Jump to content
kamibundle

Barang Bundle: Bagus Atau Teruk?

Recommended Posts

# Barang Bundle #

Dalam bahasa mudah nye, barang yg sudah dipakai.

Bagus atau tidak sesuatu barang tu, bergantung pada nasib anda, dan juga penelitian anda terhadap sesuatu barang yg ingin anda beli.

Saya sendiri, sejak mengenali dunia BUNDLE,
pemikiran saya semakin terbuka.

Jika dulu, selalu mengeluh..
Bundle punya barang tak selesa, merungut itu ini..

Tapi sejak melibatkan diri SECARA TIDAK SENGAJA,
dalam bisnes bundle ni, mata ni makin terbuka.

Beli kasut bundle pertama dalam hidup ni,
macam2 yang bleh diperkatakan.

Best, Selesa, Murah, Tahan Lama..
(bergantung pada penggunaan & jenis / ragam kaki)

Sekarang ini pun, saya ada 2 pasang kasut bundle yg digunakan utk urusan seharian.

Masih ada 4 psg lagi yg sudah saya packing sebaik mungkin untuk diguna setelah kasut sedia ada ini tidak boleh digunakan lagi.

Lagipun, saya sudah yakin dengan kualiti nya.
Saiz kaki pula besar.. bukan senang nak dapat!

Akhir kata, saya sarankan pada yg baru nk cuba2 brg bundle ni, kalau boleh ikutlah step yg saya amalkan.

1) SELESA
- barang cantik / smart pun tak guna kalau rasa tak best bila pakai.

2) RUPA / KEADAAN BARANG
- kalau harga barang tu murah sekalipun, perhalusi ketahanan barang tersebut.

*Kalau hati memang jenis redha sekiranya barang tu baru sekali dua guna pun boleh hancur, silakan.

3) HARGA
- Langkah terakhir sekali, persetujuan harga.
Biasanya barang bundle ni boleh tawar-menawar.
Tapi ada juga sesetengah penjual matikan harga.

Jika anda mampu, dan rasa berbaloi dengan harga yg ditawarkan, bolehlah muktamadkan pembelian.

Kerana pada akhirnya, ia adalah WANG anda.
Hanya anda yg layak membelanjakan nya. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites

Assalam..

 

Sebab xde org reply. Aku reply la skit. hehe

 

Aku adalah pengunjung setia kedai bundle baju & seluar. Tapi xde la memilih sgt bundle mane satu pun. Tapi sekarang ni aku suka gi kat Family Bundle Kota Raya, Lvl 1&3.

 

 

Persepsi

Bergantung kepada kedai bundle mane yg korang gi, korang akan jumpe barang2 second je. Tapi bnayk juga kedai bundle yang jual barang 'baru' yang dah outdated. Tempat yg aku selalu gi ni byk baju 'baru'.

 

 

Harga

Baju dari RM5 - RM10 je biasanya

Seluar khakis dari RM10 - RM40

Jeans dari RM10 - RM70

 

 

1. Baju

Biasanya aku akan cari Sweater/Baju t-shirt/round neck kat bundle je. Kadang tu ada gak beli baju 'inner'. Bila cari kat bundle, susah nak jumpe satu pattern ada 30 helai mcm kat kedai2 baju biasa. hehe.. Banyak juga design yg rare kat bundle.

 

 

2. Seluar

Hampir semua seluar kerja aku beli kat bundle. Seluar Khakis la biasanye. Jeans jarang beli sebab susah cari saiz dan kalo ada pun harganya mahal.

 

Seluar jeans atau slek biasanya aku beli kat pasaraya/pasar malam/bazar ramadhan :)

 

 

3. Kemeja

Hanya beberapa helai je yg beli kat bundle. Biasanye beli kat pasaraya.

 

 

4. Kasut

Biasanya aku x beli kasut kat bundle

 

 

Dengan beli baju/seluar kat bundle, aku x terikat dengan mana2 fesyen/stail. Aku BEBAS untuk pilih fesyen/stail yang aku nak.

 

Aku prefer MIX&MATCH.. :3: :3:

Share this post


Link to post
Share on other sites

di sebabkan dans kam reply on february so aku reply lah untuk bulan march punya hahahhaa... bleh kan gitew... aku tak pernah beli baju bundle seumur hidup sampai lah tahun lepas masa nak ke Beijing Winter time... pi kat atas supermareket winter jacket Rm599 paling mahal aku pernah jumpa RM799... bapak punya mahal... dan after searching on blog-blog diaorang suggest gi bundle...

 

bermula lah pencarian aku ke merata-rata bundle aku pusing habis 1 Penang punya nak cari winter jacket... lastly aku jumpa jugak winter jacket yang macam aku nak... hahahhahaa.... harga RM30 hood bulu-bulu... RM15 winter jacket water proof haa... berbaloi-baloi... lepas beli antar dry clean.. sekali amik macam baru cam tak caya pulak beli kat bundle jer kan.... semua orang ingat aku beli mahall... bestnya....

 

lepas nih aku nak gi UK pulak time Summer... aku tengah cari summer coat nih... kalau korang de nampak mana-mana yang cantek female summer coat... bagitau yek... lalallalalallalala....

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...