Jump to content
TonikCapGajah2013

Kenapa Anda Menggunakan Windows 8

Recommended Posts

Windows telah mengeluarkan banyak versi dan terkini adalah windows 8.1

Kenapa sekarang anda menggunakan Windows 8?

 

... Kerana nak cuba dan nak tahu apa kelebihan windows 8.

 

... Anda pula bagaimana?

http://www.youtube.com/watch?v=ovocs8-m4vg

Edited by KopiKawKaw2012

Share this post


Link to post
Share on other sites

pasai klako ngoh win8.1! kkdang, nyer wat sewel tak leh copy paste dari notepad ke blog tulis!

 

YG canggih, crak aktif tadak saper bole bikin lagi.....

 

wa punya, dah lebih sbln pakai..... hehhehee....

 

1379246_603070506416126_743612680_n.jpg

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku pula saje nak upgrade dari win xp (datang dengan desktop 2nd), upgrade win 7 pro cap watfix, upgrade ke win 8 pro.

sekali pakai lagi smooth dari win 7. layan je la...

Share this post


Link to post
Share on other sites
64bitbit memang semutttt... Tapi aku gune w7 64 lagi kihkih Belum ade niat nak pakai w8 dlm mase terdejat ne... Malas nak install sebenarnyee :p

Share this post


Link to post
Share on other sites

tukar pakai windows 8.1 ent....  ada masalah sket iaitu berkaitan kerja download, ada heng & sering men slow!..... :69:

 

 tak aktif pasal tak de $$$!!!

 

485464_609261052463738_1272729839_n.jpg

 

aktif jimat duit!!!! :4:

 

1381681_609261045797072_1583618301_n.jpg

 

nanti sat lepas gomen stat pakai GST, windows 8.1 akan berege mahal!!!!! beli dulu ah,skrang! 

Share this post


Link to post
Share on other sites

Bagi aku sesiapa yang selesa guna guna Win7..aku rasa tak perlu upgrade ke win8.. unless kalau beli pc baru yang memang dah diinstall win8 atau yang suka install apps

 

win81-1.jpg

image di atas aku punya win 8.1 desktop.. aku install just untuk experience ..not for daily use.. since aku lebih suka old skool start..aku install Classic Shell untuk kasi balik macam old start menu.. sebenarnya dalam win 7 pun aku guna Classic Shell sebab dia ada more option .. tu sebab bila win 8 diorang buangkan start button..bagi aku ..tak masalah sangat sebab classic shell kita boleh create start menu macam biasa...selain tu aku tweak taskbar supaya ada balik quick launch dan install rocketdock untuk create launcher for certain programs

bagi pendapat aku ada + -

Plus:

- startup agak cepat compare to win7 ..mungkin diorang dah tweak which services atau programs yang patut diload atau tak masa start up

- File Tranfer - kalau dalam win7 bila kita transfer/copy file dari satu media ke media lain cth hardisk ke hardisk atau thumdrive ke hardisk or via versa.. akan muncul dialog box .."..calculating...bla..bla.. but dalam windows 8 setakat ini belum ada benda macam tu..just terus transfer/copy...even masa transfer dia akan show transfer speed dalam bentuk graphical.

- Kalau sebelum ni kita guna third party program untuk open .iso file cth macam MagicDisc dalam win8 kita boleh terus mount .iso file so dia akan bertindak macam virtual cd/dvd drive

- Hardware driver.. selalunya kalau kita install new OS.. masalah yang selalu kita jumpa ..hardware driver compatibility.. since aku install dalam pc lama...mobo lama... aku memang suspect ada masalah driver.. but surprisingly tak masalah untuk driver.. even kalau install win7 sesetengah driver sebagai cth pci-e card untuk USB 3.0 port aku kena install driver secara manual but dalam win8.. walla.. begitu juga dengan soundcard driver creative lab Audigy..peform better compare win7

..mungkin banyak lagi yang aku belum discover :0

Minus..

- Customization ..ini yang ramai pengguna window complaint ..tak seperti windows terdahulu kita boleh ubah atau tweak certain elements dalam OS..cth color, font, window size. window border.. sebagai cth kalau  dalam windows 7 dan sbelumnya kita boleh ubah jenis apa  font dan color  apayang kita nak guna untuk icon di desktop atau di window  but sekarang tak boleh sebagai cth kalau kita setkan window pane color warna hitam atau dark.. kita tak boleh nak tukar font warna putih atau cerah.... begitu dengan saiz taskbar dan font di taskbar.
- Fungsi Charm boleh dikatakan annoying atau mengganggu sebab tersilap move mouse terkeluar benda ni. even kita boleh disablekan Charm.. but tak fully disable sebab kalau kita movekan mouse pada hujung kanan bawah desktop Charm masih keluar..tak tahu samada bug atau apa..
- Apps yang ada tak sebanyak Google Play atau  Apple Store. Sesetengah apps tak stabil sebagai facebook for windows. Ada juga apps yang slow untuk di open
-Start items di Metro UI. Microsof buat benda ni untuk touchscreen monitor/tablet.. but kalau untuk normal monitor dan guna mouse aku rasa kurang selesa nak cari program yang nak di open terutama bila banyak icon apps dan program di Metro UI. Pasal Metro UI gak tak ada close button.. maksud aku nak totally close apps.. bukan run secara background.. kalau nak close..back to dekstop dan pergi ke hujung atas kiri dekstop dan close atau guna ALT+TAB then pilih mana satu window atau app yang diclose.. kalau pengguna baru sure tercari-cari..eh macam mana nak close ni..
- Pengguna "dipaksa" guna Microsoft akaun sebagai indentiti untuk user cth email dari live, hotmail, outlook..etc.. so paham-paham jer laa kan
...Mungkin ada banyak lagi yang aku belum discover

Bagi pendapat aku just incase kalau beli pc baru yang memang diinstall dengan Win 8.. bagi aku tak masalah sangat...kalau aku atau sesiapa yang tak suka Metro boleh disable kan semasa start dan terus jump ke desktop samada disablekan menggunakan fungsi dalam windows atau third party utility macam Classic Shell.. cuma masalah customization yang limited pada win8 menyebabkan aku buat masa ni lebih selesa guna win7... but unless diorang enablekan / fixkan benda ni atau ada third party utility...mungkin aku boleh fikir untuk upgrade.. but for now win7 more than enough untuk aku...
 

Note: Install Win 7 bersama win 8 tak ada masalah.. memang lepas kita install win8 cth dalam partition lain misalnya window 8 akan disetkan sebagai default OS pada Windows Loader.. solution dia masa dalam win 8 install EasyBCD atau Visual BCD Editor untuk setkan balik Win 7 sebagai default atau apa-apa OS yang kita nak

Share this post


Link to post
Share on other sites

-Start items di Metro UI. Microsof buat benda ni untuk touchscreen monitor/tablet.. but kalau untuk normal monitor dan guna mouse aku rasa kurang selesa nak cari program yang nak di open terutama bila banyak icon apps dan program di Metro UI. Pasal Metro UI gak tak ada close button.. maksud aku nak totally close apps.. bukan run secara background.. kalau nak close..back to dekstop dan pergi ke hujung atas kiri dekstop dan close atau guna ALT+TAB then pilih mana satu window atau app yang diclose.. kalau pengguna baru sure tercari-cari..eh macam mana nak close ni..
- Pengguna "dipaksa" guna Microsoft akaun sebagai indentiti untuk user cth email dari live, hotmail, outlook..etc.. so paham-paham jer laa kan


Aku tak lama guna Windows 8 ni before aku pindah ke OS lain. Tapi 2 benda yang bro tasek sebut ni memang perkara paling annoying waktu first pakai Windows 8 ni. Dia tak fully close. Jenoh jugak la nak explain dekat adik beradik lain yang pakai PC aku time ni lol

Share this post


Link to post
Share on other sites

setakat windows 8.0 pro, boleh create local user, cuma cenonet je kat bawah masa startup 1st time lepas install

 

disebabkan aku dah install win 8 kat beberapa laptop/PC jadi perasan juga la setting tu

Edited by umarzuki

Share this post


Link to post
Share on other sites

ak igt 8.1 da xbleh nk buat local user..ropenye boleh

http://www.techrepublic.com/blog/windows-and-office/quick-tip-change-to-a-local-account-in-windows-81/

Tq dvdbane for the info..

 

btw sapa-sapa yang guna MS account untuk log-in...but nak guna just local account (macam versi windows sebelumnya) but still maintain all setting boleh refer video ni.. so tak payah create new account yang mana kita kena setkan semula setting

http://www.youtube.com/watch?v=XBDwfF37mwg

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

  • Similar Content

    • By Alison
      As'salamualaikum, 
       
      Macam ni. Saya enggunakan Asus N56VZ, Windows 8 Single Language.
      tak kisah laa laptop ape OS ape pun, masalah bukan kt situ sebenarnya. hehehee
       
      Ni haa, Windows 8 ada sediakan feature baru untuk print screen dgn mudah.
      OS sebelum ni kne print screen, kemudian paste kt mana2 graphics application rite...?
      Windows 8 pulak simply press Win + prt sc , and automatically save kt default folder dye C:\Users\user\Pictures\Screenshots
      memang kt situ lahh tempat khas dye, melainkan kita tukar sendiri.
       
      Okeyh, problem nye kt sini, skg ni, sejak seminggu lalu kut. 
      kalao tekan Hotkey tuu, mmg npk mcm tgh ada aktiviti printscreen, tp bila check kt default folder dye, xde pun..
      semua gambar2 lama je... so, macam mana eh? tlg ehh, Terima Kasih :)
    • By hifzul_iman
      [size=6][font=trebuchet ms,helvetica,sans-serif][b]Salam semua.nak minx korg kongsikan penglmn korg mgunakn [color=#40e0d0][size=7]windows prebiu [/size][/color][color=#0000cd][size=7]"Windows 8 Developer Preview"[/size][/color] ni[/b][/font][/size].
      [img]http://techspacia.com/wp-content/uploads/2011/09/Windows8-Developer-Preview-MainScreen_thumb1.jpg[/img]
×
×
  • Create New...