Jump to content
BasicCX

Tahukah Anda Wujud Pejabat Rosmah Di Jpm?

Recommended Posts

[B]Rosmah Mansor isteri kepada Najib Tun Razak kini semakin jelas menjadi Liabiliti kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib. Rakyat dilihat akan menolak Barisan Nasional kerana muak dengan perangai Rosmah Mansor yang berlagak mengalahkan menteri.

Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan kewujudan Pejabat Khas untuk menjaga kebajikan isteri Najib di bawah division F.L.O.M yang dipercayai sengaja disembunyikan daripada rakyat yang sebenarnya membawa maksud First Lady of Malaysia sila rujuk link ini[Pejabat Rosmah Mansor]

Jelas sekali Jabatan Perdana Menteri sendiri bimbang jika kewujudan Pejabat Rosmah di Sri Perdana, Putrajaya ini diketahui oleh rakyat, maka hal ini akan memalukan Najib dan pimpinan Barisan Nasional. Mana tidaknya, seorang Perdana Menteri menyediakan sebuah pejabat khas untuk isteri di tempat kerjanya. Sangat melucukan bukan?

[center][IMG]http://4.bp.blogspot.com/_BCK18V-MXh4/TT2IWNyASWI/AAAAAAAAA7g/w3LrWGD0N2k/s1600/office%2Brosmah.png[/IMG][/center]
[center][i]Sumber: http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947[/i][/center]

Di dalam sebuah perbualan telefon yang dirakamkan, jelas sekali seorang pegawai khas di F.L.O.M bernama Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed yang boleh dihubungi melalui nombor telefon 03-8888 1972 atau 03-8888 3963 bertindak menyembunyikan kewujudan pejabat ini. Berikut video rakaman perbualan telefon dengan pegawai tersebut.

[center][media]http://www.youtube.com/watch?v=PCpWWqeAf3E[/media][/center]

source: [URL="http://milosuam.blogspot.com/2011/01/pegawai-khas-sembunyikan-maklumat.html"]Pejabat Rosmah[/URL][/B] Edited by BasicCX

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kemaskini!: Pautan ke laman web JPM seperti yang dilampir (http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947) kini telah dipadam daripada laman web JPM. Adakah perkara ini betul dan pihak JPM cuba menyembunyikannya?

Share this post


Link to post
Share on other sites
dah sah
dah sah
dah sah

[spoiler] thread starter ni suami rosmah masa muda dan pastu mati, raja yama bangkitkan semula untuk balas dendam- on sarcastic way- why need to busybody her? she already tanggung you? if not just dont care-who is she? lol[/spoiler]

Share this post


Link to post
Share on other sites
mesti la orang kisah cik sayw oi,

tu pejabat duit rakyat, dia yang takde ape2 dalam kerajaan, (FLOM? muntah aku dengar)
so ape sebab nak setup office dia kat dalam tu?

enjoy betul dia jadi FLOM yer, sampai duit rakyat pun dia kebas,
pi sane2 sini konon misi negara, hey, ade orang yang lebih layak yang dilantik boleh buat kerja2 tu la,..
ape sal sibuk2 dalam hal kerajaan?

nampak sangat najib lemah kan?

FLOM? aku memang muntah dengar gelaran nie..

tak cukup lagi bajet negara rosmah main2 kan?

[media]http://www.youtube.com/watch?v=KcY4zbQnnT4[/media]

Share this post


Link to post
Share on other sites
so? duit rakyat come from cukai right? kalau x nak cukai pergi duk america macam sultan pahang........ boroskan duit rakyat kat sana
rakyat pahang tak marah pun dengan baginda, pelik la korang ni, memang amat pelik

Share this post


Link to post
Share on other sites
haih... tak tau ker... rosmah lah our PM...

tgk jer lah kat tv... muka dia paling banyak kuar berbanding pm sendiri...

dah berapa org pm dah sebelum nih... ada bini dia org sebuk kuar tv... pi sana sini kononnya urusan negara...

sedangkan amerika pong bini dia org pon tak kuar tv hari2 laaa... semuanya urusan kerajaan dilakukan oleh menteri2 dan jabatan yg ada laaa...

pesal bini presiden amerika ker, bini pm britain ker tak menyibuk... terbang sana sini... buat persidangan itu ini... sedangkan laki PM ostolia pon buat hal dia sendiri laaa... tak de lak menyibuk dlm urusan kerajaan... invitation kunun...

[quote]so? duit rakyat come from cukai right? kalau x nak cukai pergi duk america macam sultan pahang........ boroskan duit rakyat kat sana
rakyat pahang tak marah pun dengan baginda, pelik la korang ni, memang amat pelik [/quote]

hahaha... pesal lak rakyat biasa nak duduk amerika dikatakan mcm S yg boroskan duit rakyat lak... dah tentu rakyat biasa pi pakai duit sendiri...

btw anda berani nak marah sultan... tahukah apa akibat kalau mengata pasal sultan... hahahaha :125:

Share this post


Link to post
Share on other sites
apa yang dapat aku lihat ialah terlalu banyak propaganda dalam sistem pemimpin pemimpin kita ..kalau tak caya , cuba search kat youtube ...
lepas tu pulak , ada pulak ustax ustaz yang merendah rendahkan taraf ulama zaman dahulu seperti imam syafie ..dan sebagainya ..naudzubillah min zalik (korang boleh search kat youtube sendiri)

aku teringat dengan sabda nabi muhammad saw yang bermaksud

[color="#FF0000"]"Janganlah kalian mencela shahabat-shahabatku, demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya, seandainya salah seorang di antara kalian berinfaq dengan emas sebesar gunung uhud, tidak dapat menyamai (pahala) satu mud infaq mereka, tidak pula setengahnya." (Muttafaqun 'alaih).[/color]

juga sabdanya

[color="#FF0000"]“Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahli kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Surga, yaitu al-jama’ah.”
[/color]

[color="#FF0000"]“Sesungguhnya barang siapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku nanti maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh karena itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku, dan sunnah Al Khulafa’ Ar Rasyidin yang terbimbing, berpeganglah erat-erat dengannya dan gigitlah ia dengan gigi-gigi gerahammu…”[/color]

jemput ke teratak saya [url="http://alhishamz.blogspot.com"]http://alhishamz.blogspot.com[/url]

Share this post


Link to post
Share on other sites
mkn dia cybertrooper geng ameno kot...

biarkanlah dia... pada dia semuanya betul...

Share this post


Link to post
Share on other sites
Ala-ala [i]First Lady[/i] lah katakan.


[quote name='OngBok' timestamp='1296408930' post='1060777']
kalau dah mata hati ditutup, yang salah pun jadi betul.
yang betul dikatakan salah.
[/quote]

^_^ Edited by Jedi

Share this post


Link to post
Share on other sites
Kebanyakkan pemimpin besar di dunia ni jatuh sebab perempuan..tgk la Ben Ali..jatuh sebab bini dia yang terlalu over mencampuri urusan kerajaan..
Kat Malaysia ni, aku paling respek bini Dr.Mahathir..Dr.Siti Hasmah..walaupun aku xsuke sangat dengan Dr.Mahathir ni..

Sepanjang Dr.Mahathir memegang tampuk pemerintahan..aku rasa Dr.Siti Hasmah xpenah pun menyebuk pasal urusan negara..tak penah pun aku tengok Dr.Siti Hasmah pegi conference mane2..gi rasmi conference2 antarabangsa..seingat aku xdela..maybe ada..tapi tak digembar-gemburkan..

Kalau bini Najib ni..dah nak muntah tgk citer dia kuar kat tv..Najib pun xde kuar tv sgt..hehehe..Sape la PM kite sebenarnya ni?

Share this post


Link to post
Share on other sites
Banyak pemimpin negara di dunia ini yang telah dihalau oleh rakyat kerana gara-gara sikap buruk orang yang ada pertalian keluarga dengan pemimpin-pemimpin tersebut, terutamanya isteri-isteri mereka.

Contoh yang terbaru berlaku kepada presiden Tunisia, Zine al Abidine Ben Ali. Sikap buruk isteri presiden Tunisia yang bernama Leila Trabelsi itu telah tidak disenangi oleh rakyat Tunisia.
Beliau menggunakan kedudukan suaminya untuk hidup mewah yang melampau sedangkan rakyat bergelut untuk hidup dengan meningkatnya harga barang-barang keperluan harian.

Sebelum ini di rantau sebelah sini kita juga telah menyaksikan presiden Filipina, Marcos juga telah dihalau oleh rakyatnya. Marcos mempunyai isteri bernama Imelda yang sukakan gaya hidup mewah yang keterlaluan.

Isteri kepada pemimpin tersebut bukan sahaja menggunakan kedudukan suaminya untuk hidup mewah, mereka juga ‘gila’ untuk menonjolkan diri, sukakan glamour, malah suka mengawal suami mereka dalam mentadbir negara.

Mereka patutnya menjadi penyokong nombor satu kepada suaminya yang menjadi pemimpin, bukan menjadi menjadi orang nombor satu atau mengambil alih tempat suami.

Tidak berapa lama dulu negara kita juga heboh orang bercerita tentang pemimpin negara kita yang sangat dipengaruhi oleh menantunya. Gelagat menantu yang bersikap lebih sudu dari garpu itu telah menjejaskan imej pemimpin tersebut dan telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan tersungkurnya pemimpin tersebut dari tampuk kuasa.

Dengan itu, kepada isteri-isteri pemimpin, berhati-hatilah dalam langkah mu,
Jangan kemaruk sangat nak jadi orang nombor satu,
Jangan perasan nak jadi ratu,
Jangan lebih sudu dari garpu,
Jangan berpakaian melebihi seliberiti,
Jangan joli sana joli sini guna duit negara ini,
Jangan engkau ingat rakyat tak perhati,
Jangan sampai rakyat jadi loya dan bertambah benci,
Melihat gelagat mu yang tak sedar diri.

Share this post


Link to post
Share on other sites

×
×
  • Create New...