• Announcements

    • Peraturan Umum, Sila baca !

      1) Perbincangan illegal , seperti download , provide link muat turun, lanun sebagainya ditegah dan akan dipadam tanpa notis. Sila ambil perhatian , sebarang perbincangan mengenai download men-download, sharing link yang berkait kepada illegal material: - akan dipadam serta merta - tiada kompromi, user akan diberi warn jika melakukan kesalahan sama Contoh related : - " aku tengah sedut ni.. sejam lagi siap.. " - " kat mana ko dload laju gile.. aku lagi 14 hari nk siap" 2) Spamming, double pos, smiley semata-mata adalah satu kesalahan besar, elakkan membuat susulan pos dibawah susulan sendiri. Warning tanpa notis akan diberikan. 3) Elakkan drama fanboyism , samada berkait dengan konsol, permainan pc dan sebagainya 4) Perbincangan private server tidak dibenarkan, namun multiplayer via hamachi group dibenarkan. 5) Cheat codes dibenarkan, tetapi tidak kepada [email protected] 6) Screenshot seeloknya bersaiz 640 x 480 ke bawah, sila gunakan code spoiler sekiranya tidak resize pic anda. 7) One line posting (susulan satu baris) tanpa menjawab persoalan dan tidak memberi apa-apa manfaat dikira sebagai SPAM. SILA GUNAKAN FUNGSI REPORT JIKA TERDAPAT USER/TOPIK YANG MELANGGAR PERATURAN DI ATAS. ____________________________________________________________ _______________________________ .::. Kegagalan mematuhi terma dan syarat boleh mengakibatkan posting anda di padam dan anda mendapat warn level secara percuma .::. ____________________________________________________________ _______________________________
Sign in to follow this  
Followers 0

Youtube Tidak Lagi Menggunakan Flash

1 post in this topic

Posted · Report post

YouTube Kini Menggunakan Teknologi HTML5 Untuk Penstriman Di Keseluruhan Web Menggantikan Flash

Google telah mula menguji sokongan penstriman video menggunakan teknologi HTML5 sejak daripada tahun 2010 yang lepas, dan hari ini, mereka mengubah tetapan YouTube untuk strim semua video pada web menggunakan HTML5, berbanding penggunaan Flash sebelum ini.

Dengan perubahan ini, para pengguna tidak perlu risau sebarang perkara, memandangkan kesemua pelayar web moden termasuk Chrome, Firefox, Internet Explorer 11 dan juga Opera menyokongnya tanpa sebarang masalah. Penggunaan teknologi HTML5 turut membolehkan kandungan di YouTube dibawa ke pelbagai peranti lain, termasuk TV, peranti penstriman dan sebagainya. Pihak YouTube mengatakan transasi ini membolehkan pengguna menikmati kualiti video baik dengan lebih pantas berbanding sebelumnya, selain penggunaan VP9 yang mengurangkan penggunaan saiz data berbanding sebelumnya.

Dengan perubahan ini juga, pihak YouTube mengatakan pembangun atau penerbit kandungan boleh menggunakan kod iframe yang disediakan mereka yang membolehkan pemain video yang bersesuaian ditunjukkan secara automatik pada pengunjung web, berbanding penggunaan kod object sebelum ini yang mana lebih kepada berasaskan Flash.

sumber
youtube-eng.googleblog.com/2015/01/youtube-now-defaults-to-html5_27.html

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!


Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.


Sign In Now
Sign in to follow this  
Followers 0