Jump to content
Sign in to follow this  
milooaiss

Apakah Yg Menyebabkan Kesemutan Kaki?

Recommended Posts

korang tau x faktor apakah yg menyebabkan kesemutan kaki? sbb kemalrin member i bg tau bhw kaki dia asyik cam ni, kadang2 x de perasaan langsung.

sesiape kat sini ade pengalaman mcm ni x? nk tanya korang ttg cara rawatan dia..

i pernah dengar abang i kata bhw ni adelah gejala kerosakan saraf kan. tp x tau lah ape yg merosakan saraf kita. korang tau  x?

Share this post


Link to post
Share on other sites

tak tau laa pasal2 saraf nih... tapi ada member aku yang jadi gini... pastu terus paralyzed.... bawak gi spital.. dok tor gitau dia tak cukup vitamin A, B, E, zink, zat besi haa... dok spital seminggu... pastu bleh jalan balik cam biasa....

 

yang kawan hang nih aku tak tau ler camne.. better pi hospital check.

Share this post


Link to post
Share on other sites

ya, saraf rosak disebabkan gula dalam darah pekat sangat. Peredaran darah jadi lambat menyebabkan sesetengah bahagian badan tak dapat nutrien dan oksigen yang mencukupi. Sebab tu rasa kebas. statistik menunjukkan 60-70% pesakit kencing manis ada masalah kebas di bahagian tertentu badan terutamanya kaki sebab kaki paling jauh dari jantung kita, dialah yang terakhir dapat nutrien, Akibatnya risiko pesakit kencing manis kaki kena potong adalah 27.7 lebih tinggi berbanding dengan orang biasa. adangan saya ialah, cepa-cepat pergi jumpa pakar saraf untuk mendapatkan nasihat pakar mereka sebelum terlambat.

Share this post


Link to post
Share on other sites

sebagai info: 

 

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu! Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini.

 

Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan.

 

Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

 

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b.) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

 

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b.) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung. B) Bersin

i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

 

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b.) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

 

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

B) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

 

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat

i) Sistem penghadaman yang lemah.

ii) Perut mengandungi angin.

iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

 

B) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

 

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

B) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

 

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

B) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

 

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

 

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

 

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

 

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

 

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

 

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

B) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

 

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

 

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

 

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

B) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

 

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

 

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

 

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

 

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

B) MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

 

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

 

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

 

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

B) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

 

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

 

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

 

B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

 

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

 

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

 

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

 

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

 

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

 

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.

B) Sistem saraf otak yang lemah.

c) Masalah pengaliran darah.

 

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

 

Disediakan oleh: Pn. Rusnani Omar Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan Universiti Malaysia Perlis.

Edited by akuccputsedut

Share this post


Link to post
Share on other sites

kita patut elakkan dijangkiti diabetes dan kerosakkan saraf...perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dlm darah...utk mengelakkan kencing manis, kita patut membuat senaman setiap hari dan makan makanan yg berkhasiat...

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kat malaysia skang ade 1 drp 7 dewasa yg menghidapi Diabetic, dan aku pon ade lah salah satu drp pesakit tu

aku menghidap diabetes tu dan dia merosakkan saraf kaki aku gak

terutamanya bila aku tengah tidau pd malam, kaki akan rasa kebas dan dia menyebabkan aku x dpt tidur.

korang ade ape cadangan x? camne nk mengurangkan kesemutan kaki tu?

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kaki saya kebas dah lama, sejak saya main bola dan urat saraf cedera,dah 3 tahun dah. @ bulan lepas saya mula cuba Livewell-Mecomin, makcik saya yang perkenalkan sebab nampak saya dalam kesakitan. Saya cuba 2 bulan, kesanya agak bagus. Boleh kata dah semuh 100%. Ia memang dapat bantu kesihatan saraf.


http://www.livewell2u.com/products.php?p=mecomin

Share this post


Link to post
Share on other sites

Kaki saya kebas dah lama, sejak saya main bola dan urat saraf cedera,dah 3 tahun dah. @ bulan lepas saya mula cuba Livewell-Mecomin, makcik saya yang perkenalkan sebab nampak saya dalam kesakitan. Saya cuba 2 bulan, kesanya agak bagus. Boleh kata dah semuh 100%. Ia memang dapat bantu kesihatan saraf.


http://www.livewell2u.com/products.php?p=mecomin

nak tambah information.. I guna product ni.. kerana I pesakit kencing manis...... mmg kesakitan saraf ni.. susah nak reconver.... 

Livewell Mecomin ni.. hanya untuk pesakit yg ada diabetes.... 

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...
Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...