapi bila beri praktikal, tak tau. tapi orang yang banyak pengalaman praktikal duduk bawah sebab takde kelayakan? contoh juruteknik bawahan yang dah 20tahun kerja dan pakar dalam mengendalikan bidang yang diceburi secara praktikal.
    kerja fresh graduate tu cuma sain tu sain ni, arah org bawah. yang bersusah payah menggunakan kepakaran dan ilmu yang ada adalah juruteknik bawahan yang bekerja 20 tahun tu.
    pastu fresh graduate gaji rm3k, juruteknik bawahan tu gaji rm1.5k.

    lagi tak adil.

    dalam MLM, setakat downline ramai, tapi upline tu takde ilmu dan pengetahuan yang cukup, jangan mimpi nak berjaya.

  4. semua orang bermula dari bawah dan takde yang menyertai MLM terus jadi leader. sehebat mana leader tu sekalipun, dia bermula daripada kosong. setiap orang melalui perkara yang sama. bezanya, sape yang mempunyai ilmu, communication skill dan jalan kerja yang baik, dia akan berjaya lebih awal tak kire dia adalah downline ataupun upline.

    dalam bisnes konvensional, sebuah kilang tidak akan maju tanpa 10 pemborong. 10 pemborong takkan maju tanpa 100 peniaga. 100 peniaga takkan maju tanpa 1000 pembeli/pengguna.

    1 boss kontrol 3 manager, 3 manager control 6 supervisor, 6 supervisor control 12 kuli.

    pengerusi kelab bagi arahan kat ajk, ajk kasi arahan kat ahli-ahli biasa, ahli-ahli biasa buat keje. dan kelab tu menang pertandingan. yang dapat nama pengerusi.

    gol keeper penat2 jaga tiang gol dari bolos, pemain defence penat halang orang masuk kawasan penalti, midfielder penat2 gelecek bola, striker sentuh sekali terus gol. striker nama menjulang2 gaji paling mahal.

    abis tu sume nampak piramid kalau ko terus fikir camni. adoii... letih nyer.. ko google la senang. bila mindset dah set memang anti, terang ikut celah mana pon akan dapat jawapan yang sama.

  5. kalau camtu tak payah la ajak orang pegi tanya2 leader MLM memandangkan ko hanya nak berbincang dan bertukar pendapat wink.gif

    anyway, mana TS?

    penerangan ringkas dan mudah difahami dari roronoazoro sedikit sebanyak membantu untuk beri gambaran ringkas piramid dan MLM.

    tambahan ringkas dari aku.. salah satu kaedah MLM, A adalah upline, B adalah downline. Katakan A berhenti buat dan B terus buat bersungguh2, A tidak akan dapat apa2 manakala B akan mendapat pendapatan setimpal atas usahanya. katakan C berada di bawah B, dan kerja C lebih hebat dari kerja B, C akan mendapat pendapatan yang lebih walaupon berada di bawah B yang merupakan uplinenya. katakan di bawah C ada D, dan dibawah D ada E dan di bawah E ada F dan daripada kesemua ni usaha F paling hebat. so, pendapatan F lebih tinggi dari pendapatan A,B,C,D dan E. so celah mana piramid wujud dalam sistem macam ni?

    dalam piramid, A adalah upline, B adalah downline. Katakan A berhenti buat dan B terus buat bersungguh2, A tetap menjana pendapatan hasil kerja B dan B mempunyai pendapatan yang lebih rendah dari A. katakan C berada di bawah B, A tetap mempunyai income tertinggi diikuti B dan C. katakan di bawah C ada D, dan dibawah D ada E dan di bawah E ada F, income paling tinggi adalah A dan income terendah adalah F. so di sini terjadi piramid.

  6. QUOTE (Sir Pyan @ Dec 14 2008, 07:20 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    Aku tak nak perincikan dulu, sebab yang buat tanggapan tu bukan aku. Aku nak orang yang membuat tanggapan MLM adalah skim piramid tu sendiri bagitau definisi dia. So apa dia? Kalau tak tau cakap tak tau, kalau definisi peribadi cakap definisi peribadi.

    mungkin die berpendapat cari orang, ajak orang pastu dapat bonus. so jadilah piramid. biggrin.gif
    lorrr pendeknye perincian piramid ni yek? kekekekeke

    apa itu Skim Piramid dan apa itu bukan piramid panjang kalau nak dibincangkan.
    tapi aku kasi satu klu ringkas jek, Piramid sape berada di atas, dia akan paling tinggi income, tak kire la kuat mana orang di bawah buat kerja, yang di atas tetap paling kaya.

    tapi dalam pure sistem MLM, orang di bawah bleh potong income orang atas anytime saje bergantung atas usaha masing2. so tak jadilah bentuk piramid sebab dah terabur abis dah ni.. hokhokhokh maybe dipanggil sistem peramud atau sistem poramod?

    adoiii google kan ada, kalau tak paham apa tu 'skim piramid' dan 'Multilevel Marketing', manfaatkan la dulu google tu.
    wikipedia pon detail gak terangkan pasal Multilevel Marketing dan Pyramid System/Scheme. malangnya ada sumber yang baik tapi tak dimanfaatkan sepenuhnye.


    rujuk jer Post #66 dlm thread ni, gerakan ni boleh bermula kat situ jer. tak yah susah2.

  7. adoi modal sama.. tongue.gif ko gi la tanya pastu bawak recorder dan record, pastu convert ke mp3, upload kat mana2 server pastu kasi warga putera dengar.. ambil gambar dan biodata lengkap, company mana, umur berapa, berapa lama menyertai MLM dan lain2 maklumat penting.. kan ko mempunyai semangat yang tinggi dalam perjuangan ni. kekekekek.. buat sendiri dulu pastu baru beri cadangan dan suruh orang lain buat..
    pada aku, dari tanya leader dalam company MLM, baik pegi tanyer Pengasas, CEO, Marketing Plan Planner, orang2 penting dalam company tu..

    ok, Menurut Akta Jualan Langsung 1993, terdapat 3 jenis jualan langsung iaitu, Single level marketing(SLM), Multilevel marketing(MLM) dan Mail order.

    so, sebagai langkah utama, bagi mereka yang bersemangat dan beriya-iya dalam Gerakan Anti-MLM ni, aku cadangkan korang pergi naik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dan suruh kementerian buang Multilevel Marketing dari Akta Jualan Langsung, dan copy paste hujah2 mengapa Gerakan Anti-MLM ni nak anti-MLM.
    Sumber : gunakan fungsi carian di : http://www.kpdnhep.gov.my/

    Dan, suruh kementerian batalkan kesemua lesen-lesen Company Multilevel Marketing yang telah diberikan lesen sah berdasarkan syarat2 dan Akta Jualan Langsung 1993 seperti dalam list ni : http://www.mhepnselangor.gov.my/statistik/Stat1.pdf
    Sumber : http://www.mhepnselangor.gov.my (Website Rasmi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor)
    Terdapat banyak lagi list2 dari majlis hal ehwal pengguna negeri lain, memandangkan aku tak beriya dan tak bersemangat dalam gerakan ni, korang aje la cari sendiri. aku just kasi pembayang kalau betul2 nak membasmi MLM dari bumi Malaysia. jangan sekadar gerakan ni just berada di dalam subtopik paling bawah dan kurang ilmiah (bkan takde langsung ilmiah, bergantung pada thread) dalam putera.com ni iaitu subtopik Sembang. berjuang hingga ke titisan darah terakhir biggrin.gif

    Nampaknya ahmad2007 beriya2, hantar la surat rasmi ke KPDNHEP. jangan lupa screenshot surat rasmi tu untuk rujukan warga putera. wink.gif
    kalau betul2 nak banteras MLM, kite banteras cara profesional dan dengan cara yang betul melalui saluran yang tepat. so tunggu apa lagi, tempat untuk bermula dalam gerakan ni aku dah kasi.
    ataupun kalau rasa tak cukup berani nak hantar surat rasmi ke KPDNHEP menggunakan nama sebenar, bleh hantar cadangan Gerakan Anti-MLM melalui email KPDNHEP : [email protected].. so bleh guna nama samaran @ nickname. biggrin.gif
    untuk lebih berkesan, daftarkan secara sah Gerakan Anti-MLM menjadi sebuah persatuan, mungkin Persatuan Anti-MLM atau Persatuan dan Gerakan Anti-MLM Malaysia. Secara logik dan berdasarkan keadaan, suara individu kurang dilayan oleh Kementerian melainkan melalui Persatuan diiktiraf, sah dan berdaftar. wink.gif

  8. satu je ke bukti? tak cukup kukuh hujah tu untuk membuktikan apa yang nak dibuktikan. anda ada ciri pengkritik yang kurang buat kajian tentang apa yang nak dikritik.

    ok la sume. aku malas nak baca thread ni dah memandangkan dah berpuluh topic membincangkan hal sama dah ada dalam subtopic Bisnes kat putera.com ni.. dah bertahun2 pun. pergi la baca balik, ramai jugak aku rasa yang pro-mlm dan anti-mlm dah bincang mende ni bertahun2 sampai dekat 100 page.
    semoga gerakan anti-mlm berjaya dan menghasilkan buku2 best-seller di pasaran dan berlawanan dengan hasil2 tulisan best-seller berkenaan positifnya MLM yang dah pun ada di pasaran. selamat maju jaya, gerakan anti-mlm. keep your good work, kalau itu anda fikirkan. semoga dapat pendapatan dari hasil gerakan ini dan bukan sekadar taip2 dan borak2 dalam forum. wink.gif

  9. TS, ko pm je la sape yang ko yakin dan percaya bleh kasi ko cadangan spec untuk budget rm6000 tu.. close je la topic ni sebab dah melalut sangat dah ni...

    topic = "Tolong Sifu Dgn Bajet RM6000"
    kandungan topic = asal usul elektronik, perbandingan ketara jenama, ekonomi dan kehidupan, cara hidup dan sosial, kemasyarakatan, profile syarikat, mekanikal dan teknikal, bencana alam, rohani dan kehidupan... hokhokhokho biggrin.gif

    lawak lawak lawak lawak lawak SPAM sket...

  10. MLM bkan sume piramid.. company yang mengamalkan piramid ni sebenarnye menggunakan nama 'MLM' untuk cover aktiviti skim piramid company diorang..

    menda ni jadi keliru sebab ramai tak betul2 faham apa yang dikatakan Multilevel Marketing. dan ramai pulak buat2 faham apa yang dimaksudkan MLM tu. sekadar mendengar cerita orang yang gagal, atau orang yang tertipu, atau orang yang tak terlibat dan sibuk komplen sana sini, bukan satu cara yang baik untuk menilai dan memahami apa itu MLM sepenuhnya. kalau anda terlibat dalam MLM sekalipun, saya yakin tak sepenuhnya anda akan faham apa itu MLM. MLM satu bisnes yang kite perlu pelajari peringkat demi peringkat.

    kita imbas balik bagaimana 10 tahun lepas MLM betul2 berkembang di Malaysia. pada masa tu, tidak ada company2 yang menggunakan nama MLM untuk cover skim piramid. tapi hari ni, company2 skim piramid macam ni dah mula wujud sebab golongan cerdik pandai mengolah sendiri pelan pemasaran yang menyebabkan orang ramai nampak mudah/senang untuk buat duit dan mula bukak macam2 company.. dah memang perangai orang kita mencari sesuatu yang mudah, dan akhirnya tertipu. ini bukan disebabkan MLM, tapi sikap masyarakat yang nak dapat duit dengan mudah dan cepat, tanpa memahami apa itu MLM dan terus menyertai mana2 company yang konon2nya MLM. dan apabila tertipu, MLM disalahkan.

    jika kita lihat golongan profesional seperti dr fadzilah kamsah dan beberapa lagi golongan profesional lain, ada beberapa buku yang mereka tulis berkenaan MLM. mereka menyokong MLM di Malaysia, dan sekeras2nya menegah dari tertipu dengan company2 skim piramid yang menggunakan nama MLM. sila ke kedai2 buku berhampiran, pergi seksyen 'Business' ataupon 'Network Marketing' (bergantung pada kedai buku tu), cari buku2 berkenaan MLM yang ditulis oleh golongan profesional ni. beli dan baca. baru buat penilaian sama ada nak anti-MLM ke, nak support MLM ke, tak nak ambik tau MLM ke.. jangan terus buat penilaian melalui 'cakap-cakap' golongan yang kurang layak untuk menilai sesuatu perkara.

    aku pernah beli satu kaset rakaman ceramah daripada dr fadzilah kamsah bertajuk "langkah bijak usahawan terbilang". aku beli bkan sebab aku buat MLM dan kaset tu bkan utk pengusaha MLM tapi kepada semua jenis usahawan.. aku seorang peniaga konvensional dan nakkan tips2 dari dr fadzilah kamsah jadi aku beli lah kaset tersebut. dalam kaset tersebut, dr fadzilah kamsah turut mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk berikan tips2 kepada pengusaha MLM. jadi di sini, aku terfikir, kalau MLM tu karut, kenapa seorang profesional macam ni bleh beri tips plak pasal MLM ni..

    dan kenapa kementerian2, jabatan2, JAKIM tidak mengharamkan MLM kalau MLM ni tak betul? MLM ni pon bkan setahun dua kat Malaysia, tapi dah berpuluh tahun..

    ada masyarakat yang kata produk MLM mahal.. huhuhu.. tak semua company jual mahal.. dan ada yang mahal kaji lah kenapa mahal.. jangan hentam je.. kalau malas beli, tak payah lah bising sana-sini bkan kite rugi apa2 pun, kita tak beli. pure MLM company habiskan berjuta2 ringgit untuk research sesuatu produk.. contoh, ubat gigi. ubat gigi jenama Serigama (dr company MLM mana aku tak sebut), berharga RM 5.50 seunit jika anda ahli company tersebut. contoh, colgate yang sama saiz juga rm 5.50.

    beza di sini, beli colgate, apa yg anda dapat? 1 kiub ubat gigi, plastik bungkus dan resit.
    beli ubat gigi dengan company tu sebagai ahli, apa yg anda dapat? 1 kiub ubat gigi, plastik bungkus, resit dan point=> bonus..
    so, di sini pengguna dapat sedikit bonus daripada pembelian..
    colgate habiskan berjuta2 RM untuk promosi di media cetak, TV, radio dan pelbagai media.. manakala company MLM menghabiskan berjuta2 RM untuk research sesuatu produk, dan memberi bonus kepada ahli yang menjadi 'iklan' kepada produk2 mereka.

    atas ni contoh je.. jangan flame aku plak bising2 tu ini tu ini..

    MLM sebenar tidak piramid kerana tak semestinya A berada di atas, B berada di bawah, A paling kaya. dalam MLM sebenar, sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan tertinggi, bergantung atas usaha dan kerja masing2. pendek kata, A dah 3 tahun dalam MLM, B baru setahun, tapi dengan usaha yang gigih dan telus, anytime je B bleh jana pendapatan lagi tinggi dari A. Fungsi upline (upline yg betul2 la, yg penipu tu lantak korang la sape suruh tertipu) adalah untuk memperkenalkan dan membantu. itu saje. lain2 usaha sendiri, pendapatan masing2..
    terus-terang MLM BUKAN BISNES YANG SENANG.. perlu usaha dan ilmu yang cukup untuk berjaya sama seperti bisnes2 konvensional. kalau ada orang menawarkan pelan pemasaran MLM yang senang dan mudah, berhati2lah dengan sistem tersebut.

    kenapa orang kena tipu? jawapannya sebab diri-sendiri tak cukup ilmu.

    sekian pendapat dari aku yang kurang berilmu dan sedikit hasil dari membaca pelbagai buku tulisan profesional tanpa mendengar pendapat orang yang tak layak..
    jika kita tidak terlibat dalam sesuatu perkara secara serius, jangan kita cuba nak beri pandangan sedangkan kita sebenarnya tak cukup ilmu. kelak nanti bila golongan berilmu bersuara, memalukan diri kita sendiri. apa jua perkara sekalipun, pastikan kita betul2 faham konsep/bentuk/sejarah/dan faktor2 lain sebelum mula berbicara.. sebagai contoh, kita bawak kereta, tapi sebagai pengguna biasa kita sure takkan tahu keselurahan pasal kereta yang kita bawak tu, sistem, luaran, dalaman, konsep dan lain2 faktor. so bleh ke senang2 kita nak komplen kereta yang kita bawak tu tak bagus? accident sure mati? langgar lubang terus lari allignment dan balancing? selekoh maut sure terbabas? melainkan kita memang profesional dari segi mekanikal, teknikal, elektronik dan lain2. wink.gif

  11. Update wink.gif

    Processor : Intel C2Q Q9550 @ 3.6Ghz
    Motherboard : Biostar T-Power I45
    Ram : Kingston Hyper-X 4GB 1066Mhz
    Graphic Card : Gainward Golden Sample HD4870 512MB DDR5 @ 775/1000
    Harddisk : Seagate 320GB SATAII 16MB
    Power Supply : Enermax Liberty 620 Watts Power Supply
    Optical Drives : Lite-On DVD ROM & Lite-On DVD Writer
    Casing : Thermaltake Tsunami Dream (Black)
    Cpu Cooler : Thermaltake Big Typhoon VX 120mm
    Monitor : 19" LCD Samsung SyncMaster 932B Plus
    Mouse : Razer Krait
    Mousepad : Razer eXactMat
    Keyboard : Razer Lycosaâ„¢ Mirror Special Edition
    Speaker : Creative Speaker+Subwoofer

  12. acer ke, benq, samsung ke, lg ke kekekekekekke ke ok jer..

    cc member aku pakai acer rilek jer dah dkt 3 tahun.. 2 cc lak tu.. kastemer aku pon berlambak nak beli lcd acer ok jerk diorang pakai 2,3 tahun takde datang komplen lcd rosak ataupon nak komplen deadpixel walaupon sebijik..

    yg dok bong bang bong bang pasal brand ni pehal lak..? kalau rasa terer sgt pasal komputer tak yah la masuk forum.. forum tempat bincang secara profesional dan bkan tempat nak tunjuk terer atau hentam minat dan kepercayaan orang lain terhadap sesuatu jenama atau produk.. lain orang lain citarasa, lain orang lain bajet.. kalau brand tu tak bagus, takde nyer company2 pengeluar produk2 ni survive sampai skarang.. makin kaya je tokey dier.. bong bang bong bang kat sini pon tokey2 tu kaya gak..

    TS tanyer cadangan utk bajet dier rm4.5k korang bagi je la.. simple je soalan. kalau die tak minat spec yg korang kasi mesti dia ada sebab. jangan ingat citarasa korang sama ngan citarasa die..

  13. close je la topic ni memandangkan ada orang dari kalangan terlebih cerdik pandai sampai dialog situasi kejadian ni pon bleh diagak2.. sleep.gif
    agak2nye ramai la customer die kene blasah agaknya.. tak pon customer die kene berleter kaw2 sebab takde pengetahuan lengkap pasal produk yang die jual.. senang kata kalau nak beli produk ngan die, study dulu produk kaw2 sampai paham2 btol2 baru beli.. die sebagai peniaga tak payah explain apa2.. terbalik la pulak.. kalau customer bengap gak, apa lagi blasah je.. laugh.gif

    yang aku peliknye, jadi peniaga tapi ada masalah pada communication skill.. ada knowledge setinggi gunung sekalipon, tapi adab, hemah dan etika dok kat dasar laut, tarik grill kedai je la tak lama lagi.. bukan aku doakan, tu dari secuit pengalaman aku sebagai peniaga yang takde knowledge tinggi sampai sume mende aku nak kene tahu..

  14. QUOTE (Tun loy_azloy @ Dec 2 2008, 01:26 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    so harap kita semua boikot pertama komplek ni,tempat lain banyak boleh beli handphone,cari kedai yg dekat2 umah korang lagi bagus,rosak tak payah buang duit pg jauh2,pertama komplek tu pun kebanyakkannya refurbished,recon mmg melambak,kalau dia kata ori maknanya dia tipu la tu...

    jangan boikot pertama kompleks je, boikot skali sume kedai peniaga yang tak beradab tak kire kat mana2 sekalipon termasukla peniaga yang menyokong perbuatan tak beradab peniaga lain.. boikot je skali. nak meniaga cari rezeki, cari rezeki btol2.. jangan tau tunjuk pandai sana sini tapi jelas diri sendiri takde adab..

  15. bila kite bergelar seorang peniaga, bukan ilmu sebagai peniaga saje kite kene tahu.

    selain dari tu, faktor penting nak jadi seorang peniaga adalah etika seorang peniaga.
    kalau wujud pertengkaran sekalipun, sebagai peniaga, kita harus mengalah melainkan pelanggan kita mula campur adukkan hal2 keluarga, penipuan, sabotaj dan sebagainya.
    itupun, bukan dengan cara memukul atau melakukan kekerasan.

    kita ada agama, dan ada adab2 yang diajar oleh agama dan aku yakin bukan saje agama Islam sarankan adab berniaga, malah agama2 lain juga ada. Cuma penganut agama tu nak ikut ajaran ke tak.
    so, kalau tak ikut dan masih nak bekap perbuatan yang takde adab oleh peniaga cina kat pertama kompleks tu, nampak sgtlah kite bukan dari golongan peniaga yang beradab, beretika dan berhemah. tunggu masa je tuhan tunjuk bala kat perniagaan kita. kat sini pon jelas dah nampak, kerana aksi pukul memukul oleh peniaga cina tersebut, masyarakat dah mula nak memboikot bukan sahaja peniaga tersebut, malah ngan kompleks2 nak diboikot sekali. so, ni la akibatnye bila takde adab. so, bagi yang Muslim, walaupon kite disuruh ikut cara cina meniaga (sebab diorg memang pandai meniaga), tapi adab tetap nombor satu.




  16. kenapa ada kat dalam ni nak blame si mangsa pulak?

    kalau mangsa tu bodoh sekalipun sebab tak tau model phone apa dia pakai, die tetap seorang customer..
    aku pon peniaga kadang2 aku bengang ngan customer aku sebab banyak kerenah dan tak tahu apa2 pasal barang yg die nak beli, tapi bukan hak aku untuk melenting dan memukul customer aku.. marah tu simpan dalam hati, kita ni peniaga. kene berhemah.

    susah kalau berbincang dalam forum tapi ada orang yang rasa dia paling pandai semua perkara. kot ye pon pandai pasal komputer dan handphone, adakah kita pandai semua perkara? contoh pergi bengkel nak repair kereta, wajib ke semua pengguna kereta tahu kesemua part yang ada dalam dan luar kereta, yang nampak atau tak.


  17. Cadangan aku..

    Mobo : Gigabyte EP45-DS3 @ Asus P5Q P45 @ Biostar TP 45 HP
    Ram : Kingston Value Ram 800mhz DDR2 (2gbx2)
    Harddisk : Seagate 500gb SATA
    Graphic : Gainward 9600GT 512MB DDR3 Golden Sample
    DVDROM : DVD-RW Sata ikut la brand apa ko suke
    PSU : Silverstone STF560
    Casing : Cooler Master CM690

    Total : bawah RM2000... pandai2 la pilih kedai mana paling murah..

    kalau bleh tambah budget, tukar GC tu ke 9800gt wink.gif
×
×
  • Create New...