Jump to content

cili

Members
  • Content Count

    251
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by cili


  1. Alahai senang je nak download video dari youtube tak payah pakai software atau nak jadikan .flv.

    1. bukak ni http://keepvid.com/

    2. masokkan url video tu

    3. pilih youtube kat tepi url yang korang letak tu

    4. tekan download

    5. nanti ade tulisan kat bawah tu pas tu right click tekan a "save as"

    6. mase nak "save as" jadikan la video korang format ape yang korang suke contoh "malmsteen.avi"

    7. lepas tu tunggu la download tu sampai habis

    8. tengok

    cun


  2. Menidakkan satu parti politik dengan mengKafirkan lain. Beza jauh tu.

    Kita menyuruh manusia menyokong gerakan yang mahu mendaulatkan Islam bukannya mendaulatkan bangsa Arab dengan membelakangkan Islam dan memakan duit rakyat.

    Hamas terrorist di sisi Amerika dan Zionist tidak di sisi ummat Islam yang faham. Pandangan America ,zionist dan kuncu-kuncunya tidak diambil kira.

    2. Islam Hadhari ? tidak relevan dengan tajuk perbincangan


  3. Obsesi pada Palestin

    Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN)

    ENTAH mengapa isu atau sebarang hal melibatkan Palestin begitu dekat di hatinya, amat akrab dengan jiwanya.

    Namakan apa sahaja program atau kempen. Bagi pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Maszlee Malik, beliau sanggup turut serta walau dalam keterbatasan – demi Palestin.

    Masih segar di ingatan, kalau ada siaran paling diminati semasa remaja, ia pastinya Peristiwa Dunia (kini Dunia Hari Ini). Sehingga hari ini, program itu, diikutinya tanpa jemu. Ini kerana dia tahu, pasti ada sahaja cerita Palestin yang mendapat tempat untuk tujuan disiarkan.

    Dan segala-galanya menjadi obses baginya apabila usia meningkat menjadi pelajar sekolah agama di dalam negara yang kemudiannya melebar semasa mengikuti pengajian di Universiti Al Al-Bayt, Jordan.

    ‘‘Hati saya sangat tersentuh apabila mendengar isu-isu Palestin. Semasa belajar saya menjadi lebih tersentuh apabila mendapat tahu ramai antara kita yang tidak faham dengan isu Palestin. Saya beranggapan bukan semua, tetapi kebanyakan kita begitu. Saya juga tidak terkecuali, sehingga lebih banyak saya menggali kajian mengenai Palestin, lebih melimpah perasaan tersentuh hati saya, lebih obses saya pada Palestin,’’ kata Maszlee ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

    Pada 1991, ceramah oleh seorang warga Palestin, Dr. Azzam Tamimi yang mengaitkan isu Palestin dengan akidah begitu menusuk ke jantungnya.

    “Saya tidak sangka, isu Palestin yang saya baca, tengok dan dengar selama ini begitu besar sehingga ada kaitan dengan akidah.’’

    Dan lebih menyentuh hatinya ialah betapa ramai umat Islam tidak memahami isu sebenar Palestin.

    “Bagi saya, Palestin adalah bangsa yang tertindas serta dizalimi sehingga menjadi mangsa kepada orang lain yang ingin berkuasa.

    “Makin dikaji makin saya menemui isu Palestin ini tiada kaitan dengan Yahudi sebaliknya didalangi Zionis Kristian untuk menjayakan cita-cita mereka.’’

    Apabila menyedari isu Palestin itu perlu diambil peduli oleh semua umat Islam, pilihan yang dibuat ialah mencari jalan membantu.

    Dan bantuan yang boleh diberikan bukanlah kudrat atau wang ringgit kerana apa daya beliau untuk ke sana menjenguk mereka setiap masa. Maszlee juga tidak banyak wang ringgit untuk melabur membantu golongan Palestin yang dizalimi itu.

    Bantuannya tentulah memahamkan umat Islam terhadap akar isu Palestin melalui pendekatan penulisan buku.

    Dan obsesi beliau terhadap Palestin tergambar melalui buku-buku yang dihasilkannya setakat ini.

    Ia bermula dengan Syeikh Ahmad Yasin (2004); Al-Aqsa Dalam Bahaya (2005); 20 Persoalan isu Palestin (2205); HAMAS (2006); Kembara Beirut (2007) dan Peluru vs Batu Konflik Palestin & Israel (2007).

    Bakal masuk ke pasaran tidak lama lagi ialah Al-Aqsa Diserang; Gaza Dikepung; Perang Israel-Hizbullah 2006 - Apa Yang Anda Perlu Tahu?

    Beliau juga banyak menulis mengenai Palestin di majalah Milenia, Milenia Muslim, Dewan Agama dan Falsafah. Beliau turut menyumbang tulisan mengenai Palestin kepada dalam talian al-ahkam.net dan ummahonline.com. Malahan kerana minat mendalam dan mahu menyebar luas maklumat yang beliau ada mengenai Palestin, Maszlee, bapa kepada tiga anak ini membangunkan laman web sendiri beralamat Palestinkini.info.

    Sementara itu, pada 24 Februari 1994, semasa berada di Jordan kerana urusan belajar, sekali lagi hatinya terusik mendengar khutbah di sebuah masjid utama di negara berkenaan. “Itulah hari pertama saya berada di Jordan. Sungguh! Khutbah berapi-api mengenai isu Palestin itu menguatkan iltizam saya untuk membantu Palestin. Imam yang menyampaikan khutbah itu cukup kuat mengetuk pintu hati saya untuk tanpa berlengah berbuat sesuatu, berkongsi sesuatu bagi menolong Palestin.’’

    Sekembali ke Malaysia, kekuatan menolong Palestin itu banyak dilorongkan oleh seorang warga Palestin dan lama berada di negara ini.

    “Orang itu ialah Prof. Madya Dr. Muhsen Salleh, yang pernah menjadi Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di UIAM.’’

    Sedikit mengenai peribadi Maszlee, beliau mula menjadi pensyarah di UIAM pada tahun 2000.

    Selain menjadi pensyarah, beliau turut aktif dengan aktiviti-aktiviti badan bukan kerajaan (NGO). Beliau pernah menjadi ahli jawatankuasa antarabangsa Pertubuhan Jemaah Antarabangsa (JIM), menjadi penasihat kepada Pertubuhan dakwah Darul Fitrah, ahli Pertubuhan kebajikan al-Nidaa, dan juga ahli Muslim Profesionals Forum (MPF). Di peringkat antarabangsa pula, beliau menjadi wakil Malaysia di Muassasah al-Quds (al-Quds Foundation) berpusat di Beirut yang dipengerusikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Beliau juga pernah mewakili Malaysia di dalam International Network of Organizations Working for Jerusalem (INJO) sehingga tahun 2006. Beliau juga menjadi wakil Malaysia bagi World Federation of Islamic Schools yang berpusat di Arab Saudi.

    Beliau juga menjadi penasihat syariah kepada Medical Interest Group yang dianggotai oleh para doktor Muslim di seluruh Malaysia.

    Kepada satu soalan, beliau mengakui bahawa perjuangan membantu Palestin tidak boleh direhatkan.

    “Bukankah ada yang menyebut bahawa soal Palestin dan Masjid Al-Aqsa itu tidak akan diselesaikan sehingga hari kiamat? Maka, mana boleh berhenti daripada terus memikirkan dua soal umat Islam ini,’’ katanya ketika ditanya sampai bila beliau akan terus menulis mengenai Palestin.

    Ditanya soalan lain mengapa begitu obses terhadap Palestin, beliau menjawab: “Saya mahu menjadi duta Palestin dan Masjid Al-Aqsa di Malaysia. Itulah juga yang dipesankan berkali-kali kepada saya oleh seorang warga Palestin, yang juga saudara kepada komando paling dikehendaki oleh Israel bernama Sheikh Ataa Ayyash.

    “Dr. Muhsen, semasa saya berada di Jordan juga menitip pesan sama.

    “Barangkali terdorong merealisasikan hasrat itu dan kebetulan saya pula telah berjanji dengannya, maka itulah yang saya sedang lakukan sekarang.’’

    Seperkara lagi, penulisan buku-buku mengenai Palestin ini adalah langkah pertama. Banyak yang umat Islam boleh lakukan untuk menolong Palestin.

    “Adalah silap jika hanya bersimpati sahaja. Sebagai contoh, adalah menjadi sesuatu yang baik untuk semua umat Islam mendalami isu mengenai Palestin dan Masjid Al-Aqsa.’’

    Lalu, kalaupun kita enggan jadi obses seperti Maszlee dalam isu Palestin ini, setidak-tidaknya jalan itu ada dengan membaca buku misalnya untuk kita mengambil peduli hal berkenaan.

    Sumber: Utusan Online


  4. karut apa c-fu?

    Memang fatah sekutu US. This is a well known fact.

    Ko yang tak tahu dan tak amik tahu.

    AKu baru balik dari kawasan Kem org Palestin-Sabra, SHatila Lebanon bulan lepas. Aku tau dan aku amik tau. Nak cerita sejarah PAlestin ni panjanglah.

    Jangan percaya sangat apa yang dimomokkan di TV CNN dsbgnya. Semua berita yg sudah twisted in favour of Fatah.

    http://palestinkini.info/

    Kalau tak tau elok diam je.

    2. derma kat hamas sekarang ni payah sikit pasal yg rajin pergi hantar bantuan ke sana, Us MAszlee Malik sambung buat pHD kat UK.

    kalau nak bagi sumbangan kepada rakyat PAlestin secara umum:

    Masukkan derma anda ke dalam akaun:

    Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

    Bank Islam Malaysia Berhad

    Nombor akaun: 12113010005797

    Aman Palestin Berhad

    Bank Islam Malaysia Berhad

    Nombor akaun: 12029010047880

    Maybank Malaysia Berhad

    Nombor akaun: 562263010787

    Pertanyaan : 03-89267019


  5. Artikel pendek ini saya tulis dua tahun lepas:

    Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Kita tidak pasti dari mana kata-kata ini diambil. Yang pastinya Al-Qur’an dan As-Sunnah tidak menetapkan begitu.

    Kata-kata ini seolah-olah menggambarkan bahawa wanita itu kurang 80 peratus akalnya berbanding lelaki padahal ini bukan hakikatnya.

    Memang terdapat hadith Nabi saw yang sahih yang menyebut tentang kekurangan akal wanita berbanding lelaki. Nabi saw bersabda dalam hadith dari Abi Sa’eed Al-Khudriyy r.a yang menceritakan : Nabi saw keluar pada hari ‘Iid Al-Adha atau Al-Fitr** ke tempat solat. Kemudian baginda lalu di hadapan para wanita lalu berkata: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesungguhnya aku melihat bahawa kebanyakan ahli neraka adalah dari kalangan kamu (wanita). Maka para wanita itu bertanya: “Mengapa wahai Rasul Allah,†Nabi saw berkata: “Kamu suka melaknat dan kamu kufur (tidak berterima kasih) kepada suamimu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang lebih kurang akalnya dan agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang waras boleh dipesongkan oleh kamu.†Maka para wanita itu bertanya: “Apakah kekurangan akal kami dan agama kami wahai Rasul Allah ?†Nabi saw bersabda: “Bukankah kesaksian wanita itu menyamai separuh kesaksian lelaki ?†Maka para wanita itu menjawab: “Ya†Lalu Nabi saw menyambung lagi: “Maka itulah kekurangan akalnya. (Dan) bukankah bila wanita itu datang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa?†“Para wanita menjawab: “Ya.†Maka Nabi saw berkata: Maka itulah kekurangan agamanya.†[sahih Al-Bukhari, Kitaab Al-Haidh]

    Imam Ibn Hajar yang mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa terdapat juga wanita yang lebih pandai berbanding lelaki dan perkara ini kita semua sedia maklum akan kebenarannya.

    Malah Allah swt merakamkan kisah pemerintah Saba’ yang merupakan seorang wanita yang bijaksana dalam Suurah An-Naml ayat 22 hingga 44. Para isteri Nabi saw juga adalah tokoh-tokoh yang bijaksana dan mahir dalam hukum-hakam agama. Mereka itu mengajar para sahabat Nabi saw dari kalangan lelaki dan nasihat-nasihat mereka sering diambil oleh Nabi saw dalam pelbagai problematika kehidupan.

    Mitos bahawa wanita mempunyai hanya satu akal dan sembilan nafsu adalah kata-kata yang tidak ada sumbernya dalam agama ini dan tidak wajar sama-sekali disebarkan.

    WAllahua’lam.

    ** Keadaan tersebut disebut syak rawi dimana perawi

    hadith tidak pasti sama ada keadaan tersebut berlaku

    pada hari raya 'Iid Al-Fitr atau 'Iid Al-Adha


  6. FATAH - perjuangan untuk mengenyangkan tembolok pemimpin FATAH

    - dicintai Amerika dan Israel.

    - pemimpinnya korup dan berjoli habiskan duit rakyat PAlestin

    HAMAS- perjuangan sebenar ummat ISlam PAlestin

    - dibenci Amerika dan ISrael

    KAlau tak tahu sejarah perjuangan Hamas dan Fatah kaji dulu. Baca, jangan malas.

    Ini tak tahu apa2 pasal Palestin tiba2 nak berkompang macam dia tahu sangat.


  7. pasal telekom tanak open up line die ke kompetitor lain. ako malas nak cakap pasal bende ni lagi, tapi kalo nak tau sangat pegi check kes telekom vs time, telekom vs arcnet, dll.

    mmm dulu ramai orang mesia gelak kat ako, pasal diorang dapat upgred kepada 512, pastu 1MB. ostolia slow la ape la.

    start dari awal tahun ni, kitorang nye minimum standard dah 512. ako dapat free upgred ke 1.5MBPS. la ni diorang dah start offer 8MBPS - 12MBPS. korang bersyukurla dengan monopoli telekrap korang tu sambil ako sokong pertandingan antara kompeni2 kat sini yang makin murah dan makin laju. pelik la gak, korang suke HP pasal prepaid makin murah, tapi time broadband kate ok lak.

    also, streamyx MEMANG slow. kalo ko tak slow skarang, orang lain akan slow skarang. ko akan slow kendian. dah memang camtu lumrah, ako rase nak kepoh kat orang lain takde gune ah.

    setuju. stop the monopoly!!!


  8. Kita nak cakap pasal isu FATAH HAmas kena ada ilmu. Kalau nak bagi pendapat tak berdasarkan fakta semua org boleh buat.

    Tahu tak kenapa FATAH kalah dalam pilihanraya ? Sebab pemimpin2 mereka teruk dan korup.

    Sekarang ni FATAH dah tak ada sokongan. YAng menyokong FATAH ialah Amerika dan ISrael. Cubalah fikir sebab apa bantuan AMerika hanya akan datang jika FATAH memerintah ?

    Pemimpin FATAH hidup mewah sedangkan rakyat PAlestin menderita.

    Kerajaan PAlestin sebenarnya ialah kerajaan HAMAS. Fatah hanya menempek sahaja. Cuma sekarang dah berubah kerana Amerika dan Israel tolong Mahmud ABbas. Rakyat bersama Hamas.

×
×
  • Create New...