Jump to content
ogGY

Masalah Batuk Yang Berpanjangan

Recommended Posts

Macam mana nak hilangkan kegatalan tekak yang amat sangat ni,nak kata batuk bukan...walaupun aku keje bidang ubat tapi aku dah cuba semuanya masih tak jalan jugak.Aku cuba rawatan tradisional macam kicap campur dengan limau,minum madu dengan limau dan air asam jawa,kegatalan tu masih tak kurang.Malam ni aku hanya dapat tidur beberapa jam je.

Kalau sesiapa yang ada cara rawatan lain,boleh tolong sharekan di sini. :)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ni mesti kes batuk kering nih. Elakkan makanan berais buat mase ni cth Kopi o ais, icecream, air sejuk dalam peti ais. Makan makanan yang panas, kalau nasik atau lauk da sejuk kalau nak makan tu panaskan dulu. Cube minum minuman yang agak masam cth asam jawa, limau, oren dan tak yah taruk gula kalau boleh pekat dan panas.

Kalau batuk tu datang jangan di ikutkan sangat, cube tahan-than sikit kang terkeluar lak macam-macam.

Ni aku jumpe dalam google yang aku seach dalam 2 saat yang kebanyakannye aku tak pernah tau ngan buat.
[spoiler]Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk;

-Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

-Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

-Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

-Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

-Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

-Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

-Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.
[/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
Salam, macam ku kenal orang yang batuk ni mengutarakan masalah di Yahoo Updates...baru baru ni... B)


Batuk ni biasa saya kena dan nak pulih susah... biasanya akan batuk bila cuba bercakap, makan makanan berminyak, sejuk, dll.. Dapat hilangkan batuk ni baru2 ni guna sejenis ubat bernama "Copastin - No. Kelulusan KKM: MAL 19973698A", hisap ubat tu pada hujung lidah belakang sampai habis (memang pahit walaupun ubat dah habis).

Cubalah insyaAllah boleh hilang.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Thanks EX ,aku nak cuba petua no 2 dan 4 tu,nampak macam sedap je...

basx : Haha aku dah cuba,jangan kata copastine,segala macam ubat batuk aku dah telah tak jalan jugak,last skali aku makan ubat selesema nak bg aku tido.Amanlah kejap rumah aku malam tuh

Rosdi : uih coklat ? tak pernah dibuat orang ,jangan lagi gatal sudah ..pape pun terima kasih bagi petua,mana yang ok tu aku pertimbangkan untuk buat :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
akan aku cuba....tunggu hudsons jujubes aku ni habis dlu,baru try yang lain.sayang rugi xmakan :121:

Share this post


Link to post
Share on other sites
yang jujubes pusat kesihatan uitm selalu kasi tu berkesan jugak tapi kena tahan pahit lepas gula dia ilang. pahit dia memang antara ubat yang paling tak best aku pernah makan...

Lagi satu aku rasa ko minum air tak bersih kot. aku pernah kena jugak gatal2 ni pasal minum air watercooler kat asrama dulu. Kalau ada mineral filter kat umah ko try tengok2, kot2 ada kotoran atau lumut ke masuk dalam takungan air yang da ditapis tu

Share this post


Link to post
Share on other sites
wah yeke ? aku tak tahu pun u ada bagi pelajar mende tu,bagus... walaupun aku keje kedai ubat,aku sebenarnya tak brape suka makan ubat2 ni.aku lagi suka cara lain selain ubat2 ni,vitamin ke...

Rumah aku tak de water filter,air direct masuk cerek :3:

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote]Rumah aku tak de water filter,air direct masuk cerek [/quote]

baik cek cerek tu, takut karat/lumut(?) ke apa yang dah terkumpul.

Share this post


Link to post
Share on other sites
HAhaha mau kene cek ka ? kang pelik plak mak aku tgk aku cek cerek dia...tak pernah2 aku belek cerek tu.

Oit,cantik post ko tuh,6699 Edited by ogGY

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='hampeh' timestamp='1300625441' post='1065255']
Lagi satu aku rasa ko minum air tak bersih kot. aku pernah kena jugak gatal2 ni pasal minum air watercooler kat asrama dulu. Kalau ada mineral filter kat umah ko try tengok2, kot2 ada kotoran atau lumut ke masuk dalam takungan air yang da ditapis tu
[/quote]

Air rasa lain selalu waktu sakit tekak. Yang ni, kalau aku waktu belajar dulu air water cooler tu aku buat air suam, air panas + air sejuk baru boleh masuk tekak.

Nasihat untuk cik Oggy, minum "air mineral sahaja" ingat air mineral sahaja, kalau beli dekat kedai ada dua air, satu air paip masuk botol satu lagi air mineral tulen. Air mineral tulen ni boleh masuk tekak. Kalau minum air masak dekat rumah minum air panas/suam sahaja. Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
hah, yang basicCx cakap tu aku selalu buat,


entah la, kalo rase2 tekak tu macam nak dapat sakit, makin aku minum air tapis, makin sakit....

so aku beli 2 botol air mineral minum pakai air tu jer
dengan izinNya, berkesan gak la :D

Share this post


Link to post
Share on other sites
Buat masa sekarang ni,aku kene pantang makan makanan seperti ikan masin,sambal belacan dan makanan yang menyebabkan gatal tekak,alhamdulillah makin kurang sikit,sekarang ni aku banyakkan minum air suam dan dalam kereta aku dah stand by kan air mineral botol besar macam yang korang nyatakan.

Rasa kurang tadi dapatlah aku buat kerja dengan selesa sikit,masa jmpa custmr td, cover2 sikit batuk kecil :D, itupun dah pandang semacam je kat aku,tau2 jelah orang jepun honda punya disiplin ketat gila.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Hi oggy.. saya adalah wellness coach. saya boleh tunjukkan awak sesuatu yg boleh membina sistem imun badan yg lengkap dan kuat ( bukan ubat!bukan barang tp ianya makanan ). so daya tahan sakit oggy akan lebih baik dari yg sekarang. Kalau berminat: boleh datang ke office saya, kerana kami juga mempunyai seorang clinical dietitian dari canada. Oggy akan dpt byk nasihat dr sana serta boleh buat pemeriksaan badan secara percuma.( x kena byr apa2 pun) jgn malu utk call saya: yan ( 013-2979 777)

Share this post


Link to post
Share on other sites
Sejak kecil, arwah nenek aku aja kalo batuk or demam je makan madu asli. Mujarab.
Dulu madu asli arwah atok amek dari pokok, skrg mereka berdua sudah tiada... kena beli.
Nak beli leceh, ramai penipu dari yang betul.

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kalau pergi klinik, selain Doc bagi ubat batuk, ada satu lagi antibiotik untuk ilang kan batuk yang berpanjangan. Selalunya bukan sekali pergi, at least 3 kali pergi check semula kat klinik tadi.

Kadang2 tangkap urat belakang kalau yang batuk terlampau kuat. Sakit jugak.

Share this post


Link to post
Share on other sites
jangan minum susu lembu, produk dari susu lembu selama batuk ada mari. Makan buah mulberi setiap hari, atau makan pucuk mulberi yang paling muda .... tujuannya adalah untuk menyediakan persekitaran dalam darah supaya kuman tak berminat untuk lepak. Malam time tido, elok tidur meniarap tapi jangan la sampai telengkup muka, nanti kang dok pasal2 kojol! :159: kalau batuk teruk, tido menungging ah!!! :152: Minum mahkotadewa setiap malam, untuk kasi panas badan!!!! Kalau jenis perokok tegar, batuk tu tanda tar ada melekat sana itu punya trakea!!!!.

Share this post


Link to post
Share on other sites
masa dulu ada sejenis ubat batuk yang dicampur codein phosphate, cukup kuat. tapi orang salah guna ( drug addict ). skrang dah takde. Jadi di bawah akta racun.

Share this post


Link to post
Share on other sites
satu lagi batuk berpanjangan ni tanda akhir...... hehehehe..... tanya dokto la.... kalo jenis batuk kokol memang tak bagi ubatnye!!!

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='syairazi' timestamp='1336677243' post='1081872']
try minum jus monavie......
[/quote]

iklan ke hang nih.. semua thread hang nak suh orang minum monavie... pe benda... chaiitt...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kurangkan aktiviti merokok yang boleh menjejaskan tekak anda..

Share this post


Link to post
Share on other sites
[quote name='ogGY' timestamp='1300509169' post='1065162']
Macam mana nak hilangkan kegatalan tekak yang amat sangat ni,nak kata batuk bukan...walaupun aku keje bidang ubat tapi aku dah cuba semuanya masih tak jalan jugak.Aku cuba rawatan tradisional macam kicap campur dengan limau,minum madu dengan limau dan air asam jawa,kegatalan tu masih tak kurang.Malam ni aku hanya dapat tidur beberapa jam je.

Kalau sesiapa yang ada cara rawatan lain,boleh tolong sharekan di sini. [img]http://forum.putera.com/tanya/public/style_emoticons/default/smile.gif[/img]
[/quote]

Salam,

Cuba minum susu kambing! Kita cuma berusaha allah yang tentukan kesembuhan penyakit itu.Jika nak cuba boleh PM sy :[email protected]

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Loading...

×
×
  • Create New...