Jump to content
Sign in to follow this  
Crown Vina

UPU

Recommended Posts

Tips utk berjaya ketika temuduga.... artikel saya ambil dari utusan... saya berharap sangat semua org membaca artikel ni utk kebaikan kita bersama... smile.gif

artikel dari utusan bertarikh 19/05/2005

Graduan Melayu mesti pamer ciri terbaik semasa ditemuduga

Saudara Pengarang,

SAYA terpanggil untuk turut sama memperkatakan isu graduan Melayu yang terlalu ramai menganggur sebagai sambungan kepada tulisan Nor Rosnita Gani, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sebagai seorang yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengurusan sumber manusia, saya telah membuat rumusan berikut berhubung dengan isu ini.

Pertama, kebanyakan graduan Melayu hanya mendapat ijazah cukup makan. Ini amatlah menyukarkan mereka untuk menjawat jawatan yang baik sama ada di firma tempatan atau asing yang mahukan yang terbaik untuk organisasi mereka.

Segulung ijazah tadi dijadikan kayu ukuran oleh saya sebagai cerminan sikap pemunyanya apabila saya menjalankan proses temuduga. Ini adalah kerana mereka sepatutnya bersyukur diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tetapi gagal memanafaatkan peluang yang diberikan untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan dan seterusnya mendapatkan ijazah berkualiti demi jaminan masa depan mereka.

Jika terdapat dua orang yang datang temuduga di mana salah seorang daripada mereka mempunyai ijazah tidak berkualiti dan seorang lagi tidak mempunyai ijazah sebaliknya menunjukkan semangat untuk berjaya dalam hidup dan karier, semestinya saya memilih orang yang tidak berijazah tadi.

Kedua, terdapat di kalangan graduan Melayu yang berada di alam mimpi. Bagi mereka, ijazah yang ada di tangan akan menyebabkan majikan berebut-rebut mendapatkan mereka.

Perkara ini adalah tidak benar sama sekali. Sebagai seorang penemuduga, saya selalunya mengkaji seseorang itu semasa proses temuduga sama ada beliau benar-benar tahu akan pekerjaan yang dipohon atau sekadar tangkap muat.

Selalunya saya mendapati graduan Melayu tidak bersedia di dalam hal ini. Jadi sesi temuduga tadi menjadi sesi soal jawab yang membosankan dan bukannya sesi di mana graduan tersebut menyakinkan saya bahawa beliau adalah orang yang terbaik untuk sesuatu jawatan yang dipohon.

Ketiga, kebanyakan graduan Melayu mempunyai sikap rendah diri apabila memohon pekerjaan. Mereka seolah-olah memohon simpati agar diberikan pekerjaan dan bukannya menyakinkan penemuduga bahawa mereka adalah yang terbaik.

Saya juga mendapati terdapat ramai di kalangan graduan Melayu yang datang temuduga tidak menitikberatkan faktor sahsiah diri seperti pakaian kemas berlengan panjang atau berbaju kurung cantik dan sopan.

Bagi graduan wanita yang tidak bertudung, rambut hendaklah didandan rapi atau setidak-tidaknya diikat kemas, cara duduk yang tegak, intonasi suara semasa berhujah dan pergerakan tangan.

Semasa temuduga, saya melihat perkara-perkara ini sebagai satu punca sama ada saya akan menggajikan graduan tersebut atau tidak.

Terdapat juga, graduan Melayu yang datang temuduga lewat daripada masa yang ditetapkan, tidak membawa peralatan tulis, tidak mengisi borang dengan jelas dan penuh, tidak membawa ijazah asal serta salinan dan yang paling teruk, ijazah atau sijil-sijil tersebut digulung sahaja tanpa fail.

Semestinya, saya tidak akan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan menolak permohonan graduan tadi.

Sebenarnya terdapat banyak lagi sikap negatif graduan Melayu dalam permohonan kerja yang dapat saya garapkan di sini dan seterusnya menjadi tips agar mereka tidak mengulanginya pada temuduga yang lain tetapi saya rasa tiga faktor di atas adalah keperluan asas untuk para graduan Melayu bersaing untuk menceburi alam pekerjaan sama ada bersama kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. - MOHAMED FIRDAUS HUSSIN MISAGU, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Share this post


Link to post
Share on other sites

esok kuar ker?

hehuehe..

Alhamdulillah.... dah lamer aku tggu upu nih...

Sblm ni ramai kata 11 jun, padahal maklumat tu datang dari uitm bukannya dari JPT..... so, tggu dan lihat jer laaa... dry.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

biggrin.gif

Masih menunggu ?

Share this post


Link to post
Share on other sites

masing² menunggu penuh debaran....kohkhokhohko.... happy.gif.....

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak leh cek lagi arrr... aku nak cek utk sedara aku...

a'ah... tak kuar lagi la. Tensen tul... kot yer pun sepatutnya pihak UPU bgtau la tarikh trus. Takyah ler truk kena online ari².

Share this post


Link to post
Share on other sites

ha..ha..kalau dapat UPM, korang carik la aku, nak tambah ilmu selok-belok UPM. aku semester depan 3rd year..kalau aku tiada hal, aku ada pada minggu orientasi korang di UPM nanti...

Share this post


Link to post
Share on other sites

woohoo~~! dengan bangganya baca aku punya kat bawah :

DUKACITA... PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA.

NOKP  :  870819435029

NAMA  :  AHMAD YAZID BIN ABD. AZIZ

aku semak kat http://www.jpt.utm.my/

Edited by civ3

Share this post


Link to post
Share on other sites

woohoo~~! dengan bangganya baca aku punya kat bawah :

aku semak kat http://www.jpt.utm.my/

aku tak tau skang camna..tp time aku dulu keputusan ke matrikulasi kluar dulu, and kl dah terima matriks, automatik ipt 'tak berjaya'

Share this post


Link to post
Share on other sites

aku pun same gak.. waaaaarrrgggghh

Aku check kul 7 td... syukur dpt gak uitm. Tapi bila aku check balik skrg dah tak boleh masuk plak. Diorang tutup plak. sad.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

tuh utk Uitm gak ker..aku nak try la..ker utk UTM ja..aku nak tgk Uitm nya..aduh sorry salah kasi tarikh kawan aku ckp 16 lak erm..tapi kalo betul 15 dah kuar kat web tuh aku usha jap.. laugh.gif

erk...apsal aku nak masuk web yg jpt tuh x dpt ek? dry.gif

Edited by HeaVen X

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...