Jump to content
umarzuki

Pensyarah Ump - Umat Islam Jangan Terlalu Apologetik Jaga Hati Bukan I

Recommended Posts

cuba baca artikel dibawah dengan hati terbuka. bukan apa, masalahnya yang berkata bukannya sarjana pengkajian islam. orang yang berkepentingan politik.

 

 

Prof Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz menggesa umat Islam jangan terlalu apologetik dan gentar bersuara untuk menegakkan Islam katanya di majlis forum anjuran NGO Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Bekas timbalan naib canselor Universiti Malaysia Pahang itu berkata, umat Islam di Malaysia tidak perlu takut untuk bersuara dan terlalu memikirkan perasaan masyarakat bukan Islam di negara ini.

"Kita tidak perlu apologetik, ramai di antara tokoh kita yang selalu memohon maaf dan takut bukan Islam berkecil hati jika berkata tentang Islam.

 

"Lihat Perlembagaan. Islam adalah agama Persekutuan bermakna Islam di atas dan bukan sebaris (agama lain)," katanya dalam satu forum di Kuala Lumpur, hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada Jumaat, jika Islam menjadi agama yang kasar dan kejam maka umat Islam akan berpecah-belah.

Mantan perdana menteri itu melalui kiriman di laman blognya, chedet.cc berkata, banyak pihak yang kurang senang dengan Islam sedangkan Islam adalah agama yang berlemah-lembut, bertimbang rasa dan adil.

Badrulhisham berkata, keruntuhan kerajaan Usmaniah pada suatu ketika dahulu turut disebabkan oleh umat Islam yang teralu akomodatif dan memberi banyak ruang kepada bukan Islam.

"Kita hari ini terlalu apologetik. Hendak cakap sesuatu benda pun takut nanti orang bukan Islam akan terasa.

"Berapa lama kita hendak belembut dan menyerah? Akhirnya mereka pijak kepala kita dan anak kita akan cair sebagaimana Islam liberal membuka satu demi satu tali sehingga Islam itu roboh," katanya.

Ahli Jawatankuasa Pusat Isma itu turut menolak pandangan sesetengah pihak yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

Katanya, Perlembagaan negara jelas memberi keistimewaan kepada agama Islam dan menghalang penyebaran agama selain Islam.

"Kita menolak mereka yang mengatakan negara ini negara sekular. Malaysia bukan negara sekular. Tengok saja Perlembagaan.

"Dalam Perlembagaan Malaysia ada beberapa peruntukan khas untuk orang Islam malah sumbangan boleh diberi untuk agama," katanya.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, berkata pada Selasa, Malaysia adalah sebuah negara sekular dan tidak perlu diubah.

Katanya, perjuangan untuk mewujudkan negara sekular di Malaysia adalah satu usaha yang berbaloi.

"Negara kita sekular dan ia harus begitu. Berbaloi berjuang untuknya," katanya menerusi blog peribadinya.

Badrulhisham turut menyelar usaha dialog yang dijalankan antara agama kerana ia sebagai satu saluran Islam liberal menyebarkan fahamannya.

Katanya, golongan muda adalah yang mudah terpengaruh dengan Islam liberal kerana sering melayari internet dan terdedah kepada pelbagai jenis bahan bacaan.

"Salah satu strategi Islam liberal ialah memperbanyak dialog yang mengelirukan, bukan untuk mendapatkan kebenaran.

"Islam liberal memang disasarkan kepada golongan muda kerana mereka terdedah kepada internet, pelbagai pembacaan dan fahaman," katanya. – 20 April 2014.

 

sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umat-islam-jangan-terlalu-apologetik-jaga-hati-bukan-islam-kata-pensyarah-u

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...