Jump to content

kedai-lelaki

Learning
  • Content Count

    12
  • Joined

  • Last visited

Community Reputation

0 Normal

About kedai-lelaki

  • Rank
    Ahli Baru
  1. Hubungan Antara Sakit GOUT & Sakit GASTRIK Pada zaman moden kini, cara permakanan kita sudah banyak berubah jika berbanding dengan 30 tahun yang lalu, begitu juga dengan sumber makanan kita. Pada zaman dahulu, hampir semua makanan yang kita makan adalah jenis organik dan semulajadi. Lebih daripada 80% makanan kita pada ketika itu adalah terdiri daripada hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan ubi-ubi.   Tetapi kini cara makan kita sudah menjadi semakin Ekspress. Kini sajian makanan kita sudah menjadi terbalik, kabanyakan daripada kita telah menjadi karnivor yang memakan daging lebih daripada sayur-sayuran. Ada yang sampai tidak sentuk sayur langsung! Anda perlu tahu bahawa daging adalah jauh lebih susah untuk dicernakan jika berbanding dengan sayur-sayuran. Pencerna makanan berprotein tinggi ini akan membebankan perut kita kerana kita telah memaksa ia untuk merembeskan lebih banyak jus gastrik. Lama kelamaan, perut kita sudah menjadi biasa untuk menghasilkan banyak jus gasrik dan pendedahan kepada jus gastrik yang sungguh berasid ini akan menyebabkan dinding perut menjadi semakin nipis. Sakit gout adalah berkait langsung dengan cara pemakanan seseorang itu. Hampir semua pesakit gout adalah orang yang gemar makan daging. Maka, kemungkinan untuk golongan orang ini untuk mendapat kedua-dua sakit gout dan masalah gastrik adalah jauh lebih tinggi.
  2. Info Kentut dan Kesihatan Kentut atau buang angin bagi kebanyakan orang, boleh jadi menjadi sesuatu yang pantang jika dilakukan di tempat umum. Kenapa, kerana menimbulkan bau busuk apalagi kalau kentutnya tidak berbunyi. Kentut merupakan aktiviti alami dari tubuh kita. Seringkali kita terhantuk antara norma dengan kesihatan sampai-sampai kentut pun ditahan-tahan yang justru menimbulkan kesan kurang bagus bagi tubuh. Dari sisi kesihatan, aktiviti kentut menunjukkan adanya aktiviti usus yang baik. Seseorang yang baru menjalani pembedahan dengan bius total perlu menunggu hingga tiba saatnya kentut, sebelum dirinya dibenarkan doktor untuk makan dan minum. Kentut sering dijadikan panduan oleh doktor dan pegawai kesihatan lain bahawa fungsi usus telah kembali normal. Menurut para penyelidik di University of Exeter, dos kecil hidrogen sulfida membantu menjaga sel-sel sihat dan dengan demikian membantu menangkis penyakit seperti demensia, kencing manis, dan bahkan kanser. Dengan kata lain, bau kentut boleh menjadi perkara terbaik yang anda lakukan. Para penyelidik di University of Exeter mencari bahawa hidrogen sulfida yang biasanya dihasilkan dalam usus menghasilkan gas toksik dalam dos besar, namun anda tidak perlu takut kerana sebenarnya gas-gas tersebut justru bermanfaat bagi kesihatan anda. “Walaupun hidrogen sulfida dikenali sebagai gas berbau busuk seperti telur busuk dan membuat perut kembung, sebenarnya gas tersebut boleh menjadi pahlawan kesihatan dengan implikasi yang signifikan untuk terapi pelbagai penyakit,” kata para penyelidik Exeter
  3. [B][SIZE="5"][COLOR="Red"]Punca Wanita Haid 2 kali Sebulan[/COLOR][/SIZE][/B] [CENTER][/CENTER] Wanita yang mengalami haid lebih daripada sekali pada setiap 24 hari boleh dianggap sebagai kitaran haid yang abnormal. Apa yang  dibimbangi kekerapan pendarahan haid boleh menyebabkan  seseorang wanita mengalami anemia atau mungkin juga ianya disebabkan oleh jangkitan atau masalah perubatan lain yang memerlukan rawatan. [CENTER][/CENTER]   [B]Berikut adalah 10 antara punca mengapa wanita mengalami haid 2 kali sebulan:[/B]     Penurunan berat badan yang drastik – ianya boleh menjadikan gangguan hormon dan hormon yang berfungsi menunjukkan tempoh haid bermula telah menunjukkan lebih awal.      Senaman yang berlebih-lebihan – Ini juga boleh mengganggu hormon.      Tekanan – Peperiksaan, masalah keluarga, masalah kewangan, bercerai , malahan keluar Negara untuk bercuti sekalipun boleh menyebabkan perubahan sementara dalam kitaran haid.      Penyakit  dan / atau ubat – Beberapa jenis ubatan boleh menjejaskan kitaran haid. Minta nasihat doktor untuk menghentikan sementara atau meminda pengambilan ubat jika ianya difikirkan menganggu kitaran haid.      Masalah-masalah uterus seperti polip, sista, fibroid atau ketumbuhan (samada benign atau cancerous).      Jangkitan Kelamin- Boleh menyebabkan pendarahan diantara dua haid dan sesetengah wanita tersilap menyangkakan ianya  darah haid.      Masalah tiroid – Penyakit tiroid boleh menyebabkan penebalan lapisan Rahim dan ini boleh mengakibatkan lebih banyak pendarahan dari biasa.      Reaksi kepada kontraseptif – Kadang-kadang pil, suntikan depo provera atau IUD boleh mengakibatkan perubahan dalam kitaran haid.Pil dan IUD juga boleh menyebabkan pendarahan di antara 2 kitaran haid atau dikenali sebagai “breakthrough bleeding” dan wanita mungkin tersilap menyangkakan ianya pendarahan haid.      Kadang-kadang perubahan atau menghentikan kaedah kontrasepsi anda boleh menyebabkan penurunan hormon secara mengejut dan ini boleh mengakibatkan perubahan kepada kitaran haid.      Permulaan putus haid – Bagi wanita berumur 45 keatas ianya membawa tanda wanita tersebut bakal melalui menopos.Ianya juga  tanda “kilang telur”akan mula ditutup. [B]Rawatan[/B] Ada ketika rawatan tidak diperlu, misalnya, jika gangguan kitaran haid yang berpunca dari stres, penurunan berat badan atau penyakit yang bersifat sementara dan boleh sembuh dengan sendirinya dalam tempoh tertentu. Bagaimanapun , untuk mengelakkan dari kemungkinan lain yang tidak dijangkakan, doktor boleh melakukan peperiksaan pelvis. Doktor juga mungkin mengambil sampel lapisan uterus serta melakukan imbasan ultrabunyi untuk melihat sama ada terdapat mana-mana halangan di uterus, seperti fibroid. Jika terdapat halangan yang ditemui, wanita tersebut boleh dirujuk untuk pembedahan supaya ianya dibuang. Namun Jika terdapat sel barah , wanita tersebut akan dirujuk kepada pakar onkologi yang akan merangka rawatan dan penjagaan bersama . Jika terdapat jangkitan kelamin pula, ianya boleh dirawat dengan antibiotik bagi kedua-dua pasangan(dan penggunaan kondom mencegah jangkitan lebih lanjut). Jika masalah itu disebabkan oleh alat pencegahan hamil atau ubat, ini selalunya boleh diubah bagi menghentikan masalah. Rawatan hormon juga boleh diberi dalam keadaan masalah penyakit tiroid atau seseorang wanita yang telah mula putus haid. [I][B]Semoga Bermanfaat[/B][/I]
×
×
  • Create New...