Jump to content

ahmades

Members
  • Content Count

    1978
  • Joined

  • Last visited

Posts posted by ahmades


  1. Assalamualaikum,

    Tahniahlah kepada En Zero, aku masuk putera nih sebab nak ucap tahniah kepada zero yang akan memasuki alam rumah tangga. Lama sungguh tak masuk putera, lain semacam jer tgk ehehehe.

    Tahniah sekali lagi, TQ pada Navigator, kalau dia tak bagitau aku, pakai aku tak tau laa ko nak kahwin dah En Zero ooiii... :ph34r:

  2. Slow nih susahlah nak bagitau, member ko pakai windows apa?

    Actually, kalau slow kita boleh tweak-kan Half-Open Connection tu, kalau untuk Windows XP banyak tools dalam Internet yang boleh digunakan untuk proses tweaking. Kalau Win Vista dan 7, tak pastilah pula.

    Cuba pakai Firefox, pastu fine-tuning Network config dalam Firefox. Caranya mudah. Buka Firefox, pastu taipkan about:config dan ENTER. Akan keluar satu screen mengenai setting dalam Firefox.

    Dalam setting tu, cari variable nih :

    network.http.max-connections
    network.http.max-connections-per-server
    network.http.max-persistent-connections-per-proxy
    network.http.max-persistent-connections-per-server

    Double-kan nilai INTEGER bagi setting tersebut. Contoh katakanlah setting network.http.max-connections adalah 8, cuba double-kan jadi 16. Dan seterusnya untuk setting-setting lain.

    Ada apa-apa post lagi.

    TQ

  3. QUOTE(HaCkErZs @ Jan 18 2009, 05:05 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    Yerker?
    Hurmmm...
    Ok...
    Ni plak result speedtest aku!

    Bkn main lembap tul!
    Mcm x caye jer pkai yg 1.0Mbps mcm ni!


    Assalamualikum,

    Pakai modem cap apa? Riger? Billion? Aztech?

    Sila access modem berkenaan, depend kepada jenis modem URL Web Interface mungkin berbeza dan berubah. Untuk :-

    Aztech : http://192.168.1.1, Username : admin, Password : admin.
    Billion : http://192.168.1.254, Username : admin, Password : password.
    Riger : http://192.168.1.1, Username : tmadmin, Password : tmadmin.
    ZTE : http://192.168.1.1, Username : ADSL, Password : expert03

    Kemudian, cuba tengok di bahagian Status > ADSL Status. Tengok samada line quality ikut tak speed yang telah dilanggan.

    Biasanya, speed di talian akan di"cap" dengan konfigurasi melebihi 50% daripada speed yang telah dilanggan, misalnya pakej 1MB akan mendapat talian setinggi 1.5MB line quality.

    Sekiranya tak dapat seperti diatas, sila repot kepada 100 dan maklumkan kepada mereka mengenai line quality berkenaan. Biasanya, masalah ini dapat diselesaikan dalam 10 minit kerana konfigurasi line quality dapat dilakukan secara remote oleh pihak teknikal / ADSL melalui arahan 100.

    Harap dapat membantu.

  4. TM akan memperkenalkan teknologi broadband memalui talian CDMA. Benda nih bakal menjadi saingan sengit kepada WiMAX kerana talian CDMA sememangnya murah dan praktikal.

    Apa-apa pun, proses testing yang melibatkankan gergasi telekomunikasi masih lagi berjalan, cumanya kita tidak tahu bila benda ini akan launch. Mungkin ianya akan dijalankan serenta bersama-sama dengan HSBB.

  5. Assalamualikum,

    Itu masalah heavy loading, yang mana berpunca daripada Windows yang gagal handle mana-mana program yang sedang beroperasi.

    Solution dia :-

    1 : Kalau masih pakai Win XP SP2, cuba update ke SP3.
    2 : Kalau masih berulang, cuba tgk kot kot ada Latest Update daripada Windows Update,
    3 : Still have a problem? cuba tengok Mocrossoft Update kot-kot ada update atau security update mengenai NET Framework.
    4 : Kalau masih ada selepas proses diatas, cari satu software nama dia TuneUp, install dan run utiliti Reg Repair.
    5 : Kalau masih juga ada problem, then tiba masanya untuk update BIOS mobo.
    6 : Kalau itupun tak selesai masalah, cabut RAM dan cuci kaki RAM berkenaan dengan getah pemadam.
    7 : Tak selesai lagi! Sila format komputer anda. Sistem Windows XP anda mungkin dah corrupt.

    Sekian harap maklum.

  6. QUOTE(ROBOTs! @ Dec 11 2008, 08:07 PM) <{POST_SNAPBACK}>
    lepas satu demi satu cadangan telah diusulkan, bila admin dan member putera nak take action???

    Ebook? Ahli berbayar?

    Progress macam mana?still on???

    Bro admin, ko x nak buat putera sbg tapak pengiklanan ke???xnak buat putera ni jadi web dynamic ke???haha....member2 putera pulih ribu ni, kalau admin start program ahli berbayar, RM10 X 1000 dah RM10,000.00 dah boleh angkat dedicated server...xde masalah down dan bz lagi...

    Offer kepada advertiser utk advertise kat space putera, bhg forum, jangan banyak sangat, tp buat 2,3 tapak iklan...sebab bukan ape,aku nak advertise kat putera.com ni.... laugh.gif

    Ebook??apa cerita??cipanXgoreng ko apa cerita??sibuk dgn niche and marketing ke? tongue.gif hahaa...mane ebook ko bro, still on the way ke???dah brape page??20, 30???wakaka...

    kesimpulan dan tujuan dari thread ni adalah BILE DA NAK TAKE ACTION.....? blush.gif


    Blablablablabla...

    Ko bank in RM1000.00 kat admin, semuanya akan terlaksana.... tongue.gif

    Kesimpulannya,

    Tunggu la kejap, Admin duk tengah korek duit poket selelsaikan masalah bandwith nih.

  7. Tak gentleman la pukul awek , kalau nak pukul bini pun kena la ada alasan kukuh .

    hehe Untuk awek2 yang selalu dipukul oleh bf, boleh try bantai dia nyer "bawah" atau tekak dia kuat2 , diyakini si bf tak kaco korang untuk 10 minit seterusnya . ahahahahaha .

    Itu kelemahan "terbesar" dan "terdasyat" bagi kaum lelaki,..... hohkhokhokho


  8. Kenapa time nak hisap rokok dulu, terbatuk batuk, terseksa, takut-takut, tapi dengan segala upaya yang ada boleh berusaha pula hisap rokok?

    Nih bila nak berenti, tanya cara pula. Tak perlu cara sebenarnya. Time nak hisap dulu pun susah jugak, hah time nak berenti pun, silalah merasai kesusahan itu. :P


  9. ye ke makin hennsem?? :lol:

    Fakta tu, biasa la kalau nak harap scorp puji ahmades pakai sampai tua laaa tak ensem ensem aku nih.... :P

    SELAMAT HARI KELAHIRAN pada semua yg lahir pada hari ini di seluruh pelusuk dunia...

    termasuk la kao ahmades :P

    Hah? arghhhhh tua dah akuu nih :excl:


  10. Ada banyak lagu OneRepublic yang best, misalnya :-

    1. Apologize versi OneRepublic, bukan versi Timbaland
    2. All Fall Down
    3. Tyrant
    4. Stop and Stare
    5. Wont Stop

    Satu lagi, sesiapa yang mendengar lagu OneRepublic mesti memiliki telinga yang tajam untuk mendengar bunyi instrument-instrument "tersembunyi" dalam setiap lagu OneRepublic. Baru leh layan dan tau seni lentok lagunya. Kalau takat dengar syok sendiri, rasanya tak payahlah kot dengar. :rolleyes:


  11. Ohhh.. selepas meneliti thread nih barulah aku paham kenapa pompuan skang nih suka pakai seksi-seksi. Rupa-rupanya betis, paha, buah dada, belakang badan, ketiak yang putih melepak tu pun ingin "bertutur" sekali dalam bahasa badan. Patutlah setiap lelaki yang melihat pompuan cantik yang seksi-seksi gituww senyap seribu bahasa di mulut mereka kerana badan lelaki berkenaan ingin saja "berkomunikasi" dengan badan pompuan berkenaan........(tu yang kes rogol meningkat tu, sebab badan lelaki dah takleh nak berbahasa badan dah, kira nak buat "tindakan" ja..)

    Kalau pompuan muka tak cun duk cuba "membenarkan" betis, paha, buah dada belakang badan dan ketiak "berbahasa sekali maka lelaki yang melihatnya akan muntah seribu warna. Tergamam.... :lol:

    Betul tak navigator? :P Saya menang pawahroot.. :lol:


  12. Hai, saya pun baru join jugak. Saya pakai playar dengan spanar hidup ja untuk luruskan gigi saya. Kos pun agak murah dan praktikal kerana boleh dilakukan sendiri di rumah. Dan sedikit timah cair untuk mempalam gigi yang berlubang. Haaa, see my teeth, silau-silau gituwww haaa.


  13. Assalamualaikum,

    Nak halau penyema yang tak banyar sewa? Kacang je kerja tu, hang ada dua cara camna nak halau penyewa berkenaan samada degan cara perang saraf atau perang dunia ke-3.

    Berikut, aku bagi tips-tips untuk perang saraf:-

    1. Memula upah laa sesiapa saja untuk berlakon sebagai buyer, kemudian ajak "buyer" tu masuk terus dalam rumah sewa hang takpa perlu meminta izin daripada penyewa hang. Berlakonlah seperti seorang "buyer dan penjual" yang berminat untuk menjual rumah berkenaan dengan membelek-belek setiap sudut rumah tersebut DAN pastikan si penyewa dan ahli keluarganya tu ada sekali. Lakukan operasi ini setiap hari dengan "buyer" yang berlainan. InsyaAllah, dalam masa 2 minggu penyewa berkenaan akan mem"blah"kan dirinya sendiri secara otomatik takpa perlu dipaksa.
    2. Kalau teknik pertama tak berjaya, masuk teknik kedua yakni dengan cara lebih keras iaitu memotong kelengkapan utiliti seperti air dan api. Pergi ke pejabat TNB dan JBA (SYABAS, SYABU, SYAHWAT..... setiap negeri lain dia punya syarikat air, gunakan website nih kalau gagal mengenalpasti syarikat air mana yang menguruskan air negeri anda) dan mintak mereka untuk melaksanakan sekatan terhadap bekalan utiliti berkenaan di rumah sewa anda selama tiga bulan. InsyaAllah beliau yakni si penyewa akan berambus dengan kadar yang segera sebab tak tahan hidup seperti makcik di rancangan BersamaMu TV3.
    3. Kalau dia masih berdegil, amik kamera digital kemudian tangkap gambar dia. Pastu buat satu poster berbunyi camni "KEHENDAKI, DUIT SEWA, SILA BAYAR DALAM KADAR SEGERA SEKIRANYA RUPA MUKA DI DALAM POSTER INI MENYAMAI MUKA ANDA. HARAP MAKLOM". Jangan lupa untuk masukkan sekali nama penuh si penyewa berkenaan. Photostat poster berkenaan kepada beberapa salinan untuk ditampal di dinding kedai kopi, pokok, tiang elektrik, dan yang terpenting, dinding rumah sewa anda. InsyaAllah, beliau bukan sahaja akan meninggalkan rumah anda malah akan meningggalkan kampung berkenaan kerana malu dengan tindakan anda menampal poster menuntut hutang.
    4. Dan kalau cara ini pun tak berkesan, maka tindakan terakhir adalah berjumpa dengan pengamal perubatan traditional untuk menghasilkan sejenis ubat untuk menghalau si penyewa berkenaan. Beliau dengan izin Allah SWT akan keluar dari rumah berkenaan (jangan dok jumpa tok sami, tok dukun yang duk puja setan pulak, kang dengan korang-korang sekali goal..).
    5. Kalau cari ini pun tak berkesan, maka anda kena mulakan tindakan dengan mengistiharkan perang dunia ke-3 kepada penyewa berkenaan.

    Aku sangat busylah, nanti aku bagi tips dan plan-plan untuk perang dunia k-3, stay tune...ohkhokhohohkoko

×
×
  • Create New...