Jump to content
Ramzi Bin Bakri

Sejadah Duduk Tahiyat

Recommended Posts

Aslkm semua,
Korang pastinya pernah tengok berita ttg sejadah duduk tahiyat yang berlaku dalam tahun ni dan tahun-tahun yang lepas. Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah apa yang benar-benar terjadi kat rumah aku sendiri ptg semalam. Aku nak minta pendapat dan nasihat sahabat-sahabat semua.

Semalam selepas menonton tv, aku nak menunaikan solat asar. Baru jer lepas azan asar sekitar 5 min, aku masuk ke bilik untuk mengambil baju. Tetiba je aku tergamam semasa masuk ke dalam bilik bila terlihat kain pelikat aku dalam bentuk yang amat mengejutkan di atas lantai bilik. Sama seperti kain sejadah yang pernah aku lihat dalam tv beberapa bulan yang lalu. Duduk tahiyat dengan menghadap kiblat. Ia sangat jelas tidak seperti kain pelikat yang di letakkan di atas lantai kerana ia tegak setinggi satu kaki. Aku terus berlari ke ruang tamu. Isteri aku terlihat aku dan bertanya kenapa muka aku pucat, tapi aku bagitau tiada apa-apa. Ini adalah di sebabkan isteri aku sedang mengandung 5 bulan. Aku tak mahu dia terkejut. Selepas aku menyuruh isteri dan anak aku keluar rumah seketika, aku memberanikan diri untuk masuk ke bilik tersebut dengan membawa bantal sofa, lalu dengan laungan Allahhuakbar aku terus baling bantal tersebut ke arah kain pelikat aku yang sedang dalam bentuk seseorang sedang duduk tahiyat. Setelah 10 min berlalu, barulah aku dapat menceritakannya kepada isteri ku.

Untuk pengetahuan semua, hanya aku, isteri dan anakku yang baru berusia 2 tahun mendiami rumah kami. Hanya ada dua pintu di rumah ini, satu di ruang tamu tempat kami menonton tv dan satu lagi di dapur. Pintu dapur sentiasa berkunci dengan selak dari dalam. Kemudian aku mula terfikir mengapa mesti kain pelikat aku yang menjadi demikian dan bukan kain sejadah? Ini adalah kerana dua helai sejadah di rumah aku di sidai di bilik tidur kami di ampaian tuala. Manakala kain pelikat aku dan pakaian kami yang lain di letakkan oleh isteri aku di lantai dalam bilik kerana tidak sempat melipat pakaian tersebut. Bilik di mana kejadian tersebut berlaku juga adalah bilik kosong dan jarang kami gunakan. Kerana kami hanya menggunakan bilik tidur utama. Bilik tersebut hanya di gunakan untuk menyimpan ampaian baju dan karpet. Bilik tersebut juga sering dalam keadaan bersih. Aku juga menyesal kerana tidak mengambil gambar dengan hp aku. Tapi mungkin kerana aku terlalu terkejut dan bimbang isteri aku lemah semangat, jadi hanya membaling dengan bantal sofa sahaja yang aku mampu fikirkan pada masa tersebut.

Sekiranya ada diantara sahabat yang mempunyai pengalaman tentang perkara seperti ini, sila kongsikan dengan aku. Apa yang aku lakukan semalam selepas kejadian tersebut hanyalah melaungkan adzan dan menunaikan solat marghrib di bilik tersebut. Selain itu isteri aku juga membacakan surah yassin semalam. Terima kasih

Share this post


Link to post
Share on other sites
Dunia akhir zaman. ada perkara yg nak disampaikan itu. renung-renungkan... :108:

Share this post


Link to post
Share on other sites
actually benda ni tak payah amik port sangat..umat melayu sebenarnya (terlalu) taksub dengan benda-benda ganjil camni..apa kesannya jika kita melihat kain pelikat atau sejadah berdiri? bagi mudharat kepada kita ke? beri kebaikkan kepada kita ke? Anggaplah benda ni terjadi dengan kehendak Allah.. Kalau anda berasa takjub dengan kuasa Allah, ucaplah subahanallah ataupun alhamdulillah..jika anda terasa tidak sedap hati (risau mendapat mudharat/kesan buruk)..ucaplah nauzubillah..atau beristighfar.. dan bermohonlah semoga dilindungi Allah dari gangguan dan musibah..

Jika ada jin sembahyang disitu pun, dia makhluk Allah jugak..dia jugak nak beribadat kepada Allah..apa yang masalahnya? Tindakkan saudara yang melaungkan azan dan bersembahyang seperti biasa itu sangat baik..ditambah membaca yassin oleh isteri saudara..teruskan amalan anda seperti biasa dan lupakan benda ni..jangan difikir lagi..takut-takut mengundang ketaksuban kepada pihak yang jahil..

wallahualam..

Share this post


Link to post
Share on other sites
bila dh terlalu byk cite pasal sejadah berdiri/solat/ddk tahyat......org smua dh terbiasa dh...ape2 pn smua yg baik dtg drpd ALLAH maka sentiasa la bersyukur

Share this post


Link to post
Share on other sites
apa yang nak dipelikkan.. aku pun taktau... maybe kebetulan jer.. kain tuh terlonggok dalam keadaan macam tuh...

umah arwah atuk aku..benda2 camni tak jadi asing... tapi takde laa kain pelikat bentuk orang tahiyat kan... umah arwah atuk aku nih besar ada library surau semua.. sebab kan 4bini dia serta 24 anak2 dok 1 umah.... dia pun ada jin yang jaga umah.. biasa arr orang dulu2... arwah atuk aku beli kat mekah.. jin islam... jadi sesapa pi umah arwah atuk aku pagi2 tak bangun solat pastu kena kaco tarik kaki ke kena penampor ke jangan ler rasa hairan....

tiap kali masuk waktu kena ler ada orang pi bentang sejadah dalam bilik sembahyang.. kalau takde yang buat kang ada laa si Jin nih tolong bentang kan.. jangan ada yang demam pulak...

tapi semua sedara mara dah tau so takde yang pelik or nak azan ke apa ke...

tapi tindakan ko azan pas nampak benda pelik tuh bagus gak laa... sebab mana tau iblis laknatullah saja jer nak memesongkan.... bior dia lari...

Share this post


Link to post
Share on other sites
tp ade gak orang buat lawak kan..

ade ke patut diorg buat2 sejadah tu macam kes sejadah sujud

pastu letak kopiah ngan helmet motor

takde keje tul budak2 tu

Share this post


Link to post
Share on other sites
Makasih le para sahabat, dengan komen korang semua. Aku sebenarnya risaukan keselamatan orang rumah aku yang sedang pregnant. Dulu aku duduk rumah ni sorang-sorang, tapi alhamdullilah tak der apa yang pelik sehinggalah peristiwa tu berlaku. Aku yakin tak der apa yang perlu ditakutkan di dunia ni jika dibandingkan ketakutan pada azab neraka. Cuma aku nak tau sekiranya korang ada apa-apa nak di kongsikan. Aku betul-betul terkejut dengan peristiwa tu dan aku juga masih teringat-ingat sampai hari ni. Aku pasti semua yang berlaku ada rahsia di sebaliknya. Wallahualam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='mrRemz' timestamp='1330481219' post='1079735']
Makasih le para sahabat, dengan komen korang semua. Aku sebenarnya risaukan keselamatan orang rumah aku yang sedang pregnant. Dulu aku duduk rumah ni sorang-sorang, tapi alhamdullilah tak der apa yang pelik sehinggalah peristiwa tu berlaku. Aku yakin tak der apa yang perlu ditakutkan di dunia ni jika dibandingkan ketakutan pada azab neraka. Cuma aku nak tau sekiranya korang ada apa-apa nak di kongsikan. Aku betul-betul terkejut dengan peristiwa tu dan aku juga masih teringat-ingat sampai hari ni. Aku pasti semua yang berlaku ada rahsia di sebaliknya. Wallahualam.
[/quote]

insyaAllah takde apa laa.... benda camtu bukan nya iblis syaitan atau sebagai nya.. mungkin kebetulan jer... kain tuh dok situ dalam bentuk mencuriga kan... kebetulan jer tuh.... takde benda arr.... jangan laa nak taksub sangat.... relax2 ja sudah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
ana sarankan anta ambik wudhuk kemudian baca;
1. Fatihah 1x
2. Ayat Kursi 7x
3. Bismillah 5 7x
4. Bismillah 6 7x
5. 7 mubin dalam yaasiin 7x
6. 3 qul 1x
7. Selawat atas Nabi s.a.w 11x
Lepas tu berdoa mintak Tuhan tetapkan iman dan jauhkan dari sebarang gangguan2.

Cuba amalkan insyaAllah selamat.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='K.A.' timestamp='1330401074' post='1079697'] tp ade gak orang buat lawak kan.. ade ke patut diorg buat2 sejadah tu macam kes sejadah sujud pastu letak kopiah ngan helmet motor takde keje tul budak2 tu [/quote]
haha ada yg siap sejadah mkn buka puasa sama 2 pn ada kot haha lawak betul

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='akuccputsedut' timestamp='1330482723' post='1079736']
insyaAllah takde apa laa.... benda camtu bukan nya iblis syaitan atau sebagai nya.. mungkin kebetulan jer... kain tuh dok situ dalam bentuk mencuriga kan... kebetulan jer tuh.... takde benda arr.... jangan laa nak taksub sangat.... relax2 ja sudah...
[/quote]aku tengah heran, kat mana statement yg cakap aku taksub? Aku buat mcm biasa je, tak der aku sembah, memuja or sediakan jamuan untuk benda tu. Yang aku buat sekarang, selang seli solat di kedua-dua bilik. Percaya pada kewujudan jin yang sememangnya dah termaktub dalam al-quran aku rasa bukan taksub. Aku rasa statement ko ni dah salah lah.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='mrRemz' timestamp='1330750762' post='1079810']
aku tengah heran, kat mana statement yg cakap aku taksub? Aku buat mcm biasa je, tak der aku sembah, memuja or sediakan jamuan untuk benda tu. Yang aku buat sekarang, selang seli solat di kedua-dua bilik. Percaya pada kewujudan jin yang sememangnya dah termaktub dalam al-quran aku rasa bukan taksub. Aku rasa statement ko ni dah salah lah.
[/quote]

ok kalau salah aku minta maaf laa... no komen... whatever ko nak buat.. buat2 laa... no komen dah...

Share this post


Link to post
Share on other sites
biasanya kalau benda2 pelik terjadi kat kita sendiri spt dapat mendengar suara dari kubur, dapat melihat makhluk halus, dapat tahu berita terlebih dahulu sebelum benda tu berlaku, boleh berada di dua tempat dalam masa yang sama, kita tidak perlu cerita kat orang lain orang ramai tentang pengalaman kita SEBAB boleh menimbulkan FITNAH. Kalau kita nak sahkan benda tu, kita kena jumpa GURU kita. Setiap orang ada guru masing2 kan. Kalau setakat kain pelikat atau sejadah boleh transform jadi macam2 objek tu tak pelik sangat. Cuba perhatikan alam yang TUHAN ciptakan yang kita tengok hari2 atau perhatikan diri kita sendiri, alangkah banyaknya benda yang pelik2. Cuma kita sedar atau tidak aje. atau memang kita tak ambik peduli sebab nampak macam biasa jer.

Sekian Edited by PowerRootTongkatAli2011

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku sampaikan benda ni kepada kawan2 kat forum hanya nak minta pendapat. Just kalau korang satu hari nanti terjadi perkara seperti apa yang aku lalui, aku nak korang diamkan je perkara seperti yang di katakan oleh en power root ni. "sebab benda macam tu tak pelik sangat". Kalau setakat korang meremang tengok benda tu depan mata, tak der yg peliknya. Kalau terkejut sampai terkoma, itu mungkin pelik. Tapi jangan kongsikan sebab akan menimbulkan "fitnah" walaupun pada pendapat korang benda tu mungkin akan bawa kebaikan pada orang lain. Sebab tak semua orang berfikir seperti cara kita berfikir. Cas negatif selalu membentuk pandangan orang kita. Makasih.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Aku nasihat jer, kalau nak dengar. Mungkin kau baru lagi atas muka bumi nie.
Jadi dengar lah nasihat orang tua2, sebab mereka banyak pengalaman.
Tak der cas negatif atau positif kat sini.

Sebab tu aku kata, kalau berlaku perkara pelik kat kita lebih baik mintak pendapat dengan orang terdekat dengan kita, guru kita ker.
Dunia nie hanya tempat permainan yang melalaikan.

Aku quote kata:
[quote]ok kalau salah aku minta maaf laa... no komen... whatever ko nak buat.. buat2 laa... no komen dah... [/quote] Edited by PowerRootTongkatAli2011

Share this post


Link to post
Share on other sites
btul2 better refer pd ustaz or guru yg leh bimbing kita dan minta pendapat bernas dprd mereka

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='PowerRootTongkatAli2011' timestamp='1330843209' post='1079833']
Aku nasihat jer, kalau nak dengar. Mungkin kau baru lagi atas muka bumi nie.
Jadi dengar lah nasihat orang tua2, sebab mereka banyak pengalaman.
Tak der cas negatif atau positif kat sini.

Sebab tu aku kata, kalau berlaku perkara pelik kat kita lebih baik mintak pendapat dengan orang terdekat dengan kita, guru kita ker.
Dunia nie hanya tempat permainan yang melalaikan.

Aku quote kata:
[/quote]
Aku memang dengar nasihat orang lain, tak kira tua or muda. Kalau betul cara nasihatnya. Tapi kalau statement "[color=#282828][font=helvetica, arial, sans-serif][size=3] jangan laa nak taksub sangat" or "[/size][/font][/color][color=#282828][font=helvetica, arial, sans-serif][size=3] Kalau setakat kain pelikat atau sejadah boleh transform jadi macam2 objek tu tak pelik sangat" dan "[/size][/font][/color][color=#282828][font=helvetica, arial, sans-serif][size=3]Mungkin kau baru lagi atas muka bumi nie." buat aku mcm di perbudakkan je. Macam tu ke nasihat? Takde ke kata-kata yang lebih baik yang mencerminkan peribadi anda? Aku tak taksub sebab takde sebarang perkara yang aku buat yang korang boleh hukumkan aku "taksub". Dan aku rasa kau silap kalau cakap aku yang dah lebih 30 tahun dah berkeluarga yang kau bahasakan "baru lagi atas muka bumi ni". Tak pe lah, aku muslim berakal. Aku tak suka musnahkan persaudaraan dalam islam. Cuma aku nak berpesan, berilah nasihat dengan berhemah.[/size][/font][/color]

Share this post


Link to post
Share on other sites
No Komen untuk statement diatas......

[quote][i][color=#585858][font=Arial, Helvetica, sans-serif][size=3]adakah kita ini seorang yang taksub...apa makna taksub yer...kamus pun tak ada ni tapi bagi saya taksub ialah satu sikap di mana seseorang itu tidak boleh menerima pendapat dan pandangan orang lain kerana terlalu percaya atau menyokong sesuatu pihak . Taksub juga boleh dikategorikan sebagai fanatik atau ultras......tetapi jika digunakan perkataan taksub ini sering kali disalah ertikan..mengapa saya berkata sedemikian kerana ramai orang menganggap perkataan taksub ini adalah menjurus kepada sesuatu perangai atau perbuatan yang negatif...tetapi sebaliknya, taksub juga kadang kala kita boleh ertikan ia dalam beberapa perkara yang baik dan berfaedah ..[/size][/font][/color][/i][/quote] petikan dari [url="http://harrazdani.blogspot.com/2011/07/taksub-fanatik-ultras.html"]SINI[/url]


[size=3][sub][i]p/s: harap bro [color=#282828][font=helvetica, arial, sans-serif][b]PowerRootTongkatAli2011 jangan panas eekk... relaxx saja... supaya nampak kita masih berakal... hihihihihi..[/b][/font][/color][/i][/sub][/size] Edited by akuccputsedut

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='PowerRootTongkatAli2011' timestamp='1330843209' post='1079833']
Aku nasihat jer, kalau nak dengar. Mungkin kau baru lagi atas muka bumi nie.
Jadi dengar lah nasihat orang tua2, sebab mereka banyak pengalaman.
Tak der cas negatif atau positif kat sini.

Sebab tu aku kata, kalau berlaku perkara pelik kat kita lebih baik mintak pendapat dengan orang terdekat dengan kita, guru kita ker.
Dunia nie hanya tempat permainan yang melalaikan.

Aku quote kata:
[/quote]
btul2 dunia ini adalah dunia yg fana ujian drpd yg maha Esa....btul setiap pandangan dan perspektif org adalah berlainan tidak kira tua ataupun muda yg penting...kita ambil yg baik dan buang yg buruk

Share this post


Link to post
Share on other sites
Itulah nasihat yang aku nak dengar. Nasihat yang berhemah. Biar agama lain tau akan kesopanan yang diterapkan dalam islam. Aku memilih untuk bincangkan perkara ni dalam putera, sbb aku tau org2 kat putera ni berpandangan jauh dan tak akan sesuka hati menulis reply pd sesuatu topik. Aku tak postkan perkara ni kat wall fb, sbb aku risaukan ada yang akan jadi taksub. Lagipun di putera tak ramai yang benar-benar kenal aku. Tp aku sedih bila perkara ni jadi pertelingkahan. Jadikan kita berpuak2, ada yg sokong si A, ada yang sokong si B.

Aku taksub? aku cuma nak dengar pendapat org lain berdasarkan pengalaman sebenar org lain. Berbincang secara ilmiah. Bukan pendapat yang nak mempersoalkan kebenaran apa yg berlaku pada aku. Aku percaya pada apa yg aku lihat sbb aku lihat benda ni dua kali. Tapi tak mengapa anggap sajalah aku tak pernah bincangkan perkara ni kat sini. Kembalikan persaudaraan kita.

Buat yg berkenaan, berhemahlah semasa memberi nasihat. Pada masa sekarang saman menyaman dah jadi perkara biasa, awas jangan sampai terlebih cakap. Berkenaan aku "baru lagi atas muka bumi ni", aku terima pasal posts aku dalam putera jauh kurang drpd ahli putera yg lain, tapi aku dah joint putera sejak putera versi pertama lagi lebih awal drpd tarikh 17 Apr 2004 yg tertera pd profile aku. Sebab putera pernah mengalami masalah teknikal beberapa kali satu ketika dahulu.

Terimakasih atas nasihat semua. Wassalam.

Share this post


Link to post
Share on other sites
aku tak perasan pulak post ni masa aku masuk sebelum ni beberapa bulan lepas.

hmm..sejadah berdiri...
aku agak kritis dan seperti menolak kejadian ini :D sorry.
bagi aku, (mungkin pasal dah biasa sangat jadi) ianya dibuat-buat nak dapatkan publisiti dan masuk paper atau TV, prank and so on. just pandangan peribadi. aku tak kata kat mrRemz, tapi yang dok dapat liputan dalam Tv, Akhbar tu.

pasal kerisauan, biasa lah, benda pelik nih, kita risau lah kalau bawak mudharat.

cuma, kalau bab pagar rumah, buat je sendiri.
rajin-rajin solat sunat di rumah, sekali sekala solat berjemaah dengan family di rumah,
baca Quran, kalau boleh surah al-Baqarah setiap minggu sekali baca, disamping surah-surah lain.
wujudkan suasana ilmu, baca kitab fadilat amal (yg tabligh tu) di rumah untuk anak isteri dengar
jauhkan maksiat di rumah, mengata mengumpat ka, elakkan.

insyaAllah, takde yg buruk akan menimpa. tawakkal banyak2.

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...