Jump to content

f a

Members
  • Content Count

    774
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by f a


  1. Cara 1, guna .NET punya class

    Load XML tersebut ke dalam object XMLDocument.

    Kemudian parse untuk setiap child.. Sebagai contoh, nak dapatkan title, pergi ke /rss/channel/title

     

    Cara 2, guna serialize

    Copy xml. Kat dalam visual studio, buat class baru, pergi ke edit > paste special > paste as xml class.. Pastu Serializekan data dari xml tu ke dalam object class.

     

    Digalakkan belajar parse xml dahulu. Senang nanti pasni. Tak susah pon.

    Tak digalakkan guna regex untuk markup language (ref: http://stackoverflow.com/questions/1732348/regex-match-open-tags-except-xhtml-self-contained-tags)


  2. dulu aku ade buat app pakai library zedgraph ni. memang lawa giler.. free lak tu..

    tapi yang lecehnye, die punye lesen la. aku ingat lagi kat 2 © die tu..

    c) You must cause the whole of the work to be licensed at no charge to all third parties under the terms of this License.

    hampeh tul.. kalo ada masa, baik wat sendiri. banyak gak leh blajar lagi..


  3. aku tak pernah pakai tuneup tu. tapi kalo nak buat hidden startup, cuba register sebagai service. nak tau lebih lanjut, try tengok kat msdn. (cara ni autoruns dari sysinternals masih boleh enumerate)..

    aku setuju dengan paralys3r. buat rootkit. ataupon attach / bind kat explorer.exe..

    atau append kat sesuatu program yang memang telah start mase windows (macam ctfmon, atau cuba enumerate apa apa program yang memang start, pastu tuka entry point die ke entry kod attached tu). - ni dah jadi appender virus..

    pengajar ko tu macam soh buat virus je.. sebab jarang ada software yang suke main hidden hidden ni dan 'autoinstall' tanpa minta pengesahan daripada user.. kecuali la malware :)


  4. Pasal Singapore terlepas tu...sapa punya tindakan yang membuat keputusan untuk melepaskan singapore?... PAS ker yang memerintah lepas merdeka? HAHAHAHA

    seronoknye ko gelak.. baca ni ha..

    Singapore terlepas dari Malaysia sebab PAP (People Action Party yang sekarang ni dok perintah Singapore tu). Lagipon mase tu diorang menimbulkan rasa tak puas hati kenapa Singapore kene bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia (sebab dalam Malaysia, ada hak keistimewaan orang orang Melayu berdasarkan kepada artikel 153) dan juga diorang menggunakan sentimen perkauman untuk membangkitkan rasa marah kaum cina terhadap kerajaan Malaysia ketika itu.

    PAP memaksa kerajaan Malaysia untuk kesamarataan untuk kaum kaum yang lain dan lee kuan yew mase tu dok sibuk sibuk cakap pasal malaysian malaysia. dan cuba teka sapa lagi yang cakap pasal malaysian malaysia tu? sapa lagi kalo bukan lim kit siang yang cakap beberapa tahun lepas (aku lupa tahun bila).

    DAP ni sebenarnya adalah 'tinggalan' daripada PAP selepas Singapura keluar dari Malaysia. perjuangan mereka sama sahaja. sebab tu la orang orang lama (datuk nenek korang yang remaja mase zaman 60an) amat sensitif dengan DAP.

    Parti Keadilan Rakyat pula, tiada lain seperti Semangat 46 dulu. Sekadar pemecah kepada undi Melayu.

    dulu aku ade tulis kat blog aku pas g mengundi.. aku paste je la..

    persepsi dari kalangan orang - orang tua (orang lama) mengenai kekalahan bn..

    pagi ahad 9 Mac 2008 (sehari selepas hari PRU12). ramai dikalangan mereka yang kelihatan terlampau sugul. dan ada diantara mereka menceritakan the worst possible senario yang mungkin berlaku. mereka menceritakan sebagai orang yang cintakan bangsa dan agama sehingga menitiskan air mata. ok. biar aku ceritakan semula..

    let say PKR terdiri daripada 1/3 melayu, 1/3 india dan 1/3 cina. barisan alternatif juga terdiri daripada DAP dan PAS, dimana DAP dikuasai oleh non-malays dan PAS dikuasai oleh malays. ok. sekiranya satu satu perlembagaan dicabar didalam parlimen, terutamanya melibatkan keistimewaan hak orang - orang melayu dan mengenai Islam, clearly korang boleh nampak angka mana yang mendapat majoriti and agama dan kaum mana yang kini didalam ancaman..

    dan apa yang lebih menakutkan, DAP adalah pecahan PAP (dari singapura - ketika pecahan Singapura itu, orang PAP akan pergi ke Singapura dan bakinya penyokong yang tinggal di Malaysia membentuk parti politik baru yang digelar DAP) dan korang yang hidup cukup lama boleh nampak keserupaan DAP sekarang dan PAP dahulu sebelum Singapura keluar daripada malaysia.

    dan aku pula..

    aku tak nak jadi orang bodoh, rebel semata mata hanya untuk menurunkan harga barang, tapi akhirnya memakan bangsa dan agama sendiri. dan aku juga tidak puas hati mengenai kepimpinan yang ada sekarang, terlalu jauh dari apa yang diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

    sudah tentu aku akan menyokong Barisan Alternatif sekiranya mereka memperjuangkan satu bendera, satu pucuk pimpinan, demi bangsa dan agama serta meletakkan clear statement mengenai term 'Malaysia' di mata mereka. bukannya Barisan yang ada 3 atau 4 bendera. perjuangan masing masing terlalau berbeza.. cubalah kamu fikir sendiri kenapa mereka tidak mencipta SATU bendera.

    dari sini..

    kalo bab bab politik ni, aku lagi suka dengar orang orang lama bercerita. sebab diorang bercerita berdasarkan parut mereka..

    so, jangan la gelak lebih lebih k ;)


  5. Aku da cuba search file tu guna show hidden file n extension tp benda tu tidak d jumpai d --> G:\WINDOWS\system32:winsock32.exe.

    kalo drive G: ko tu bukan NTFS, ko abaikan ape yang aku tulis ni..

    aku rasa, tu ads tu. ko try download LADS kat sini. extract kat g:\windows pastu bukak cmd.exe then g kat path tersebut then just run the file.. contoh ni:

    fe7cb2f261.jpg

    err.. don't mind command yang atas tu. aku punye sistem drive FAT32, so aku wat lat satu system32 aku sendiri (aku pakai FAT32 untuk mengelakkan daripada kene ads kat system aku).

    tengok dulu ada tak macam contoh aku tu. kalo ada, memang ads la tu. and sebelum fikir nak buang ads tu, kene cari dulu 'sape' yang buat ads tu. kot tak nanti susah susah je padam, die ade balik (memang susah kalo nak padam ads yang attached kat directory)..


  6. walaupon aku bukannya hebat sangat pon, tapi aku tak guna pon antivirus. sebab aku sendiri kumpul virus kat pc aku. maleh la kalo av nanti padam sume koleksi rare item aku tu. hah

    cuma aku takut rootkit je.. yang hidden process dan hidden file (bukan hidden yang tukar attribute file tu je, tapi yang jenis hide dalam stream).. :(


  7. Console.WriteLine("Guna Loop FOR(..;..;..)");
    for (int i = 0; i < 3; i++)
        Console.WriteLine("Nilai i sekarang:" + i.ToString());
    
    
    Console.WriteLine("Guna DO .... WHILE");
    
    int doCount = 0;
    do
    {
        Console.WriteLine("Nilai doCount sekarang:" + doCount.ToString());
        doCount++;
    }
    while (doCount < 3);
    
    Console.WriteLine("Guna WHILE");
    
    int whileCount = 0;
    while (whileCount < 3)
    {
        Console.WriteLine("Nilai whileCount sekarang:" + whileCount.ToString());
        whileCount++;
    }

    untuk for (...;...;...), lihat di post di atas

    untuk do { ....} while (???) pula, segala statement yang berada di dalam bracket { } akan 'dievaluate'kan dahulu, kemudian condition ??? akan dilihat. sekiranya ianya memuaskan statement untuk teruskan loop, maka proses ini akan berulang sehinggalah condition tersebut tidak lagi dipatuhi dan akan terus keluar daripada loop tersebut.

    untuk while(???) pula, condition ??? akan dilihat terlebih dahulu. sekiranya ianya mematuhi peraturan tersebut, maka instruction di dalam bracket akan dilancarkan. setelah selesai, ia akan semak semula condition ??? tersebut. sekiranya masih mematuhi, maka proses tersebut akan di ulang semula. sekiranya tidak, ia tidak akan memproses segala instruction di dalam { }, dan akan teruskan kepada next statement..

    senang kata, do { } while (???) dan while(???) { } adalah terletak pada bila arahan di dalam { } akan di lancarkan. sekiranya menggunakan do, maka { } akan dilakukan dahulu kemudian akan disemak, manakala while() {} pula adalah sebaliknya.

    programmer lebih suka menggunakan keyword for (...;...;...) disebabkan kebagusannya. di dalam for, kita boleh initialize new variable, boleh setkan condition dan setkan increament ataw decreament.

    dan untuk memudahkan pemahaman ini, lebih sesuai sekiranya melukis dahulu table, dan try evalute satu persatu di atas kertas untuk melihat bagaimana ia berfungsi

    :)

×
×
  • Create New...