Jump to content
gcloud

Video Editing - V.2

Recommended Posts

Ok ni giliran aku plak nak try buat maproute. Actually aku buat based on tutorial brother gcloud macam mana nak combine flash ngan movie. So mula-mula create animated route guna flash then aku combine dengan image yang disupply oleh bro gloud dalam ulead media studio pro 7. pasal flying camera tu masih kantoi biggrin.gif

so sila-sila la komen aku punya map route

Maproutetasek wmv 200kB zip

Share this post


Link to post
Share on other sites

wah..topik maproute ramai jugak peminat.. smile.gif

komen clip isfann:

Bagus..kerana mencari alternative lain untuk buat maproute. kalau tak salah saya saudara menggunakan perisian Pure Motion..memang ada option untuk buat maproute. Teruskan usaha anda.

Komen klip tasek.

Pun bagus kerana menggunakan kaedah flash untuk buat animated route. Dalam video editing kadang-kadang satu teknik boleh digunakan dalam pelbagai video effect yang kita inginkan.

Jadi congrats..teruskan usaha anda.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Ok ni giliran aku plak nak try buat maproute. Actually aku buat based on tutorial brother gcloud macam mana nak combine flash ngan movie. So mula-mula create animated route guna flash then aku combine dengan image yang disupply oleh bro gloud dalam ulead media studio pro 7. pasal flying camera tu masih kantoi  biggrin.gif

so sila-sila la komen aku punya map route

Maproutetasek wmv 200kB zip

sempoi gak ko punya maproute tu.... hehehhe

aku tgh tak sabar nak carik cara camner nak buat animated cam canopus imaginate punya style.... sesaper ader idea.. meh la kongsi

Share this post


Link to post
Share on other sites

. kalau tak salah saya saudara menggunakan perisian Pure Motion..memang ada option untuk buat  maproute. .

yer bro gcloud... sayer menggunakan perisian pure motion hehe smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

komen clip isfann:

Bagus..kerana mencari alternative lain untuk buat maproute. kalau tak salah saya saudara menggunakan perisian Pure Motion..memang ada option untuk buat maproute. Teruskan usaha anda.

Komen klip tasek.

Pun bagus kerana menggunakan kaedah flash untuk buat animated route. Dalam video editing kadang-kadang satu teknik boleh digunakan dalam pelbagai video effect yang kita inginkan

Wahh... ada komen dari juri tetap utk persembahan dari para pelajar....macam AF lak nih... aku nak tunjuk aku punyer maproute pun segan nih... hehehe...

oo isfann dari N9 ker... ko beli software selalu kat maner Terminal tingkat atas tu ker.....kalau ada maser boleh la jumper belajar ngan ko nih...

p/s seremban tang mano tu jang...???

Share this post


Link to post
Share on other sites

Askum.. tima kasih abg2 sbb yg beri support tntg dunia video editing nih. Tapi buat masa skrg Anum masih d jalan buntu. Taktau mana nak cari nota asas video editing nih. Ari tu p finas, ingatkan buley pinjam nota, rupanya mrk bagi list of courses yg mrk offer je. Benda ni tak le urgent mcm antara hidup ngan mati, cuma niat di hati tu nak up datekan soalan dgn perkembangan semasa. Tapi since Anum sendiri pun dah lama tak mengikuti, nampaknya Anum godek2 aje la soalan zaman tok kaduk dulu... Yg kelakarnya dalam nota yg ada pada Anum ni masih ada nota tentang mesin wayang.. kahkahkah... species mana lah yg masih pakai mesin wayang.. (Gelak guling2 ataih pc). Suka tak suka, kena suka jugak la.. kalu tak, kerja tak siap...

Ok abg2. Thank u beri much. Level topik perbincangan u all kat di sini mmg advance! Keep up d good work. Ada masa Anum singgah lagi. Boleh, kan?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Askum.. tima kasih abg2 sbb yg beri support tntg dunia video editing nih. Tapi buat masa skrg Anum masih d jalan buntu. Taktau mana nak cari nota asas video editing nih. Ari tu p finas, ingatkan buley pinjam nota, rupanya mrk bagi list of courses yg mrk offer je. Benda ni tak le urgent mcm antara hidup ngan mati, cuma niat di hati tu nak up datekan soalan dgn perkembangan semasa. Tapi since Anum sendiri pun dah lama tak mengikuti, nampaknya Anum godek2 aje la soalan zaman tok kaduk dulu... Yg kelakarnya dalam nota yg ada pada Anum ni masih ada nota tentang mesin wayang.. kahkahkah... species mana lah yg masih pakai mesin wayang.. (Gelak guling2 ataih pc). Suka tak suka, kena suka jugak la.. kalu tak, kerja tak siap...

Ok abg2. Thank u beri much. Level topik perbincangan u all kat di sini mmg advance! Keep up d good work. Ada masa Anum singgah lagi. Boleh, kan?

cik anum ni... nak belajar video ke?... cik anum kalo nak tanya = tanya je le....

soalan tuh kasik specific sikit yer cik anum...... cth:.. camner ank convert handycam ke vcd ke apa ke.. baruleh senang abg2 kat sini nak jawab.....

lagi satu cam aku = takder pakai2 nota pun...(kalo cik anum ni nak mintak nota la...)

Edited by isfann

Share this post


Link to post
Share on other sites

ko beli software selalu kat maner Terminal tingkat atas tu ker.....kalau ada maser boleh la jumper belajar ngan ko nih...

p/s seremban tang mano tu jang...???

yerp... aku selalu beri sfwares kat tingkat 1 (bukan atas sekali)... sebb kat situ cina tuh jual kat aku = rm 4 sekeping......

nak belajr dgn aku ke?... aku bukannyer terror pun.. hjeheeh

n9 aku port kat jelebu...

Edited by isfann

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kepada yang berminat mengenai video editing di sini saya senaraikan laman yang saya rasa sesuai untuk bahan rujukan:

Bagi saya teori penting tetapi kalau sekadar teori tanpa praktikal ia tidak membawa apa-apa makna.:

Senarai website

http://www.mediacollege.com/home/sitemap/video.html

http://www.digitalfaq.com

http://www.digitalvideoclub.com/

http://desktopvideo.about.com/

http://www.videohelp.com

http://www.techtutorials.info/adpremier.html (adobe premiere)

google search http://www.google.com/search?hl=en&lr=&q=v...ist&btnG=Search

dan yang ini saya hasilkan http://tutorial.gcloud.com InsyaAlah saya akan tambah kandungan dari masa ke semasa.

Semoga dapat membantu

Edited by gcloud

Share this post


Link to post
Share on other sites

Seperti dijanjikan saya telah meyiapkan tutorial mengenai Canopus Imaginate. Jadi saya harap ini dapat membantu anda semua. Jika terdapat sebarang kesilapan pada tutorial ini saya harap anda semua memberi tahu saya untuk perbetulkan.

http://tutorial.gcloud.com

Semoga dapat membantu

Share this post


Link to post
Share on other sites

salam bro Gcloud...

nak tanya la... kalo buleh nak mintak bro tolon ajaor nak buat montage (yang bro buat guna after effect tu.. tapi nak guna perisian yang mudah)

terima kasih...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalamualaikum..

Yer.. saya amat menyokong cadangan saudara Isfann tersebut...

saya juga meminta jasa baik Bro Gcloud untuk tunjuk cara nak buat Motion Title Bar . juga dengan perisian yang mudah dan mesra alam...

harap permintaan ini tidak membebankan...

Jasa mu dikenang....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Quick Tips and Tutorial:

Alternative to Time Lapse / Time Interval Shooting:

Anda sudah tentu biasa melihat satu clip video di mana awan bergerak dengan pantas, bunga mula berkembang di waktu pagi, matahari mula bergerak turun di ufuk barat pada waktu senja. Jadi anda juga mungkin ingin membuat video clip seperti ini.

Selalunya untuk membuat teknik ini kamera yang digunakan mestilah mempunyai fungsi untuk merakam image secara besiri secara otomatik. Maksudnya kamera akan merakam 1 frame image untuk setiap satu jankamasa yang ditetapkan. Sebagai contoh 1 frame image akan dirakamkan untuk setiap 1 minit, atau 2 minit atau setiap jangkamasa yang anda tetapkan. Jadi bila video yang telah dirakam di mainkan pada kelajuan normal ia akan bergerak sangat laju. Jika anda merakam bunga yang sedang berkembang diwaktu pagi dengan menggunakan time lapse shot, Dengan kelajuan noraml bunga seolah-seolah berkembang dengan serta merta. Namun masalahnya bukan semua kamera video mempunyai fungsi Time lapse shooting. Jadi di ini saya cuba membincangkan kaedah lain yang boleh digunakan termasuk kebaikan dan keburukannya.:

Pertama: Speeding up video time

Cara ini memang pernah saya cuba dan hasilnya sangat mengkagumkan. Sekarang kita mulakan:

1.Letakkan kamera anda diatas tripod dan fokuskan kepada subjek yang ingin anda rakamkan (contoh bunga). Sebelum itu pastikan bateri kamera anda di "fully charged" atau sambungkan kamera anda ke sumber elektrik dan video tape anda di set pada permulaan. Setkan kamera anda pada manual focus. Ini mengelakkan kamera di fokus pada objek yang mungkin tiba-tiba berada di sepanjang masa shooting.

2.Setelah semuanya ok tekan button record dengan menggunakan remote control dan biarkan sehingga 30 minit hingga 1 jam bergantung kepada perubahan objek yang ingin dirakamkan. Pastikan tiada gangguan pada kamera/tripod semasa proses ini.

3. Selepas tamat masa shooting capture/transferkan video anda itu ke PC. Perhatian jika video anda itu memakan masa 1 jam anda harus tranferkan video itu selama satu jam juga. Kebanyakkan video editor seperti Premiere, Vegas, ulead Media Pro 7 dan sebagainya mempunyai option untuk melajukan video anda. Gunakan fungsi ini dengan melajukan kelajuan asal ke 500%. 1000% atau sebagainya bergantung bagaimana anda ingin video itu dihasilkan. Untuk memberi kesan yang lebih dramatik masukkan video effect seperti "motion blur" (jika ada). Play atau exportkan video anda ke format yang anda inginkan. Itu sahaja. Sekarang anda boleh melihat clip video bunga sedang berkembang atau awan sedang bergerak laju dan sebagainya.

Kebaikkan

hampir semua kamera video boleh menggunkan teknik ni

Anda boleh menentukan kelajuan video dengan lebih fleksibel semasa editing

Keburukkan:

Terhad kepada jangkama sesuatu pita rakaman

Anda harus tranfer keseluruhan masa rakaman video.

Selamat mencuba

2. Rakaman Time Lapse secara terus ke Hardisk melalui Adobe Premiere.

Untuk pengetahuan semua Adobe Premiere juga mempunyai option untuk anda rakan secara terus ke hardisk melalui firewire secara interval. Anda boleh setkan masa untuk setiap frame yang akan dicapture/rakam. Untuk teknik ini saya tidak dapat menerangkannya secara detail. Anda boleh baca di Help File di dalam perisian ini.

3. Kaedah Transition

Kaedah ini sangat mudah dan tidak memerlukan ruang harddisk yang besar semasa transfer ke pc. Teknik ini amat sesuai jika anda ingin membuat satu clip dimana suasana mala bertukar menjadi siang atau sebaliknya.:

Caranya: sama seperti diatas letakkan kemera pada tripod:

Masa yang sesuai jika anda ingin membuat clip malam ke siang adalah dari pukul 6.00 pagi untuk scene malam dan pukul 8 atau 9 pagi untuk scene siang.

Jika anda sudah bersedia tekan rekod button menggunakan remote control dan rakam scene malam anda itu selamat 30 saat ke 1 minit dan tekan stop. Semasa anda ingin menunggu waktu siang/cerah sudah tentu anda ingin offkan kamera anda. Jadi pastikan semasa anda off kemera kamera tidak bergoyang begitu juga semasa anda on kan kamera anda.

Sekarang untuk scene waktu siang/cerah gunakan cara yang sama seperti shoot untuk scene malam. Selepas itu transferkan video anda ke PC. Buka mana-mana perisian video editing. Terlebih dahulu pastikan scene malam dan siang diasingkan samaada secara cut atau melalui scene detection. Sekarang ada dua clip. satu malam dan satu siang. Gunakan transition effects seperti "Dissolve' atau sebagainya diantara kedua-dua klip ini. Setkan jangkamasa transition untuk berapa lama sesuatu transition mengikut apa yang anda inginkan. Play atau preview clip video anda. Sekarang anda dapati perubahan malam ke siang terhasil dengan begitu dramatik.

Kebaikkan:

Mudah, hampir semua perisian dapat melakukannya:

Tidak memerlukan ruang hardisk yang besar

Boleh memasukkan pelbagai jenis transition mengikut kesesuaian

Keburukkan:

Tidak beberapa sesuai untuk merakam subjek yang setiasa berubah seperti awan, bunga dan sebagainya.

kalau boleh postkan video anda diruangan ini untuk sama-sama kita tonton. Selamat mencuba.. smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Askum semua. Pe kabar?

Anum nak ucapkan tima kasih kpd gcloud. Website yg gcloud suggest tu mmg useful. Tak payah pegi ke semua laman web, mediacollege tu je dah ada so much input. User friendly plak tu. dan yg best sekali ada part for beginners.

Huhuhuh... Maaf ya ahli2 yg rajin, mmg soalan Anum b4 ni x spesifik. Org takde ilmu video la katakan. Tapi disebabkan arahan bos, terpaksa jua. Kta bagitau yg kita tak tau pun dia buat tak reti jer... Dia suruh jugaks buat soalan. Apa mau buat. Makan loti, lo.

biggrin.gif Yeah... lepas ni soalan yg kuar pasti canggih2, mcm org pandai video editing gamaknya. Seronotnya........ Tima kasih ya abg2.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Tima kasih ya abg2

aduuhhhh cair tergolek akuuu......

saya dah mencuba hikmat kamera terbang tu... setakat kat Imaginate tu alhamdulillah ok siap macma 3d tu.... errr cuma macamana nak gabung dengan peta yang ada merah bergerak tu, maksud saya dia follow pergerakan merah tu (takut ada terlepas pandang tutorial ) to

Share this post


Link to post
Share on other sites

rujuk kepada tutorial "BAGAIMANA MENGHASILKAN TITLE CIPTAAN SENDIRI" = http://planet.time.net.my/Sepang/gcloud/tu...al/custitle.htm

1. latar belakang video yang bro gcloud gunakan lebih kurang sama dgn dgn motion title yang selalunya terdapat pada dvd,...

soalan:

a. bagaimanakan bro gloud hasilkannya.. apakah perisian yang yang bro gunakan....

sekian terima kasih smile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

rujuk kepada tutorial "BAGAIMANA MENGHASILKAN TITLE CIPTAAN SENDIRI" = http://planet.time.net.my/Sepang/gcloud/tu...al/custitle.htm

1. latar belakang video yang bro gcloud gunakan lebih kurang sama dgn dgn motion title yang selalunya terdapat pada dvd,...

soalan:

a. bagaimanakan bro gloud hasilkannya.. apakah perisian yang yang bro gunakan....

sekian terima kasih smile.gif

Motion graphic saya hasil dengan menggunkan Particle Illusion http://www.wondertouch.com/default.asp kemudian saya mix dengan video di dalam premiere.

Share this post


Link to post
Share on other sites

New tutorial: Masking Technique

Penerangan: Bagaimana menghasilkan video supaya berada dibelakang sesuatu image di masa yang sama anda boleh melihat video atau beberapa clip video di sesetengah bahagian di atas image tersebut.

http://tutorial.gcloud.com

Selamat mencuba:

Semoga dapat membantu smile.gif

Edited by gcloud

Share this post


Link to post
Share on other sites

Saya telah pun mencuba mengunakan Adobe Premiere Pro software untuk

merakam pergerakan matahari di waktu petang Allhamdullilah ianya berjaya ! .

Saya menggunakan setting interval iaitu 1/30 ( 1

= shooting time iaitu 1 saat dan 30 = untuk interval time iaitu waktu

menunggu atau lebih senang lagi camera akan shoot gambar selama 1 saat dan

shoot kembali setiap selepas 30 saat ) .Untuk speed pula saya lajukan ke

850% dari kelajuan asal , ini adalah salah satu kelebihan Adobe Premiere

Pro yang tidak terdapat di pinnacle studio 9 .Terima kasih diatas tips

tersebut dan kalau nak detail lagi sila rujuk Tutorial kt Bro Gcloud sediakan cuma saya lebih selesa gunakan setting interval kt camera dan jangan lupa macam Bro Gcloud nasihatkan manualkan auto focus anda kalau tak nanti gambar akan kabur apabila objek berada di angle yang terakhir.Cuba teknik ini anda akan tertarik dengan teknik ini .Bagi camera yang tak ade interval boleh gunakan kaedah yang lain seprti mana yang terdapat didalam Tuturial Bro Gcloud ( terima kasih kepada Bro Gcloud ) . smile.gifsmile.gifsmile.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

upload la... aku nak download tgk camner....

aku lom ader kesempatan nak cuba teknik ni lagi...

Tunggu!!!!!!!!!!!!!! wink.gifwink.gifwink.gif

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...