Jump to content
CODEC

Perhatian Untuk Penggemar Video Editing.

Recommended Posts

Salamzz....

Saya CODEC ingin memberikan bantuan kepaa sesiapa yang memerlukan.

Saya berpengalam dalam pemasangan PC lebih kurang 15 tahun dan Video Editing 4 tahun.

Saya juga mampu menggunakan hampir semua software Video Editing yang berada dipasaran sekarang.

Saya juga mengendalikan beberapa software Sound Editing.pernah bekerja sebagai Linear Editing/Non Linear Editing di firma yang terkenal dan sekarang bekerja sendiri.

Diharap bantuan saya ini dapat meningkatkan mutu kerja anda.

Saya juga ada menganjurkan kursus insentif untuk yang berminat,dengan bayaran yang berpatutan.

Saya menyediakan program APPRENTICE/JOINT VENTURE kepada semua yang berminat.

P/S:Ilmu yang saya ada ini bukan milik saya,tapi milik yang Maha Berkuasa,jadi gunakanlah ianya untuk jalan kebaikan.

Sekian,Terima Kasih

Share this post


Link to post
Share on other sites

ade sample work tak?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Salamzz...

 klu boleh nak tau sejauh mana kepentingan VIVO (video-in/video-out) pada kad vga dlm video editing ni? just secara umum la...

Pada pendapat saya,VIVO pada VGA card nih lebih kepada external display yang lebih besar,Contoh kad vga yang ada kat pasaran nih kebanyakannya ada S-Video & Composite(atau salah satu)dan juga DVI(Digital Video In).Kepada yang nak main game kat TV tuh bolehlah sambung conecter dia,selalunya dia guna S-Video.Saya pun guna juga untuk Preview hasil kerja saya di Screen TV sebelum burn sesuatu Projek tuh dalam vcd or dvd.Ianya lebih baik dan dapat gambaran jelas sejauh mana kualiti sesuatu produk yang dihasilkan.Kerana resolution PC nih tinggi,jadi semua nampak macam baik,tapi bila dah burn ke cd dan pasang dengan standalone player ,semua jadi tak kena.Walau bagaimana pun boleh juga untuk capture video dari TV atau DVcam,cuma hasilnya kurang berkualiti.Selalu VGA kad nih ada bundle sekali program capture untuk buat video editing nih,tapi memang kalau 10 markah tuh saya boleh bagi dalam 4 markah sahaja.Kesimpulannya,pembuat kad vga nih cuma nak menyediakan satu pakej yang nampak lengkap kepada pembeli yang membeli produk mereka.Jadi nampak macam berbaloi kalau beli kad mereka yang mahal tu,walaupun sebenarnya dari segi kualiti tidaklah memuaskan hati.

rolleyes.gifrolleyes.gifrolleyes.gifrolleyes.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku baru nak beli DV Strom Pro ngan Wami rack

so nanti kalau aku godok2 x paham aku tanyer ko ok. neway thanks.

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku baru nak beli DV Strom Pro ngan Wami rack 

Dah beli ker belum?kalau belum tak payahlah beli mahal2.Membazir....ada yang lebih murah dan bagus.

Tentang wami tuh...pun sama gak..mahal,Ada software yang hampir sama kualiti macam hardware tuh...

Jangan bazirkan duit anda.... laugh.gifbiggrin.giflaugh.gif

PS:Tapi kalau dah kaya tuh nak buat camne....yer tak biggrin.giflaugh.gifbiggrin.giflaugh.gif

Jangan marah gurau....... laugh.gifbiggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

x pe duit ofis.

so korasa software aper yg bagus utk video edit dan sound edit.

Share this post


Link to post
Share on other sites

x pe duit ofis.

so korasa software aper yg bagus utk video edit dan sound edit. 

Kalau dah duit opis tuh nak buat camne yek.. biggrin.giflaugh.gifbiggrin.giflaugh.gif

Tentang software tuh kalau dah confirm nak pakai DV Strom,tak yah beli software lelain.DV Strom sendiri dah ada editing app.kat dalam.Memang bagus pakai DVS nih cuma pada saya hardware CODED nih kurang versatile.Terikat kepada keupayaan hardware tuh sendiri.Lebih baik guna software codec,lebih murah dan ada nilai2 versatile.Cuma kelebihan nyata hardware codec nih dia punya preview engine tuh lebih real time.Sekarang memang susah nak cari app.video editing yang real time preview.Yang mampu mencabar hanyalah VEGAS VIDEO 5.Real time preview without rendering,sama macam DVS.Tapi DVS boleh input real time layer up to 7audio & 30graphic in real time.Takyah tunggu2 nak rendering dan tak tersenguk2.Vegas mampu setakat 2-3 layer input jer,itupun kena tengok jenis layer.Kalau 3d anime yang masuk,sah tersenguk2 jugak walaupun 1.Apapun kalau nak buat cormecial production baiklah pakai Hardware Codec.Kalau setakat nak tangkap suka2 dan main2 jer jangan membazir. biggrin.gif

PS:Lebih baik pergi terus ke Main Opis dia di Taman Tun Dr.Ismail(showroom)kalau nak tengok demo.Tapi bab harga rasanya kalau beli kat luar lagi murah. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ur Welcome my friend.... biggrin.gif

Kalau ada masalah lagi jangan lupa tanya disini..

Terima Kasih.

PS:Tanya pasal Video Editing dan yang sewaktu dengannya biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Codec.

Saya ingin bertanyakan berkenaan dengan Video editing.

1. Apa video editing yang digunakan untuk membuat program TV seperti yang digunakan oleh TV3,RTM dan Astro. saya melihat kualitinya sangat baik.

2. Adakah setiap program TV yang dimainkan distesyen penyiaran dari pada VCD atau VideoTape.

Terima Kasih. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

1. Apa video editing yang digunakan untuk membuat program TV seperti yang digunakan oleh TV3,RTM dan Astro. saya melihat kualitinya sangat baik.
Tentang pertanyaan awak fready..sebenarnya saya tak pernah bekerja di mana2 stesyen TV pun.Tapi berdasarkan maklumat kawan2 yang bekerja disana mereka menggunakan mesin khas AVID(besar2 almari)untuk brodcasting(Digital VTR).Kalau tak silap saya mesin itu adalah menggunakan teknik Linear Editing(on fly)dengan pelbagai transition sedia ada dan menggunakan format Beta.Ada juga yang menggunakan format DV dan DVCpro.tetapi memandangkan pemancar menggunakan sistem analog..jadi mereka terpaksa menukar format itu kembali ke Beta untuk ditayangkan ke TV.
2. Adakah setiap program TV yang dimainkan distesyen penyiaran dari pada VCD atau VideoTape.

Kalau dulu saya pasti memang sukar nak dimainkan secara terus tanpa melalui proses penukaran keBeta.Masalah videotape dan vcd ini kualiti nya terlalu rendah.Tetapi daripada teknologi terkini dengan mesin2 khas mereka mampu untuk menayangkan apa jua bentuk format dengan baik>Contoh NTV7 menayangkan gambar(curi tangkap)yang menggunakan DVcam dan yang lebih menarik lagi untuk kes2 tertentu mereka menggunakan video streaming dari telefon bimbit.(Edisi Siasat).Walau bagaimana pun kualiti gambarnya tidaklah baik kerana mutu video streaming bukan untuk Brodcasting.

Diharap penjelasan saya tadi dapat memberikan manafaat kepada kita semua.

Terima Kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Terima kasih dengan penjelasan codec tadi.

Untuk pengetahuan codec saya juga berminat dalam bidang edit mengedit ini.Dan setakat ini saya sering mengedit video majlis perkahwinan.Editing yang sering saya buat ada lah seperti add title, add song dan cut mana2 part yang rosak.

Saya sangat selesa mengunakkan Piniccle (Studio 8 ) untuk title dan Ulead Media Studio untuk editing - Add song ,Cut part rosak.

Dalam pemerhatian saya:

1. Piniccle ini sangat sesuai untuk buat title tetapi tidak sesuai untuk editing

( Gambar kabur dan pecah bila sudah burn ke VCD ).

2. Ulead media studio ini Movie dia terang sedikit dan kira memadai tetapi tidak semua Player boleh support.Cthnya - Player yang old atau HIFi yang agak ketinggalan tak bleh main.Movie tersangkut-sangkut.

Codec, Apa sebeb ya ada masaalah begini berlaku.

Terima Kasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites

1. Piniccle ini sangat sesuai untuk buat title tetapi tidak sesuai untuk editing
( Gambar kabur dan pecah bila sudah burn ke VCD ).
2. Ulead media studio ini Movie dia terang sedikit dan kira memadai tetapi tidak semua Player boleh support.Cthnya - Player yang old atau HIFi yang agak ketinggalan tak bleh main.Movie tersangkut-sangkut.

Ikhlas saya katakan pinaccle 8 hanya sesuai untuk beginner dan conversion ke vcd yang dinamakan mpeg encoder tidak serasi dengan standalone vcd player dipasaran kita.Yaa...Ulead Media Studio memang program paling mudah dan baik dari segi mengedit.Saya menggunakan 3 jenis software editing iaitu Adobe Premiere 6.5 + plug in Hollywood FX,Ulead Media Studio Pro 7 dan Video Vegas 5.

Pada saya Video Vegas adalah satu2nya program render free preview atau Real Time preview yang pertama didunia dan terbaik masakini.Software lain seperti Ulead dan Adobe claim mengatakan mereka juga Real Time Preview...namun malang kualiti mereka jauh lebih teruk dari vegas.Umpama Proton Gen2 nak berlumba dengan Ferrari.Cubalah gunakan Vegas..walaupun nampak agak serabut sedikit interface dia..namun saya amat mengagumi produk ini.Itulah sebabnya Sony Corp.telah membeli saham syarikat ini yang dulu dipunyai oleh Sonic Foundry.Bukan senang atau calang2 produk dipasaran yang boleh mendapat perhatian dari syarikat gergasi seperti Sony.

Tip ringkas dari saya ialah jangan gunakan mpeg encoder yang terdapat pada Ulead,Pinaccle,Vegas dll.Keluarkan dalam bentuk AVI atau DV selepas proses editing dan sound edit dan gunakan TMPEnc 2.5 untuk proses akhir encoder mpeg.Selepas itu boleh burn ke VCD..insyallah banyak player vcd yang mampu memainkannya.

PS:Pastikan anda ssudah membaca tip2 asas saya di link sebelum menceburi bidang ini.Terima kasih.

http://forum.putera.com/tanya/index.php?showtopic=1139

Share this post


Link to post
Share on other sites

hi,

kalu keluarkan video dalam bentuk avi atau dv : fail dia besar mana untuk certia 1 jam. macamana pulak dengan divx berapa besar fail dia.

aku selalu baca kat label vcd, ada tertulis vcd ini berkualiti dvd. macamana tu .. dia dapat sumber dari dvd ke ? lepas tu macamana tukar ke vcd.

satu lagi masalah aku.

bila aku copy ke vcd. lepas tak sampai setahun pun .. vcd tu dah tak boleh guna. aku dengar ada orang kata vcd tahan untuk setahun je .. ye ke ? kalu macam tu nak simpan kat mana hasil cipta video kita supaya tahan lebih lama ?

ada lagi .. lain kali aku soal lagi ..

Rakan Muda Cuba Nasib

Share this post


Link to post
Share on other sites

kalu keluarkan video dalam bentuk avi atau dv : fail dia besar mana untuk certia 1 jam. macamana pulak dengan divx berapa besar fail dia.
Untuk soalan ini sila lihat carta dibawah. user posted image
aku selalu baca kat label vcd, ada tertulis vcd ini berkualiti dvd. macamana tu .. dia dapat sumber dari dvd ke ? lepas tu macamana tukar ke vcd.
Biasanya VCD yang menggunakan style begini hanyalah dari [lanun] VCD sahaja.Kerana format sebenar untuk VCD adalah dari Beta atau Laser Disk.Namun kelengkapan moden yang ada sekarang membenarkan segala format ditukarkan kepada VCD.Mesin2 moden yang mampu membuat VCD ini dinamakan "Stamping".Kalau tak silap saya 20pcs cd per minit mampu dibuat oleh mesin ini.Harga mesin ini mencecah sehingga 1-2 juta ringgit sebuah.
satu lagi masalah aku.
bila aku copy ke vcd. lepas tak sampai setahun pun .. vcd tu dah tak boleh guna. aku dengar ada orang kata vcd tahan untuk setahun je .. ye ke ? kalu macam tu nak simpan kat mana hasil cipta video kita supaya tahan lebih lama ?

Itulah yang telah saya katakan pada thread yang satu lagi..Jenis DYE CD itu sendiri penting disamping kualiti pembuatnya.Untuk jenis yang baik VCD mampu bertahan sehingga 100tahun.(warantty by manufacturer).Kalau yang kurang baik ada yang tahan selepas 2,3 kali tonton sahaja.Kajian TRY & ERROR mustahak dalam menentukan jenis CD yang sesuai.Cuba beli pelbagai jenis CD pada kuantiti kecil dan Burn semua projek awak dan tengok hasilnya.CD yang murah sudah tentu tidak baik jika dibandingkan dengan CD yang mahal...TETAPI perlu diingat bahawa CD yang mahal pun belum tentu sesuai dengan VCD player kita.

Kesimpulan dari perkara diatas ialah Video Editing memerlukan kita menggunakan konsep TRY & ERROR untuk berjaya.

Terima Kasih. rolleyes.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

a'kum..

patut la guna nick codec..upenya master bab video/audio editing..

memandangkan dah ade orang pro kat sini,aku pun nak tanye soklan gak

aku nak tau cara conversion DVD ke MPEG1 dengan cara paling ringkas/mudah(mase conversion yg seminimum mungkin) tapi kualiti nya baik(tak semestinya terbaik tapi cun la) dan sekali dengan subtitle

kalau sebelum ni aku cuma guna cara: smart ripper tuk rip DVD ke HDD..

pastu guna dvd2avi tuk convert *.vob yg di'rip tadi ke avi projek file.

pastu guna tmpeg tuk convert projek file tadi ke MPEG1 dan edit saiz Mpeg tu

result dia mmg cun(ikut setting tmpeg)..mase conversion pun tak de la lame sgt kalau nak dimandingkan dengan cara2 lain..

cuma diapunya proses ja yg leceh(banyak step)..pastu kualiti bunyi kira ok..cuma default volume tu ade sikit low la..

lagi satu tarak subtitle..tau ade program cam vobsub tapi tak penah try..

camna?kot ada cara(@s/w) yg lebih baik penah codec guna tuk conversion ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites

terima kasih.

mengenai masukkan video guna format avi dan divx

macama nak buat saiz fail 1-5MB/minit sahaja (untuk avi) - lebih kecil daripada format mpeg1 10MB/minit (vcd). aku pernah juga guna avi tapi fail dia besar ...

mengenai divx .. aku belum cuba lagi. sebab aku dengar .. masa untuk render balik sangat lama (komputer aku slow sikit RAM256 cpu800mhz je) jadi aku belum cuba la ..

sekarangni aku masuk video format mpeg1 ... kualiti tak baik. aku sedang pertimbangkan nak guna avi ke divx. Sapa-sapa ada pandangan atau pengalaman sila ... sila .. jemput jangan malu-malu

buat macam rumah sendiri ...

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku nak tau cara conversion DVD ke MPEG1 dengan cara paling ringkas/mudah(mase conversion yg seminimum mungkin) tapi kualiti nya baik(tak semestinya terbaik tapi cun la) dan sekali dengan subtitle

kalau sebelum ni aku cuma guna cara: smart ripper tuk rip DVD ke HDD..
pastu guna dvd2avi tuk convert *.vob yg di'rip tadi ke avi projek file.
pastu guna tmpeg tuk convert projek file tadi ke MPEG1 dan edit saiz Mpeg tu
Yaa..memang itulah cara yang terbaik untuk mendapatkan kualiti terbaik.Namun proses yang panjang memang leceh nak dilalui.Banyak software diluar sana...tetapi kalau nak hasil yang baik dan masa yang singkat anda boleh gunakan DVD to VCD AVI DivX Converter 3.2 di link http://www.yasasoft.com/magicdvdripper/ program yang mudah dan cepat.Banyak conversion seperti VCD/SVCD/DIVx disokong oleh produk ini.Subtitle/chapter dan edit juga mampu dilakukan.Kalau anda mahu menggunakan cara yang anda lakukan itu...sekarang TMPGenc telah mengeluarkan produk baru iaitu TMPGenc Express 3.0.Jauh lebih baik dan berkualiti...cuma saya tak berkesempatan untuk mencubanya.
mengenai masukkan video guna format avi dan divx
macama nak buat saiz fail 1-5MB/minit sahaja (untuk avi) - lebih kecil daripada format mpeg1 10MB/minit (vcd). aku pernah juga guna avi tapi fail dia besar ...
Saya sebenarnya kurang faham soalan awak kbvc... biggrin.gif tapi kalau boleh terangkan Sistem PC awak dengan lengkap dan segala kelengkapan yang awak guna termasuk semua software yang awak pakai dan hardware sekali.Dan tujuan awak bertanya hendaklah dinyatakan dengan jelas sama ada hendak buat vcd,divx,dll.Saya takut penerangan saya akan menyebabkan awak semakin keliru.Ambil contoh soalan gmos :
aku nak tau cara conversion DVD ke MPEG1 dengan cara paling ringkas/mudah(mase conversion yg seminimum mungkin) tapi kualiti nya baik(tak semestinya terbaik tapi cun la) dan sekali dengan subtitle

Saya perlukan maklumat lanjut kalau anda nak tahu dengan detail...dan yang pasti saya tak mahu bagi panduan yang salah kepada rakan2 semua.

Sila posting semula soalan dan detail yang saya minta...

Terima Kasih biggrin.gif

PS:Dari cara soalan awak tanya..saya tahu awak sebenarnya terlalu baru dalam bidang ini..BAGUS...belajar dari kesilapan..insyaallah kita berjaya. biggrin.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

hai,sampai dua kali quote laugh.gif

quote yg pertama dah jawab..pastu quote yg kedua bleh tanya balik mintak detail..camna tu wink.gif ke salah quote?

part mana yg tak cukup detail?

anyway thanks bagi URL program tu..nanti aku try..

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya sebenarnya kurang faham soalan awak kbvc...  tapi kalau boleh terangkan Sistem PC awak dengan lengkap dan segala kelengkapan yang awak guna termasuk semua software yang awak pakai dan hardware sekali.Dan tujuan awak bertanya hendaklah dinyatakan dengan jelas sama ada hendak buat vcd,divx,dll.Saya takut penerangan saya akan menyebabkan awak semakin keliru.Ambil contoh soalan gmos :
aku nak tau cara conversion DVD ke MPEG1 dengan cara paling ringkas/mudah(mase conversion yg seminimum mungkin) tapi kualiti nya baik(tak semestinya terbaik tapi cun la) dan sekali dengan subtitle 

GMOS.....bacalah betul2...... biggrin.giflaugh.gifbiggrin.gif ...saya cakap ngan kbvc....suruh dia tanya macam cara awak bertanya...sample code tuh memang awak punya.....

Aiyaaa...pagi2 pun sudah pening ke..... biggrin.giflaugh.gifbiggrin.giflaugh.gif

PS:Tengok bola nih....... biggrin.giflaugh.gifbiggrin.giflaugh.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...