Jump to content
Sign in to follow this  
CarlosR

Pengerusi bank pusat menentukan arah pergerakan pasangan EURUSD pada hari khamis

Recommended Posts

Penutupan perdagangan pada hari rabu 13 Disember menyaksikan kenaikan sebanyak 80 titik untuk pasangan euro/dolar. Pada mulanya, mata wang euro meningkat berbanding dolar dari 1.1730 ke 1.1771 (+41 titik) semasa terbitan maklumat inflasi pengguna di AS, dan selepas mesyuarat FOMC, melonjak dari 1.1771 ke 1.1826 (+55 titik).

Berikutan dengan mesyuarat, FOMC AS menaikkan kadar faedah negara sebanyak 25 titik. Kini julat untuk kadar dana persekutuan adalah dari 1.25-1.50%.

Dalam tahun 2018, Fed merancang untuk menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali, dan turut sama mengemukakan kebimbangan berkaitan inflasi dalam negara yang semakin perlahan. Seperti yang dinyatakan oleh Janet Yellen, "Kami tidak mengetahui semua punca yang memberi kesan kepada kadar inflasi.

Pelanggan mula menjual dolar AS apabila kenaikan kadar faedah dan perancangan selanjutnya untuk menaikkan kadar sebanyak tiga kali dalam tahun 2018 tersebar dalam pasaran.

eur_141217_5a322d18a9ad4.png

Hari rabu menunjukkan kadar turun naik yang tinggi dalam pasaran antarabangsa. Nilai dolar menurun berbanding mata wang lain. Dalam sesi Amerika, euro menurun ke 1.1730. Peserta pasaran menantikan hasil dari mesyuarat FOMC.

Selepas terbitan maklumat inflasi pengguna, momentum penjualan dolar pertama muncul. Dolar semakin rancak dijual selepas mesyuarat FOMC dan ucapan pengerusi Fed, Janet Yellen. Dalam sesi Amerika, euro pulih sehingga 1.1826. Dalam sesi Asia, pasangan euro/dolar mencapai tahap 1.1844.

Perhatian hari ini ditumpukan pada tiga mesyuarat bank pusat, Bank England, Bank Switzerland, dan Bank Pusat Eropah (ECB). Perkara paling menarik untuk para pedagang adalah sidang media pengerusi bank pusat Eropah, Mario Draghi. Pada hari mesyuarat bank pusat, saya tidak melakukan ramalan, dan tidak berdagang. Ini merupakan hari yang diluar jangkaan berikutan dengan sidang media pengawal selia bank pusat.

Ayuh kita perhatikan, apa yang boleh dijangka dari analisis teknikal untuk euro. Semalam, pembeli melepasi garis TR dengan terbitan berita (dari maksimum pada 1.1812), selepas mesyuarat FOMC, melepasi TR1 (dari maksimum pada 1.1961). Apabila garis TR1 ditembusi, corak W diaktifkan. Apabila harga keluar dari koridor A-A, ia mula diproses. Sasaran adalah pada kadar 1.1866 dan 1.1881.

Apabila pengerusi ECB, Mario Draghi berucap, harga tidak terkesan dari analisis teknikal. Ia boleh meningkat diatas MA garis U3 (1.1889) atau kembali ke kadar 1.1765. Tidak diketahui apa yang akan disentuh dalam ucapan Mario Draghi dalam sidang media selepas mesyuarat ECB dan apakah persoalan yang akan dikemukakan oleh wartawan terhadap beliau. Saya mempercayai bahawa besar kemungkinan pasangan euro/dolar akan bergerak ke 1.1881.

Sumber: https://alpari.com/en/binary_options/

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

  • Similar Content

    • By CarlosR
      Dengan euro melintasi peningkatan dan penurunan bon 10 tahun AS, euro menembusi koridor A-A. Kenaikan euro berbanding dolar terhentik di landasannya dengan darjah ke-67. Kadar EURUSD menurun ke 1.1765.
      Darjah ke 45 telah beralih dari 1.1730 ke 1.1758 hasil dari pembentukan tahap high 1.1812. Saya merasakan bahawa euro akan bergerak ke atas dari tahap ke-45 ke arah 1.1811. Pada rangka masa harian, dua lilin dengan ekor diverging telah membentuk julat 1.1730 hingga 1.1812. Euro akan terus bergerak mengikut arah pengeluaran dari julat ini.
      Pasaran menantikan mesyuarat FOMC dan sidang media Janet Yellen pada 13 Disember. Mereka telah mengambil kira kenaikan 25 mata kadar faedah, jadi bull euro tidak sepatutnya membazirkan tenaga untuk menaikkan harga di sini. or forex holidays
      Saya brcadang untuk membuka kedudukan long dengan BuyStop di 1.1780. Jika euro memperbaharui kadar low 1.1764, maka boleh merisikokan untuk kedudukan long dari 1.1758 / 60. Ini adalah nilai awal, mereka mungkin memerlukan pelarasan kemudiannya.
×
×
  • Create New...