Jump to content
M3ntary™

Kelantan: Ladang Rakyat

Recommended Posts

rampas? atau cubaan merampas?

sebenarnya cara seumpama gini jugak digunakan untuk rampas tanah di Kerpan, perlis. cara yang hampir sama untuk rampas banyak tanah rakyat.

ada kanun, kerajaan boleh rampas tanah rakyat. dan pada saya ianya boleh JIKA benar dengan tujuan. malangnya tujuan hilang entah kemana, projek ditukar, komisen tak dapat, rakyat kena tipu.

harapnya projek ini, rakyat tak kena tipu, bahkan dapat manfaat untuk rakyat



ada berita berkaitan? mereka yang menyokong atau mereka yang membangkang?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ladang Rakyat adalah tanah kerajaan negeri, bukan tanah rakyat.
Jadi tak betul la kata kerajaan rampas tanah rakyat.

TGNA nak saman mereka yang mendakwa demikian.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Apa yang ku dengar sebelum ni tanah yang dibangunkan untuk ladang rakyat ni ada sebahagiannya dah ada geran. Kalau betul ada geran takan la kerajaan negeri nak main ambik macam tu je. Edited by M3ntary

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='M3ntary' timestamp='1305565386' post='1068580']
Apa yang ku dengar sebelum ni tanah yang dibangunkan untuk ladang rakyat ni ada sebahagiannya dah ada geran. Kalau betul ada geran takan la kerajaan negeri nak main ambik macam tu je.
[/quote]
boleh rasanya. ada akta dalam kanun tanah negara. cumanya perlu berbincang dan diberikan pampasan yang bersesuaian.

jika berkenaan keperluan kerajaan, yang benar-benar penting, kerajaan berhak rampas terus tanpa pampasan, kalau tak silap aku.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ada kanun tanah macam tu ke? Teruk la rakyat macam tu. Kalau diberi pampasan yang bersesuaian ku rasa rakyat masih boleh terima lagi. Tapi kalau main ambik macam tu je hati siapa yang tak terbakar.

Tapi Nik Aziz nafi Kerajaan Kelantan rampas tanah rakyat untuk pembangunan Ladang Rakyat ni.

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='M3ntary' timestamp='1305591839' post='1068583']
Ada kanun tanah macam tu ke? Teruk la rakyat macam tu. Kalau diberi pampasan yang bersesuaian ku rasa rakyat masih boleh terima lagi. Tapi kalau main ambik macam tu je hati siapa yang tak terbakar.

Tapi Nik Aziz nafi Kerajaan Kelantan rampas tanah rakyat untuk pembangunan Ladang Rakyat ni.
[/quote]
kanun ni memang dah lama ada..memang kanun ni nampak macam zalim..tapi kalau takde kanun ni..payah gak kerajaan nak buat pembangunan..kalau nak buat highway..ada kawasan tanah orang..xkan kerana tanah tu tak dibenarkan utk digunakan oleh tuan tanah..kerajaan kena batalkan projek tu..

tapi, bagi kerajaan yang mempunyai tatakelola yang baik..sepatutnya kerajaan memberi pampasan kepada tanah yang diambil..bukan menjadi lesen kepada kerajaan untuk mengambil tanah tersebut sesuka hati...

Pasal ladang rakyat tu..aku tak pasti tu tanah kerajaan negeri or tanah org..tapi kalau benarpun tanah org..kerajaan negeri ada hak untuk gunakan untuk dibangunkan utk dikerjakan oleh rakyat..kalau di Kelantan org bising..kenapa tak bising di Sarawak?lagi banyak tanah2 adat yang diambil oleh kerajaan negeri..takde sape pun peduli..

Share this post


Link to post
Share on other sites
Tanah kat Kg. Baru KL, bukan kerajaan nak sangat ke tanah tu, kenapa tak ambik je, pastu bagi pampasan. Sorry la ku tak berapa nak faham sikit tu yang kena tanya, takut nanti salah faham pulak. :lol:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='M3ntary' timestamp='1305616893' post='1068591']
Tanah kat Kg. Baru KL, bukan kerajaan nak sangat ke tanah tu, kenapa tak ambik je, pastu bagi pampasan. Sorry la ku tak berapa nak faham sikit tu yang kena tanya, takut nanti salah faham pulak. :lol:
[/quote]
sebabtu aku kata, kalau terlalu penting, seperti menyediakan kemudahan tempat berlindung kepada mangsa bencana, takdak tempat lain yang lebih sesuai melainkan tanah/premis itu, kerajaan boleh ambil tanah rakyat SEGERA tanpa perlu mohon persetujuan untuk tujuan itu. dan kerajaan sepatutnya selepas bencana berikan semula dengan segala kos kerugian yang ditampung atau pampasan berkaitan kepada pemilik tanah.

jika untuk kepentingan ekonomi, itu bukan perlu sangat2. macam lebuh raya, ada pampasan, perlu berbincvang. tapi pemegang konsesi lebuh raya untung berjuta-juta ringgit, setiap tahun, pampasan ke atas pemilik tanah hanyalah sebagai tanah pertanian.

tanah pertanian nilainya rendah. jika kita beli tanah, atas geran tertulis tanah rumah atau seumpamanya, atau tanah kilang, mahal, berbanding tanah pertanian. kebanyakan tanah yang diambil untuk buat lebuh raya adalah tanah pertanian, dibeli murah dan kerugian kepada rakyat. daripada bagi pampasan, lebih baik bagi tanah baru, ruang yang sama, luas yang sama, dengan kemudahan jalan dan sebagainya.

sampai sekarang Kg Baru tak dapat diambil, kerana ianya projek ekonomi, dan rakyat berhak kritik dan mohon dibincangkan. bukan terus buat keputusan dan rakyat terpaksa terima pampasan yang murah. bayangkan, harga tanah Kg Baru sekarang, harga kampung. setelah dibeli, ditukar menjadi tanah ekonomi yang elit, berapa kali ganda harga tanah tu melonjak naik.

perlu dan mahu dua term yang berbeza.

saya sakit dan saya perlukan ubat

saya mahu ubat, tak semestinya saya sakit

Share this post


Link to post
Share on other sites

×
×
  • Create New...