Jump to content

MenCaRi

Members
  • Content Count

    1555
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by MenCaRi


  1. Kelajuan

    usb 2.0 = 480Mbps

    usb 3.0 = 5Gbps

    usb 3.1 gen2 = 10Gbps

    -------------------------------------------------------

    Bila sebut usb 3.1 ada yang akan keliru sebab ada Usb 3.1 Gen1 dan Usb 3.1 Gen2

    Sebenarnya usb 3.1 gen1 adalah usb 3.0

    Organisasi yg bertanggungjawab tentang Usb ini kemaskini nama ja.

    Oleh itu bila nak beli hardware atau device pastikan samada ia Usb 3.1 Gen1 atau Usb 3.1 Gen2

    -----------------------------------------------------------

    hzYn3sndRqCXKOACa4f_uQ.jpg

     

    IevFMILVQBywBJfWu5nsCA.jpg

     

    LtldnJQ1RmifZiFdV-XbDQ.jpg

     

    wCsCRnoLS0Cb0yiXdAddGA.jpg



  2. Perbincangan ilmiah - kenali Youtube secara teknikal

    -menggunakan html5
    -menggunakan h264
    -max support 8k dengan 60 frame per rate
    -audio guna stereo dan 5.1 (masih tidak sokong 7.1 Harap Youtube dpt kerjasama dgn Dolby dan Dts tentang audio)
    -baru ja on dark theme

     

    Supported YouTube file formats

    support.google.com/youtube/troubleshooter/2888402

     

    Recommended upload encoding settings 
    support.google.com/youtube/answer/1722171

     

    Recommended resolution & aspect ratios

    support.google.com/youtube/answer/6375112

     

    Ok tambahlah info yang ampa tau. Ada soalan boleh kemukakan. Siapa tau boleh jawab


  3. YouTube Kini Menggunakan Teknologi HTML5 Untuk Penstriman Di Keseluruhan Web Menggantikan Flash

    Google telah mula menguji sokongan penstriman video menggunakan teknologi HTML5 sejak daripada tahun 2010 yang lepas, dan hari ini, mereka mengubah tetapan YouTube untuk strim semua video pada web menggunakan HTML5, berbanding penggunaan Flash sebelum ini.

    Dengan perubahan ini, para pengguna tidak perlu risau sebarang perkara, memandangkan kesemua pelayar web moden termasuk Chrome, Firefox, Internet Explorer 11 dan juga Opera menyokongnya tanpa sebarang masalah. Penggunaan teknologi HTML5 turut membolehkan kandungan di YouTube dibawa ke pelbagai peranti lain, termasuk TV, peranti penstriman dan sebagainya. Pihak YouTube mengatakan transasi ini membolehkan pengguna menikmati kualiti video baik dengan lebih pantas berbanding sebelumnya, selain penggunaan VP9 yang mengurangkan penggunaan saiz data berbanding sebelumnya.

    Dengan perubahan ini juga, pihak YouTube mengatakan pembangun atau penerbit kandungan boleh menggunakan kod iframe yang disediakan mereka yang membolehkan pemain video yang bersesuaian ditunjukkan secara automatik pada pengunjung web, berbanding penggunaan kod object sebelum ini yang mana lebih kepada berasaskan Flash.

    sumber
    youtube-eng.googleblog.com/2015/01/youtube-now-defaults-to-html5_27.html

×
×
  • Create New...