apekabor 0 Report post Posted March 8, 2011 (edited) Kelebihan dan Khasiat Madu Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (Madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”. Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang. Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut. Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan. Cara terbaik mengamalkan Madu Asli : 1. Letak 1 sudu Madu Asli dahulu kemudian campur air satu cawan. Cara ini baik untuk menurunkan panas dalam badan seperti demam. 2. Letak air dahulu kemudian letak 1 sudu Madu Asli Cara ini baik untuk mendapatkan tenaga segera (instant energy) dan mengatasi masalah suhu badan yg sejuk. Utk tujuan menambah tenaga dan kesuburan, guna cara kedua. Edited March 8, 2011 by apekabor Quote Share this post Link to post Share on other sites
carnine9 38 Report post Posted March 16, 2014 Salam, baguih nih, selalu minum lepas bangun pagi campur air masak. Quote Share this post Link to post Share on other sites
khorback 11 Report post Posted March 18, 2014 cukup risau kalo ada simpan madu kat rumah, takut jadi racun! Quote Share this post Link to post Share on other sites
Panglima Khalid 132 Report post Posted March 18, 2014 aku pernah baca, orang yang ada masalah hati seperti bengkak hati atau hepatitis, makan madu akan bagi side effect, kurangkan sakit side effect tu dengan makan cuka. so, sediakan jugak cuka asli bersama madu, seperti apple cider atau cuka kurma. cuka putih yg biasa guna buat masak tu taktau lah boleh tak.... Quote Share this post Link to post Share on other sites